Wednesday, December 14, 2011

Produk dan Perkhidmatan Takaful

Terdapat dua jenis perniagaan takaful:-

1. Takaful Keluarga

Kombinasi perlindungan dan tabungan jangka panjang, biasanya untuk tempoh lebih dari setahun

Memberi manfaat kewangan sekiranya kita ditimpa musibah, serta memberi keuntungan pelaburan.

Perlindungan termasuk:
- kematian dalam tempoh polisi
- penyakit atau hilang upaya kekal
- pendapatan tetap ketika persaraan

Pembayaran caruman berkala - bulanan, suku-tahunan, setengah tahun atau tahunan.

Produk utama:
- pelan keluarga biasa (gadai janji, kesihatan, pendidikan dan "rider")
- pelan anuiti (pendapatan tetap ketika persaraan)
- pelan berkaitan pelaburan

2. Takaful Am

Perlindungan termasuk:
- kerugian atau kerosakan harta benda
- liabiliti berpunca daripada kerosakan yang disebabkan oleh anda ke atas pihak ketiga
- kematian atau kecederaan akibat kemalangan ke atas pihak ketiga

Pembayaran caruman sekali gus

Produk Utama:
- pelan motor
- pelan kebakaran/empunya rumah/isi rumah
- pelan kemalangan diri

Prinsip asas takaful

- Kita mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam subjek berkenaan untuk menyertai pelan takaful.

- Kontrak takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya mutlak (amanah) di mana kita perlu mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan.

- Kita hanya boleh memperoleh semula kerugian kewangan kita dan bukan untuk mendapat keuntungan berikutan sesuatu kerugian yang boleh ditentukan nilainya.

- Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan mengenal pasti sebab yang paling penting yang sebenarnya menyebabkan kerugian tersebut.

- Setelah kita dibayar pampasan bagi kerugia kita, pengendali takaful berhak untuk menuntut daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut.

- Sekiranya sesuatu kerugian, ditanggung oleh lebih daripada satu pelan takaful atau polisi insurans, pengendali takaful yang telah membuat pembayaran kepada kita boleh meminta pengendali takaful atau syarikat insurans lain yang terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-masing.

Dimanakah boleh mendapatkan produk insurans atau takaful?

Kita boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:

- secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful;

- melalui ejen berdaftar atau broker berlesen;

- melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful; dan

- melalui internet

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...