Monday, December 12, 2011

Petua-petua Ketika Membeli Polisi Pendidikan Anak | Polisi Pendidikan Anak

Pastikan kita memilih rider manfaat pembayar
Pilih polisi yang mengecualikan bayaran premium sekiranya ibu bapa/penjaga yang sah tidak lagi berupaya membayar premium polisi tersebut apabila berlaku peristiwa seperti kematian yang tidak dijangka, didiagnosis berpenyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Dengan memimilih rider manfaat pembayar, dana pendidikan anak akan terjamin sekiranya sesuatu berlaku ke atas kita sebagai ibu bapa/penjaga yang sah.

Pastikan kita mampu membayar premium
Menabung melalui insurans mendisiplikan seseorang untuk terus memperuntukkan sejumlah wang secara tetap tahun demi tahun. Ia merupakan proses jangka panjang, dan dengan yang demikian kita perlu realistik apabila membuat anggaran jumlah premium yang kita mampu bayar berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa kita. Sekiranya kita bermula dengan amaun yang lebih besar daripada kemampuan, kita mungkin terpaksa menamatkan polisi lebih awal dan menanggung kerugian kewangan. Oleh itu, sekiranya kita tidak mampu membayar banyak pada masa sekarang, mulakan dengan amaun yang kecil.


Pantau dana
Setelah membeli sesuatu polisi, kita perlu memantaunya bagi memastikan kita akan dapat mencapai matlamat kita. Perlu diingat bahawa pulangan sebenar yang diisytiharkan oleh syarikat insurans mungkin berbeza daripada ilustrasi awal (terutamanya bagi polisi sertaan dan polisi berkaitan pelaburan) berikutan perubahan dalam pasaran kewangan. Kita juga mungkin mendapati bahawa kos sebenar pendidikan tinggi mungkin berbeza kerana kursus yang anak kita pilih berbeza daripada perancangan awal, atau sekiranya pendidikan di luar negara dipilih, kadar pertukarn mata wang mungkin turun atau naik. Seandainya berlaku kekurangan dana yang diperlukan, sesetengah polisi memperuntukkan manfaat tambahan dalam bentuk pinjaman pengajian.

Jangan tambah perlindungan yang tidak perlu
Banytak polisi pendidikan juga menawarkan tambahan perlindungan seperti insurans perubatan hospital dan pembedahan atau perlindungan penyakit kritikal. Berhati-hati dengan tambahan terlalu banyak perlindungan insurans kerana kos itu akan mengurangkan amaun simpanan. Tambahan lagi, harus diingatkan bahawa kita menginsuranskan hayat anak kita.

Semak sama ada polisi itu layak mendapat insentif cukai
Satu daripada manfaat menggunakan insurans hayat sebagai alat tabungan untuk polisi pendidikan anak ialah manfaat cukai. Manfaat kewangan insurans adalah bebas cukai dan kita juga boleh mendapat pelepasa cukai tahunan sehingga RM3000 bagi bayaran premium insuirans pendidikan, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Untuk layak mendapat pelepasan cukai, pelan pendidikan perlu dibeli oleh ibu bapa/penjaga yang sah dan mesti matang apabila anak mencapai umur antara 13 hingga 25 tahun. Juga penting bagi kita untuk memilih rider manfaat pembayar pada sepanjang tempoh polisi.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...