Semua ibu bapa nmengharapkan anak yang gembira serta stabil secara emosi dan fizikalnya. Harapan ini boleh menjadi realiti melalui rangsangan pendedahan yang dilakukan oleh mereka kepada bayi. Bayi baru lahir bukan sekadar makan, tidur dan membuang najis, tidak dapat melihat dengan jelas, mendengar dan tidak tahu apa yang berlaku di keliling mereka.
Sebaliknya:-
1. Bayi dalam kandungan bertindak balas kepada degup jantung dan suara ibu sejak di dalam kandungan.
2. Enam minggu sebelum lahir bayi di dalam kandungan menggunakan deria rasa sentuh, lihat, dengar dan gerak secara aktif.
3. Bayi sangat peka dalam masa dua jam pertama selepas dilahirkan dan kepekaan ini tidak akan diperolehi sehingga dua bulan yang akan datang.
4. Bayi secara biologinya belajar.
5. Rangsangan diberi pada dua belas bulan pertama mempunyai kesan yang lebih mendalam kepada perkembangan otak berbanding tempoh-tempoh lain dalam kehidupannya.
6. Pada umur enam bulan, 50% dari pertumbuhan otak sudah berlaku.
7. Pada umur setahun, 70% daripada pertumbuhan otak sudah berlaku.
Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama kehidupan berbanding masa-masa lain. Kerana tingginya kepekaan pertumbuhan otak bayi dalam masa enam bulan selepas kelahiran, kita harus mengikis kepercayaan asal menganggap bayi tidak tahu apa-apa dalam tempoh tersebut.
Jika kita ibu bapa yang sibuk, peruntukanlah masa hanya 15 minit sehari untuk memaksimumkan kepuasan belajar pada bayi anda. Kita boleh mencuba langkah demi langkah yang memberikan kita rasa gembira dalam tugas keibubapaan kita.
Langkah-langkah yang sungguh mudah untuk merangsang pendengaran, sentuhan rasa, penglihatan, hidup dan gerak bayi dengan tujuan mempercepatkan pertumbuhannya, mengatur pergerakkan, memanjang jangka masa bayi boleh memberi tumpuan dan meninggikan pencapaian bayi.

No comments:
Post a Comment