Tuesday, December 13, 2011

Gambar Banjir Kilat Jalan Tun Razak KL | December 2011


Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

Tinjauan di sekitar Jalan Semarak mendapati lampu jalan tidak berfungsi manakala trafik perlahan dan beberapa buah kereta rosak akibat banjir. Sebahagian Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia digenangi air sehingga menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesekan yang teruk.

Walau bagaimanapun kesemua jalan boleh dilalui apabila banjir mulai surut pada pukul 7 malam.





Sumber: bernama.com.my
Gambar: malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...