Tuesday, November 16, 2021

Eksperimen Reel di Instagram vs Tik Tok

Hasil eksperimen 4 minggu saya mendapati lagu yang viral di Tik Tok tak semestinya viral di instagram. Orang yang ada di instagram tak beberapa suka dengan rentak lagu yang di"remix"kan macam kat Tik Tok. Jadi kat sini dah boleh tahu level level orang kat IG dan niche market cemana kan hihi. 

 Jadi, kalau nak reach reel yang tinggi guna lagu yang viral di Instagram. Nak edit video jangan guna reel unless kalau malas. Guna video editor. Atau guna tik tok. Tik tok video editing is better than reel. Mana mana akaun bisnes memang tak boleh guna sound viral. Instagram dah letak siap lagu lagu komersial untuk kita. Sama macam Tik Tok. Dah lah lagu tak best. Tapi ada caranya macam mana nak buat reel guna lagu viral. 

 Tapi yang best bila kita upload video guna music yang bukan dari instagram, pihak IG akan tolong padankan lagu yang kita guna tu dengan music yang ada. Kalau Tik Tok tak. Dia akan kira lagu tu lagu kita dan masuk dalam folder stand alone. Jadi bila lagu kita di Tik Tok masuk folder stand alone payah sikit views nak naik. Sebab tu saya tak guna Cap Cut dah. Kecuali kena download dulu lagu kat Tik Tok then buat video guna sound yang sama. Upload dalam Tik Tok dan guna balik sound dari mana kita download tadi tu. Faham tak? πŸ˜… 

 Cuma kelemahan untuk IG akan viral di IG sebab susah nak reshare atau download berbanding dengan Tik Tok. Leceh. Apa yang viral di IG tak semestinya viral terus di facebook. Tapi apa yang viral di Tik Tok sekejap je akan viral di Facebook dan Instagram. Sekian sharing untuk harini. Harap bermanfaat untuk semua. πŸ˜† 

 Siti Zulaikha Olivia 

 #socialmediaexperiment

Wednesday, November 10, 2021

Hadif buat hal - Tragedi Oktober

Kisahnya harini selepas pasang kipas di kedai UTC Keramat aku, papa dia dengan abang Hanif ambik dia balik sekolah. Ngam ngam habis kerja time tu. 

Bila sampai kat sekolah as usual cikgu kena panggil nama dia. Ada dalam 2 minit macam tu aku nampak dia bangun dan jalan ke arah cikgu. Tak tau dia kata apa. Kemudian aku nampak dia berlari naik tingkat atas ke kelas. Dalam beberapa minit turun cakap dengan cikgu balik. 

Cerita kronologi


Dah tu dia tarik beg sekali aku nampak dia pakai seluar suka entah sapa punya. Aku dah agak dah ini kalau tak kencing dalam seluar entah entah dia sakit perut ter berrr. πŸ˜…

Dia sampai je terus aku tanya kenapa pakak seluar lain. Dia jawab pagi tadi dia sakit perut. Nak memerut dia tahan. Akhirnya, terlepas dalam seluar hahaha. Adoiioh. 

Muka malu kena gelak


Dia cerita cikgu yang tolong hantar dia pergi toilet bagai. 

Kenapaaa laa kau buat hal kan? πŸ˜‚

Dia cakap kat aku yang pagi tadi sakit perut tapi dia kata aku tak dengar. Aikkk. Bila masa dia cakap dengan aku. 

Sampai ke kereta kecoh la bapak dengan abangdok gelakkan dia. Bengang je muka. Takleh nak cover malu hahaha. Pastu papa dia cerita pagi tadi sebenarnya dia memang dah kata sakit perut. Tapi bapak dia cakap nanti pergi lah toilet kat sekolah. Haihhh.

Siannn anak mama hihi


Bapaknya pun macam tak kenal pulak anak sendiri. Budak tu dah lah tak suka toilet kotor. Selama dia sekolah kat situ tak pernah lagi dia pergi memerut kat sekolah tu. Punya geli lah kan. 

Kelakar dan kesian jugak la aku tengok dia. Kawan kawan dalam kelas semua tahu. Nasib 12 orang je. Muka mula dia kata sorang je yang tahu. Then kawan yang sorang tu pergi inform cikgu. Cikgu siap tanya lagi nak balik awal atau nak balik masa balik. Macam tak percaya je bila dia cakap dia nak balik time balik. Selalu pantang je kena offer terus nak balik.

Dulu Abang Hanif pun macam tu. Tapi part paling kelakar dia kena pakai seluar saiz besar giler. Memamg lawak giler laa. 

Pelangi Beach Resort & Spa - Edisi Langkawi 2019

Hahahahaha... gelak dulu.

Sebab....

Lepas dua tahun baru nak buat entri review tentang Pelangi Beach Resort & Spa ni. Gila lama kan. Yang nak baca tentang review aku mengenai The Danna Langkawi boleh klik sini.

Cantik kan reception area nya

Gambar pun dah menghilang. Padahal aku rasa banyak aku snap. Siap ambik gambar mat saleh posing dengan road bike lagi. Banner ironman etc. Sebab Meritus Pelangi ni kira Hotel rasmi ironman. Even YB Kj pun stay sini.

Cerita sadis aku berkenaan hotel ini ialah aku tertinggal bantal kesayangan kat sini. Dah naik ferry baru teringat. Kira Selamat Hari Raya la. Dah lah bantal kecik paling best yang aku ada. Bantal busuk orang kata. πŸ˜‚



Masa tu kami satu family ke Langkawi 3 hari 2 malam. Malam pertama kami tidur di Danna dan malam kedua tidur di Pelangi. Kita punya style holiday memang macam ni. Suka tidur kat dua tiga hotel kalau ke Langkawi. Perangai sangat kan hihi. Ni semua gara gara siakap Langkawi buat aku teringat ada banyak lagi entri tentang Langkawi tak update. 

Berbalik kepada cerita holiday dua tahun lepas. First bila check Alhamdulillah takde masalah. Smooth aje semuanya. Walaupun time tu sibuk dengan Ironman. Dapat bilik pun cantik. Dia punya view dalam kawasan sekitar chalet ala ala Club Med. Tapi mestilah Club Med lagi lawa. 





Katil pun luas. Muat untuk 3 orang tidur. Yang anak 4 orang masih kecik pun boleh je sumbat dalam katil ni. Toilet sangat bersih. Takde bathtub. So takde la anak anak aku berkubang dalam tu. πŸ˜…


The next day tu, aku sempat lagi jogging sampai ke area Holiday Villa. Kot kot la boleh nampak beach
 Tapi takde. Tempat yang mana dulu orang selalu pergi lepak tepi pantai tengok matahari terbenam dah naik hotel Aloft.

Jalan jalan tepi pantai



Sekarang kalau nak jalan kat Chenang tu mana tempat view cantik semua dah naik hotel tak pun motel. Kiri kanan penuh hotel. Dah rasa macam jalan kat Phuket pun ye. Lepas tu pagi pagi jogging tu tak syok sebab macam macam bau sampah ada haha. Sedih la jugak.

Beranda luar boleh lepak layan laut

Balik dari jogging anak anak dengan husband sibuk mandi pool. Poolnya okay lah. Biasa. Nak kata cantik tu tak. Sesuailah dengan kita yang membawa anak anak ni kan. Lepas tu boleh jalan kat beach. Dekat je. Aku memang tak berapa suka nak jalan kat beach. Sebab tak suka berpasir. 

Kalian boleh layan gambar gambar dibawah ni ya. Sorry gambar Pantai Chenang, kedai, motel etc yang aku snap masa lari pagi ittew tidak tahu ke mana perginya.

Tanya kakak ipar aku pun dia kata dia pun tak sure hahaha. 






















Pantai Chenang

Pantai Chenang morning view



Tuesday, November 9, 2021

Sesi mencari Hotel di Langkawi

Throwback Langkawi 2019

Semalam dan harini kerja aku dengan kak ipar aku dok mencari hotel. Last minit punya plan. Dari hari tu macam nak pergi holiday ke tak. Eh takpelah bagi orang lain pergi dulu. Tapi macam nak pergi jalan jalan hahaha. 

Mula mula plan memang nak pergi di antara pulau pulau berdekatan dengan Langkawi. Senarai teratas off course la Rebak Island. Tapi disebabkan oleh "low tide" jadi kita batalkan. Nanti takut kalau pergi jugak tak keluar dari Rebak tu macam mana kan. Duduk la situ sampai lebam. Okay plan nak ke Mersing pun sama tak jadi. Pangkor Island pun tak jadi. So, kita senyap je.

Tup tup hari Ahad buat keputusan nak ke Langkawi. Time tu la nak cari transport. Ingat nak santai naik kereta. Sep bajet. Tiket feri pulak lambat. At the end kita decide naik flight. 

Tiket flight dah dapat. Hotel pulak takde. πŸ˜‚

Satu hari ni kerja mencari hotel. Yang kakak ipar aku dok call agent sana sini. Sampai mengamuk jugak sebab ada hotel Royal Chenang kita orang dah book dan hantar email sekali bila kakak ipar aku call semula boleh staff reception tu kata dia lupa nak book sebab tak confirm. Hangin gila kakak ipar aku. 

Hotel penuh bebbbb. Gasak lah. Kena pergi jugak sebab tiket flight dah beli. Nak tukar date untuk flight tu kena tambah dalam RM234 tak campur surcaj. Gila kan. 

Akhirnya tak berjalan kerja hakiki aku sebab dok leka melayan website cari hotel kikiki.

Nanti lah eh aku update entri bila balik dari Langkawi berapa hotel kita orang duduk selama ada kat sana nanti. 

Sunday, November 7, 2021

Kembali bersekolah selepas Fasa 4, PPN


Selepas masuk ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara

Bermula kembali sesi persekolahan esok untuk Muhammad Hadif yang 8 tahun, Darjah 2. 

Antara barang barang penting yang mesti ada ialah Hand Sanitizer water spray. Saya suka beli yang 70% alcohol dan 30% air. Tak suka dengan sanitizers yang macam jelly dan melekit lekit ditangan. 

Korang pula bagaimana?? 😁 

Yang kedua haru ada Sanitizer wipes. Tak kisah brand apa. Asalkan boleh digunakan untuk mengelap meja dan kerusi. 

Yang ketiga, standby kitchen towel untuk lap sudu selepas makan. Selain itu, kita letak sahaja snek takut lapar in between waktu rehat.

Semangat sungguh nak sekolah


Saya bukan mak yang dalam kategori ekstrem sampai takut nak hantar anak ke sekolah. Tapi kena prepare apa yang sepatutnya. Basic pun jadi. Selebihnya, kita berdoa dan berserah kepada Allah. 

Kalau tengok dalam gambar tu punya excited nak pergi sekolah. Tapi itulah. Nak sekolah sampai pukul 12 tengahari je. Masalah juga kan. πŸ˜…

 #backtoschool #PelanPemulihanNegara #fasa4 #covidisnotover

Viral Ikan Siakap Mahal

3D Art Muzium 2019, Langkawi Cable Car Skybridge



Kalau dah dua tiga yang tampil mengadu maknanya something wrong somewhere la kan.

 Viral kes pertama ikan siakap sebab mungkin mamat tu selenga. 

 Viral kedua kata tuan kedai tidak tunjukkan saiz ikan yang dorang order tu. Dan saja je bagi ikan yang saiz besar. Saja pula caj sotong 1kg dan udang 1kg walaupun dorang tak ambik pun sebanyak tu. Tak berapa sedap pulak tu kan. Harapkan terapung je. 

 Aunty Onion tunggu kes ketiga pat, lima nam tujuh dan seterusnya. πŸ˜… 

 Jika begitu kesahnya, baiklah makan di Wan Thai Pekan Kuah je. Sah sah la puas hati. Bayar bil pun takkan rasa menyesal. Dan kalau mengikutkan tekak aku yang cerewet ni susah nak jumpa kedai makan yang sedap di Langkawi melainkan selalu pusing pusing di sana. 

Sejarah silam pernah makan cendol tak sedap langsung dengan pulut mentah, nasi goreng mentah, kangkung ikan masin letak ayam. Sampai sakit perut laa makan. Bila kita komplen pun depa buat bodoh je. πŸ˜‚ 

 Nasi ayam yang femes di Pekan Kuah tu pun taalaa sedap mana. πŸ˜… 

 Sebab tu kalau merayap di Langkawi kita akan makan di kedai atau warung tepi jalan je. Puas hati. Kita ingat laa kedai mana air dorang sedap. Siang kat mana nak makan sedap.

Last pergi Langkawi dua tahun lepas. Pun sama. Kita order makanan yang tak jauh dari hotel. Sebab masa tu duduk area Pantai Kok. Masing masing dah penat. Nak drive pun tak larat. Jadi kita singgah je kedai yang terdekat. Kedai macam buruk je takde orang. Tapi masak sedap. Harga pun tak lah harga "Langkawi..." murah sikit dari harga KL. 😬

 Nak tau kedai sedap ke tidak tu senang. Suruh dorang masak Nasi Goreng USA dan Nasi Goreng Kampung. Nak tau kedai tu buat air sedap order la air Milo Ais kaw. Kalau tiga ni fail makanya jangan la datang kedai dia lagi. πŸ˜‚

 #bukanpeminatkedaimakanviral #throwbackpic #DoneIntoTheScene

Thursday, November 4, 2021

Selamat Menyambut Deepavali 2021


Rasa macam lama tak buat entri. Busy melayan kuih. Melayan kek. Melayan anak. Nak review movie pun tak sempat. Bukan tak tengok movie yang latest. Semua dah habis khatam kecuali movie yang aku tak minat. Cumanya nak karang ayat tu ambik masa. πŸ˜…

Ada masanya tak juga sibuk. Tapi sibuk melayan perasaan. Buat photoshoot. Membaca. Survey macam macam. Itulah kerja seharian. Kebanyakkan masa aku menulis kat facebook. Yelah pendek dan ringkas. Jadinya nak tulis blog tu memang terasa panjangnya. 

Kalau kat facebook tulis macam tulis blog sapa la yang nak membacanya kan huhu.

Entri malam ni khas untuk sahabat sahabat dan followers blog ini yang menyambut Deepavali. Merasa juga kan nak sambut raya selepas berperang dengan Covid.

Selamat Menyambut Deepavali. Semoga sahabat semua bergembira menyambut perayaan Deepavali tahun ini. ❤

Apa nak buat. Dah memang begini gaya hidup terbaru kita. Buat laa apa pun. Tapi harus diingat supaya berpada pada. Jaga SOP dan ikut peraturan. πŸ˜…

Monday, September 27, 2021

Free Guy (2021)



FREE GUY (2021)

Rating: 8/10

Pelakon: Ryan Reynolds, Jodie Gomer, Joe Keery, Antoine

Jalan cerita simple. Sesuai untuk ditonton bersama anak anak. Terutamanya yang suka main game. Untuk saya cerita ni biasa. Rating 8/10 adalah berdasarkan rating dari anak anak. Mereka memang syok layan filem ni dari awal sampai habis. 

Okay saya cuma tulis sinopsis pendek. Movie ni mengisahkan tentang satu game online yang dibangunkan oleh Keys (Joe Keery) dan Millie (Jodie Gomer) yang dicuri oleh Soonami Head Developer yang bernama Antwan (Antoine).

Millie & Keys


Nak diikutkan game yang original adalah Life Itself tapi bila dicuri ia telah ditukar nama kepada Free City oleh Antwan. 

Nak buktikan yang mereka berdua adalah owner dan penulis code yang sah untuk game tu, Millie harus masuk ke dalam game tu jadi player semata mata untuk mencaru "source code" tersebut.



Guy pula merupakan watak NPC (Non Player Character) yang punya kehidupan sendiri di dalam Free City. Bekerja sebagai bank teller. Setiap hari buat aktiviti yang sama. Dan dia tak sedar pun yang dia hidup didalam video game sehingga ada suatu hari tu dia mengambil cermin mata hitam dari seorang player yang mahu merompak bank.

Barulah dia tahu rupanya dia hidup didalam dunia game online. πŸ˜…



Dari situ segalanya berubah. Dia mula bermain seperti player yang lain. Dan membantu Millie untuk mendapatkan source code sehinggakan Keys dan Mouser percaya yang Guy ini adalah hacker. Padahal AI code tu yang advance. Sehingga sampai suatu tahap semua NPC player yang ada dalam Free City tu tidak respons kepada pengaturcaraan sedia ada.

Apabila Antwan tahu tentang semua tu dia pun mula mengeluarkan semua player dari Free City dan cuba untuk membangunkan Free City 2. Tapi akhirnya tidak berjaya. Antwan kemudiannya ditangkap.

Guy tetap berada didalam Free City. Hidup bebas tanpa mengikut coding original Free City.