Sunday, November 7, 2021

Kembali bersekolah selepas Fasa 4, PPN


Selepas masuk ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara

Bermula kembali sesi persekolahan esok untuk Muhammad Hadif yang 8 tahun, Darjah 2. 

Antara barang barang penting yang mesti ada ialah Hand Sanitizer water spray. Saya suka beli yang 70% alcohol dan 30% air. Tak suka dengan sanitizers yang macam jelly dan melekit lekit ditangan. 

Korang pula bagaimana?? 😁 

Yang kedua haru ada Sanitizer wipes. Tak kisah brand apa. Asalkan boleh digunakan untuk mengelap meja dan kerusi. 

Yang ketiga, standby kitchen towel untuk lap sudu selepas makan. Selain itu, kita letak sahaja snek takut lapar in between waktu rehat.

Semangat sungguh nak sekolah


Saya bukan mak yang dalam kategori ekstrem sampai takut nak hantar anak ke sekolah. Tapi kena prepare apa yang sepatutnya. Basic pun jadi. Selebihnya, kita berdoa dan berserah kepada Allah. 

Kalau tengok dalam gambar tu punya excited nak pergi sekolah. Tapi itulah. Nak sekolah sampai pukul 12 tengahari je. Masalah juga kan. 😅

 #backtoschool #PelanPemulihanNegara #fasa4 #covidisnotover

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...