Seks merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di dalam keluarga lebih-lebih lagi dalam budaya Timur. Ini disebabkan seks merupakan sesuatu yang bersifat terlalu peribadi, sensitif, dilarang oleh agama dan adat resam untuk dibincangkan secara terbuka. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan siapa isu ini boleh dibincangkan.
Sesungguhnya adalah sukar untuk ibu bapa membuka mulut dan seterusnya mengajak anak untuk berbincang mengenai seks. Reaksi yang diterima sudah pasti dalam bentuk kejutan emosi, terpinga-pinga, hairan, tertanya-tanya yang membawa kepada malu segan, menyampah malah meluat.
Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, apa yang perlu ibu bapa perlu lakukan untuk mendidik anak mengenainya dengan:
(1) Menyatakan tujuan utama perkara berkaitan seks dibincangkan. Jelaskan maklumat sebenar dengan menyatakan tujuan kita adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran dalam bentuk pengetahuan am yang perlu diketahui seperti dengan perkara lain.
(2) Huraikan maksud dan pengertian seks serta nayatakan yang seks ini meliputi ruang yang terlalu luas.
(3) Jangan lupa menyentuh bahawa seks merupakan suatu bentuk tingkah laku manusia. Nyatakan juga yang seks ini mempengaruhi kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan fizikal, mental dan spiritual individu.
(4) Nyatakan secara jujur dan ikhlas bahawa seks bukanlah sesuatu yang kotor, jijik dan tidak boleh dibincangkan secara terbuka di antara anggota keluarga.
(5) Apabila membincangkan isu seks di hadapan anak, gunakan bahasa yang paling mudah untuk digahami. Elak daripada menggunakan bahasa dalam bentuk frasa, rangkai kata atau ayat yang boleh menjadikan anak malu, segan malah boleh merangsang keghairahan. Lakukan secara hati-hati dan penuh berhemah.
(6) Pilih masa yang sesuai. Masa yang sesuai pasti berbeza-beza antara satu ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain. Masa yang sesuai bukan dilihat dari konteks kesesuaian jam, waktu atau hari. Perkara ini boleh dibincangkan apabila kita sebagai ibu bapa mulai menyedari anak telah mencapai usia yang dapat dikira matang dari segi pemikiran dan emosi. Kita sebagai ibu bapa sahaja yang mengetahui tahap kematangan anak. Gunakan budi bicara dan hemah kita sebagai ibu bapa dalam usaha mencapai matlamat ini.
(7) Sebagai ibu bapa, kita juga harus melengkapkan diri dengan maklumatmengenai isu seks dan seksual yang ingin kita sampaikan kepada anak. Elakkan daripada menggunakan andaian daripada pemikiran sendiri jika sesuatu isu dapat disokong dengan fakta ilmiah lagi saintifik. Ingat, tugas kita bukan untuk mengadakan kuliah atau ceramah tetapi nyatakan dengan bantuan bahan yang dapat diterima akal secara logik lagi waras dalam suasana relaks dan boleh untuk menerima maklumat yang bakal kita beri dengan fikiran terbuka.
(8) Topik apakah yang harus dibincangkan dengan anak? Perkara ini memang sukar dijawab. Ini kerana isu seks turut melibatkan perkara yang berkaitan dengan (seksualiti, gender), yang meluas rangkumannya. Buatlah poenyerlidikan ringkas terlebih dahulu.
(9) Senaraikan topik yang penting dengan merujuk kepada personaliti, sikap, tabiat serta tahap kematangan anak.
(10) Galakkan anak bertanya apa juga soalan. Jika ada yang malu untuk bertanya secara lisan, cuba pula dengan menulis dalam bentuk nota ringkas. Boleh juga amalkan alternatif lain dengan bersemuka dengan anak secara bersendirian bagi menjawab persoalan yang terpendam dalam fikirannya.
Dalam usaha untuk mendidik anak dalam isu yang bersabit dengan seks dan seksualiti, kita perlu merasakan ia sesuai dengan tahap kematangan dan faktor situasi dalam keluarga. Mungkin ia merupakan isu yang terlalu berat dan serius tetapi ia boleh membuka minda kita dengan menerimanya sebagai pengetahuan am dan mungkin berguna untuk diri sendiri pada masa akan datang.

saya & wife selalu fikir macam mana nak ajar anak anak kami tentang sex ni nanti..sekarang mereka baru 3 tahun & 6 bulan..hehehe
ReplyDeletesungguh comel, ank awk yg 1st sama umur dgn hanif ;)
ReplyDelete