a. Degup jantung
Bayi akan mendengar degup jantung kita yang mana bunyi yang sangat dikenalidan ini akan dapat menenangkannnya.
b. Bau
Denyut nadi dan peluh akibat melahirkan akan mengeluarkan bau badan asli yang tidak akan serupa dengan orang lain. Kita boleh melihat hidung bayi bergerak apabila dia dapat menghidu bauan yang sungguh menyenangkan itu. Bau badan ialah antara tanda yang sangat penting bagi bayi mengenali ibu bapanya. Dalam masa dua minggu saja bayi tahu dia kepunyaan siapa hanya melalui bau badan. Petanda inilah yang digunakan untuk mengenal kita selama enam bulan akan datang.
c. Sarang kasih sayang
Bayi akan tercium-cium dan menyondol-nyondol kepala di atas dada kita seolah-olah kita merupakan tilam yang menyenangkan. Jangan terperanjat jika bayi tercari-cari puting susu kita kerana, apabila terasa puting (walaupun berbaju) tersentuh pipinya, bayi akan segera berpaling untuk menangkap dengan mulutnya. Ini dipanggil (the rooting reflex). Susukanlah terus bayi kita.
Dekatkan muka kepadanya atau angkat bayi ke muka kita tidak lbih 15cm jauhnya. Bayi akan melihat wajah kita, pempelajari sifat wajah kita dan sangat tertarik kepada bulatan mata hitam putih kita yang bergerak-gerak.
d. Sentuhan
Pastikan bayi meniarap dalam kedudukan yang dipanggil (fetal position) semasa di atas dada (minta bantuan jururawat jika tidak pasti cara kedudukan ini). Bayi akan rasa senang dan selesa. Usap belakang dan seluruh badannya perlahan-lahan. Deria sentuhannya dirangsangkan oleh belaian lmbut kita ke atas kulitnya.
e. Bercakap dengan bayi
Setelah melihat bayi tenang dan bersedia mendengar suara kita, bercakaplah dengan suara yang lembut, berlagu dan menenangkan. Bayi memang tertarik kepada suara lembut, halus dan berlagu. Lindungkan keningnya daripada cahaya dengan tangan supaya cahaya terang tidak mengganggu pandangannya yang memancar perasaan ingin tahu. Bercakaplah terus kepadanya. Dia memahami kasih kita dan suka hubungan sosial ini.
Kepekaan bayi baru lahir merupakan satu "miracle" kepada kita untuk terus memerhati dan bercakap dengan bayi kita. Dia menguasai kita supaya kita terus berhubungan dengannya.
Selepas jam-jam pertama ini, bayi akan mengalami jangka masa disorganisasi (keliru/kacau bilau) selama kira-kira 12 jam. Dia tidur dengan lenanya dan hanya terjaga sesekali. Inilah masanya ibu harus mengambil peluang tidur setelah kepenatan akibat bersalin.
f. Selepas 12 jam pertama
Mungkin kita masih di hospital atau sudah berada di rumah. Pada masa ini kita akan dapati bayi kita mempunyai satu pola yang dinamakan alert inactivity di mana bayi berada dalam keadaan sedar sepenuhnya, peka serta diam. Ini bermakna bayi sedia menerima rangsangan dan interaksi sekelilingnya. Gunakanlah waktu ini sepenuhnya untuk bermain-main dengan bayi kerana ini dapat membantunya memanjangkan jangka masa dia memberi perhatian.
Bercakaplah dengannya dan beritahunya yang kita sayangkan dia. Bawa dia hampir ke muka kita dan biarkan dia mengamati mata hitam putih kita yang sangat diminatinya. Usap dan peluklah dia. Jangan biar dia habiskan masa jaganya dengan sia-sia.
Kasih sayang dan hubungan intim amat perlu dibina antara kita dan bayi. Ia juga merupakan kunci kejayaan usaha untuk mendapatkan bayi yang bijak. Proses bermain dengan penuh kasih sayang ini lebih penting daripada semata-mata untuk mendapat anak yang cerdik. Jadi, pastikan semasa merangsang deria lihat, dengar, sentuh, rasa dan geraknya, kita juga mengambil kesempatan menunjukkan kasih sayang dan membina hubungan intim dengannya. Pembelajaran awal bayi berlaku ketika kita bermain-main dengannya kerana bermain ialah kerja utama bagi kanak-kanak.
Selain ibu bapa, kita harus belajar mengenali bila masanya bayi bersedia untuk "belajar". Kita harus sensitif dan memberi tindak balas kepada masa bersedianya dan bukan memaksa dia mengikut masa kita. Bermainlah semasa dia jaga dan "tidak berbuat apa-apa". Tetapi jangan berlebih-lebihan memberinya rangsangan kerana bayi cepat bosan, meronbta-ronta, menangis atau mengamuk. Jangan memberinya rangsangan semasa dia menyusu kerana ini akan mengganggunya.
Ingatlah bahawa kita sebagai ibu bapalah yang akan mencorakkan anak kita. Gunakan masa ini sepenuhnya untuk memberi kasih sayang dan perhatian kepada keluarga. Berhubung secara positif dan perhatikan anak kita dalam mereka membina semangat untuk belajar dan berkasih sayang sepanjang hayat.

No comments:
Post a Comment