Sebelum membeli pelan Takaful atau insurans, antara panduan penting yang kita harus ambil kira ialah dengan:-
- Memahami polisi atau pelan termasuk ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pegecualiannya.
- Memastikan premium insurans atau caruman takaful akan dibayar adalah berpatutan.
- Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan kita sendiri.
- Pastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
- Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
Cara untuk membuat tuntutan
Semak polisi atau sijil
=> Semak sama ada kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi
=> Semak perkara yang dikecualikan atau bahagian kerugian yang kita perlu tanggung sendiri.
=> Sekiranya kita tidak pasti tentang prosedur-prosedur yang harus diikuti, kita hendaklah mendapatkan nasihat daripada syarikat insurans atau pengendali takaful, ejen atau broker kita.
=> Minta borang tuntutan dan dapatkan nasihat tentang dokumen yang diperlukan untuk menyokong tuntutan kita.
=> Dalam sesetengah kes, laporan polis mungkin diperlukan. Bagi kemalangan motor, laporan polis mesti dibuat dalam tempoh 24 jam.
Sediakan maklumat yang lengkap dan betul
=> Bekerjasama dan berikan semua maklumat yang diperlukan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful atau wakilnya (biasanya pelaras kerugian)
=> Maklumat yang tidak betul atau tidak lengkap akan mengakibatkan kelewatan dalam pemprosesan tuntutan data
Simpanan salinan semua dokumen
=> Simpan salinan semua dokumen dan rekod seperti bil, laporan dan surat-menyurat.
Sentiasa berkomunikasi
=> Syarikat insurans atau pengendali takaful perluy mengesahkan penerimaan tuntutan dalam tempoh tujuh hari.
=> Sentiasa berhubung dengan syarikat insurans atau pengendali takaful sehingga tuntutan diselesaikan.
=> Sekiranya tawaran yang dibuat tidak memadai atau tidak seperti yang diharapkan, bersedialah untuk berunding. Kedua-dua pihak hendaklah berunding secara baik.
No comments:
Post a Comment