Monday, December 12, 2011

Jenis Polisi Pendidikan Anak Yang Ada | Polisi Pendidikan Anak

Terdapat dua jenis polisi pendidikan anak yang utama iaitu, polisi endowmen dan polisi berkaitan pelaburan. Beza di antara dua polisi ini addalah dari segi struktur dan juga jenis pelaburan.

Polisi Endowmen
Menggabungkan komponen simpanan dengan perlindungan. Polisi ini mungkin berbentuk sertaan atau tanpa sertaan. Sesuai dengan namanya, polisi tanpa sertaan tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi semua manfaat insurans dijamin sepenuhnya. Sebaliknya polisi sertaan, sebahagian manfaat insurans dijamin. Walau bagaimanapun, amaun manfaat yang akhirnya diperoleh pada masa polisi matang tidak dijamin kerana ia tertakluk kepada prestasi kumpulan wang insurans hayat sertaan syarikat insurans berkenaan.

Polisi berkaitan Pelaburan
Menggabungkan unsur pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan kita selaku empunya polisi. Ia menawarkan kefleksibelan kerana kita boleh menambah caruman premium bulanan atau menambah simpanan kita apabila pendapatan kita meningkat. Sekiranya kita ingin lebih agresif dengan instrumen pelaburan, polisi berkaitan pelaburan juga membolehkan kita memilih jenis dana yang kita ingin laburkan. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pelaburan lain seumpamanya, ia melibatkan risiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminan pulangan pelaburan yang mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan.

Apakah jenis polisi yang patut kita beli?
Jenis polisi yang kita beli bergantung pada matlamat kita dan toleransi kita terhadap risiko. Sebelum kita membeli sesuatu polisi, pastikan ejen kita menjalankan proses penilaian berdasarkan fakta untuk membantu menentukan polisi yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan kita. Penting bagi kita untuk memilih polisi yang membolehkan kita mendapatkan akses kepada dana apabila diperlukan, iaitu polisi akan matang apabila anak kita memulakan pengajian tinggi atau polisi membolehkan kita menerima sebahagian daripada manfaat insurans sebelum polisi matang.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...