Saturday, December 3, 2011

Bagaimana Merangsang Bayi Dengan Baik

Mempercepatkan kemahiran mental bayi dan memahirkan kanak-kanak mencari cara mendorong diri sendiri. Kajian menunjukkan melalui rangsangan berterusan selama lebih dua tahun IQ kanak-kanak meningkat dari 15 ke 30 poin. Ini diukur pada umur hingga lima tahun.

Kita mungkin tidak tahu bahawa:-
1. Merangsang deria lihat membantu bayi memberi tumpuan lebih lama.
2. Merangsang deria bau membantu perkembangan saraf penggerak.
3. Menggoyang atau menggerakkan bayi secara berulang-ulang mengikut rentak membantunya membina ingatan.
4. Menarik perhatian dua deria bayi dalam satu masa akan memperbaiki sifat ingin tahu dan perhatiannya.

Hubungan kasih sayang antara kita dengan anak menjadi asas yang kukuh kepada pertumbuhan manusia. Ia akan menghubungkan ibu bapa dengan anak sepanjang hayat. Semasa melakukan rangsangan bayi, kita akan melalui detik-detik gembira bersamanya. Bayi membalas rangsangan kita dengan gelak ketawa den penuh perhatian. Jadi memberi rangsangan kepada bayi bukan membuang masa tetapi membolehkan anda menghabiskan masa gembira bersama-sama.

Banyak kajian menyimpulkan bahawa bayi perlukan rangsangan deria untuk mereka membesar dan belajar. Bayi yang tidak diendahkan didapati kurang cekap berbanding bayi yang sentiasa didukung, bibawa bercakap dan selalu dibelai. Kita selalu melihat ibu bapa di sekeliling menimang-nimang bayi, memanggilnya lembut berlagu, bermain aum-cak, menggeletek, mendodoi dengan pelbagai lagu dan nasyid. Ini semua merupakan sebahagian rangsangan yang dimaksudkan.

Rangsangan ini penting didedahkan dalam masa enam bulan pertama selepas dilahirkan. Ibu bapa perlu kreatif menawarkan benda-benda dan peristiwa-peristiwa yang mendorong minda bayi supaya aktif. Bayi di bawah umur enam bulan tidak mampu mencipta fikiran sendiri tentang apa pun. Mereka perlu orang lain untuk menyediakan maklumat dan bahan untuk difikir. Inilah peranan keibubapaan kita. Kita hanya perlu berinteraksi dengan enam deria yang telah dibekalkan oleh Allah kepada bayi iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, hidu, pendengaran dan pergerakan.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...