Tuesday, November 23, 2021

Bersyukur dengan apa yang ada



Tak ada angin tak ada ribut. Tiba tiba meminta "Gingerbread Cookies". Ini semua gara gara kartun Gingerbread atau sebab aku perasan dia selalu tengok kat Youtube kartun gingerbread tu menari nari. Itu yang nak tahu macam mana rasa. 😅 

Bila dah rasa dia kata mama kenapa cookies ni rasa lain je. Lepas ni memang dia takkan meminta sebab dah pernah rasa. Masa nak beli tu dah kata tak sedap biskut ni sebab ada halia. Tapi dia tetap jugak nak. Harga Gingerbread Cookies ni kat Coffee Bean RM7.90 still okay lagi dari dia mintak toys kan. So gigihkan juga beli hahaha. 




Nak juga Cookies & Cream tetap ku layankan jua. As long as awak tak muntahkan air tu mak okay je nak. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

 Masa aku bagi dia air tu aku cakap kat dia air ni mahal tau. Jadi nak tak nak adik kena habiskan. Ni kira first time dia minum air Coffee Bean. Jadi kita berdua pun duduk la kat Coffee Bean sambil menunggu dia menghabiskan air tu. 🤣 


 Bukan nak berkira harga mahal. Tetap lah mahal kan huhu. Tapi nak ajar dia tentang nilai duit tu. Bukan senang senang nak belanja air mahal macam ni. Dan kalau minum mesti habiskan. 

Tak suka anak anak membazir makanan tak kira berapa pun harganya. 

 Siti Zulaikha Olivia Isnin, 22.11.2021 

 #syukurselalu #szomenulis #Kenangan2021

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...