Thursday, December 1, 2011

Rasa Bersalah Dalam Mendidik Anak-Anak

Aku rasa bersalah sungguh. Hari ni je dah beberapa kali mama marah Hanif. Memang tahap sabar semakin menipis. Bukan rasa bersalah sikit, banyak.

Baru ni tadi tak bersebab mama marah dia. Aduhai, hancur luluh rasa hati bila mengenangkannya. Menitik air mataku. Anakku umur hampir mencecah 3 tahun. Memang lasak dan tak mendengar kata.

Selalu memang mama bersabar sebab bagi saya kanak-kanak memang perlu diberi kebebasan sedikit. Mereka perlu berdikari dan tak perlu kita sebagai ibu bapa asyik memberitahu "itu salah, itu tak boleh" tanpa bersebab. Itu akan membantu mereka pabila meningkat dewasa nanti.

Anak-anak zaman sekarang perlukan perhatian dan jawapan. Seandainya kita memberitahu mereka sesuatu perbuatan itu salah, bersedialah kerana mereka akan menagih jawapan dari kita "kenapa apa yang mereka buat itu salah?"

Tetapi bila ada berdesing kat telinga kata, "Kalau ini anak aku dah lama aku bantai" huwaaa, apa perasaan anda sebagai seorang ibu? Padahal Hanif hanya nakal dan mula tunjuk protes.

Hati mama mengatakan tidak untuk marah, apalagi memukul, mencubit dan merotan tapi, bila dah ada insan yang berkata sebegitu sudah tentu mama rasa sakit hati. Ingat aku tak reti nak didik anak.

Dalam mendidik anak saya tidak perlu cara kekerasan zaman datuk nenek motabg dahulu. Bagi saya zaman itu telah lama berlalu. Mungkin memarahi dan merotan anak pada masa dulu akan membuatkan mereka lebih berdisiplin atau mendengar kata. Tetapi tidak pada masa sekarang.

Untuk mendidik anak zaman sekarang kita perlu ilmu. Ilmu keibubapaan serta ilmu agama. Kedua-dua ini mesti selari. Andai kata pincang salah satunya maka pincanglah mereka. Gunakanlah psikologi dalam memujuk anak.

Bukan kita tidak boleh memukul dan memarahi anak. Cuma kita perlu melakukannya dengan kena pada cara dan masa yang sesuai. Selagi hidup didiklah anak-anak kita sebaiknya. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita akan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Mama minta maaf sayang. Mama berdoa agar Hanif menjadi seorang anak yang baik, beriman dan soleh serta sentiasa sayang, hormat dan taat pada ibu bapa. Amin.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...