Wednesday, November 23, 2011

Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful


Ramai diantara kita yang masih lagi keliru tentang perbezaan diantara konsep takaful dan perbezaannya dengan insurans konvensional. Berikut perkara ini telah diulas oleh Ustaz oleh Ustaz Zaharuddin di laman webnya seperti petikan yang saya sertakan dibawah:-

SUMBER DARIPADA http://www.zaharuddin.net

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konvesnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).

KONVENSIONAL:-

- Konsep Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang diinsuranskan.
- Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.
- Penanggung insurans bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti yang dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
- Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Syari'ah.
- Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
- Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari "surplus".

TAKAFUL:-

- Kontrak Tabbaru' (Derma & Sumbangan) yang disertakan dengan pelaburan.
- Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
- Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan menbayar Takaful daripada kumpulan wang Takaful.
- Sekiranya berlaku kekeurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
- Aset kumpulan wang TAKAFUL HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Syari'ah.
- Wang pencarum tidak dikira sebagai wang syarikat, malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali Takaful.
- Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
- Lebuhan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...