Friday, July 20, 2018

Terima Kasih Kak Lela (Warung Merdeka Kampung Pandan)

Alhamdulillah tak sangka ramai juga yang sudi share post Warung Merdeka aku hari tu. Setakat ini 123 LIKES dan 53 SHARES. Terima kasih banyak kepada yang sudi SHARE post tersebut.

Aku tak sangka pulak Tokey Warung Merdeka tu boleh jumpa post aku. Dah lah muka tak malu nak breakfast FREE 44 hari kan. Haah Tepukkk!

Pagi tadi seperti biasa aku lepak lagi kat Warung Merdeka sementara tunggu time 10.30am nak jumpa Guru Kelas Hanif. Seperti biasa, menu aku 3 hari ni sama Roti Canai dengan Milo Kosong Kaw. Adalah dalam satu jam aku lepak menghabiskan masa lepas tu aku nak pergi bayar. Aku saja lah low profile keluar duit siap siap supaya dorang tak perasan aku. Segan.

Sarapan aku pagi tadi, tak payahlah kira kalori harini.

Sampai kat kaunter je Kak Lela tu tegur Zulaikha ehh hahahaha. Aduh terpaksalah jawab iya. Aku punya plan nak bayar dulu lepas tu baru mengaku aku yang tulis post tu. Sekali dia dah cam aku dulu. Then aku tanya macam mana dia boleh perasan itu aku. Dia kata dia skodeng Facebook aku nak tengok muka customer yang mana.

Aku cakap kat dia jangan percaya yang aku nak FREE sarapan 44 hari tu. Aku main main je. Tak serius pun. Aku ni kan memang sewel kepala otak hahahaha. Dia kata takpe hari ni dia belanja aku. Dia cakap rasa terharu sangat aku promote dan tulis kedai dia kat Facebook. Macam nak nangis pun ada. Rasa sebak pulak aku tengok.

Sebagai seorang yang meniaga aku faham perasaan dia. Kita meniaga ni ada masa susah ada masa senang. Masa senang kita boleh cerita dengan orang tapi masa susah pahit getir tu paling susah orang nak faham. Jadi bila kau ada orang asing yang sudi promo perniagaan kau secara tiba tiba kau akan rasa terharu dan sedih pada masa yang sama.

Bagi aku, semua tu buat secara sukarela. Takde upah takde maksud apa apa. Aku memang suka berjalan dan makan.

Sebenarnya ada banyak tempat kedai makan yang aku pergi cuma aku je tak sempat nak buat entri. Kadang-kadang aku ni malas nak ambik gambar. Nampak macam suka selfie tapi sebenarnya tidak.

InsyaAllah lepas ni aku dah berazam akan cuba untuk bagi review mana mana kedai yang aku pergi.

Terima Kasih Kak Lela (Warung Merdeka) sebab belanja saya sarapan hari ni. Semoga perniagaan akak bertambah maju dari sehari ke hari. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...