Saturday, November 12, 2011

Makan Lebih Buah dan Sayur

Buah dan sayur merupakan sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan. Buah dan sayur juga mempunyai kandungan lemak yang rendah serta tidak mengandungi alkohol.

Kita perlu makan buah dan sayur kerana ia mempunyai kebaikan antaranya:-

- serat dapat mengurangkan masalah sembelit.
- vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit.
- potasium menguatkan fungsi otot.
- antioksidan melambatkan proses penuaan.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan snek berkhasiat kerana ia rendah lemak, rendah kalori dan tidak mengandungi kolestrol.

Kita perlu mengambil 3-5 hidangan buah dan sayur setiap hari.

Contoh hidangan ialah:
Satu hidangan sayur-sayuran
- 1/2 cawan sayuran berdaun hijau tua dengan batangnya boleh dimakan atau
- 1 cawan sayur mentah atau ulam-ulaman.

Satu hidangan buah-buahan
- 1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana atau
- 1 biji oren, epal, pir yang sederhana atau
- 1 biji pisang yang sederhana atau 1 potong betik, nenas

Tips meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- makan pelbagai jenis buah segar.
- jadikan buah-buahan sebagai gantian makanan ringan (snek).
- utamakan buah-buahan segar berbanding berbanding buah-buahan dalam tin.
- minum jus buah-buahan segar tanpa gula.
- makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna.
- pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim.
- amalkan pengambilan ulam-ulaman.

Panduan mengekalkan kandungan nutrien buah-buahan dan sayur-sayuran
- cuci buah dan sayur sebelum dimasak atau dimakan.
- elakkan merendam buah dan sayur selepas dipotong.
- elakkan memasak sayur-sayuran terlalu lama.
- masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas.
- gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup anda.
- masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu.
- simpan sayur dan buah daripada cahaya dan haba.

Khasiat Vitamin C
Contoh:
Betik, jambu batu, belimbing, oren dan nenas.
Kebaikan:
- membantu pembentukan kolagen yang boleh menyembuhkan luka.
- membantu penyerapan zat besi.
- meningkatkan sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit.

Khasiat Vitamin A
Contoh:
Kangkung, cekur manis, lobak merah, kailan, bayam merah
Kebaikan:
- penting untuk kesihatan mata, kulit dan tulang.
- mencegah rabun malamdan kerosakan pada mata.

Khasiat Serat
Contoh:
Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.
Kebaikan:
- menurunkan kandungan kolestrol dalam darah.
- mengurangkan masalah sembelit.
- membantu dalam mengawal berat badan.
- mengawal paras gula dalam darah.

Makan Secara Sihat
1. Mengurangkan gula
2. Mengurangkan garam
3. Mengurangkan minyak
4. Melebihkan buah-buahan
5. Melebihkan sayur-sayuran

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...