Wednesday, December 14, 2011

Tentang Takaful

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah. Kita mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Kita memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan kita menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian  yang ditetapkan.

Perkongsian lebihan

- Satu ciri yang unik bagi pelan Takaful adalah perkongsian lebihan dana antara kita dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

- Lebihan tersebut diperolehi setelah ditolak belanja seperti tuntutan, takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan.

- Kita layak berkongsi lebihan ini sekiranya kita tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful.

Majlis pengawasan syariah

Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:

-  Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip syariah.

- Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...