Tahniah!! Anda telah menjalani pembedahan dengan selamat. Penjagaan selepas pembedahan adalah amat penting untuk menentukan luka pembedahan sembuh dengan sepenuhnya.
1. Selepas pembedahan
Doktor bius akan menyedarkan anda drai kesan bius. Anda akan merasa loya, mual, muntah dan mengantuk. Anda akan dipindahkan ke ruang/bilik pemulihan, di mana pemerhatian yang teliti akan diberikan sebelum dihantar ke wad. Keluarga anda berpeluang mengetahui keadaan anda.
2. Pemulihan di wad
Sekembali dari Dewan Bedah, tekanan darah, kadar nadi, pernafasan akan diperiksa dan diawasi dengan kerapnya, sehingga keadaan pulih. Kebenaran untuk makan/minum diberikan sekiranya anda telah sedar sepenuhnya, tiada rasa loya, muntah dan tiada masalah kesihatan lain. Jika makanan tidak dibenarkan, cairan serta ubatan diberi melalui saliran intravena. Makan ubat penahan sakit, jika perlu. Anda perlu banyak berehat dan digalakkan menggerakkan anggota yang tidak terlibat dalam pembedahan.
3. Masa melawat
Pihak hospital megalu-alukan kunjungan para pelawat. Waktu melawatdipanjangkan pada hujung minggu dan hari perayaan untuk semua wad-wad, atas budi bicara pihak pengurusan hospital. Pertimbangan oleh pihak pengurusan hospital untuk membenarkan seorang ahli keluarga bersama anda mungkin boleh diberi bagi kes tertentu.
4. Penjagaan luka dan jahitan
Anda perlu menjaga bahagian luka tempat jahitan akibat pembedahan, agar sentiasa bersih. Pemeriksaan dan cucian akan dilakukan oleh jururawat berdasarkan arahan dari doktor. Anda mungkin dibenarkan pulang sebelum benang jahitan dibuang sebab benang jahitan itu boleh dibuang kemudian hari di klinik.
5. Discaj dari wad
Anda akan dibenarkan pulang etelah keadaan bertambah pulih dan tiada sebarang komplikasi yang dijangka berlaku. Apabila dibenarkan pulang, anda akan diberitahu untuk membolehkan ahli keluarga menemani anda pulang. Anda akan diberi preskripsi ubat, kad temujanji untuk pemeriksaan semula di klinik dan pesanan tertentu sebelum dibenarkan keluare dari wad. Arahan yang diberi perlulah dipatuhi sepenuhnya.
6. Membantu anda berdikari
Anda digalakkan berdikari secepat mungkin setelah diarahkan oleh pihak doktor. Cubalah sedaya upaya menjalankan senaman, menjaga kebersihan dan mengemaskan diri walaupun masih terasa kesakitan. Dengan berusaha dan inisiatif sendiri, anda boleh mengalami pemulihan dengan lebih berkesan.
Sumber: Jabatan Pendidikan Kesihatan HKL

Jaga makan
ReplyDelete