Friday, November 18, 2011

Kisah Tisu, Pembalut Sugus dan Hidung

Terkejut dengar suara papa dia panggil. Saya pun bergegas. Papa dia kata "tengok ni", dengan tangan kiri di dahi dan tangan kanan pegang dagu Hanif. Rupa-rupanya dalam hidung Hanif ada kertas pembalut Sugus yang dah di gulung-gulung kecik. Ya Allah, rasa macam nak pengsan pun ada. Geram tu tak payah cakaplah. Nak marah tapi dia dah menangis takut.


Sebenarnya, ayah dia melayan bola. Hari ini kan Malaysia lwn Indonesia. Dah frust dengan Malaysian Player manalah perasan sangat dengan apa yang anak dia buat. Pada masa yang sama, saya berada di dalam bilik mengemas kain baju yang dah menggunung. Patutlah senyap, rupa-rupanya ada kerja dibuat. Masukkan boleh, tapi nak keluarkan pulak tak boleh. Itu yang cuak dia menangis terus pergi kat bapak dia tunjuk hidung.

Korek guna tangan memang tak boleh. Hidungnya kecik je. Nanti kalau dikorek lagilah denda tu masuk ke dalam. At last, saya guna tweezer untuk keluarkan kertas tuh.


Hari tu lagilah. Masa tu semua orang pun tak perasan. Entah macam mana tiba-tiba dia terbersin. Kali pertama bersin tak keluar, kali kedua bersin ku tengok ada benda putih keluar. Besar lak tu. Bilaku pegang rupa- rupanya tisu! Bayangkan kalau dia tak bersin dan tisu tu pun tak keluar. Macam-macam dah terbayang di kepala otak.


Teringat last week masa Hanif nak admit, terjumpa seorang perempuan dengan anak dia datang ke Klinik ENT untuk follow up treatment. Mak dia kata anak dia masukkan bateri jam ke dalam hidung dia. So, kena operate semata-mata nak keluarkan bateri jam tu. Terganga mulut saya bila mendengarnya. Rasa macam tak percaya je. Tengok bateri jam tu macam besar je tapi muat ye kalau dimasukkan ke dalam hidung.

Sebab tu memang penting untuk kita memantau anak-anak kita. Selalulah check apa yang mereka buat. Budak-budak ni nak check senang je. Agak-agak mereka senyap je, adalah tu. Pergilah tengok. Jangan lengah-lengah. Kadang-kadang kita pun boleh terlepas pandang benda macam ni. Ye la, ada masa kita pun sibuk. Tapi, apa pun is better "prevention than cure". Like Mr. Iqbal said SAFETY FIRST.

Janganlah anak kita kena operate sebab benda macam ni :(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...