Monday, December 5, 2011

Adik Khairul Fahmi (Apek) Meninggal Dunia Pagi Tadi

Salam takziah dan Al-Fatihah saya sedekahkan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat di atas kematian adiknya pagi tadi di Kelantan.

Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pada jam 11.15 pagi. Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi.

Arwah Mohd Amirul Izzat Che Mat telah selamat dikebumikan di kampung beliau, tempat penempatan asal keluarga Khairul Fahmi yang juga abang kepada Mohd Amirul Izzat. Adiknya berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.


Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.

Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena.

Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.

Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari.

Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: illustrasiku.com
Gambar: kelate.net

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...