Istana Negara Jalan Duta menggantikan Istana Negara, Jalan Istana yang telah digunakan sejak tahun 1957 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011 yang lalu. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia.
Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama bersemayam di istana ini pada 15 November 2011 manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 juga bakal menjadi istiadat pertabalan yang pertama diadakan di istana ini.
Istana Negara Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
Grand lobby
Istana Negara yang baru ni mempunyai 3 laluan masuk utama iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah untuk kegunaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang DiPertua- Yang DiPertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.
Manakala Pintu masuk ke-2 terletak di Jalan Semantan Dungun. Ini untuk Tetamu-Tetamu Diraja dan Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara yang berdepan dengan Plaza Damas ialah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.
Kepada mereka yang tidak tahu, sebenarnya projek Istana Negara ini sudah lama dirancang. Ini kerana Istana Negara yang sekarang ni adalah milik seorang hartawan Cina yang bernama Chan Wing. Asyik diubahsuai dan ditambah sampai dah tak mampu lagi nak tampung sebab kawasan yang terhad. Cuma perlaksanaannya agak lewat kerana banyak aspek yang perlu diambil kira. Ini bukannya nak buat banglo RM1-5 juta. Ini nak buat Istana Negara yang... Ingat senang ke. Korang tak tahu, betapa susahnya nak buat Istana Negara ni. Nak jaga site 241.3 ekar. Dengan nak ronda site, dengan pe'el sesetengah pihaknya lagi, dengan Raja datang tetiba buat visit. Lakiku tau macam mana stress nak jaga projek ni.
formal wing
sebelah kiri tu Multipurpose hall, Gambar Royal Wing tak ada,
hubby kata surau sangat cantik =)
Actually some of the info I get it from hubby. Tapi, saya tak boleh upload gambar dari dia. Dia kata confidential. Tak boleh nak buat apa lah. Most of the picture I get from Lepak.my.
No comments:
Post a Comment