Wednesday, November 10, 2021

Hadif buat hal - Tragedi Oktober

Kisahnya harini selepas pasang kipas di kedai UTC Keramat aku, papa dia dengan abang Hanif ambik dia balik sekolah. Ngam ngam habis kerja time tu. 

Bila sampai kat sekolah as usual cikgu kena panggil nama dia. Ada dalam 2 minit macam tu aku nampak dia bangun dan jalan ke arah cikgu. Tak tau dia kata apa. Kemudian aku nampak dia berlari naik tingkat atas ke kelas. Dalam beberapa minit turun cakap dengan cikgu balik. 

Cerita kronologi


Dah tu dia tarik beg sekali aku nampak dia pakai seluar suka entah sapa punya. Aku dah agak dah ini kalau tak kencing dalam seluar entah entah dia sakit perut ter berrr. 😅

Dia sampai je terus aku tanya kenapa pakak seluar lain. Dia jawab pagi tadi dia sakit perut. Nak memerut dia tahan. Akhirnya, terlepas dalam seluar hahaha. Adoiioh. 

Muka malu kena gelak


Dia cerita cikgu yang tolong hantar dia pergi toilet bagai. 

Kenapaaa laa kau buat hal kan? 😂

Dia cakap kat aku yang pagi tadi sakit perut tapi dia kata aku tak dengar. Aikkk. Bila masa dia cakap dengan aku. 

Sampai ke kereta kecoh la bapak dengan abangdok gelakkan dia. Bengang je muka. Takleh nak cover malu hahaha. Pastu papa dia cerita pagi tadi sebenarnya dia memang dah kata sakit perut. Tapi bapak dia cakap nanti pergi lah toilet kat sekolah. Haihhh.

Siannn anak mama hihi


Bapaknya pun macam tak kenal pulak anak sendiri. Budak tu dah lah tak suka toilet kotor. Selama dia sekolah kat situ tak pernah lagi dia pergi memerut kat sekolah tu. Punya geli lah kan. 

Kelakar dan kesian jugak la aku tengok dia. Kawan kawan dalam kelas semua tahu. Nasib 12 orang je. Muka mula dia kata sorang je yang tahu. Then kawan yang sorang tu pergi inform cikgu. Cikgu siap tanya lagi nak balik awal atau nak balik masa balik. Macam tak percaya je bila dia cakap dia nak balik time balik. Selalu pantang je kena offer terus nak balik.

Dulu Abang Hanif pun macam tu. Tapi part paling kelakar dia kena pakai seluar saiz besar giler. Memamg lawak giler laa. 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...