Sabtu lepas, 27 Julai 2018, Tadika Fajar, sekolah Hadif telah mengadakan lawatan ke Farm In The City, Seri Kembangan. Dua minggu sebelum lawatan memang hari hari balik dari sekolah dok cerita tentang lawatan je. Sikit sikit Cikgu Ayu said. Sikit sikit Madam Chong said. Naik pening jugak.
Muka Ceria |
Awalnya aku memang nak ikut. Tapi papa dia kata buat apa nak ikut. Bagi je peluang dia enjoy dengan kawan-kawan. Aku bukannya apa, dia tu dahlah kecik. Abang dia aku tak risau sangat sebab gemuk hahaha. Kang kena tolak macam mana? Tapi disebabkan papa dia kata jangan risau aku pun okay je lah. Tapi dalam hati siapa yang tahu kan.
Peluk abang konon sayang |
10 minit sebelum pukul 9 aku dengan Hanif terus patah balik ke Tadika sebab kononnya nak tengok adik dia naik bas. Rupanya tak sempat. Nak masuk simpang Tadika dia nampak bas persiaran yang dorang naik tu dah berlepas. Aku pun follow je belakang nak tengok macam mana dia naik bas.
Hajat dihati dah nak follow sampai ke Farm in The City. Tapi tengok bas je dah sedih macam mana? Tiba tiba aku rasa emosional. Mengenangkan anak yang dulunya kecik lepas tu sekarang dah besar dan dah pandai nak ikut kawan kawan pergi trip sekolah. Mau tak sedih. Dok mengenangkan macam manalah dia ke sana. Biasa pergi mana mana Zoo kan mesti dengan kita orang. Jalan jalan dengan papa dengan mama je. Ni memang rasa sedih sangat. Susah nak memahami perasaan seorang ibu ni melainkan kalau kau seorang ibu hehe.
Lepas tu tengahari kalau ikut itinery sampai ke Tadika pukul 1.45pm. Punya lah beria aku tunggu dengan Hanif dari 1.30pm sekali dorang sampai 3.10pm hahahaha. Berjinggut menunggu. 1 jam setengah. Jalan jam hari Sabtu.
Turun je bas dari kejauhan macam macam dia cerita. Tak sempat nak masuk kereta lagi dah habis cerita tengok animal. Masuk dalam kereta dah cerita lain. Abang dia tanya pun dia marah. Dah tak boleh tanya apa apa sebab dah habis cerita. Kau rasa?
No comments:
Post a Comment