Polisi pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak kita mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi untuk anak kita.
Selain itu, sekiranya kita memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak kita akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya, contohnya seperti movie Harry Porter di mana ibu bapa dia meninggalkan sejumlah wang di Gringots(bank untuk wizards) untuk pendidikan & perbelanjaannya walaupun mereka meninggal semasa dia masih bayi lagi.
Di bawah polisi pendidikan anak, anak ialah hayat yang diinsuranskan sementara ibu bapa/penjaga yang sah ialah yang empunya polisi.
Mengapa kita perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak?Selain itu, sekiranya kita memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak kita akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya, contohnya seperti movie Harry Porter di mana ibu bapa dia meninggalkan sejumlah wang di Gringots(bank untuk wizards) untuk pendidikan & perbelanjaannya walaupun mereka meninggal semasa dia masih bayi lagi.
Di bawah polisi pendidikan anak, anak ialah hayat yang diinsuranskan sementara ibu bapa/penjaga yang sah ialah yang empunya polisi.
Kos pendidikan semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang kian meningkat boleh mengakibatkan ibu bapa/penjaga yang sah menanggung beban kewangan apabila anak mereka memulakan pendidikan tinggi.
Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebnih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak. Lebih awla kita membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang kita bertambah dan menjadi berlipat ganda supaya dapat membiayai pendidikan tinggi anak kita dengan lebih baik.
Terdapat lebih kefleksibelan berhubung dengan amaun yang perlu kita carum secara tetap ke dalam pelan simpanan atau pelaburan yang kita pilih, iaitu kita boleh mula mencarum dengan amaun yang kecil dan beransur-ansur menambah amaun itu selaras dengan peningkatan pendapatan kita. Penting bagi kita memilih polisi yang memberikan kefleksibelan untuk meningkatkan amaun simpanan pada masa hadapan.
Berapa banyak perlindungan yang kita perlukan?
Langkah pertama dalam menentukan amaun perlindungan adalah dengan menetapkan matlamat kita. Apakah matlamat kita berhubung dengan pendidikan kepada anak kita? Berikut ialah beberapa faktor yang mungkin perlu kita pertimbangkan apabila menentukan tahap perlindungan:-
Tempat belajar - luar negeri atau tempatan? Sekiranya di luar negara, negara manakah yang dipilih dan kos sara hidup yang berkaitan?
Tahap kelayakan - diploma atau ijazah?
Universiti yang dipilih - kos memasuki universiti yang lebih terkemuka biasanya lebih mahal.
Bidang pengajian - Kursus dalam bidang perubatan biasanya melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding dengan kursus yang lain.
Jangka masa pengajian - tempoh yang lebih panjang akan melibatkan lebih perbelanjaan. Dengan mengkaji faktor-faktor si atas, ia boleh membantu kita membuat anggaran kos yang dijangkan.
Sebagai panduan, kita boleh mencampurkan yuran tahunan kursus dengan jangkaan perbelanjaan sara hidup, dan mendarab amaun tersebut engan bilangan tahun pengajian. Ini akan memberikan gambaran tentang jumlah kos yang ditanggung hari ini.
Memandangkan kos pendidikan anak akan ditanggung pada masa hadapan, kita jugfa perlu mengambil kira inflasi. Setelah mengambil kira inflasi, amaun yang kita perlukan mungkin diluar kemampuan kita. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu bimbang kerana sekiranya kita menyimpan wang secara bijak melalui pelan simpanan atau pelaburan, pulangan daripada pelaburan atau simpanan itu boleh dikumpulkan dalam ja ngka masa beberapa tahun untuk membantu kita membiayai kos pendidikan tersebut.
No comments:
Post a Comment