Sunday, November 20, 2011

Kejam:: Nenek Mati Dicincang

Peristiwa menyayat hati yang berlaku di Tenom, hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap kelmarin.

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.

Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana
panggilannya tidak berjawab.

Apabila Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila
melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.

Pasa masa yang sama, dia bertambah terkejut apabila melihat anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.


p/s: terlalu stress barangkali

Sumber: http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...