Tuesday, November 15, 2011

Hospital Baru di HKL

Mesti korang tertanya-tanya "kenapa nak buat hospital lagi kat dalam kawasan HKL tu? Dah la memang crowded kan." Tapi, seperti yang kita tahu kerajaan dah memperuntukkan sejumlah budget untuk pembinaan hospital baru dalam tu.


Sebenarnya, hospital baru yang depa nak buat tu adalah Hospital Bersalin yang baru. Kepada sesiapa yang tak pernah bersalin di Hospital Bersalin HKL meh akak explain sikit.


Hospital bersalinnya satu bangunan. Boleh nampak dari Highway yang berdepan dengan Istana Budaya. Dah tu, kalau kata baby ada complication or anything akan dimasukkan ke wad lama yang orang dulu-dulu panggil Wad Kayu or sekarang ni Wak KK. Dah tu Hospital kanak-kanak @ Pediatrik lak nuuu haaa, berdekatan Kampung Baru. Korang rasa pening tak bila pikir. Bagi akak yang dah biasa ni tak adalah pening. Tapi memula dulu acik pun miung gak nak pikir mencariknya.


Wad Kayu



Tujuan dibina Hospital baru ni adalah untuk menggabungkan ketiga-tiga bahagian ini. Kat situlah hospital bersalin, kat situlah hospital pakar kanak-kanak dan kat situlah hospital bayi. Senang kan.

Saya ingat lagi masa Hanif berusia 2 hari dia demam panas. Kena pergi emergency, dah tu baru masuk NICU yang bertempat di Hospital Bersalin, dua malam di NICU baru transfer ke Wad Kayu. Jarak bukannya dekat. kalau jalan kaki memang boleh pengsan. Naik kereta parking lak susah. Tapi Encik Iqbal jenis brutal so dia main parking je kat mana-mana. Parking ambulan pun dia sebat. Tapi mintak kebenaran dululah. Kata emergency. Dah tu, park la kat tempat lain.


Walaupun berdekatan dengan Hospital Ampang which much more better environment & more comfortable, tapi my husband still prefer HKL. Even though, Hanif sakit sampai kena buat operation pun he's still preferring HKL and even if I've mentioned "let's go to private hospital" pun jawapannya tetap sama. Kita pergi HKL dulu.

p/s: gambar banyak saya google, ada yang di ambil dari blog =)

3 comments:

  1. 4bulan berada di hkl,baru terasa yg hkl tu xbesar sgt. sbb dah hari2 tawaf. :P

    ReplyDelete
  2. kann, sbb dah biasa & tau short cut nak pegi mana2 ;)

    ReplyDelete
  3. heee, dulu abang saya duduk HKL setahun . xcident . sekarang abang saya dah menghadap ilahi semasa di hkl . Hmm, hos nie memang bagus . saya suka dengan cara penjagaan hos nie . nak nak pula misi misi wad 1 (ortipadik) . baik sungguh ;) Sayacuma sakit ati dengan Parking kereta jelaa :( menyakitkan hati :D tapi yang lain saya suka !

    ReplyDelete

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...