Monday, December 12, 2011

Kenapa Blackberry diharamkan?

Ingat lagi tak dulu pernah kecoh-kecoh pasal Blackberry ni diharamkan. Semua orang dok pelik la kan kenapa pulak nak diharamkan padahal handphone je pun terutamanya rakyat Malaysia kerana kebanyakan rakyat negara kita merupakan pengguna tegar Blackberry nih.

Faktor utama diharamkan adalah kerana dianggap sebagai mengancam keselamatan negara disamping alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan.

Perisian pada blackberry membenarkan ianya di periksa oleh pihak luar. Cara maklumat ni boleh sampai pada pihak luar ialah seperti di bawah.


Caranya :
Maklumat dari pihak A dihantar pada pihak B-->
Data di hantar dahulu ke Server Blacberry Luar Negara -->
Pihak B Terima data dari pihak A

Jadi disini, maklumat akan disimpan dahulu di dalam server blackberry luar negara. oleh itu, data terbabit mampu di akses oleh pihak luar dan sekaligus mungkin disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Pengharaman Blackberry itu dibuat kerana BlackBerry tidak menggunakan server dari local provider di dalam mana-mana negara sebaliknya kesemua server untuk smartphone BlackBerry berpusat di Kanada, tempat smartphone ini dibuat.

Staff BlackBerry di Kanada boleh mengintip apa yang ada di dalam smartphone BlackBerry yang digunakan oleh ratusan ribu pemiliknya di Malaysia. Semua telefon bimbit biasanya menggunakan server dari ‘local provider’ untuk aplikasi berbentuk online menggunakan GPRS dan 3G seperti email, instant messaging, Facebook dan blog, tapi tidak BlackBerry.

Di Dubai Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengisytiharkan telefon pintar Blackberry sebagai mengancam keselamatan negara itu atas alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan.

Kontroversi Blackberry ini adalah yang kedua di UAE selepas pengusaha telefon bimbit terbesar, Etisalat, menggalakkan 145,000 pengguna telefon pintar itu memasukkan perisian membenarkan ia diperiksa pihak luar.

Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi (TRA) UAE bimbang Blackberry boleh disalahgunakan kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara.


Akan tetapi BlackBerry tak di haramkan di Malaysia. Perkara ini di sahkan oleh Datuk Seri Rais Yatim berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. setakat ini, cuma dua buah negara di dunia bertindak mengharamkan BlackBerry iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE – United Arab Emirates) dan India sahaja.

Rasa tak selamat pulak nak guna BlackBerry ni sebab kita tahu ada orang yang boleh baca mesej yang kita hantar, terutama rahsia peribadi kan.

2 comments:

  1. Apa jadi di Indonesia? Sebab kecoh katanya nak haramkan juga. Rasa saya, mereka (di pusat BB di canada) hanya suka ambil tahu data2 yang penting sahaja(hal ehwal negara). Kalau kita hantar mesej pasal makan apa, nak pergi mana, takde mana nya mereka sibuk nak ambil tahu! hehehehe

    ReplyDelete
  2. kann, ye la tu...dorg just nk skodeng2 hal ehwal negara je

    ReplyDelete

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...