Monday, November 28, 2011

Bahan Yang Diperlukan Untuk Memandikan Bayi | Panduan Memandikan Bayi




Sebelum aktiviti memandikan bayi, sediakan benda-benda yang diperlukan:-

1. Meja yang agak rendah.
2. Kerusi
3. Waskom dengan air panas
4. Sabun bayi
5. Kain bersih dan lembut untuk digunakan menggosok badan bayi
6. Kain yang bersih yang lebar yang diletak di atas meja, tempat di mana bayi akan dimandikan
7. Tuala besar yang bersih dan tebal untuk menutup badan bayi setelah dimandikan
8. Sebotol losyen bayi
9. Bedak bayi dan jangan lupa sediakan sebiji botol dengan air biasa yang agak panas untuk bayi minum. Kain bersih dan agak lembut untuk menutup bahagian bawah bayi

Jangan lupa barut, baju yang bersih, pampers atau lampin yang bersih.

Sebelum memandikan bayi ibu atau orang yang memandikan bayi perlu mencuci tangan dengan air sabun suam. Kuku perlu sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit bayi tercalar secara tidak sengaja.

Air yang digunakan untuk memandikan bayi adalah air suam yang telah disejukkan (panas-dingin). Sekirannya memandikan bayi dengan memangkunya hendaklah berhati-hati kerana takut meluncur dari pangkuan.

Kalau ingin memandikan bayi dengan span basah, sila pakai span atau kain lembut yang telah direndam dalam air sabun. Cuci seluruh badannya dengan teliti terutamanya di bahagian celah-celah seperti di bahagian leher, lengan tangan, celahan jari-jari tangan dan kaki dan di celah paha serta kemaluannya. Bagi bayi perempuan, adalah amat penting memastikan kemaluannya bersih.

Kita hendak memastikan tiada air sabun di celah-celah kulitnya kerana ia boleh menimbulkan kegatalan sekiranya kering semasa dimandikan dengan air bersih. Kemudian keringkan bayi dengan tuala lembut, sapu losyen di seluruh badannya dan pakaikan bajunya.

Waktu hendak memasukkan bayi ke dalam besen, letaklah tangan dan lengan kiri pada bahu kirinya sehingga ia tidak boleh tergelincir dari tangan. Dengan tangan kanan memegang kaki-kaki dan pahanya sebelah bawah dengan cukup kuat (tidak keras), dan kemudian rendahkan badannya dalam besen. Air di dalam besen jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Hanya sampai badan bayi yang terendam di sebelah bawah saja. Masukkan bayi ke dalam besen dengan melepaskan kaki-kakinya saja sedangkan pegangan pada bahu dan lengan jangan dilepaskan.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...