Tuesday, July 31, 2018

Mulakan perjalanan dengan sarapan di R&R Serdang



Hari tu sebelum ke Jajan Borong Bangi dan pergi ke Rumah Bakti Al-Kausar, aku menyempatkan diri untuk singgah di RNR Serdang semata mata nak makan roti bakar dan milo panas.

Yeah, satu lagi favourite spot untuk aku lepak dan makan makan. As usual keseorangan. Senang nak dapat idea buat karangan. Orang yang datang sini adalah orang yang biasa makan kat sini atau yang tinggal berdekatan. Atau yang travel nak menghala ke Selatan.

Kedai air, milo sedap, roti pun sedap

Kat sini macam biasa ada nasi lemak, ada nasi campur ada soto dan kebanyakkan kedai makan di sini beroperasi dari 7am sehingga 9mlm. Apa yang best? Soto dia terbaik. Lepas tu ada jual lempeng dan ubi rebus bermula pukul 2pm. Aku jarang makan nasi campur sebab tak minat. Aku lebih suka makan yang satu hidangan ada semua.😂 Contoh macam soto ke atau nasi ayam.

Kiri, Kedai Nasi Lemak. Kanan Kedai Makanan Timur yang soto sedap tu

Kalau datang pagi aku cuma makan roti bakar dan air milo. Milo dia sedappp. Bila lapar aku makan soto nasi. Soto nasi pulak meriah dengan ayam. Silap haribulan tak boleh habis. Harga kat sini pula ikut harga Pasaran. Milo panas segelas RM2.00 dan roti bakar RM2.00 Standardlah kan. Kampung Pandan je ada yang jual air murah dari RM2.00 hehehe.

Sarapan 

Nak datang sini kena ikut Highway Sungai Besi dan selepas tol Sungai besi no pecut pecut 160km/j nanti terlepas susur Hentian Serdang. Dan kau tak perlu merajinkan diri nak datang Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Public Holiday. Confirm takde tempat nak duduk. Sebab RNR Serdang kat sini tempatnya limited. Melainkan kalau kau dan ahli keluarga mak nenek sanggup tunggu meja kosong then takpe.

Projek Infaq Jumaat (02 Ogos 2018) Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim / Miskin Rukaiyah, Sungai Merab. Kajang




Untuk Projek Infaq Jumaat kedua kami, minggu hadapan pada 03/08/2018;

Saya bersama Jajan Borong, Marliana Redzuan akan menghantar sumbangan berupa makanan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak / Miskin Rukaiyah yang bertempat di Sungai Merab, Kajang.

Seperti biasa sumbangan minimum RM5 seorang. Kalau nak bagi lebih pun kita terima hehe.

Dapat sikit kita bantu sikit. Begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah ramai yang sudi membantu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Yang mahu menyumbang boleh terus hulurkan sumbangan anda terus ke Akaun yang tertera ya.

Dan untuk memudahkan Rujukan dari pihak kami boleh tulis "PIJRM5" (Projek Infaq Jumaat RM5)

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya atau Kak Jajan (Kak Nana).

 Sekian. Terima kasih. ❤️

Monday, July 30, 2018

Lawatan Hadif ke Farm In The City


Sabtu lepas, 27 Julai 2018, Tadika Fajar, sekolah Hadif telah mengadakan lawatan ke Farm In The City, Seri Kembangan. Dua minggu sebelum lawatan memang hari hari balik dari sekolah dok cerita tentang lawatan je. Sikit sikit Cikgu Ayu said. Sikit sikit Madam Chong said. Naik pening jugak.

Muka Ceria
Apa yang bestnya ialah dua minggu itu lah Encik Hadif ni tak ponteng sekolah. Asal agak liat dan malas nak bangun, umpa je "Nak pergi tengok haiwan tak''? Terus dia akan sedar hahaha.

Awalnya aku memang nak ikut. Tapi papa dia kata buat apa nak ikut. Bagi je peluang dia enjoy dengan kawan-kawan. Aku bukannya apa, dia tu dahlah kecik. Abang dia aku tak risau sangat sebab gemuk hahaha. Kang kena tolak macam mana? Tapi disebabkan papa dia kata jangan risau aku pun okay je lah. Tapi dalam hati siapa yang tahu kan.

Peluk abang konon sayang
Pagi Sabtu tu memang pukul 7 pagi dah bangun Semangat waja gitu. Takde nangis pun. Drama tak nak mandi pun takde. Dah siap-siap terus hantar dia ke sekolah. Lepas hantar tu tunggu dalam setengah jam lepas tu aku dengan abang Hanif pergi sarapan.

10 minit sebelum pukul 9 aku dengan Hanif terus patah balik ke Tadika sebab kononnya nak tengok adik dia naik bas. Rupanya tak sempat. Nak masuk simpang Tadika dia nampak bas persiaran yang dorang naik tu dah berlepas. Aku pun follow je belakang nak tengok macam mana dia naik bas.


Hajat dihati dah nak follow sampai ke Farm in The City. Tapi tengok bas je dah sedih macam mana? Tiba tiba aku rasa emosional. Mengenangkan anak yang dulunya kecik lepas tu sekarang dah besar dan dah pandai nak ikut kawan kawan pergi trip sekolah. Mau tak sedih. Dok mengenangkan macam manalah dia ke sana. Biasa pergi mana mana Zoo kan mesti dengan kita orang. Jalan jalan dengan papa dengan mama je. Ni memang rasa sedih sangat. Susah nak memahami perasaan seorang ibu ni melainkan kalau kau seorang ibu hehe.


Lepas tu tengahari kalau ikut itinery sampai ke Tadika pukul 1.45pm. Punya lah beria aku tunggu dengan Hanif dari 1.30pm sekali dorang sampai 3.10pm hahahaha. Berjinggut menunggu. 1 jam setengah. Jalan jam hari Sabtu.

Turun je bas dari kejauhan macam macam dia cerita. Tak sempat nak masuk kereta lagi dah habis cerita tengok animal. Masuk dalam kereta dah cerita lain. Abang dia tanya pun dia marah. Dah tak boleh tanya apa apa sebab dah habis cerita. Kau rasa?


Friday, July 20, 2018

Projek Infaq Jumaat (27 Julai 2018) Rumah BAkti Al-Kausar, Bangi



Bismillahirrahmanirrahim.

Satu Program Infaq  Jumaat dan berkongsi rezeki akan dibuat secara minggu bersama Sugarmello Bakery dan Jajan Borong Bangi.

Derma atau kutipan yang kami akan dapat disalurkan dalam bentuk pemberian makanan dan minuman kepada Rumah-rumah Anak Yatim, Rumah-rumah Orang Tua dan Masjid-masjid Terpilih. Pemberian akan disalurkan setiap minggu mengikut amaun dana yang mencukupi.

Minimum derma pula hanya RM5.00 seorang. Bantuan derma berupa wang ringgit boleh disalurkan ke

BANK: CIMB
NO AKAUN: 8602655381
(JAJAN BORONG ENTERPRISE)

Untuk memudahkan urusan boleh nyatakan Rujukan: Contoh "PIJRM5" (Projek Infaq Jumaat berserta jumlah bantuan).

Selain dari itu, andai anda ingin memberi bantuan dalam bentuk makanan juga amatlah dialu-alukan.

Terima kasih kepada yang menyalurkan bantuan dan Share entri ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

InsyaAllah kami akan Update aktiviti kami dari semasa ke semasa.


Instagram Sugarmello Bakery : @sugarmellobakery
Instagram Jajan Borong Bangi : @jajanborong

Terima Kasih Kak Lela (Warung Merdeka Kampung Pandan)

Alhamdulillah tak sangka ramai juga yang sudi share post Warung Merdeka aku hari tu. Setakat ini 123 LIKES dan 53 SHARES. Terima kasih banyak kepada yang sudi SHARE post tersebut.

Aku tak sangka pulak Tokey Warung Merdeka tu boleh jumpa post aku. Dah lah muka tak malu nak breakfast FREE 44 hari kan. Haah Tepukkk!

Pagi tadi seperti biasa aku lepak lagi kat Warung Merdeka sementara tunggu time 10.30am nak jumpa Guru Kelas Hanif. Seperti biasa, menu aku 3 hari ni sama Roti Canai dengan Milo Kosong Kaw. Adalah dalam satu jam aku lepak menghabiskan masa lepas tu aku nak pergi bayar. Aku saja lah low profile keluar duit siap siap supaya dorang tak perasan aku. Segan.

Sarapan aku pagi tadi, tak payahlah kira kalori harini.

Sampai kat kaunter je Kak Lela tu tegur Zulaikha ehh hahahaha. Aduh terpaksalah jawab iya. Aku punya plan nak bayar dulu lepas tu baru mengaku aku yang tulis post tu. Sekali dia dah cam aku dulu. Then aku tanya macam mana dia boleh perasan itu aku. Dia kata dia skodeng Facebook aku nak tengok muka customer yang mana.

Aku cakap kat dia jangan percaya yang aku nak FREE sarapan 44 hari tu. Aku main main je. Tak serius pun. Aku ni kan memang sewel kepala otak hahahaha. Dia kata takpe hari ni dia belanja aku. Dia cakap rasa terharu sangat aku promote dan tulis kedai dia kat Facebook. Macam nak nangis pun ada. Rasa sebak pulak aku tengok.

Sebagai seorang yang meniaga aku faham perasaan dia. Kita meniaga ni ada masa susah ada masa senang. Masa senang kita boleh cerita dengan orang tapi masa susah pahit getir tu paling susah orang nak faham. Jadi bila kau ada orang asing yang sudi promo perniagaan kau secara tiba tiba kau akan rasa terharu dan sedih pada masa yang sama.

Bagi aku, semua tu buat secara sukarela. Takde upah takde maksud apa apa. Aku memang suka berjalan dan makan.

Sebenarnya ada banyak tempat kedai makan yang aku pergi cuma aku je tak sempat nak buat entri. Kadang-kadang aku ni malas nak ambik gambar. Nampak macam suka selfie tapi sebenarnya tidak.

InsyaAllah lepas ni aku dah berazam akan cuba untuk bagi review mana mana kedai yang aku pergi.

Terima Kasih Kak Lela (Warung Merdeka) sebab belanja saya sarapan hari ni. Semoga perniagaan akak bertambah maju dari sehari ke hari. Aminnn.

Tuesday, July 17, 2018

Warung Merdeka Baru di Kampung Pandan, Kuala Lumpur


Orang Kampung Pandan je tau Warung Merdeka ni hehe.

 Dulu kedai dorang sebelah Masjid Tasik Ampang. Lepas tu kena roboh sebab tanah tapak yang dorang sewa tu nak digunakan untuk pembangunan lain. Ni kira baru siap lah ni. Baru bukak dua hari. Kedai kat tapak baru. Tengah tengah padang ahaha. Ambik kau. Tokey dia kata kena tambah meja. Sebab ramai. Lagi pun dorang bukak sampai malam. 😂

 Dulu konsep ala ala biasa. Buka pagi lepas tu tenghari tutup. Malam baru bukak balik. Taklah warung sangat. Kira padanlah kedai kat tempat Kampung Pandan. Cuma tempat tersorok. Sekarang dah upgrade ala ala cafe. Letak gambar artis jaman P. RAMLEE. Lebih santai. Lebih sejuk berbanding kedai sebelum ni. Orang macam aku memang suka tempat sejuk sejuk ni. Tengahari pun bukak ada tambahan Nasi Pecal Lele. Yang pasti lebih ramai yang datang.

 Masa aku tengah lepak ni pun banyak kereta yang lalu lalang dok usha je. Mesti dorang ingat kedai baru hihi.


Kedai dia ramai sebab murahlah bagi aku. Anak anak aku suka roti canai dia. Aku biasa makan soto je. Kalau malam pun ramai orang. Agak agak teringin nak Nasi Goreng USA sedap sinilah jugak menyinggah. Di kala orang jual Milo Panas segelas RM2.00 dorang jual RM1.60. Baru ni naik ke RM1.80. Eleh murah dua posen je kan. Cuba kali 10 hari. Dapat lagi Milo Panas segelas. 😂

Yang ramai datang sarapan kat sini majoritinya Orang Kampung Pandan. Lokasi kedai ni sebelah Kondo Angsana Hilir. Kalau korang jumpa Kondo Angsana Hilir maka akan jumpalah Warung Merdeka. Kedai ni memang tak pernah tutup kecuali Raya Aidilfitri dan Raya Haji.

 Aku harap kalau tokey Warung Merdeka ni jumpa post ni dia bagi aku sarapan pagi FREE selama 44 hari. Baik punya aku promote kedai baru dia. 🤣

Friday, June 22, 2018

Petua nak baik demam cepat

Ada orang demam berhari hari tak baik. Alhamdulillah aku jarang demam berhari lamanya. Sekali je lah demam lebih dari 7 hari. Itupun sebab kena denggi.

Macam ni lah aku dua hari ni haha

Kali ni demam on and off. Malam sebelum raya dah nak jadi demam. Lepas tu membedal buah kuini sebijik esoknya terus hilang demam.

Pergi pulak bercuti dengan cuaca sejuk (ekon), panas dan mandi laut, ditambah pula kekurangan air putih. Makan pula tak tentu. Terlebih minyak, terlebih gula. Maka hari kedua bercuti dah start sakit dan gatal gatal tekak, hidung dah mula sumbat dan bersin.

Balik je badan dah mula rasa tak sedap. Dah rasa rimas. Esoknya dah tak boleh bangun. Kau makanlah panadol dua biji dan clarinase sebijik. Tak lut. Makin menjadi lagi ada. Dah kena marah yang tukang bagi ubat tu. Apa hal bagi ubat tak baik pun.

Akhirnya, demam baik sendiri dengan petua makan kambing dari pagi, tengahari, petang dan malam. Terus boleh lompat lompat tengok game Brazil vs Costa Rica. Cuma flu dengan suara serak basah je tak hilang lagi.

So esok lusa ai dah boleh terkinja kinja dah. 😂😂😂

Thursday, January 11, 2018

Tadika Fajar untuk Hadif

Hari ini masuk hari ke-11 Hadif ke Tadika. Pencarian tadika untuk Hadif tak lah mengambil masa yang lama sebab dah ada kawan yang hantar anak ke tadika tersebut.

Sedih giler kan muka budak tak nak sekolah. 

Nama tadika ialah Tadika Fajar. Tadika tersebut beraliran Cina. Tapi diajar juga 3 subjek utama seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Yuran sebulan RM195. Untuk kelas tambahan boleh tambah RM40 sebulan. Ada kelas bacaan Mandarin, Agama, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kalau untuk daycare tambah lagi RM350 sebulan.

Saya cuma tambah untuk daycare sahaja. Boleh buat homework sekali. Dari duduk kat rumah tengok TV layan Gadget. Sekurang-kurangnya di Tadika dia ada banyak aktiviti tambahan sampai petang.

Yang menjadi isunya sekarang Hadif tidak suka ke Tadika haha. Setiap hari mesti ada drama yang perlu dilayan. Minggu pertama agak okay. Nak menangis dengan kuat pun tak berani. Bila masuk minggu kedua drama makin menjadi jadi. Menangis teresak esak. So, setiap hari juga akan ada sesi pujuk memujuk.

Semalam bila papa yang hantar terjadi pula drama tak nak turun dari motor. Hentak hentak kaki. Menjerit jerit tak nak sekolah. Mengada-ngada kan. Akhirnya, Cikgu Ayu yang ajar budak budak umur 6 tahun terus angkat Hadif bawak masuk kelas. Lagi kuat lah tangisan dia sambil panggil papa papa hihi.

Bila datang ambik dia balik Uncle (Owner Tadika Fajar) cakap okay aje. Pagi je nangis dan the rest of the day dia happy happy. Boleh bayangkan dia punya drama terhebat tu.

Sampai bila kena layan drama tak nak pegi sekolah ni pun tak tau. Harap harap lah dua tiga minggu je. Letih juga nak kena layan drama pepagi buta setiap hari.

Thursday, December 21, 2017

Tak ada handphone boleh patah kaki

Suami balik tengok muka isteri monyok macam nak nangis.

Biasa muka sang isteri tersengih-sengih je. Terus tanya "kenapa awak ni muka masam je..."

"Henfon saya rosak. Screen tak boleh tekan. Entah entah Touchscreen problem..." jawab isteri dengan suara tertahan tahan nak nangis.

Maka si dia letak helmet, buka jaket ambil henfon terus cuba tekan tekan banyak kali tapi tak de respons. "Hmmm...tak boleh dah ni. Kena hantar kat kawan saya nak repair."

Isteri: Berapa lama nak repair? Kalau hantar arini esok siap boleh?

"Tak dapatlah, mau makan dua tiga empat hari jugak."

''Dua, tiga, empat hari dah jadi 7!"😭 Banyak taw whatsapp tak terbalas. Nanti customer tertunggu tunggu macam mana. Esok dah last delivery."

Sempat gak membebel. Muka dah sedih.

Suami bawak balik hadiah pun tak mampu nak meredakan jiwa kacau seorang isteri sebagai peniaga online. Senyum tapi dalam hati serabut. Kepala jadi berat. Setiap bunyi ting ting ting yang masuk buat jantung berdebar-debar. Nak buka henfon tak boleh. Mampu tengok screen je. Lip lap lip lap huhuhu.

Serius sedih. Hanya peniaga yang memahami apa yang ku alami ketika ini.

Terpaksalah redha. Esok kena hantar pergi repair. Bertabah lah dua hari outstation tanpa henfon di tangan. Maka henfon suami bakal jadi mangsa.

Syukur masih boleh guna laptop. Dapatlah balas whatsapp dan messenger dari customer. Seharian duduk mengadap ni. Kalau guna henfon boleh lah buat kerja sambil meniaga. Memang patah kaki takde henfon ni.

Biasa waktu sebegini dah duduk kat hall. Tapi la ni masih tercongok kat depan lappy huhu.

Monday, December 18, 2017

Hormati sesama peniaga

Ada orang ni. Dia seorang peniaga. Buat satu grup whatsapp. Dia add semua nombor telefon yang ada. Lepas tu beliau beriklan. Takpe.

Ramai yang left. Saya antara yang tak left. Sebab sama sama peniaga jadi kita faham dia nak promot produk dia. Jadi, #kitaok.

Lepas tu, tak cukup dalam grup beliau iklan lagi secara personal. Dah banyak whatsapp akak  pending tak berjawab. Masuk lagi whatsapp dari beliau. Masuk lagi iklan dalam grup yang telah ditubuhkan beberapa minggu yang lepas.

Hari ni, tak boleh tahan. Terpaksa tekan "left group". Tak sampai 4 minit beliau hantar lagi iklan secara personal. Aduhhh. 😑

Serius rasa dah lebih. Malas nak cakap banyak ai tekan Block then tekan Report & Block. #Sayonara

Benar, nak beriklan boleh. Nak promot PM semua nombor whatsapp yang ada pun boleh. Tak ada masalah. Tapi, berpada pada. Ini setiap masa, setiap hari, setiap jam. Memang buat orang menyampah.

Belajar menghormati orang lain pun sesuatu yang mahal.