Wednesday, November 23, 2011

Apa Akan Terjadi Andai

1) Apabila kita sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2) Di manakah sumber pendapatan kita?
3) Hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, akan tetapi kita sudah tidak berupaya untuk bekerja atau meneruskan perniagaan?
4) Adalah simpanan yang ada mencukupi atau tiada simpanan langsung?

Maka inilah sebabnya mengapa kita perlu memiliki insuran untuk membantu meneruskan jaminan kewangan kepada keluarga, supaya kita dapat tetap menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah kita sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, kita memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan itu, dengan memiliki insuran sebagai satu jaminan tambahan. Agar kehidupan keluarga tersayang anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dengan adanya bantuan kewangan dari insuran.

Ianya untuk membantu kita memastikan jaminan sumber kewangan yang berterusan dan menutup kerugian kewangan musibah (eg. kehilangan kesihatan untuk bekerja) yang boleh berlaku di dalam kehidupan kita di hari esok.

Setiap hari kita lihat di media dan banyak sudah menjadi kisah tauladan masyarakat dan kita perlu menerima hakikat bahawa musibah boleh datang menimpa tanpa mengira usia dan masa. Semua antara kita perlukan perancangan kewangan atas perkara yang tidak ketentuan. Memiliki insuran merupakan cara terbaik untuk kita memperluaskan skop jaminan kewangan yang sedia ada kita miliki dari pekerjaan atau perniagaan. Ini sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan untuk melindungi kehidupan kita sekeluarga.

Insuran bukan sahaja dapat menyediakan duit sara hidup di saat kita sudah tidak berupaya apabila di timpa musibah tetapi ia juga dapat membantu kita menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga tersayang di masa kita sudah tiada lagi di dunia nanti! Memiliki insuran bukan bermakna kita merancang untuk mati tidak lama lagi! Sebaliknya, memiliki insuran itu bertujuan untuk kita melindungi kewangan keluarga kita, daripada kerugian kewangan yang berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia.

Sediakan payung sebelum hujan ;)

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...