Menangis adalah satu perkara wajar bagi bayi terutamanya yang baru lahir untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kita seharusnya berasa gembira mendengar tangisan bayi kerana ini menandakan bayi itu aktif dan sihat.
Kebiasaanya pada bulan pertama setelah kelahirannya, bayi hanya menggunakan tangisan sebagai alat untuk meminta perhatian. Harapanya apa yang diingini akan dipenuhi.
Bayi akan berasa senang apabila kedua-dua ibu bapanya memberi perhatian kasih sayang, makan minum dan keselesaan. Sebagai ibu bapa kita harus mengetahui apa
yang diperlukan oleh bayi apabila ia menangis.
Banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis antanya ialah disebabkan lampinnya basah, lapar dan sebagainya. Untuk membezakan semua keperluan ini, kita harus mengamati perkara yang sering menyebabkan bayi menangis.
1. Bayi lapar:
Apabila bayi menangis, pasti ibu bapa memikirkan bayi mereka lapar, namun demikian sekiranya kita memberi makan bayi tepat pada waktunya dan sesuai dengan keperluan hariannya, kita akan mengetahui mereka lapar atau haus.
Kebiasaanya bayi yang lapar akan menjerit dengan kuat dan agak nyaring. Apabila bayi diberi susu, dia akan minum dengan rakus. kita harus ingat apa yang diingini oleh bayi ialah keselesaan. Kalau dia terlalu lama dibiarkan kelaparan dia akan terburu-buru menyusu.
2. Lampin bayi basah:
Bayi juga boleh menangis sekiranya lampin yang dipakainya basah. Gantikan dengan lampin bayi yang kering dan bersih, selain daripada lampin bayi yang anda harus memeriksa punggung atau celah peha bayi anda luka atau melecet. Pakaian yang terlalu tebal juga menyebabkan bayi menangis.
3. Tidur bayi terganggu
Pada bulan pertama dan kedua, bayi memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi. Kelahiran bayi adalah sesuatu yang paling dinantikan, bukan saja ibu bapa, malah keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan menantikannya.
Kunjungan saudara dan sahabat handai boleh mengganggu bayi yang sentiasa mahukan rehat dan tidur yang cukup. Jika kunjungan ini berterusan nescaya bayi berasa kurang selesa.
Bayi yang menangis pada siang hari pasti tidak begitu mengganggu atau menyusahkan anda, tetapi apabila bayi menangis atau meragam pada malam hari pasti akan menyulitkan ibu bapa terpaksa berjaga malam.
4. Perut bayi tidak selesa
Selepas menyusu, bayi didukung tegak agar udara yang telah disedut dapat keluar semula. Bayi yang diberi susu botol memang cenderung untuk untuk lebih menelan udara berbanding dengan bayi yang menyusu ibu. Untuk mengatasi perut bayi daripada kembung, dukung dan urut belakang bayi hingga sendawa.
5. Bayi gelisah dan bosan
Pada minggu pertama kelahiran, bayi akan berasa gelisah. Keadaan ini berlaku pada siang dan malam hari. Sebenarnya pada minggu pertama bayi, dia mula cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan bari di rumah yang dikelilingi oleh ahli keluarga.
Sekiranya bayi anda menangis bedunglah dengan kain atau dakap bayi anda. Bayi juga berasa bosan apabila tidur melebihi hadnya. Sekiranya bayi ridak mahu tidur selepas makan, jangan tidurkan sebaliknya kita boleh memberikan bayi alat mainan atau mendengarkan bayi alunan muzik yang lembut dan mengasyikkan.
6. Bayi sakit
Sakit perut sering dialami bayi terutamanya selepas bayi menyusu botol atau menyusu ibu. Apabila bayi berusia tiga bulan, tangisan bayi akan menjadi lebih tinggi.
Ketika ini bayi mudah diserang selesema atau batuk. Ibu bapa dinasihatkan untuk membawa bayi ke doktor sekiranya kesihatan bayi kurang memuaskan.
Bayi pada peringkat usia enam bulan ke atas sering menangis. Mereka biasanya bangun terutama pada waktu malam dan akan menangis dengan kuat. Semakin kita mengampirinya semakin kuat tangisannya. Keadaan seperti ini sering terjadi dan ibu atau bapa harus mencari penyebabnya.
Kemungkinan bayi takutkan kegelapan jadi sebagai ibu bapa kita boleh membantu bayi dengan memasang lampu tidur. Ibu bapa juga harus memastikan bayi yang baru tumbuh gigi berada dalam keadaan selesa.
Bayi yang baru belajar berjalan pula mempunyai karenahnya yang tersendiri. Bayi mungkin mahukan perhatian dan sentiasa ditemani. Oleh itu, kita perlu bertindak secara bijak sekaligus bersikap tegas.
Kadang-kadang, ada masanya kita harus membiarkan bayi menangis. Sekiranya bayi sudah makan mengikut keperluan dan tidak mempunyai masalah kesihatan, ini bermakna bayi anda hanya mahu dimanjakan. Kita harus memastikan sama ada tangisan bayi disebabkan oleh masalah persekitaran atau kesihatannya.

No comments:
Post a Comment