Perasaan yang sungguh bercampur baur. Sedih, bercelaru dan nak menangis pun ada. Kami sekeluarga dah prepare dan menunggu dengan sabar supaya Hanif boleh dibedah dengan segera. Bila tiba waktunya, doktor kata Hanif punye pembedahan ditangguhkan atas sebab dia tidak sihat sepenuhnya. Meruntun jiwa betul.
Sepatutnya, pembedahannya pada 10th November 2011 dan pada 8th Nov kena masuk wad. Mama dan papa memang dah ready dah untuk itu tup tup postponed. Hati siapa yang tidak sedih. Sedih kerana terpaksa melihat Hanif menahan derita dek oleh demam yang selalu menyerang. Tak tahulah nak cakap apa. Doktor kata kalau pembedahan itu diteruskan ia boleh mmengakibatkan keadaan Hanif lebih teruk. Jadi, untuk kebaikan dia memang terpaksa rela meng'ok'kan suggestion doktor.
Doaku, semoga Hanif sihat sepenuhnya supaya boleh dibedah or I need a miracle happens, hope a doctor will call and tell us they can proceed the tonsillectomy...
sabar banyak2 ye.. ujian ni datang sebab Allah tahu kita mampu.. kuatkan semangat..
ReplyDeletethks, InsyaAllah..
ReplyDelete