Tuesday, January 13, 2026

Hari pertama sekolah tahun 2026, Tingkatan 1

12 Januari 2025, Isnin.

Hari pertama sekolah masuk Tingkatan Satu. 

Papa busy seharian ulang alik sekolah 
dan ke PPD dari pagi sampai petang. 
Habis masa kat PPD je 5 jam. 


Aku kena pastikan semua siap, bawak 
dorang pergi makan, hantar ke sekolah 
kemudian hantar abang Hanif pergi kerja.
 
Lunch dulu

My H1H2

Masa sebelum sampai sekolah macam² dia tanya. Dewan besar tak 
macam Tsun Jin. Nanti nak duduk macam mana. 
Aku cakap dewan perhimpunan takde aircond. Tapi ada kipas besar. 
Tak panas sebab open air. Ada dewan yang ada aircond tapi tak besar. 
Jangan bandingkan dengan Tsun Jin. Jauh sangat beza. 😅


Bila balik sekolah, ditanya macam mana hari pertama. 
Dia kata okay je. 

Lepas tu dia kata air dia murahlah la mama..seringgit haha. 
Sekolah lama air paling murah dua ringgit. 

Dah ada kawan dah.

Masih malu, bukannya nampak
mak dia pun hmmm...


Esok dia kata menu kat kantin special ada pasta, ada chicken chop, 
burger so kena bawak duit lebih sikit.   


Muka balik sekolah haha

Ada masa 5-7 tahun lagi fasa persekolahan kalau masuk Form 6. 
Lepas tu mesti aku kesunyian. Sekarang pun dah rasa sunyi huhu.

Nombor giliran papa kat PPD yang ke 693

Aku sertakan sekali pemandangan dari Sekolah Datok Lokman. 
Orang kagum tengok Menara TRX, Menara KLCC, Menara PNB118, 
anak² yang sekolah kat sini setiap hari tengok mereka tak hairan pun. 😅

Aku je yang sibuk ambik gambar. 
Parents lain pun tak kisah hahaha.

Tapi serius cantik. 

Mana yang bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki, Sekolah Maluri, 
Sekolah Datok Lokman, Sekolah Taylors, Sekolah SRJKC Tsun Jin 
boleh nampak view ni setiap hari. 

Sunday, January 11, 2026

Dari seorang anak yang manja, kini dah jadi remaja

Daripada berdukung macam ni manja dari baby, sampailah membesar jadi 
remaja dibawah.Masa masih berdukung tu umur dia 4 tahun. 
Badan dah la gebu. Macam nak patah pinggang aku. Nak juga minta dukung. 
Kalau tak berdukung, takde gambar raya lah kita berdua huhu. 

Lately ni aku pun rasa confius hahaha. 


Memang tak terasa dia membesar. Ada masa rasa macam dia kecik lagi.
Tapi dah habis sekolah. 
Rasa macam eh eh semalam je beranakkan dia. 
Tup tup, esok dah mula kerja part time. 
Haihh, dah besar dah anak aku sorang ni. Rasa terharu, sedih,
gembira semua perasaan tu bercampur baur.


Tinggal laa lagi sorang handbag kesayangan aku diatas yang masih bergaduh dengan aku setiap masa. 
Lagi 3-4 tahun dia pun akan jadi macam abang dia. Malas nak ikut aku ke sana sini. 😅

Saturday, January 10, 2026

Aktiviti memasak Ayam Masak Merah bulan puasa


23 March 2025, 

Aktiviti memasak untuk Rumah Al-Hadid masa bulan Ramadhan 2025 tahun lepas.
Menu ialah Ayam Masak Merah.



Tak tahu mungkin salah cili kering ayam masak merah ni pedas nak mati hahaha. Staf supermarket kata cili yang dorang beli tak pedas. Macam-macam cara kita dah guna untuk kurangkan sambal masak merah cili ni. Itu pun tetap pedas menyengat sampai aku pun tak tahan.



Ye ke cili kering ini tak pedas?

Dah la kita nak hantar ke Rumah Anak-anak OKU, Al-Hadid kan. Aduhh. Rasa bersalah sangat waktu tu. Tapi dah petang. Nak tukar menu pun tak boleh. Nak beli pun takkan sempat, jadi kita cuma letak sambal cili itu sedikit sahaja.

Boleh nampak betapa merah cilinya huhu


Selepas kita hantar tu kita follow up juga tanya, boleh ke anak-anak Rumah Al-Hadid makan. Tuan rumah kata boleh. Tak ada pun mereka nak mengadu lebih-lebih. Sebab itu, bila isu berkaitan dengan Al-Hadid tular beberapa bulan lepas aku tak percaya. 

Sebab kita dah beberapa kali berurusan dengan mereka. Jadi, bila ada beberapa perkara yang tersebar kita rasa pelik. Satu perkara yang kita kena sematkan di dalam hati ini ialah jangan mudah kecil hati ke, sentap dan terasa bagai. Tak perlu rasa "entitled". Perlu dihargai. Nak dihargai, nama mahu dijulang baik tolong orang kaya je atau tak payah buat kerja kebajikan.

Masak rendang daging untuk Hari Raya Aidilfitri 2025


Entahlah, bila nak delete gambar, susun semula album barulah terhegeh-hegeh upload masuk dalam blog. 

Dah mana lagi aku nak simpan? 😅

Nak juga selitkan cerita aku masak rendang daging satu kawah besar yang aku pun tak ingat berapa kilogram. Sebenarnya, aku masak dengan Ili. Yang tukang potong bawang dan bahan² lain tu semua geng² ofis. 

Yang paling awesomenya ialah rendang daging aku menjadi sangat. Tak ada hangit tau. 

Biasa kalau masak banyak mesti akan ada kekurangan sana sini. Tapi Alhamdulillah, rendang daging masak dengan elok.

Antara kenangan manis untuk bulan puasa 2025. Berjaya memasak rendang sekawab besar dengan perfect hehehe. Lambat sangat tunggu orang puji. 

Ini semua adalah usaha gigih kami bulan puasa untuk Projek Komuniti Kita. 😘

Friday, January 9, 2026

Imbas kembali kenapa aku suka berblog dulu

Throwback moreh gambar Ramadhan 2025 dengan suami somewhere in Bangsar hehe..

Aku ingat lagi aku mula menulis blog pada tahun 2009. Masa tu tengah fikir kat mana lah aku nak simpan memori dengan anak bila mereka dah besar. Apa kenangan aku dengan anak-anak nanti. Umur dah makin menua hehe.

Ramai blogger famous ketika itu. Kita ni biasa-biasa. Menulis untuk hobi suka-suka. Dari berblog aku kenal blog redmummy, cik epal, hanis zalikha, maria elena, ben ashaari, beautiful nara dan banyak lagi.

Semakin berkembang teknologi bila dah mula ada Facebook dan Instagram dah kurang orang menulis di blog. Aku dulu lebih banyak habiskan masa di Instagram. Sama juga seperti blogger yang popular ni macam cik epal etc mereka fokus di Instagram.

Bila dah mula berniaga dan belajar personal branding, barulah aku banyak bersosial media di Facebook. Sampailah bila Instagram peribadi aku kena delete, blog dot com aku tak boleh renew, aku terus fokus di Facebook. Merajuk.😒

Mau tak merajuk. Stress semua ada sebab trafik masuk ke blog masa tu tengah menaik. Sakit hati. So aku stop berblog. Cuma bila dah biasa menulis rasa akan janggal la kalau tak update blog. Jadi, aku tulis lah entri dengan niat untuk buang sawang.

Lama - kelamaan, seperti biasa teruskan hidup sampai dua tahun aku tak update blog langsung atas sebab masa tu sibuk. Memang tengah sibuk. Sibuk meniaga, Sibuk anak-anak sekolah. Sibuk dengan hal keluarga. Mak mertua aku meninggal, ayah kandung aku meninggal. Semuanya aku tak update di sini,

Tapi sekarang bila naik satu persatu memori di Facebook, rasa menyesal pula aku tak tulis semuanya. Kalau aku tulis semua kisah penting dalam kehidupan aku, mesti aku sendiri pun seronok membacanya hahaha. 

Dan segala aktiviti yang aku buat, isu-isu politik dan sosial serta isu Kepentingan Awam semuanya aku akan tulis di blog aku lagi satu: szoofficial.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2026

Waktu makan di Rembayung 1 jam 45 minit tidak cukup?



Banyak betul perdebatan tentang Rembayung ini ye. Aku pun macam pelik juga. Betul Khairul Aming cakap. Susah nak jadi seorang yang bernama Khairul Aming. 

Terbaru isu tentang waktu makan pula. Waktu makan kat Rembayung 1 jam 45 minit tu kira okaylah. Takkan nak lepak makan sampai 4 jam di situ. 

Sama macam kalau kita pergi BBQ Town, Sukiya, Shabuyaki waktu makan ditetapkan 1 jam 50 minit. Lebih dari itu kena bayar. Dan pekerja restoran tersebut akan ingatkan kita lagi 10 minit sebelum waktu makan tamat. Tidak ada siapa pun nak jadikan waktu makan ini sebagai suatu isu besar.

Dah kenyang blah je la. Apa masalahnya.

Nak lepak, chill dan bergosip pergi sambung mengopi atau mengeteh tempat lain. Aku selalu buat begini lebih-lebih lagi jika makan lepak dengan kawan-kawan. Memang 1 jam 45 minit tu tak cukup. Pergi cafe sambung lagi 4 jam hehehe. Aku bercakap melalui pengalaman.

Dan aku pun akan letak syarat deposit sebagai komitmen sebab masyarakat kita ni ada sikap yang suka² cancel. Deposit RM10 itu sangat memadai. Andai kata Khairul Aming nak untung baik dia letak deposit RM50 satu kepala. Betul tak?

KA buat sistem tempahan macam ni untuk memudahkan semua pihak. Kau dah sibuk "battle", dapat tempat lepas tu tak datang. Tak payah menyusahkan diri sendiri buang masa buat tempahan.

Tempat yang kau tempah tu adalah lebih baik bagi peluang kepada orang lain.

Sibuk awal Tahun 2026

Geng Tumbler beraksi

Selepas studio "dirombak" minggu lepas (tahun 2025) terpaksalah setup studio di tempat lain.

Bila dah setup studio "pindah pindah" atau studio "lari lari" kita pun terpaksalah jadi macam "nomad". Bukanlah berpindah randah. Cuma kena keluar dari ofis beberapa jam ke studio baru pindah² untuk buat live.

Baru dua hari dah rasa serabut. Sebab apa? Bangun pagi dah lambat. Masuk ofis selepas tengahari. Pukul 3.30pm dah kena keluar dari ofis. Pukul 7.00pm baru balik ofis. Then baru balik rumah. 😅

Busynya!!! Kannn....

Dah 5 hari aku skip kelas. Haritu alasan tahun baru. Punya malas padahal kelas online je. Anytime boleh masuk buat nota sendiri dan buat assessments.

Jadi, harini aku cuba untuk buat komitmen masuk ofis sebelum pukul 12 tengahari. Terlajak la juga. Sebab dah terbiasa masuk lambat jadi nak adjust time supaya lebih berdisiplin raya payah. 

Masuk ofis pun masih sibuk dengan isu-isu viral dua tiga hari ni. Boleh baca di blog aku lagi satu di SINI😆

Monday, January 5, 2026

Makan Steamboat di Sirip Steamboat & Grill Ukay Boulevard



03 Januari 2026, Sabtu

Menunaikan hajat kakak ipar aku yang nak belanja Hanif sempena hari lahir dia yang ke-17 bulan Disember tahun lepas. Asyik tertangguh je kan. 

Bertolak dari rumah selepas Maghrib sebab kita dah buat tempahan untuk pukul 8.00 malam. Tersalah jalan sekejap sebab mula-mula ingat di Taman Kosas, Ampang. Laki aku lah. Dia kata kat Waterfront, aku pun a ah kan saja. Dia bukan bagitahu aku details, nama restoran masa di buat booking minggu lepas. Lepas tu eh eh dia nak salahkan aku pulak. Lepas tu dok tanya aku betul ke, betul ke. Aku kata ikut sajalah Google Maps tu. Suami aku anti-Waze. Dia kata Waze selalu bagi jalan yang salah. 😏

Harga setakat aku pergi, 3 Jan 2026

Sampai di Sirip Steamboat tu seperti biasa, Steamboat ala ala Melayu. Tak boleh nak expect lebih. Sesuai dengan harga. Aku cuma makan udang. Kakak ipar, suami dengan anak-anak aku makan banyak. Daging lembu, daging kambing, ayam etc.

Aku dapat rasa spaghetti Olio Aglio. Okay cuma banyak bawang putih. Kuah untuk steamboat tu kita pilih kuah tom yam. Tapi rasa tom yam tu tak rasa sangat. Johny's Steamboat kuah tom yam lebih sedap. Kakak ipar aku makan laksa, kuah laksanya agak cair sedikit. Yang untuk cicah semua tu ada mayonese, chili flakes oil, cili api, garlics etc.

Gambar Google, aku terlupa snap gambar 😅

Gambar Google

Gambar Google, lebih kurang beginilah pemandangan makanannya

Disebabkan kami datang lima orang, mereka bagi kita guna dua dapur. Papa, Hadif dan kakak ipar aku satu dapur. Aku dengan Hanif guna satu satu dapur. Nak masak tidaklah terlalu lama. Tempat bahagian grill dilapik dengan kertas minyak yang mana pada aku jimat masa untuk mencuci walaupun kertas baking paper tu kita nampak macam ada extra cost tapi sebenarnya banyak jimat juga. Jimat masa, jimat sabun, jimat air. 


Banyak budak ni makan

Hadif suka. Dan dia makan banyak juga walaupun dia kata biasa. Dialah orang yang paling last habis. Suami aku, Hanif dan kakak ipar aku juga makan banyak. Aku dapat makan ketam setengah ekor je. Lain tu aku makan udang. 

Birthday boy

Dah sama besar dengan kakak ipar aku

Air yang dihidangkan air balang. Ada ais krim. Ada juga kek sedikit. Ada kentang goreng dan nuggets. Yang mana ada anak-anak kecik senang datang bawa makan di sini. Ada juga makanan lain.

Pada aku Teh Tarik sangat sedap. Tiga cawan aku minum. Tak pandang dah air lain huhu. Suami dan kakak ipar aku pun kata Teh Tarik sedap. Air yang lain biasa.

Teh Tarik sedap yang buat aku tidur pukul 7 pagi esoknya 😅

Rating overall aku bagi untuk makanan rasa dia biasa, servis agak slow mungkin sebab staf pun tak ramai. Walaupun staf tak ramai tapi mereka masih mesra walaupun pelanggan panggil sana sini. Space agak limited terutamanya bahagian tempat letak makanan. Kedai memang nampak meriah dari jauh sebab banyak lampu. Kalau boleh makan diluar kedai sebab agak sejuk walaupun sana sini berasap. Tak ada panas sangat macam duduk di dalam.

Kalau korang jenis yang biasa pergi BBQ Town, Sukiya dan Shabuyaki, korang mungkin akan ada rasa sedikit kecewa tapi redha makan di sini. Disebabkan Teh Tariknya yang sedap kekecewaan tu akan terubat hehe.

Jika hendak dibandingkan dengan Sampan Steamboat & Buffet Setapak, Sirip Steamboat ni lebih okay dari segi harga. Sampan Steamboat harga mahal tapi makanan biasa. Lepas bayar mesti ada rasa ralat. 😅


Yang mana tak pernah try korang boleh datang try. Sirip Steamboat ni buka dari 5 petang hingga 12 malam (Isnin - Jumaat). Sabtu dan Ahad buka dari 3 petang hingga 12 malam. Hari Selasa mereka tutup. 

Ada review kata sedap dan okay. Ada review kata yang sebaliknya. Pada aku average. Kakak ipar aku pun kata perkara yang sama. 

Sunday, January 4, 2026

Pergi ke Chinese Muslim Food Festival di 1 Utama

02 Januari 2025, Jumaat

Aku terlupa yang office tutup empat hari sempena Tahun Baru. Dengan penuh semangat aku masuk office walaupun selepas Solat Jumaat. 😆

Dah Hadif nak ikut, terpaksalah aku tunggu dia. Bila sampai office aku kata dalam hati bagus betul dorang ni tak masuk office lagi. Malam tadi ada pergi "reach out'' mana-mana ke? Kebiasaaannya, geng geng office aku kalau dah pergi buat "reach out'' keesokkan harinya dorang akan lambat masuk office. 


Kemudian baru aku baca whatsapp, kawan aku ajak pergi 1 Utama, ada Chinese Muslim Food Festival katanya. Barulah aku teringat yang office tutup empat hari hahahaha. Disebabkan aku pun takde buat apa aku dengan Hadif ikut saja la plan pergi Food Festival. Saja nak tengok.


Jalan dah agak sesak. Hujan lagi. Nak dapat parking pun susah. Selepas Mid Valley dan Sunway Velocity, 1 Utama adalah mall yang aku tak suka pergi kecuali untuk main bowling. Itu pun last aku ke OU dua tahun lepas dengan mak dan adik-adik aku. Mall yang besar tapi membazir tenaga. Baik pergi My Town. 



Masuk ke Tapak Pesta Makanan tengok ramai juga yang datang. Ada beberapa booth aku nampak orang beratur panjang. Tak tahu apa yang depa suka. Aku tak minat Food Festival sebab pada aku nak dapat makanan sedap tu susah. Makanan pula harga lebih kurang restoran dalam mall. Baik lepak restoran dalam mall je. Kenyang pun kenyang.


Tempat BBQ ni unik buat orang ramai tertarik

Ini duit habis tapi tak kenyang. Sudahnya, kawan-kawan office aku semua menggelupur kelaparan termasuklah Hadif. Aku cuma beli pau je. Itu pun sebab jenama pau tu Pau Sedap. Brand yang aku suka. Lain-lain tu aku tak beli.

Kawan aku beli udang goreng tepung, kambing grill, kentang apa entah aku tak tahu nama, itik dengan ayam aku lupa masak apa.

Satay, tapi tak pasti satay yang bagaimana, tak beli


Semua makanan yang dibeli rasanya biasa je nyah huhu. Dan aku pun tak tahu kenapa ramai orang beratur. Air harga RM5 segelas yang mana aku rasa tak berbaloi. Baik minum kedai mamak Milo Ais mangkuk kaw baru RM3.50 - RM4.00. Puas hati sebab sedap.

Masa balik tu nak bayar parking pun leceh. Kena install app OU. Jenuh laa, nak install app. Lepas tu bayar online hihi. Bagus kawan-kawan aku semua dalam kategori penyabar.

Muka tak puas hati sebab makan tak kenyang

Ini kentang tapi tak tahu namanya apa, rasa tak sedap sangat

Tapi, itulah kan. Nak komplen lebih pun tak boleh. Sapa suruh gatal pergi Food Festival. Makan pun tak kenyang. Pergi jalan sesak. Balik pun jalan sesak. 

Kesudahannya, kita semua lepas tu makan Nasi Ayam Hainan di Ampang. 😂