Sunday, December 18, 2011

Persediaan Sebelum Pembedahan

Anda telah diberitahu oleh Pakar Pembedahan tentang perlunya pembedahan. Pastikan kamu dapat maklumat tentang pembedahan tersebut.

1. Maklumat tentang pembedahan
Bertanyalah samada terdapat rawatan cara lain selain dari pembedahan dan akibat tidak menjalani pembedahan. Bahagian anggota mana yang akan dibedah, prosedur pembedahan, kemungkinana risiko yang dihadapi, kesan jangka pendek/panjang selepas pembedahan juga perlu diketahui.

2. Keizinan untuk pembedahan
Anda mesti memahami dan menandatangani borang keizinan sebagai tanda persetujuan diberi bius dan menjalani pembedahan. Bagi pesakit di bawah umur 18 tahu, ibubapa/penjaga perlu menandatangan.

3. Cara pemberian bius
Bius Am: Suntikan dan sedutan gas diberi sehingga anda tidak sedarkan diri sepanjang pembedahan.
Bius Sebahagian: Suntikan diberi di bahagian tulang belakang. Anda akan terus sedar tetapi tidak merasa sakit di bahagian bawah badan.
Bius Setempat: Suntikan diberi di tempat pembedahan. Anda akan terus sedar tetapi tidak berasa sakit di kawasan persekitara.

4. Persediaan mental
Perasaan takut akan berkurangan dengan penjelasan lengkap oleh doktor dan maklumat dari pesakit lain yang melalui pembedahan yang sama.

5. Faktor yang menambahkan risiko
Di antara faktor risiko termasuklah tabiat merokok, menagih dadah, pesakit yang berlebihan berat badan, pesakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Anda akan dirawat sebelum menjalani pembedahan.

6. Persediaan fizikal
Bersihkan badan, rambut dan mencukur bahagian yang akan dibedah. Barang berharga/kemas perlu ditinggalkan di rumah.

7. Persediaan di hospital
Mendaftarlah terlebih dahulu sebelum masuk hospital. Pemeriksaan tekanan darah, kadar nadi, suhu badan, berat badan, ujian darah dan air kencing akan dilakukan. Anda akan diberi ubat yang membuatkan anda rasa mengantuk. Anda dilarang makan/minum mulai tengah malam pada hari sebelum pembedahan.

8. Sebulan sebelum memasuki dewan pembedahan
Anda perlu buang air kecil/besar, menanggalkan gigi/rambut palsu, menanggalkan barang kemas kepada ahli keluarga dan pakai pakaian khas sebelum ke Dewan Bedah.

9. Ketibaan di dewan bedah
Anda sendiri akan disoal tentang nama sendiri serta jenis pembedahan dan samada telah berpuasa (tiada makan/minum).

10. Di dewan bedah
Anda akan diberi ubat bius dan beberapa prosedur mungkin dilakukan seperti pencukuran di bahagian anggota terlibat (jika belum dilakukan), kemasukan saliran intravena atau kemasukan tiub untuk saliran air kencing.

11. Kaum keluarga yang menunggu
Keluarga anda boleh menunggu di ruang menunggu. Anda akan ditempatkan di bilik pemulihan sebelum dihantar ke wad yang berkenaan. Kesabaran menunggu adalah sangat dihargai.

Sumber: Jabantan Pendidikan Kesihatan HKL

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...