Wednesday, November 30, 2011

Stemtech AFA Extract | Stem Cell Enhancer

Selepas menanggung derita selama sebulan lebih kerana Eczema yang tiba-tiba menyerang akibat dari ketidakserasian antibiotik yang diberi doktor semasa demam akhirnya kawanku suggest untuk membeli satu product from Stemtech. Inilah Stemtech AFA Extract untuk Stem Cell Enhancer. Selepas 10 hari barulah nampak perubahannya. Sekarang dah masuk hari yang ke-21, Alhamdulillah eczema saya sudah beransur pulih. Kegatalan dan seksa menggaru pun sudah tiada.


Tentang Stemtech AFA Extract
STEMTech AFA Extract adalah satu penemuan yang baru, ekstrak botanikal semula jadi yang membantu badan anda mengekalkan kesihatan fisiologi sel stemnya. Ia merupakan produk yang pertama di pasaran daripada kategori produk yang terbaru iaitu fitoseutikal. Ia di panggil “penggalak sel stem”.

Penggalak sel stem
Perkembangan saintifik terkini telah membongkarkan yang sel stem yang di dapati daripada sumsum tulang bergerak ke seluruh badan dan bertindak membantu untuk organ dan tisu berfungsi pada tahap yang optimum. Bahan penambah sel stem merupakan produk yang membantu tugas sel stem dewasa.

Kenapa perlu produk ni?
Apabila kita meningkat usia bilangan dan kualiti sel stem yang berada dalam edaran darah kita akan berkurang, menyebabkan badan kita lebih mudah mengalami kecederaan dan penyakit lain yang berkaitan dengan usia

Seperti antioksidan yang penting untuk melindung sel kita daripada kerosakan “radikal bebas”, penggalak sel stem turut sama penting dalam menolong sel stem kita untuk mengekalkan fungsi organ dan tisu badan yang lebih baik.

Untuk penjelasan yang lebih detail boleh ke STEMTECHBIZ. Kalau nak testimoni, pertanyaan atau penerangan dengan lebih lanjut lagi. Boleh Tweet saya @syzulaikha, Facebook atau boleh KLIK SINI.

p/s: saya tak jual, saya cuma bantu je ;)

Monday, November 28, 2011

Nama Website Untuk Download Template Blog Untuk Blogspot

Mungkin anda sudah bosan dengan template blog yang sedia ada dan mencari kepelbagaian dalam design blog. Anda boleh dapat banyak template dengan percuma mengikut kesuaian blog dengan mendownload template tersebut dalam format .xml (jika anda download file dalam bentuk zip/rar, pastikan anda extract dahulu file tersebut.).

Anda boleh dapatkan template blog secara percuma di website seperti yang terdapat di bawah:-










Sebelum Tali Pusat Bayi Kering | Panduan Memandikan Bayi


Bagi bayi yang belum dimandikan betul, cuba sapu seluruh badannya dengan span basah. Bayi yang masih belum kuat dan bewarna kemerah-merahan, air yang digunakan untuk memandikan bayi boleh dicampur dengan sedikit "baby-oil" atau lain-lain minyak yang sesuai. Minyak zaitun pun boleh. Ini  adalah untuk mengelakkan kulit bayi kering dan sensitif.

Sebelum mula memandikan bayi, sediakan keperluannya terlebih dahulu. Memandikan bayi mesti mengikut waktu. Jangan sesekali mandikan dia selepas makan. Memandikan bayi elok dilakukan sebelum minum petang. Sebelum memulakan aktiviti memandikan bayi kesayangan adalah perlu membersihkan badannya dengan menggunakan span terlebih dahulu.

Bilik yang digunakan untuk memandikan bayi, janganlah bilik yang dingin, kerana angin keluar masuk ke dalam itu. Seeloknya biarlah bilik itu kering dan tidak dingin.

Bahan Yang Diperlukan Untuk Memandikan Bayi | Panduan Memandikan Bayi




Sebelum aktiviti memandikan bayi, sediakan benda-benda yang diperlukan:-

1. Meja yang agak rendah.
2. Kerusi
3. Waskom dengan air panas
4. Sabun bayi
5. Kain bersih dan lembut untuk digunakan menggosok badan bayi
6. Kain yang bersih yang lebar yang diletak di atas meja, tempat di mana bayi akan dimandikan
7. Tuala besar yang bersih dan tebal untuk menutup badan bayi setelah dimandikan
8. Sebotol losyen bayi
9. Bedak bayi dan jangan lupa sediakan sebiji botol dengan air biasa yang agak panas untuk bayi minum. Kain bersih dan agak lembut untuk menutup bahagian bawah bayi

Jangan lupa barut, baju yang bersih, pampers atau lampin yang bersih.

Sebelum memandikan bayi ibu atau orang yang memandikan bayi perlu mencuci tangan dengan air sabun suam. Kuku perlu sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit bayi tercalar secara tidak sengaja.

Air yang digunakan untuk memandikan bayi adalah air suam yang telah disejukkan (panas-dingin). Sekirannya memandikan bayi dengan memangkunya hendaklah berhati-hati kerana takut meluncur dari pangkuan.

Kalau ingin memandikan bayi dengan span basah, sila pakai span atau kain lembut yang telah direndam dalam air sabun. Cuci seluruh badannya dengan teliti terutamanya di bahagian celah-celah seperti di bahagian leher, lengan tangan, celahan jari-jari tangan dan kaki dan di celah paha serta kemaluannya. Bagi bayi perempuan, adalah amat penting memastikan kemaluannya bersih.

Kita hendak memastikan tiada air sabun di celah-celah kulitnya kerana ia boleh menimbulkan kegatalan sekiranya kering semasa dimandikan dengan air bersih. Kemudian keringkan bayi dengan tuala lembut, sapu losyen di seluruh badannya dan pakaikan bajunya.

Waktu hendak memasukkan bayi ke dalam besen, letaklah tangan dan lengan kiri pada bahu kirinya sehingga ia tidak boleh tergelincir dari tangan. Dengan tangan kanan memegang kaki-kaki dan pahanya sebelah bawah dengan cukup kuat (tidak keras), dan kemudian rendahkan badannya dalam besen. Air di dalam besen jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Hanya sampai badan bayi yang terendam di sebelah bawah saja. Masukkan bayi ke dalam besen dengan melepaskan kaki-kakinya saja sedangkan pegangan pada bahu dan lengan jangan dilepaskan.

Saturday, November 26, 2011

Apa Yang Ibu Perlu Tahu

Semua ibu bapa nmengharapkan anak yang gembira serta stabil secara emosi dan fizikalnya. Harapan ini boleh menjadi realiti melalui rangsangan pendedahan yang dilakukan oleh mereka kepada bayi. Bayi baru lahir bukan sekadar makan, tidur dan membuang najis, tidak dapat melihat dengan jelas, mendengar dan tidak tahu apa yang berlaku di keliling mereka.

Sebaliknya:-

1. Bayi dalam kandungan bertindak balas kepada degup jantung dan suara ibu sejak di dalam kandungan.

2. Enam minggu sebelum lahir bayi di dalam kandungan menggunakan deria rasa sentuh, lihat, dengar dan gerak secara aktif.

3. Bayi sangat peka dalam masa dua jam pertama selepas dilahirkan dan kepekaan ini tidak akan diperolehi sehingga dua bulan yang akan datang.

4. Bayi secara biologinya belajar.

5. Rangsangan diberi pada dua belas bulan pertama mempunyai kesan yang lebih mendalam kepada perkembangan otak berbanding tempoh-tempoh lain dalam kehidupannya.

6. Pada umur enam bulan, 50% dari pertumbuhan otak sudah berlaku.

7. Pada umur setahun, 70% daripada pertumbuhan otak sudah berlaku.

Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama kehidupan berbanding masa-masa lain. Kerana tingginya kepekaan pertumbuhan otak bayi dalam masa enam bulan selepas kelahiran, kita harus mengikis kepercayaan asal menganggap bayi tidak tahu apa-apa dalam tempoh tersebut.

Jika kita ibu bapa yang sibuk, peruntukanlah masa hanya 15 minit sehari untuk memaksimumkan kepuasan belajar pada bayi anda. Kita boleh mencuba langkah demi langkah yang memberikan kita rasa gembira dalam tugas keibubapaan kita.

Langkah-langkah yang sungguh mudah untuk merangsang pendengaran, sentuhan rasa, penglihatan, hidup dan gerak bayi dengan tujuan mempercepatkan pertumbuhannya, mengatur pergerakkan, memanjang jangka masa bayi boleh memberi tumpuan dan meninggikan pencapaian bayi.

Malaysia vs Bahrain 27 November | Kelayakan Olimpik London 2012


Walaupun telah tewas di tangan Syria, permainan Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun masih boleh dibanggakan di atas usaha mereka terutamanya prestasi Khairul Fahmi Che Mat (Apek) memang membanggakan apabila banyak menggagalkan cubaan yang berbahaya daripada pasukan Syria.

Untuk perlawanan Malaysia VS Bahrain Ahad ini, pasti menyaksikan pertarungan hebat antara kedua-dua negara ini.

Jangan lupa saksikan perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 Malaysia vs Bahrain keesokkan harinya secara live di TV1 atau secara Online Streaming di Portal RTM.

Semoga Malaysia mampu menewaskan Bahrain. Malaysia BOLEH!!!!!

36 Penyakit Kritikal | 36 Critical Illnesses

Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang akan dilindungi dalam polisi Takafulink/Takafulink Cerdik PruBSN.

PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal:-

1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-

i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.

Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
Angina juga dikecualikan secara khusus.

2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.

Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.

6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-

i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-

i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.

Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

11. Koma.
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.

Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.

12. Buta.
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung.
Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta.
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.

Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.

17. Hilang Percakapan.
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)

Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.

18. Kebakaran Parah.
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.

19. Penyakit Membawa Maut.
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.

20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-

i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-

i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-

- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.

Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-

i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot.
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis.
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.

28. Meningitis Bekteria.
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

29. Tumor Otak Benigna.
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.

Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

31. Full Blown AIDS
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-

i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.

Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom Appalic.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

20days House Arrest

20 days House Arrest, korang sanggup tak? Saya pun tak sanggup kalau dah duduk rumah tak ada benda nak buat, silap hari bulan boleh jadi gila segila gilanya.

Eh eh kau, baca je tajuk House Arrest terus busy body eh? Ingat kena kurunglah tu...

Sebenarnya, 20days House Arrest ni is counting from the date of Hanif's operation day where both of us tak pergi mana-mana. Sebelum admitted hospital pun dah terperap kat rumah almost 2 weeks sbb dia demam. Masa tu memang takut sangat nak bawak dia keluar sebab kalau demam tak sembuh memang tak bolehlah nak operate.


After day 10, thought nak hantar dia ke Nusery tapi papa dia kata tunggulah dia betul-betul sihat then baru hantar. Lagi pun dia nye tonsil still got yg putih-putih macam nanah. Risau. Takkanlah dia nak kena makan special food. Memang saya boleh buat tapi kebiasaannya dia takkan makan. Papa dia kata biarlah dia home rest dulu. Then, we agree untuk hantar dia next month December. Almost one month jugak tak pergi Nursery.

Dalam recovery process, sy boleh nampak banyak perubahan pada Hanif terutamanya dari segi suara dan berkurangnya dengkuran masa tidur. Other thing yang saya perasan ialah selera makan dia semakin meningkat. Ada je dia request nak makan.

Ko tak tau macam mana susahnya nak pujuk dia for the first 10days supaya lupakan telur dengan nasi. Tak ingat how many times i have to explain to him why he cannot eat "telur" huuwaaa...

But, at last on the 10th day saya bagi je la. Kesian sangat. Cuma saya tak miss antibiotik spray dia. Dah macam inhaler untuk asthmatic.

Jadi, selepas berkurung di rumah selama 23 hari termasuk Sabtu, Ahad, Isnin, next week Hanif finally boleh pergi Nursery. At the same time, mama pun boleh bekerja dengan senang hati. Tak taulah dia nak ke tak nak. Harap-harap masa hantar nanti tak mengamuk.

Wanita | Melawan Kanser Payudara

Pada tahun 2003 hingga 2005, sebanyak 11952 kes kanser payu dara telah dilaporkan. Di Asia seperti Malaysia, statistik mengikut umur amat berbeza dengan negara barat. Di sini, mereka dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an juga berisiko. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang masih muda.

Antara yang perlu dilakukan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan pakai pakaian dalam seperti coli yang sesuai. Itu saja. Tidak kiralah ketika hamil, datang bulan dan sebagainya. Harusnya sesuai.

Jika organ ini tidak ada, tidak akan ada beza antara lelaki dan wanita. Ia merupakan organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling.

Trauma bagi seseorang yang kehilangan payudara amatlah perit dan pada masa yang sama kos rawatan untuk kemoterapinya juga sangatlah tinggi.

Antara bintang Hollywood yang berjuang untuk melawan kanser payu dara:

Kylie Minogue
Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.

Sheryl Crow
Dia disahkan menghidap kanser payu dara ketika memasuki usia 48 tahun. Dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat sebagai penawar duka sepanjang dia menjalani proses rawatan.

Cynthia Nixon
Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita 'Sex and the City' ini disahkan menghidap kanser payu dara pada 2006. Setelah dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama enam hingga lima bulan dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.

Christina Applegate
Pada Ogos 2008, melalui jurucakapnya , Christina Applegate mendedahkan kepada orang ramai bahawa dia tengah berjuang melawan kanser payu dara. Dia membuat pemeriksaan kesihatan awal kerana ibunya merupakan pesakit kanser payu dara dan rahim. Pemeriksaan yang dibuatnya membuatkan dia sembuh lebih awal.

Suzanne Somers
Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa cerita komedi seperti 'Step by Step' dan 'Three's Company'. Dia menjadi perhatian ketika menerima laporan kanser payu ara sembilan tahun yang lalu.

Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat bercakap di acara 'Oprah Winfrey Show' mengenai kekuatan mental yang dapat menyembuhkan penyakitnya.

Friday, November 25, 2011

Maut Tersedak Susu | Bayi Pula Kena Penampar

Kisah seorang bayi permpuan yang tersedak susu pada hari pertama dihantar ke rumah pengasuhnya di Presint 16, Putrajaya pada Isnin yang lalu.

Dah hantar si ibu pun pergilah kerja dan berharap agar anknya yang berusia 3 bulan tu dijaga seeloknya.

Bagaimanapun, kira-kira satu jam selepas itu dia mendapat panggilan telefon daripada pengasuh yang memaklumkan anak keduanya itu tidak sedarkan diri.

Dia memaklumkan kepada suaminya, Syed Shamsul Kamal, 31, yang kebetulan berada di bawah blok rumah pengasuh untuk menghantar anak perempuan sulungnya berusia dua tahun.

Syed Shamsul berkata, sebaik mendapat berita mengenai Khaleela, dia terus ke rumah pengasuh dan mendapati anak perempuannya Sharifah Fasya Khaleela Syed Shamsul sudah lembik dan terkulai.

Bayangkan, pagi ibunya hantar elok je lepas tu selepas satu jam dapat berita yang anak tak sedarkan diri. Tak sedarkan diri tu okey lagi tapi meninggal? Sungguh kalau saya berada di tempat Siti Musalmah Mustafa, tak tahulah apa nak buat.

Then baru sahaja tadi ada anak kawan di FB ni menceritakan akibat penjaganya bercuti si ibu terpaksa menghantar anaknya yang berusia 5 bulan ke Pusat Penjagaan kanak-kanak sebab kena pergi kursus. Bila si ibu ambik bayinya balik tengok anak dia senyap je. Selalu aktif. Sampai kat rumah pun masih gak tidur. Esoknya bila hantar kat Penjaga, penjaga ni tanya lah kenapa pipi anaknya merah. Ibunya berkata mungkin nyamuk kot. Rupa-rupanya bekas kena tampar. Semalam dengan hari ini baby dia memang tak aktif. Asyik tidur je. Bukan bayi dia saja tidur tau tapi bayi dia sebenarnya tengah menahan sakit. Sedangkan kita yang dah tua ni kena penampar pun boleh demam. Inikan baby. Eeee, geram betullah.

tengok kejam tak kejam org yang buat ni

Bila dia bawak jumpa ke klinik, doktor kata kesan kat pipi bayi dia tu kesan jari orang dewasa. Mak aihhh...Saya pulak yang geram. Apa hak seorang penjaga yang sanggup buat macam tu kat anak kita. Bayi berumur 5 bulan pulak tu. Apa salah budak kecik tu pun, bukannya tahu apa-apa pun. Kenapa ada orang sanggup buat macam tu kat seorang bayi yang tak tau apa-apa pun?

Mak dia dah kata memang takkan maafkan orang yang buat anak dia macam ni. Dunia akhirat pun tak ampunkan. Ada berani? Kalau saya pun saya akan lakukan perkara yang sama dan mungkin saya akan balas balik perbuatan orang tu.

Perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan. Cuba korang fikir berapa ramai anak atau bayi yang mati tersedak susu, jatuh dan kena dera. Semua ni berlaku di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak atau di rumah Penjaga Budak (Babysitter). Bila ditanya, jawapannya semua tak tahu.

Zaman sekarang ekonomi bukan seperti dulu terutamanya bagi penduduk bandar. Semuanya ada harga. Ramai isteri yang bekerja untuk membantu suami menampung keluarga. Bila dah kerja dah tentu kena cari somebody yang kita boleh percaya untuk jaga anak kita. Tapi kalau macam ni jadinya kat mana lagi kita nak hantar anak kita supaya terjaga. Bukannya free, bayar tau.

Kerajaan kena ambil langkah yang sepatutnya untuk membendung perkara seperti ini supaya ia tidak berulang lagi. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sebelum keadaan menjadi lebih parah baik cari jalan untuk penyelesaian. Cadangan saya, mungkin setiap organisasi tu perlu ada Taska/Tadika untuk anak-anak pekerja tak kira organisasi kerajaan atau swasta.

Thursday, November 24, 2011

Sinopsis Sinetron Nada Cinta


Boleh dikatakan hari-hari dok layan cerita ni. Buat masa sekarang ni tak miss lagi cuma episod yang awal dulu tak berkesempatan nak tengok. Cerita ni dah ditayangkan di Chanel Astro Ria 104 pada 27 September 2011 pada pukul 6.30ptg - 7.30 mlm setiap Isnin hingga Jumaat dengan jumlah 244 episod. Panjang giler kan. Sekarang ni pun baru episod 35. Mau tak seksa menunggunya.

Biasalah dalam Sinetron Indonesia ni watak jahat dia memang ramai dan hidup lama pulak tu. Kepada yang belum lagi nak layan sinetron ni dengan sepenuh hati saya sertakan sinopsisnya. Berkut di bawah antara pelakon dengan wataknya.

Nama PemainPerananHubunganStatus Kehidupan
Mikha TambayongNadaPacar Ricky
Anak Faris dan Rina
Hidup
Cinta / SaharaKembaran NadaMeninggal
Randy PangalilaRickyPacar Nada
Adik Aga
Hidup
Michella PutriRasty YunitaTeman Nada
Pacar Alex
Anak Erwin dan Nia
Hidup
Donny MichaelAlexPacar Rasty
Anak Beni
Hidup
Aditya FirmansyahVito AnggaraTeman Nada & Ricky
Anak Fahmi
Hidup
Nufi Julian WardhanaSiskaTeman Nada & RickyHidup
Irene JustineFlora CantikaPacar VitoHidup
Dewi SandraRinaIbu Nada
Istri Faris
Meninggal
Dicky WahyudiFarisAyah Nada
Suami Rina
Meninggal
Luna MayaSusanIstri Aliyah
Ibu Martin
Meninggal
Primus YustisioErwinTeman Rina
Suami Nia
Ayah Rasty
Hidup
Olla RamlanNia RahmawatiIbu Rasty
Istri Erwin
Meninggal
Rifat SungkarDodiPengamenHidup
Wahid SabillahRianPengamenHidup
Echa CeicarioBanuPengamenHidup
Kieran ShiduJerryPaman Rasty
Adik Nia
Hidup
Bayu SeptivirgunaAgaKakak RickyHidup
Derry DrajatFahmiAyah VitoHidup
Indah IndrianaFarahTante Nada
Adik Faris
Hidup
BeniAyah AlexHidup
Putri UnaVannaTeman Nada dan RastyHidup
Ricky DjauharyMartinAnak Aliyah dan Susan
Teman Alex
Hidup
AliyahAyah Martin
Suami Susan
Hidup
TirtaKakek Nada & Cinta
Ayah Faris & Farah
Meninggal
Louise AnastasyaAriyantiIbu Tiara
Suami Arga
Kakak Ricky
Hidup
Larissa Anggia WulandariMarrisaHidup
TiaraAnak Arga
Anak Ariyanti

SINOPSIS
Faris adalah anak orang kaya raya dan dipandang tinggi oleh masyarakat sedang menjalin hubungan dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dan dipaksa menikah dengan Nia. Sementara itu Rina kemudiannya hamil dan melahirkan anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia dan orang gaji Tante dan di hantar ke rumah anak yatim.

Tujuh Belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah tumbuh menjadi remaja yang cantik dan sangat meminati muzik. Nada selalu teringin untuk segera berjumpa dengan orang tuanya yang entah ada di mana. Kemudian Nada bertekad untuk lari ke Jakarta.

Ketika tiba di Jakarta Nada nyaris kemalangan dilanggar kereta tapi telah diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka menjadi akrab. Nada meneruskan perjalanannya sehingga bertemu dengan 3 orang jalanan di mana mereka membuka warung berhampiran dengan Sekolah Tunas Bangsa iaitu sekolah swasta yang untuk orang kaya. Kebetulan pada masa yang sama Rina mengajar di sekolah itu dan membantu Nada untuk masuk ke sekolah tersebut.

Setelah bersekolah di Tunas Bangsa, Rina dan Nada menjadi rapat. Minat yang sama terhadap muzik telah menjadikan mereka lebih akrab. Sementara itu Ricky, pelajar yang diminati ramai di sekolah ini, terpesona dengan kemampuan menyanyi Nada. Hal ini membuat Rasty, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menghancurkan Nada. Rasty selalu berusaha menyingkirkan Nada.

Kemudian diketahui bahwa Rasty ternyata adalah anak Faris dari Nia. Akankah Rasty dan Nada akan berebut cinta Ricky seperti kedua orang tua mereka dulu? Atau adakah ini membuat Faris kembali kepada Rina?

Sebenarnya, Rina dah pun berjumpa dengan kekasih lama dia Faris dan menjadikan cerita ini lebih menarik. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Nada dan Rasty akan menjadi kawan baik? Adakah Nada mempunyai seorang kembar? Marilah kita saksikan bersama-sama 244 episod ni.