Friday, February 13, 2026

Hadif minta tunjuk ajar Hanif apa nak buat kalau kena cekik

Malam tadi Hadif tunjuk kat abang dia macam mana budak tu buat "neck lock" kat dia. Lepas tu dia tanya, macam mana adik nak suruh dia let go?

Abang Hanif pun ajarlah adik dia. 😅

Hanif tak ada rekod kena pukul kat sekolah. Sebab dia badan besar. Orang nak tumbuk pun fikir dua tiga kali.

Bila aku begitahu cikgu semalam abang kepada Hadif pun bekas anak murid sekolah situ, kedua-dua cikgu pun terperanjat hahaha. Terus dorang tanya siapa.

Aku kata, "Anak saya baru habis SPM tahun lepas".

Yelah, mesti Cikgu pelik hihi.

Masa Hanif, muka aku memang jarang datang sekolah. Aku datang support Hari Keusahawanan, ambik BAP, jumpa cikgu kelas ambil report card itu je. Hanif selalu je kena baca doa setiap kali perhimpunan, pernah jadi Ketua Kelas, jadi Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber. Aku pun tak pernah ada jawatan masa sekolah hahaha.

Kawan-kawan Hanif pun baik. Masa Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pun cikgu kata dia antara harapan sekolah untuk lulus SPM dengan keputusan yang bagus. Sayang cikgu dengan dia, lebih-lebih lagi Cikgu Sejarah. Sebab dia terer dan suka subjek Sejarah.😆

Bab kena tumbuk dengan kawan ke, kena buli, nak mengadap Cikgu Disiplin semua tu memang tak ada.

Sebab tu aku kata haritu, jauh lagi perjalanan anak aku Hadif kat sekolah baru. 😅

‎Sambungan selepas jumpa Guru Disiplin dan PK


Balik sekolah petang Rabu lepas, Hadif cerita parents murid yang tumbuk dia ada datang, dan dah berjumpa dengan guru disiplin.

‎Mungkin cikgu disiplin suruh minta maaf. Sebab Hadif kata budak tu minta kawan dia yang lain jadi posmen untuk wakilkan tuan punya badan.

‎Kawan yang jadi posmen tu kata, "Hadif, si A minta maaf kat kau..."

‎Hadif kata, "Malaslah aku..." - gitu anak aku respon. 😅

‎Hadif tak accept. Boleh tahan jugak anak aku bila dia dah tak nak berkawan. Jual mahal. Sakit kot kena tumbuk kan. Mestilah sakit hati.

‎Lepas tu budak posmen tu sampaikan kat si A. A suruh budak posmen sampaikan pesan lagi.

‎Dia datang balik kat Hadif cakap, "Hadif, A suruh kau datang kat dia mintak maaf kat dia..."

‎Hadif kata, dia malas nak layan.

‎Berani lagi dia hantar posmen nak arah² anak aku pergi mengadap dia minta maaf. Ini sudah lebih hahaha.

‎Dah la dia yang tumbuk dan cek1k Hadif sampai bengkak dan lebam, dia sikit lebam pun takde.

‎Tapi Hadif bagitau aku, "Adik tak pergi pun kat dia mama". Aku cakap kat Hadif. Kalau dia sendiri datang minta maaf, you also should say sorry okay.

‎Pesanan aku kat Hadif, kawan² kat sekolah baru lain tak sama macam Sekolah Cina. They are not your childhood friend. Cara pergaulan pun lain.

‎Semalam aku baca whatsapp dia dengan kawan² dia mengadu kata tak suka kawan dia. Dia kata he was my good friend but he punched me bla bla bla hahaha. I don't like my school, they always hit people when joking. But I have one new good friend. Macam² la dia tulis kat group meluah perasaan.

‎Terus kawan² dia kata, tukar sekolah je. Aku baca pun tergelak. Senang betul solusi. Aku nak tukar Hadif ke sekolah lain 5 kali bapak dia turun naik PPD dari selepas penempatan sekolah tahun lepas pun tak dapat.

‎Kawan² sekolah rendah dia semua sekolah lain. Dorang masing² dok kata, "Hadif change to my school, change to my school." Ada kawan dia kata, "My school no buli one, bely gud one.." 🤣

‎Cikgu Disiplin dan PK semalam tanya dia depan aku, sebelum ni sekolah mana? Suka tak sekolah ni? Dah ada kawan ke?

‎Anak aku jawab dulu sekolah Cina, suka, dan ada satu kawan je sekarang. Simple je jawapan dia.

Wednesday, February 11, 2026

Dah jumpa dengan guru disiplin

Untuk sesiapa yang tidak tahu hujung pangkal boleh baca di sini dahulu

PART 1

 >> Hadif kena tumbuk di sekolah <<

PART 2


‎Okay, update kes Hadif. Sorry malam tadi aku letih dan mengantuk. 😅

‎Semalam pagi kita dah pergi ke sekolah berjumpa dengan Guru Disiplin dan PK petang. Sebab ada Ko-kurikulum, cikgu petang semua ada waktu pagi.

Masa tengah tunggu murid² habis berhimpun untuk aktiviti Ko-kurikulum aku nampak budak yang tumbuk Hadif. Serious muka dia nampak baik dan pendiam. Aku pun tak percaya yang dia tumbuk Hadif. Aku tanya laki aku betul ke budak ni yang buat?? Husband aku cakap betul, inilah budaknya. Sebab laki aku pernah jumpa budak tu dan tahu nama dia. Serius aku memang terkejut. Sebab itu cikgu pun cakap budaknya baik dan pendiam. Tak banyak cakap. Kalau cikgu tanya pun slow je jawab.

‎Aku cakap kat Hadif jangan takut jangan simpan cerita terus bagitahu semua. Hadif cerita semua dari A sampai Z. Tak kisah Hadif salah ke betul ke cerita sahaja semua apa yang sebenarnya terjadi. Tak perlu nak selindung. Hadif ceritalah dari mula sampailah dorang bergaduh.

‎Cikgu dah hubungi parents budak tu hendak berjumpa tapi tak ada.

‎Kami beritahu cikgu kita tak akan buat laporan polis sebab nanti kes akan jadi rumit. Kita malas nak panjang cerita. Budak tu pun nanti akan bermasalah. Tingkatan 1 kan. Dah la baru tukar sekolah. Kita cuma taknak benda yang sama akan jadi kepada orang lain. Dan aku dengar Hadif bercerita kat cikgu semalan kata budak ni memang ada habit untuk tiba² tumbuk orang tanpa sebab.

‎Cikgu kata kes tumbuk menumbuk ni memang tak dibenarkan. Dan sepatutnya tak boleh jadi pun. Tak boleh dibiarkan juga. Tapi jadi juga. Banyak kes pergaduhan, tumbuk menumbuk disekolah bermula dari gurauan. Cikgu PK Petang kata, kalau terjadi kat anak dia sampai bengkak dan lebam kena tumbuk dia pun akan buat tindakan yang sama.

‎Apa yang aku dengar cerita Hadif penuh, dorang bermain-main, (yang sentuh kemudian pass tu) mula-mula budak tu jentik telinga Hadif, lepas tu Hadif sentuh dia kat tangan. Bila cikgu tak nampak budak tu tumbuk Hadif kat rusuk. Lepas tu, Hadif pulak balas dan tumbuk di perut (cikgu tak nampak). Bila budak tu ajak pergi tandas bergaduh Hadif kata, "aku taknak gaduh, mak aku kata elakkan bergaduh kat sekolah."

‎Bila budak tu cakap lagi Hadif cakap "Kenapa nak gaduh, nak mati ke?"

‎Aku faham ayat Hadif ni. Dia translate dari English ke Melayu. Anak aku kan anak Iban Melayu sesat yang perasan dia anak "Cina." Biasa dengan kawan² Cina dia sebelum ni aku selalu je dengar dorang cakap macam tu sesama sendiri. Tapi dorang ni kawan lama. "Eiiii you wanna die arrhh?" Especially masa tengah main game. "Why you want to fight? You wanna die aarh". Lepas tu dorang bergelak ketawa. Kat sini Hadif dah tersilap. Dia ingat budak tu sama macam kawan² Cina dia.

‎Bila Hadif ikut budak ni pergi tandas memang Hadif ingat budak ni main-main. Sampai kat tandas budak ni tanya kenapa Hadif tanya "nak mati ke?" Hadif jawab aku gurau je.

‎"Kenapa kita nak kena gaduh, tak baik gaduh gaduh ni". Dah berkawan kan. Tak sempat Hadif nak habis cakap budak tu terus tumbuk.

‎Dia cek1k Hadif. Hadif kata masa budak tu buat neck lock kat dia, Hadif rasa tak boleh bernafas. Itu yang dia tumbuk budak tu supaya lepaskan dia.

‎Tapi budak tu tak lepaskan Hadif. Dia masih lagi cek1k Hadif. Ada kawan Hadif seorang jadi saksi dalam tandas tu, tapi kawan dia tu pun tak tahu nak buat apa. Panik kot. Tiba-tiba nampak pergelutan.😅

‎Sampailah murid-murid kelas lain datang tarik budak tu barulah dia lepaskan Hadif. Hadif cakap kat cikgu, "I have to defense myself."

‎Jadinya, semalam kita serahkan kepada pihak sekolah dan guru disiplin untuk uruskan isu ni. Guru akan jumpa dan dengar juga cerita dari sebelah budak tu. Dia punya sejarah sekolah, latar belakang keluarga dan sebagainya.

‎Kalau jadi lagi kali kedua dan ketiga cikgu cakap Puan buat Laporan Polis pun kami tak kisah. Sebab sebelum ni ada kes yang dah jadi kes polis.

‎Kita cakap kalau tumbuk tu tak sakit, tak ada kesan kita pun tak kisah lagi. Kat sekolah sebelum ni ada je dorang bergaduh sikit². Tapi gaduh budak² biasalah. Bila dah tumbuk sampai berbekas itu memang betul² gaduh. Syukurlah, tak tumbuk kat mata. Kalau takde kawan-kawan tolong leraikan entah apa yang akan jadi.

‎Hadif dinasihatkan untuk jauhkan diri dari dia. Dinasihatkan juga untuk tak keluarkan ayat yang macam nak mati ke etc.

‎Cikgu akan jumpa murid dengan ibu bapa dia sekali.

Sambungan Kes Hadif kena tumbuk di sekolah

Pukul 5 pagi aku tidur. Pukul 7 pagi dah bangun. Tak boleh nak tidur. Kepala dok berfikir je. Sebab aku dok terfikir kenapa budak ni Tingkatan 1 boleh jadi tumbuk orang bagai.

Malam tadi Cikgu Ketua Pengawas call dalam pukul 9.39 malam. Cikgu tanya terjadi waktu bila dan di mana. Kes tumbuk menumbuk ni dikira kes berat.

Aku cakap kat cikgu, kalau dia tak buat kat Hadif nanti dia akan buat kat orang lain. Cikgu kata kes macam ni tak boleh didiamkan. Tak kira macam mana pun kena beritahu. Dan akan ada tindakan yang diambil.

Aku tak salahkan pihak sekolah dan cikgu. Sekolah pun memang taknak nama sekolah buruk. Cikgu sekolah Hadif bagus. Cikgu tanya aku nak bercakap dengan mak budak tu ke dalam telefon. Aku jawab takpe saya nak jumpa guru disiplin. Guru disiplin pun dah tahu. Jumpa sekali dengan mak budak tu.

Baru masuk Februari dah ada beberapa kes tumbuk menumbuk di sekolah kata cikgu. Cikgu pun pening. Risau pun ye sebab ye lah bergaduh kot sampai bertumbuk dan mendatangkan kecederaan. Cikgu pun macam terkejut bila aku sebut nama budak tu sebab cikgu kata budaknya pendiam dan tak banyak cakap. Kalau ditanya pun nak jawab tu macam lambat je.

Dari apa Hadif cerita dan dari cerita cikgu, aku dah boleh agak budak ni bagaimana. Cuma aku memang nak kena jumpa dia je. Budak ni dah dua kali buat Hadif. Kali pertama dia cek1k buat neck lock. Kali kedua dia tumbuk Hadif kat dada. Lepas tu dia kata gurau. Aku cakap kat Hadif apa pun alasan, tumbuk kat dada is a big big NO.

Semalam dia betul² bertumbuk dan bergelut dengan Hadif. Dia dah test power kat Hadif dua kali kan. Padahal dia dua orang ni baik berkawan. Kalau cikgu tanya dia apa² Hadif yang akan tolong jawab sebab dia diam je. Sebelum dia ajak pergi tandas dia dah tumbuk Hadif kat rusuk. Hadif balas balik main². Sampai kat tandas lepas tumbuk, dia buat lagi neck lock sampai Hadif terpaksa juga tumbuk dia supaya dia lepaskan. Aku yang dengar pun aku macam eee kau ni kannn. Ingat kelas muay thai ke?

Balik sekolah semalam memang laki aku terus pergi cari. Syukurlah tak jumpa. Kalau jumpa memang kena ketuk dan diberi amaran. Berani pukul orang kan.

Ikutkan hati aku memang nak buat report polis tapi aku nak kena tahu macam mana budak tu boleh jadi ganas macam tu. Budak² nak jadi ganas dan suka bergaduh bukannya sehari dua.

Hanif dan Hadif, dua² memang telah diajar dan dididik supaya beritahu setiap hari apa yang terjadi di sekolah. Tak kira apa pun. Jangan sorok apa². Jangan tipu.

Tak tahu kalau mak ayah memang tak kisah apa jadi di sekolah. Benda aku paling risau zaman sekarang ialah kes buli. Aku takut anak aku buli orang, pada masa yang sama aku takut anak aku kena buli tapi berahsia tak bagitahu.

Hadif kena tumbuk di sekolah

Semalam balik rumah dapat cerita anak aku kena tumbuk kat sekolah. Bengkak muka dia. Bahagian bawah mata bengkak. Itu pun dah tuam ais sebab tu dah kurang bengkak. 😅


Syukur tak kena tumbuk kat bahagian mata.

Sebagai ibu tipulah kalau aku tak geram. Dah memang menggigil² la. Otak aku rasa menggelegak. Rasa panas je. Tapi cuba berfikiran secara rasional. Tarik nafas dalam².

Baru Tingkatan 1.

Hadif cerita mula dorang main² gurau² kasar sesama sendiri, lepas tu kawan tu tak puas hati siap kata, "Kau nak gaduh ke jom kita pergi tandas". Dorang ni baru berkawan sebab budak ni baru pindah sekolah.

Hadif kata tak nak. Mak saya tak bagi gaduh. Dalam nada gurau.

Budak tu kata "Kenapa kau takut ke?" Wahhh gitew je dia sound anak aku kan hahahaha. Berani betul dia ekk. 😆

Hadif pun ikut lah sebab dia kata ingat budak tu main². Sampai kat tandas dia kena tumbuk terus. Yang anak aku ni pun lurus pergi ikut buat apa kan.


Syukur ada murid-murid lain jadi saksi. Kawan² dia dan murid kelas lain tolong leraikan. Balik petang tadi kawan² Hadif bagitahu bapak dia apa yang jadi macam mana Hadif kena tumbuk. Dorang pun kata ingat gurau je. Sekali betul Hadif kena tumbuk.

Kawan² Hadif cerita dorang cakap kat budak tu, "Weyy kau tumbuk anak orang tu weyyy..."

Laki aku cari tadi budak tu tak jumpa. Kalau jumpa nak tanya dia, "Kau ni kuat sangat ke, sampai nak bedal orang".

Aku tanya Hadif macam mana dia tumbuk. Hadif tunjuk kat aku jadi aku tahulah yang budak ni memang jenis biasa bergaduh. Kalau dia tak biasa bergaduh dia takkan tumbuk cara macam orang biasa bergaduh. Budak tu sendiri mengaku kat Hadif dia selalu bergaduh kat luar.


Syukur juga ada kawan² Hadif bagitahu Cikgu Disiplin. Cikgu Disiplin pun dah minta nombor telefon husband aku kat Hadif tadi. Aku dah inform guru kelas dan guru kelas ganti. Esok kena pergi sekolah.

Benda macam ni tak boleh dibiarkan. Dah lah banyak kes buli.

Kesian anak aku tak sampai setengah tahun dah kena tumbuk. Hanif dulu orang tak berani sebab badan dia besar. Aku geram pasal aku pun tak lempang anak aku sendiri kat muka. Orang lain pulak pergi tumbuk.

Banyak cantek muka kan. 🥴

Posting aku di Facebook memang aku tak buka untuk komen. Kalau aku nak viral aku boleh je viralkan kat threads.

Tuesday, February 10, 2026

Revive Serum Beauty Of Joseon Ginseng + Snail Mucin kurangkan kedutan


>> Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin <<

Aku memang peminat produk Korea. Especially untuk penjagaan asas. Kecuali pelembap muka untuk malam saja. Skincare Korea ni fokus untuk kesihatan jangka panjang untuk cegah kerosakan kulit dan mengutamakan kulit yang sihat. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang lembut dan semulajadi. Kebanyakan produk skincare Korea sesuai untuk kulit yang sensitif, dan mostly berkesan. Contohnya, musin siput untuk skin repair, sentella asiatica untuk soothing (legakan kulit), ginseng untuk anti-aging dan bahan-bahan yang ditapai.


Sebelum ni aku guna Yuja Niacin Some by Mi punya serum, jadinya sekarang aku saja-saja nak tukar serum brand lain tapi ada function yang lebih kurang sama dengan Serum Yuja Niacin. Cari punya cari jumpalah brand Beauty Of Joseon. Tengok memang banyak review yang bagus, cuma aku je lah yang macam boleh ke ke, betul ke produk ni. 

Haritu aku beli disebabkan harga pun okay, murah sikit je dari Serum Yuja Niacin aku try la. Aku tak takut nak try K-skincare sebab produk Korea ni jarang bagi kulit kita iritasi walaupun tak ngam. 


Aku beli Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin. Serum ni kira penyelamat kulit yang dah kurang anjal. Serum ni mengandungi ginseng + lendir siput yang boleh kulit kita jadi lembap, anjal balik dan sihat.

Serum ini sangat sesuai untuk yang dah umur macam aku ni. Dari 35 tahun hingga 45 tahun sebab ada dua bahan utama seperti ginseng dan lendir siput. 

Revive Serum Beauty Of Joseon + Snail Mucin

   
Serum ginseng dan lendir siput sangat sesuai untuk isu keanjalan dan garis halus kerana kombinasi dua bahan ini bekerjasama dengan baik. Ginseng membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengawal radikal bebas, menjadikan kulit kita lebih tegang. Lendir siput pulak menghidrasi kulit secara mendalam, memperbaiki skin barrier dan mengisi garis halus hasil dari kandungan acid hyaluronic acid dan peptides.

 
Umur 35 hingga 45 tahun adalah peringkat yang paling memerlukan serum ini sebab masa ni, pengeluaran kolagen semakin berkurangan, kulit kita semakin kering, dan proses pemulihan kulit menjadi lebih lambat. Serum ini bukan sahaja menyamarkan masalah di permukaan, malah menangani punca sebenar dengan memperkukuh struktur kulit kita dari dalam.

Satulah, serum ni busuk hahahaha. Tapi bagus untuk muka aku. Sangat bagus. Cuma perlu disapu pada waktu malam sahaja. Siang aku tak gunakan serum. Aku cuma gunakan Toner Yuja Niacin Some by Mi. 

Nanti aku share skincare routine aku. Sebab aku sekarang dalam proses pembaikan muka sebab muka aku sebelum ni sangat kering. Dulu kulit aku jenis yang berminyak. Dah semakin berusia ni jadi kering pulak muka aku. Masalah pori pun ada. Garis halus ada. Aging pun ada. Faktor usia kann. 😆

Monday, February 9, 2026

Hanif ambil suntikan Typhoid

Semalam, sebelum pergi ke rumah kakak ipar, aku hantar Hanif pergi klinik untuk ambil Typhoid Injection. Kira tak jauh lah dari rumah. Klink Adnin, Pandan Utama. Memang murah RM60.00 sahaja. Susah nak dapat harga macam ni sekarang. Minimum pun RM71.00 kalau klinik kerajaan. Klinik swasta pulak RM80.00 - RM90.00.

Tengok gambar kat bawah ni. Influenza pun RM60.00. 


Sampai kat parking, aku suruh dia keluar. Aku tanya, "Hanif pergi sendiri ke klinik boleh ke? Mama tunggu dalam kereta."

Dia jawab, "Bolehhhh..."

Tapi dia tak keluar lagi dari kereta. Aku cakap, "Pergilah..."

Dia sengih-sengih tengok muka aku.

Aku tanya dia, "Aik, nak mama pergi jugak ke?" Lepas tu dia sengih lagi.

Aku pun haah jom lah, "Nanti kalau ada girlfriend nak pergi dating ajak mama sekali tau, mama duduk kat hujung restoran teman Hanif..."

Sekejap je pun. Tapi itulahkan, baik anak lelaki ke anak perempuan semua sama. Takut dan malu tu tak tahu nak cakap. Adik-adik perempuan aku pun macam tu. Tapi pergi dating dengan kekasih takde pulak nak minta teman hahaha.

Alhamdulillah, sekarang dah cukup. Typhoid injection pun dah ambik. Sijil Pengendalian Makanan pun dah ada. Kalau katalah nanti dapat sambung belajar Kulinari ke atau apa-apa dalam bidang makanan tak perlu kalut dah.

Surirumah pun digalakkan untuk ambik suntikan typhoid ya. Bukan apa, kita sebagai surirumah ni banyak memasak untuk keluarga.Lagi satu banyak kebaikan ambil suntikan typhoid ni. Surirumah pun berisiko menyebarkan kuman juga.


Saturday, February 7, 2026

Death Whisperer 3, 2025


DEATH WHISPERER 3 (2025) 
Rating: 7/10 
Genre: Supernatural / Horror
Pelakon: Nadech Kugimiya, Denise Jelilcha Kapuan, Natcha Nina Jessica Padovan, Kajbhandit Jaidee, Peerakrit Pacharabunyakiat, Ong-art Jeamjaroenpornkul, Pramet Noi-am, Arisara Wongchalee.

Death Whisperer 3: Dendam Kuno dan Bisikan Yang Belum.Berakhir adalah sambungan dari Death Whisperer 2. Dikenali juga sebagai Tee Yod 3. Death Whisperer ni antara filem supernatural Thailand yang aku suka. Siapa yang pernah layan movie ni dari Death Whiperer 1 mesti korang tahu jalan ceritanya bagaimana. Tapi Part 3 ni ada kekurangan sedikit kalau nak dibandingkan dengan Part 1 dan Part 2. Tapi still la watak Yak tu tak lari sebagai abang yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk keluarga dia.

Scene pertama filem ni bermula pada tahun 1825, yang mana pada ketika itu pemerintahan Raja Bagyidaw di Burma ada seorang wanita Burma melarikan diri merentasi sungai sebab dikejar oleh tentera empayar British sambil membawa bayinya. Bayinya ditembak mati.

Wanita itu jadi marah dan mengutuk dewi atau Tuhan yang disembah oleh penduduk tempatan disitu. Walaupun dipukul dan dibelasah tetapi tapi dia tetap tak peduli. Dia pecahkan segala macam barang yang ada didalam kuil hingga menyebabkan kuil tu terbakar. Wanita itu pun terbakar sekali. Sebelum mati, dia kata dia akan balas dendam kepada semuanya.

Disebabkan perasaan dia penuh dengan rasa dendam, dia akhirnya berubah menjadi Roh Hitam (Black Spirit) yang dikenali sebagai "Da You".

Jalan cerita agak perlahan pada mulanya, tapi masih lagi boleh dilayan.

Dalam Death Whisperer, Part 3, tiga tahun selepas peristiwa filem Death Whisperer 2, Yee dah bersekolah. Yee bersekolah di sekolah yang sama dengan sekolah kakak-kakak dia dulu. Yad pula dah mengandung 7 bulan. Balik ke kampung sebab mahu menghabiskan masa dengan keluarga sebelum bersalin. Pada masa yang sama Yee meraikan kehilangan gigi susu dia yang terakhir, dan tercampak diatas bumbung rumah mereka.


Tapi asal-usul sumpahan yang nampaknya masih belum mahu melepaskan keluarga Yak. Ada roh jahat yang lain yang mengambil gigi Yee. Keesokan harinya, Yee diculik oleh makhluk jahat disekolah. Ketiga-tiga abang Yee, pengsan di sekolah masa cuba menghalang penculikan Yee.


Dengan dibimbing oleh Sarge Paphan, adik-beradik itu menjalankan ritual memanggil roh, memanggil roh Yam untuk mencari jawapan ke mana adik mereka Yee dibawa.

Roh Yam mendedahkan bahawa Yee telah dibawa ke sebuah hutan yang bernama Bongsanobiang (sebuah hutan rimba yang berbahaya dan terkutuk dimana semua roh jahat berkumpul disitu) lebih berbahaya dari Dong Khomot.

Aku memang suka watak Yak yang penuh dedikasi untuk melindungi dan menyelamatkan keluarga dia sampai dia sanggup memburu dan membalas dendam terhadap hantu yang menyusahkan keluarga dia. Dan dia memang tak percaya dan takut dengan hantu.


Kemudian, Yak, Sarge, Yos dan Yod bersama-sama pergi untuk menyelamatkan Yee. Dalam perjalanan mereka berjumpa dengan penduduk kampung, Yakhin dan Kongmu. Mereka memberi amaran yang hutan itu memang "keras" dan tidak ada jampi atau sihir yang boleh menyelamatkan mereka. Hanya "loceng perak" yang mereka jumpa dalam hutan sahaja yang boleh memberi amaran jika ada bahaya.

Yee yang terperangkap di dalam hutan berdepan dengan macam-macam gangguan. Lari ke sana sini tapi tidak menjumpai jalan keluar.

Yos dan Yod pun hilang semasa dalam perjalanan ke Bongsanobiang. Yang tinggal hanyalah Yak, Sarge, Yakhin dan Kongmu. Malam sebelum masuk ke dalam hutan Yak diganggu dan dikurung dalam keranda. Syukurlah dijumpai oleh adik-beradik dia dan Sarge atas bantuan Yakhin.

Esoknya, mereka masuk ke gua yang mana Yak rasa dia pernah pergi ke gua tu masa mereka menjalankan ritual memanggil roh Yam.

Rupa-rupanya, pada tahun 1942, semasa Perang Pasifik, tentera Jepun telah menyerang Thailand dan memperhambakan penduduk di situ untuk membina Death Railway. Untuk membalas dendam, seorang dukun tua bernama Mawee melakukan satu ritual untuk membangkitkan dan menghidupkan semula Roh Hitam. Roh Hitam tu bukan setakat menjadi senjata balas dendam, tetapi menjadi lebih ganas dan membunuh wanita muda di kampung tersebut.

Sebelum itu, Yad yang sedang sarat mengandung juga telah diculik oleh Mawee dan dikurung di dalam gua. 


Di dalam gua Yak dan Yakhin terpisah dengan Sarge dan Kongmu. Macam-macam gangguan yang menyeramkan datang. Akhirnya, Yak dapat berjumpa dengan adik beradik dia (Yad, Yee, Yos dan Yod). Yak berdepan dengan dukun Mawee. Mawee menceritakan semasa Yak telah diikat yang dia mahu menggunakan badan Yee sebagai "host" yang baru untuk Da You (Roh Hitam) dan mengambil darah Yak (sebagai orang yang pernah mengalahkan roh tu) untuk menghidupkannya semula. Mawee berkata dia percaya bahawa selagi manusia wujud, perang akan berterusan dan dia sangat berterima kasih kepada Roh Hitam kerana telah memberi peluang untuk dia hidup selama-lamanya.

Dalam pertarungan yang sengit, Yak dan adik beradik dia terpaksa berdepan dengan roh-roh jahat. Tapi dengan bantuan Sarge yang menggunakan peluru mercuri (yang ditemui dalam loceng suci), mereka dapat kalahkan roh-roh jahat di situ. Mawee dibunuh oleh Yak. Yad pula bersalin di dalam gua yang sama dan melahirkan seorang bayi lelaki.


Masa mereka sedang bergembira sebab Yad dapat melahirkan bayi tiba-tiba Sarge dibunuh oleh Roh Hitam. Yak terus mengambil pisau dan mencelup pisau ke dalam "air ketuban" sebab Yakhin kata air ketuban itu ada kuasa kehidupan untuk membunuh roh-roh jahat termasuk Roh Hitam tersebut. Akhirnya, Roh Hitam itu dapat dibunuh, ditembak oleh Yak dengan menggunakan loceng suci dan menghantarnya ke neraka.

Sarge mati, tetapi sebelum itu Sarge sempat berpesan kepada Yak meminta Yak supaya menjaga anak perempuannya Nampetch. 

Rasanya, macam ada Death Whispere 4 sebab Nampetch ada muncul di dalam adegan mid-credits seolah-olah memberi isyarat yang watak Nampetch akan jadi watak penting dalam filem spin off akan datang.






Friday, February 6, 2026

Makanan tengahari kegemaran di kedai mamak

Lepas buka akaun bank haritu, terus pergi makan kat dapur nombor dua kami sekeluarga. Aku memang dah tahap kebulur sebab aku last makan pun awal. Pagi pula memang aku tak sarapan. Haih susah betul nak diet sekarang ni. Syukur juga aku memang bukan jenis yang makan banyak. Kalau tidak aku rasa badan aku mesti makin montel.

Macam aku, kalau tengahari tu aku dah makan nasi, aku akan kenyang sampai ke malam. Cumanya, malam-malam tu laki aku suka ajak aku melepak kedai mamak. Aku pulak memang suka gila dengan Teh Tarik dan Teh Ais serta Neslo Ais sejak akhir-akhir ni. 


Kalau makan di Hamza, Nasi putih dengan Ayam, memang kegemaran anak-anak aku. Tambahan pulak kat sini makanan dia punya harga memang berpatutan. Macam Hanif makan ni Nasi putih, Ayam goreng, Bawang goreng dengan Kuah campur depa caj RM8.00. Kalau tak ada bawang harga dalam RM7.50 - RM8.00.


Macam aku punya menu, setiap kedai mamak aku pergi aku akan makan ikan, sebab aku selalu terkena ayam goreng yang kurang masak hahaha. Bila aku teringin aku makan juga nasi dengan ayam goreng tapi cuma di Restoran Hamza je. Kedai mamak lain tak berani.

As usual menu aku Nasi putih, Ikan tenggiri goreng, Bawang goreng dan kuah kari kambing. Biasanya depa akan caj RM11.00 atau RM12.00.

Ini aku dah minta nasi separuh. Pun aku masih tak boleh nak habiskan. Biasa laki aku akan tolong aku habiskan. Atau kalau dia order nasi aku takkan order nasi. Cukuplah aku makan nasi dia. Mintak dia tolong suapkan hahaha.

So, kalau korang lalu area Ampang, Kampung Pandan, Taman Nirwana, silalah datang ke Restoran Hamza. Boleh dikatakan air yang dorang buat semua sedap. Tak menyesal. Cuma kalau kau nak minum Teh Ais, pergi Ali Food Corner je.

Throwback hari kedua, keadaan atuk aku sakit

***Masa atuk aku sakit dulu, atuk aku jatuh dirumah, dibawa ke rumah mak aku masa tu di Sibu Jaya, kemudian dia kena kancing gigi, mak dengan arwah ayah aku bawa ke Hospital Sibu. Sampai di hospital terus koma dalam masa 24 jam. Aku dengan adik aku terpaksa balik Sibu naik flight yang paling cepat. Aku dah tulis rupanya tapi lupa nak publish. Alhamdulillah cerita ini masih ada bila aku belek "draft" yang aku tulis.

21 Jun 2013

Kata nak bangun pukul 5 pagi, tapi terlajak ke pukul 6. Kat sana pukul 6 dah terang benderang. Matahari dah tegak. Kalau kat KL pukul 6 tu gelap lagi. Nak bangun pun malas je rasa. 

Dengan segera bersiap then terus breakfast di Sibujaya satu family dengan aunty and uncle. Lepas breakfast terus ke hospital tengok atuk aku.

Hanif aku tinggal with his uncle yang paling bongsu. Pak cik kesayangan dia. Tak larat nak bawak pergi hospital nak melayan karenah dia. Kang ada yang pengsan sebelum masanya nanti. Akulah tu... Dah aku tengah pregnant.

Sampai di hospital doktor kata antibiotik for his heart dah habis but they add another antibiotic which is for his brain. Suprisingly, his heartbeat increased from 20-29 to 76-82. Kaki dan tangan pun ok tak pucat macam semalam. Mata boleh celik dan tangan kaki pun ada respon sampai doktor kena ikat both his hand kat katil sebab takut cabut tiub oksigen yang depa masukkan. Actually, i'm not satisfied why they need to continue the antibiotics. Tertanya-tanya sampai lah i managed to see one of the doctor who treated him. Masa tu time melawat tengahari dah nak habis.

Macam-macam soalanku tanya. Ye la tak puas hati. Sebab tengok ada respon tapi masih koma. Celik mata tapi tak kenal orang. Then, she the doctor explained one by one. Dia kata depa ada dua team. Satu is a primary team which is yang handle for the blood test, tentukan ubat etc. Dorang yang buat lab test what kind of bacteria yang serang atuk aku sampai teruk macam tu. They haven't found out but what they knew, it was high level bacteria. Bacteria ni serang otak, jantung, hati, spine dan darah dalam badan dia. 

Dorang dapat tahu pun sebab buat "Lumber Puncture", ambik air tulang belakang baru dapat detect bacteria tu. I tau pasal LP procedure pun sebab Hanif pernah buat when he was 4 days old. Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa. So, doktor kata brain infection. Resulted from test they have done depa decided to give him special antibiotic untuk bunuh bakteria-bakteria dalam badan dia. Kalau special dah tentu antibiotik tu very strong. Organ dalam badan dia pun not in good condition she said. 

Doktor kata they will try their best to save him but if tak boleh then the second team which they called themselves supporting team comes in. Lagi doktor kata apa yang kami nampak tangan dan kaki dia bergerak, mata celik is because of ubat. Dia tak sedar apa pun. Walaupun dia bukak mata sekejap tapi dia tak tau apa yang dia tengok. Otak dia tak boleh nak proses sebab alertness kurang. Dia tak kenal pun sape yang datang melawat tengok dia. Even if dia sembuh pun doktor kata tak macam dulu.

Disebabkan dia dah ada improvement kita pun balik awal sikit sebab nak masak apa semua then jenguk rumah nenek aku. Itupun sebab dah asyik kena halau dengan pak guard je. Tak nak gaduh-gaduh petang tu kita balik je la awal sikit. Yang jadi tukang masak ialah mummy tersayang. Menu nasi putih dan kari ayam. Tukang potong ayam adik lelaki den la. Aku tengok je huhu....dan makan. Rasa lega sikit sebab walaupun atuk masih tak sedar tapi ada improvement. Harap esok bertambah baik keadaannya....InsyaAllah.

***Sebenarnya atuk aku tinggalkan kami selepas 10 hari dia berada dalam keadaan koma. Masa tu aku dah balik KL dah. Tak boleh nak balik sebab keadaan aku yang sarat pregnant.

Siapakah Ghislaine Maxwell

Robert Maxwell, isteri dan 7 orang anaknya. Ghislaine dipangku oleh Betty (ibu)

Ghislaine Maxwell adalah wanita yang paling rapat dengan Jeffrey Epstein. Sebutan nama dia ialah "Ghee-Lane" bukan "Ghis-lain" Masa mula-mula baca tentang kes J. Epstein ni mesti orang akan ingat Ghislaine ni isteri Epstein. Tapi tak ada bukti yang menyatakan bahawa mereka ni suami isteri yang sah. Jadi aku anggap Ghislaine Maxwell ni adalah "throphy girlfriend" kepada Epstein. Jeffrey Epstein punya kekasih ialah Karyna Shuliak sebagai penerima manfaat paling besar dalam The 1953 Trust dengan amount yang paling besar iaitu $100 juta, hartanah dan cincin berlian 32.73 karat. Akan tetapi, setiap kali bila mereka cuba mendekati budak bawah umur dan remaja mereka akan kenalkan diri mereka sebagai suami isteri. Ya, mereka pernah bercinta.
 

Latar belakang
Ghislaine Noelle Marion Maxwell lahir pada 25 Disember 1961di Perancis. Anak bongsu daripada 9 beradik kepada Robert Maxwell, seorang usahawan Britain yang super kaya dan super kontroversi. 

Ayahnya, Robert Maxwell (nama asal: Ján Ludvík Hyman Binyamin Hoch) merupakan seorang pelarian Holocaust. Berjaya membina empayar media gergasi termasuk Mirror Group Newspapers. Robert Maxwell dikatakan ejen Mossad (Israel), kawan KGB (Russia), dan sumber MI6 (UK) boleh dikatakan tali barut tiga pihak dalam dunia perisikan.

Ghislaine dilahirkan dalam kemewahan. Membesar dalam rumah mewah, diberi kemewahan, bersekolah di Balliol College, Oxford dan bergaul dengan golongan elit. Even bila Robert Maxwell beli kapal peribadi pun dia letak nama anak dia "Lady Ghislaine". Keluarga Maxwell juga mempunyai jet peribadi dan kelab bolasepak.

Tiga hari selepas Ghislaine dilahirkan, sebuah kereta yang membawa abang dia Michael yang pada ketika itu umur 15 tahun kemalangan dan terbabas ke dalam lori. So, Michael Maxwell koma selama 7 tahun sebelum kematiannya.

Selepas kemalangan yang menimpa abangnya Michael, Ghislaine diabaikan secara emosi oleh ibu bapa dia. Ibu Ghislaine, Betty sendiri yang mengaku mereka tidak memperdulikan Ghislaine kerana terlalu kecewa dan sedih dengan kematian Michael. Sehinggalah pada tahun 1961, semasa Ghislaine berumur 3 tahun,  dia dengan lantang kata, "Mummy, Saya wujud".

Masa tu, Betty dan Robert terkejut dan dengan tiba-tiba melakukan "reaction formation", mereka berubah kepada ekstrem yang bertentangan memberi kasih sayang berlebihan kepada Ghislaine. Tetapi sebenarnya kasih sayang yang ditunjukkan sudah terlambat. Ghislaine tidak dibesarkan dengan kestabilan emosi, malah berlaku pengabaian yang ekstrem dari dia masih bayi. Kemudian pada umur 3 tahun dia dimewahkan dengan pemberian yang berlebihan (rollercoaster of neglect and overindulgence).

Robert Maxwell yang sangat marah dengan anak-anaknya selepas kematian Michael selama ini tiba-tiba menjadikan Ghislaine sebagai "anak kesayangan". Ghislaine satu-satunya anak yang akan dibeli dengan hadiah yang mahal-mahal, tidak dimarahi oleh bapanya Robert serta diberi perhatian khusus dengan syarat Ghislaine mestilah menjadi anak yang disenangi oleh bapanya juga menjadi cerminan kejayaan Keluarga Maxwell. Kiranya ini adalah kasih sayang yang "transactional". Bukan ikhlas dari seorang bapa.

Headington Hill Hall

Sepanjang zaman kanak-kanak Ghislaine, banyak parti mewah diadakan di Headington Hill Hall (seperti sebuah istana) yang dihadiri oleh ahli-ahli politik, selebriti dan tokoh-tokoh nama besar. Mereka datang untuk minum champagne, berbual politik dan menjalin hubungan perniagaan. Tetapi, selepas para tetamu VIP meninggalkan banngunan, Headington Hill Hall berubah menjadi satu bangunan yang sangat ketat emosi. Robert Maxwell boleh berubah dari seorang "charming host" kepada "monster" yang boleh mengamuk dalam sekelip mata. 

Sehingga dewasa, Ghislaine lebih dikenali sebagai "socialite" dari usahawan dan mula bercinta dengan Count Gianfranco Cicogna, seorang bangsawan Italy. Pernah, Ghislaine cuba untuk menjadi "feminist" dengan menubuhkan kelab ahli persendirian eksklusif wanita untuk wanita yang bermotifkan "women empowerment".

Anna Pasternak (kenalan lama Ghislaine) menyatakan tujuan kelab persendirian wanita yang ditubuhkan bukan khas untuk memperjuangkan wanita. Tapi, ia adalah tentang networking dengan wanita-wanita kaya, yang lebih berkuasa, serta boleh memperkenalkan lelaki yang lebih kaya dan lebih berkuasa. Dan ini adalah satu yang dipanggil sebagar "pattern of behaviour" bermaksud, corak tingkah laku yang berulang dengan menggunakan orang lain untuk dapatkan apa yang dia mahu tanpa ada niat untuk membalas kebaikan yang telah diterima.

Robert Maxwell, Betty & Ghislaine semasa parti di atas kapal, 1990

Zaman Kejatuhan Maxwell
Pada November 1991, Robert Maxwell ditemui mati di laut berdekatan dengan kapal Lady Ghislaine. Kematian Robert ini sangat misteri. Ada yang kata Robert bunuh diri, ada yang kata dia dibunuh oleh Mossad dan selepas itu terdedah skandal mencuri £460 juta dari dana pencen kakitangannya. Tapi Ghislaine percaya yang ayahnya dibunuh. (Bab ini kita akan cerita lain).

Disebabkan isu ini, Keluarga Maxwell jadi muflis. Ghislaine (umur 30 tahun) berpindah ke New York dan bergaul dengan golongan elit dan berjumpa dengan Jeffrey Epstein pada tahun 1992. Dan kebetulan masa tu Epstein dah jadi jutawan. JE lah yang menjadi penyelamat kewangan Ghislaine. JE yang sara hidup dia, bayarkan apartment, hidup bermewah-mewah dan jadikan Ghislaine sebagai "official girlfriend" dia untuk beberapa tahun sehingga tahun 2000.

Ghislaine bukan saja pernah menjadi kekasih JE, tetapi Ghislaine juga menguruskan hartanah dan projek-projek kebajikan Epstein, menjadi "recruiter" para gadis bawah umur, pengurus operasi rangkaian pengedaran seks serta mengurus jadual dan logistik di antara mangsa dengan Epstein dan rakan-rakannya. Pada masa yang sama Ghislaine boleh dikatakan bersubahat membuat jenayah bersama kerana turut serta dalam penderaan dan menggunakan psikologi untuk memanipulasi mangsa. Jadi, walaupun mereka tidak menjadi sepasang kekasih mereka tetap rapat sehingga tahun 2019. 

Jeffrey Epstein & Ghislaine Maxwell

Bagaimana Ghislaine mencari mangsa? (Modus Operandi)
Jika dibandingkan dengan Jeffrey Epstein, Ghislaine ini adalah seorang yang extrovert dan pandai bersosial. Dengan kelebihan yang ada Ghislaine gunakan tarikan sosialit dia untuk mendekati gadis-gadis remaja yang muda dari keluarga yang miskin dan bermasalah. Sasarannya ialah gadis yang berumur 14 - 17 tahun. Cara pendekatan yang digunakan ialah dengan meyakinkan mangsa yang dia adalah seorang "kakak perempuan" yang baik, mengambil berat dan mudah didekati. Ghislaine akan tawarkan wang, peluang kerjaya sebagai model, tawaran pendidikan, memberi perhatian dan kemasukan ke dunia mewah.

Hubungan Jeffrey Epstein dan Ghislaine Maxwell bermula sebagai pasangan romantik. Sepasang kekasih. Tetapi, lama-kelamaan hubungan mereka telah menjadi sebagai hubungan kawan baik dan rakan kongsi dan "partner in crime" dalam jenayah.

***Cerita tentang Ghislaine ni memang panjang berjela. Kita sambung Bahagian 2, tentang kehidupan dia dan bagaimana dia punya modus operandi, apa yang dia buat dalam nak naikkan nama baik etc tu kita sambung kemudian***

Sabun Aleppo Jabeili sangat bagus untuk muka



Sabun Aleppo Jabeili Syria, dah jadi sabun favourite aku dari 2 tahun lepas. Sabun ni adalah sabun tradisional. Dibuat dengan cara tradisional buatan tangan. Dibuat daripada minyak zaitun dan minyak laurel.

Apa itu Sabun Aleppo?

Sabun Aleppo berasal dari bandar Aleppo, Syria, dan telah dihasilkan sejak lebih 2,000 tahun yang lalu. Ia dibuat daripada hanya dua bahan utama: minyak zaitun 95% dan minyak laurel 5%. 

Tak ada bahan kimia, pengawet, atau wangian tiruan, tak ada buih tiruan. Proses pembuatannya masih tradisional, cara pemotongan pun guna cara manual. Korang boleh tengok di Youtube macam mana dorang buat sabun ni.

Sabun ni dibancuh dalam satu tong besar. Kemudian bancuhan tu akan dituang ke atas lantai yang luas. Dibiarkan kering dan mengeras barulah akan dipotong.

Aku dulu pun tak tahu kewujudan Sabun Aleppo ni sampailah kita sendiri nak jual. 


Kenapa Sabun Aleppo Bagus untuk muka?

1. Semulajadi
Dengan kandungan minyak zaitun yang tinggi, sabun ini sangat lembut di kulit. Ia membersih tanpa mengeringkan, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk bahkan kulit sensitif dan bermasalah. (Eczema & psioriasis)

2. Anti-bakteria & Anti-radang
Minyak laurel dalam Sabun Aleppo mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-radang semulajadi. Ia membantu mengurangkan jerawat, kemerahan, dan kerengsaan. Jika korang punya masalah jerawat, boleh cuba sabun ni. Aku pun suruh Hanif guna sabun ni untuk cuci muka sebab muka dia ada jerawat Alhamdulillah okay. Takde dah merah². Macam muka aku selalu ada jerawat kecik tu. Orang panggil jerawat nasi. Tangan aku memang gatal suka picit. Bila dah picit tu akan ada rasa pedih tu kan. Jadi lepas picit jerawat tu terus basuh je muka dengan sabun ni. InsyaAllah akan lega. Tapi kena picit jerawat tu sampai habis.




3. Melembapkan kulit muka
Kandungan minyak zaitun dalam sabun ni ialah 95%. Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang melembapkan dan melindungi kulit. Kulit muka akan terasa lebih lembut, anjal, dan sihat, dan bersih selepas beberapa kali penggunaan. Pengalaman aku, kulit muka memang tak kering. K

4. Sesuai untuk semua
Lelaki, perempuan, remaja, atau dewasa—semua boleh guna. Dalam rumah ni tak ada beli pencuci muka lain dah. Satu keluarga boleh guna. Husband aku kekadang guna sabun ni untuk cuci rambut dan badan kalau dia rasa kepala dan badan gatal².

Cara Guna Sabun Aleppo untuk cuci muka:

1. Basahkan muka dengan air suam.
2. Gosok sabun di tangan sehingga berbuih, atau sapukan sabun terus ke wajah secara lembut.
3. Urut muka dengan buih selama 1-2 minit.
4. Bilas hingga bersih.
5. Keringkan dengan tuala lembut.

****Kalau korang guna mekap setiap hari macam aku, kena remove makeup guna makeup remover dulu, kemudian kena cuci muka dengan sabun ni 3-4 kali untuk "deep cleansing".

****Kalau nak guna scrub muka atau exfoliating gel, boleh guna selepas cuci dengan Sabun Aleppo.

Tip: Gunakan sekali atau dua kali sehari. Untuk hasil terbaik, ikuti dengan toner dan pelembap muka.



Kat Mana Boleh Dapat?


Kita memang jual sabun Aleppo yang original. Yang dibuat oleh keluarga Jabeili. Di Syria ada beberapa keluarga yang buat Sabun Aleppo ni. Salah satunya keluarga Jabeili dan stok kita memang dari Jabeili. 

***Serious aku tak tahu dan tak pasti macam mana cara nak tahu sabun Aleppo ori ke tidak, tapi aku tahu Sabun Aleppo Jabeili yang kita jual ni memang CONFIRM original

Cubalah sendiri, dan lihat perbezaannya. Kulit wajah anda akan berterima kasih! 😊
Nota: Setiap kulit berbeza. Jika anda ada alergi atau keadaan kulit tertentu, cuba sapu sedikit di bahagian lengan dahulu sebelum guna di muka.

Thursday, February 5, 2026

Hadif tak dapat tukar sekolah

Tulis nama kat buku
Dalam aku sibuk uruskan Hanif teman dia buka akaun bank etc. Papa budak-budak ni pergi PPD untuk check status pertukaran sekolah Hadif. 

Keputusannya aku memang dah agak. Tak dapat hahaha. Tak ada lah kecewa sebab memang dah tahu. Empat kali kita dah buat rayuan tak dapat. Alasannya sebab Sekolah Aminuddin Baki penuh. Nak buat macam mana. Anggap sahaja tak ada rezeki. 

Laki aku tanyalah pegawai tu kenapa masa saya mohon untuk penempatan sekolah dulu tak dapat? Padahal Sekolah Aminuddin Baki tu dalam kawasan yang berdekatan (sekolah feeder). Pegawai tu diam je.

Ye lah, masa penempatan untuk Sekolah Tingkatan 1, pilihan utama kami ialah Sekolah Aminuddin Baki. Sebab utama SAB tu sekolah pagi.

Tapi itulah kan. Disebabkan perancangan sekolah dia sekarang (SMK Datuk Lokman) tahun depan akan bertukar ke satu sesi so kita bertabah je lah. Lagipun Hadif pun dah ada kawan. Sekolah petang tu letih sebenarnya. Aku tengok Hadif sekolah petang dia nampak lebih penat dari sekolah pagi. Tidur berdengkur teruk macam orang kerja sawah padi. 😅

Tadi pun dah beli semua buku-buku modul yang diperlukan. Beli buku nota dia. Kemudian beli baju untuk kokurikulum dan baju sukan. Buku teks je belum dapat lagi. Kena pergi tanya guru yang in charge Skim Pinjaman Buku Teks pula.

Kalau tidak tu, aku pun rasa resah gelisah bila nak tunggu keputusan tukar sekolah sebab dalam masa nak tunggu tu tak boleh nak belajar sebab buku tak cukup. 

Ni dah complete, aku boleh la kerah dia cukup² lepas ni. Sekolah rendah banyak sangat rehat kan. 😆

Hanif dapat gaji pertama, buka akaun bank

Harini aku teman Hanif buka akaun bank. Semalam dah lambat dan ramai orang jadi aku dapat appointment harini pukul 9.40 pagi. Papa pula kena pergi PPD untuk check sama ada lulus atau tidak pertukaran Hadif ke Sekolah Aminuddin Baki.

Pukul 9.30 pagi dah sampai Maybank Desa Pandan, tepat 9.40 am pegawai bank entertain kita orang. Lama juga ekk sekarang buka akaun bank. Satu jam jugak laa. Dari buka akaun, dapat kad debit then aktifkan online banking. Semuanya dibuat dalam masa satu jam. Lepas tu, nak aktifkan akaun masukkan je duit dalam CDM. Yelah, kalau dulu buka buku je selesai. Zaman sekarang macam-macam nak kena buat sebab semuanya online.

Aku ajar dia guna kad ATM. Ajar dia macam mana nak masukkan duit etc. Lepas ni nak kena ajar dia macam mana nak transfer duit pulak.

Malam tadi balik kerja, punyalah excited kata, "mama, Hanif dah dapat gaji..."

Aku masa tu dah nak tidur. Aku cakap Alhamdulillah, tahniah dapat gaji pertama. Kerja dalam 15 hari dapat lah RM1146.00. Aku kata bagi papa RM500 sebab nanti nak ambik lesen motorsikal. Selebihnya, tu simpan dalam bank. Pegang duit cash sikit untuk belanja.

Aku dah keluarkan RM250 semalam untuk aktifkan akaun bank dia. Tapi disebabkan dia dah dapat gaji dah tak perlu guna duit aku. Guna duit dia sendiri hahaha.

Seronok betul dia dapat pegang duit hasil dari titik peluh sendiri. Aku cakap tadi jangan membazir sangat. Kena simpan duit untuk belajar. Mungkin Hanif akan kerja sampai November or Disember sebab nak tunggu panggilan dari UPU. Kalau gagal kena buat rayuan. Jangan berhenti kerja dulu. Kerja je. Lagipun kerja pun senang. Masuk tengahari balik malam. Nak makan pun ada staff meal. Bab nak keluar duit makan tu memang tak ada la melainkan kalau dia gatal jugak nak berbelanja.

Tadi aku cakap jugak kat dia, "Kalau nenek Milah ada (arwah mak mertua aku) mesti dia lagi excited Hanif dapat gaji pertama..." Rasa sedih pulak bila teringat. Sebab mak mertua aku ni kalau apa-apa mestilah dia yang paling seronok.

Haih...besar dah anak aku.

Tiba-tiba pulak dia cakap tadi, dia nak dapat lesen cepat, nak beli motor sebab rasa serba salah pergi kerja sebab mama dan papa hantar, macam menyusahkan je bla bla bla. Aku cakap eh eh...Dah tu yang mama hantar Hanif pergi balik sekolah dari Darjah Satu tu macam mana? Tak campur pergi kelas tadika etc. 

Tersengih-sengih je la muka dia hahaha. Tiberrr sangattt. Aku lepuk kang. 😏

Tapi aku faham laa. Dah besar pun still lagi harap mak bapak. Kiranya nak berdikari la tu. Tapi belum masanya lagi. Sabar dulu. Dapat lesen baru fikir nak beli motor bagai.

Step by step. Nak kalut pun

Wednesday, February 4, 2026

Lega dah hati aku

Tengok.muka dia yang macam takde perasaan 😅

Malam tadi aku tak berapa nak lelap. Cheee... hahaha. 

Tak ada maknanya tak berapa nak lelap. Aku tidur nyenyak la juga cuma aku tidur agak lambat. Berputar-putar otak aku memikirkan bagaimana aku nak cakap dengan Cikgu Hadif tentang isu "poyo" tu hahaha. 

Aku taknaklah marah cikgu tu sebab aku faham cikgu pun manusia. Cikgu nak mengajar sampai beratus murid, tapi aku nak cikgu tu faham juga keadaan anak aku Hadif yang tak beberapa nak faham Bahasa Melayu. Tapi aku kena juga tanya betul ke cikgu dia ada cakap gitu. Aku tak mahu bersangka buruk dengan cikgu dan aku pun tak mahu anak aku ada masalah dengan guru atau guru salah faham dengan anak aku haaah. 

Dan akhirnya, aku whatsapp Cikgu BM anak aku macam ni, 

"Assalamualaikum cikgu, saya , ibu kepada Muhammad Hadif. Semalam Hadif terlupa bawa kertas kosong. Dan saya pun terlupa untuk pesan kepada Hadif. Saya minta maaf atas kelalaian Hadif dan saya. Kemudian Hadif balik semalam dia ada tanya saya maksud poyo. Saya kata kenapa tanya. Hadif kata Cikgu BM kata dia "poyo". Maafkan saya cikgu. Anak saya ada masalah untuk memahami Bahasa Melayu dengan baik. Kalau ayat yang complicated, macam poyo, ayat sinis, perli dan sarkastik dia tak faham sangat cikgu. 😅 Anak saya memang pendiam dan introvert sedikit. Saya takut Cikgu salah faham terhadap anak saya dan ingat anak saya tidak menghormati guru. Oleh itu, terlebih dahulu saya memohon maaf jika attitude anak saya buat cikgu rasa kurang senang. Terima kasih cikgu atas jasa baik cikgu yang mengambil berat terhadap anak saya. 🥰"

Kemudian cikgu dia reply,

"Waalaikumsalam.
Bukan kertas kosong, puan. Kertas latihan yang saya beri.
Minta maaf ye, puan. Saya rasa macam saya tak cakap poyo.
Cuma memang masa saya ajar, dia memandang saya macam tak puas hati.
Saya tanya juga dia kenapa awak pandang saya macam tu.
Tapi saya tak simpan dalam hati pun.
Saya tegur sebab saya nak semua pelajar saya faham.
Tapi saya rasa saya tak sebut perkataan tu.
Dan mungkin dia tak biasa. Saya pasti saya memang suara kuat.
Time mengajar pun.
Dengan pelajar lain pun sama.
Jangan risau, puan... Saya okay, tak simpan dalam pun, dan lepas saya tegur tu,
Saya panggil je nama dia, sama-sama bagi jawapan dalam kelas.
Cuma saya pesan, nak pindah ke tak pindah,
Buat dulu kerja yang kat sini.. at least gi sekolah sana dia tau nak buat ringkasan.
Tu je. 😅"

Dan aku pun reply balik,

"Syukurlah saya tanya cikgu dulu. 😅
Hadif muka dia memang macam takde perasaan. Itu yang saya risau. Saya kata kat dia semalam mungkin cikgu cakap begitu sebab tengok muka Hadif yang serious."

"Faham cikgu" (merujuk kepada mesej diatas "kertas latihan yang cikgu beri")

"Saya takut dan risau. Serba salah pun ada. Sebab sekarang banyak kes anak murid tak hormat guru. Saya memang risau kalau anak saya ada masalah  dengan cikgu. Sebab itu saya minta maaf awal². Takut saya cikgu. 😅"

"Sekurang²nya yang ni saya dah tahu saya akan terangkan balik kepada dia nanti. Saya minta maaf sangat² cikgu..."

Dan Alhamdulillah, everything goes well. Cikgu dia kata, jangan risau, dia tak ambil hati pun dengan Hadif. Tak perlu pun ada bergaduh dengan cikgu. Kita cuba untuk clear everything up. 

Aku tak nak kecam cikgu. Sebagai ibu bapa kita kena faham tugas guru bukan macam dulu. Cikgu zaman laa ni ada berbelas² kerja nak kena buat. Bukannya nak babysit anak kita. Tapi at least bila kita berbincang, bertanya, dan beritahu cikgu tahu kekurangan anak aku Hadif ni dia tak ada salah faham kata Hadif buat muka dan sebagainya. Paling takut jika anak aku tak disukai oleh guru². 

Zaman aku dulu, aku nakal. Kalau kata cikgu tu tak berkenan dengan aku pun, aku tak kisah. Boleh handle. Same goes to Hanif. 

Hadif ini yang lain sikit. Dan aku pulak Alhamdulillah, walaupun aku garang, buat live marah Menteri² tapi aku bukan jenis cepat melatah. Lebih² lagi kalau dengan cikgu.

Kena ingat weyh, guru² ni mengajar anak² kita. Sebolehnya, kita try to bepositif. Yang negatif tu buang. As long as tak berlebihan. 

Dan ya, tersangatlah lega hati aku hari ni. 
Kadang-kadang, apa yang kita anggap sebagai "masalah besar" untuk anak, sebenarnya boleh diselesaikan dengan satu mesej WhatsApp yang ditulis dengan niat yang baik dan hati yang terbuka.

Yang penting, anak kita selamat, guru pun tak terasa, dan hubungan antara ibu bapa dengan sekolah kekal positif. 🥰

Nak buka akaun bank Hanif

Rabu biasa hari sibuk. Walaupun Hadif sekolah petang Rabu biasanya kena masuk awal sebab Kokurikulum. 

Lepas hantar Hadif dan beli Modul Sejarah di Koperasi sekolah, aku hantar pulak anak bujang sorang buka buku bank. 

Aku cakap kat Hanif, betapa untung dia sebab pergi kerja mama hantar, balik kerja papa ambik. Kadang² tumpang kawan balik naik motor. 

Aku cerita, mama dulu kerja supermarket pukul 9.30 pagi kena sampai tempat kerja, pukul 6.30 pagi dah kena naik bas. Sebab kena naik dua bas baru sampai tempat kerja. Balik tutup kaunter pukul 10 malam. Kira² duit, keluar dari tempat kerja then pukul 10.45 pm naik bas, tukar bas pukul 12 malam baru sampai rumah. Kira hidup aku dulu habis SPM keluar gelap balik pun gelap. 😅

Buka buku bank pun sendiri.

Ini semua mama yang teman. Mama teman beli pin UPU, mama teman buka akaun bank, macam² lah mama teman. 

Mama cuma tak teman main game kat henfon je sebab yang tu terer boleh belajar sendiri. 😆

YUJA Niacin Brightening Moisture Gel Cream memang best



Antara perkara yang aku jarang sangat buat ialah review produk muka. Sebab aku adalah tukar produk muka. Jadi, kalau aku review produk tu okay tapi aku sendiri hanya guna dua bulan buat apa aku nak review produk tu kan. 😅

Tapi, kali ni aku nak beritahu yang YUJA Niacin Brightening Moisture Gel Cream aku berani review sebab aku dah guna 4 tahun. Lama kan? Inilah produk yang paling lama aku guna. Sebelum aku guna set besar aku beli yang Starter Kit dulu. Dalam sebulan aku guna rasa serasi, terus aku beli yang besar. 


Aku ada juga tukar² serum dan toner, tapi aku tetap setia dengan gel cream ni. Tak ada produk yang best dari ini. Walaupun tekstur cream adalah gel tapi tetap lembap macam krim biasa. Tak ada rasa melekit, muka tak rasa berat dan cepat meresap ke dalam kulit. Muka aku tak ada rasa macam berpeluh ke apa. 


Yang kedua sebab krim ni ada 90% Yuja Extract + 5% Niacinamide. Dah tua² ni cari lah produk yang ada Niacinamide. Yuja extract tu maksudnya "extract buah citrus". So, ada Vitamin C semulajadi untuk melawan pigmentasi. 

Bila pakai kulit akan jadi makin berseri, warna kulit nampak lebih rata dan tak nampak kusam. Gel cream ini dah diuji oleh pakar kulit, so kurang risiko iritasi. Formula dia juga gentle, sesuai untuk kulit sensitif. Tapi, kalau rasa risau boleh try dulu yang Set Starter Kit. 

Siapa yang sesuai pakai krim ni?
· Kulit kusam, tak bermaya.
· Nak texture kulit lebih lembut & pori lebih halus.
· Cari pelembap yang ringan tapi efektif.
· Nak cerah secara semulajadi.
· Kulit berminyak atau kombinasi yang tak suka krim berat macam aku


Cara-cara penggunaan sangat mudah:
Pakai setiap pagi & malam selepas toner. Sapu thin layer je, terus meresap.Untuk hasil lebih optimum, combine dengan sunscreen waktu siang. Kalau korang ada "night cream" tak perlu sapu krim ni. Cukup je dengan krim malam.

Satu tiub ni 100ml. Harga sangat berpatutan. Lebih untung kalau dapat free postage. 

Aku memang sangattttt cadangkan korang beli gel cream ni. InsyaAllah tak menyesal. Menyesal pun sebab harga naik je. 😅 

Boleh dapatkan gel cream best di

Selamat mencuba k! 

Tuesday, February 3, 2026

Poyo tu apa mama?

Hari ni Hadif balik sekolah tanya aku, "Mama poyo tu apa?". 

Aku tanya dia, "Kenapa adik tanya..." 

Dia cakap sebab cikgu BM kata dia poyo dan macam kurang ajar. 😅 

Anak aku si Hadif ni dah la tak berapa nak faham sangat BM yang "complicated" lagi² ayat² sinis dan perli². Dia memang akan termenung. Muka pulak memang dah serious semanjang dan pendiam. Orang cakap apa pun dia akan diam. Kita tanya sepatah, dia jawab sepatah. 

Dan bila kena marah secara sinis dia pun tak faham apa cikgu cakap kat dia. Sampai dia tanya aku Hadif buat salah ke? Aku cakap mungkin cikgu tu salah faham tengok muka adik so serious. 
Time ni tengah happy, suka, tapi tengok muka dia serius haha...

Minggu ni dah masuk minggu ke-lima sekolah. Minggu pertama sekolah dah guru kelas ganti pula nak "lempang" dia sebab tertidur dalam kelas. Hadif masa tu dah tak sihat. Boleh baca di sini.

Besar dugaan aku dengan budak sorang ni. Aku macam boleh agak akan ada bahasa-bahasa baru yang pelik (bahasa rempit) yang dia akan tanya aku pada masa akan datang.🙆

Satu aku bersyukur, anak-anak aku, Hadif dan Hanif, kedua-duanya bila balik sekolah akan update setiap hari tentang dorang punya persekolahan. Kalau kena marah bagitahu. Sebab aku as a parents pun nak tahu sebab apa dorang kena marah. Aku tak nak dorang salah faham dengan cikgu.

Aku selalu cakap, akan ada cikgu baik, akan ada cikgu yang suka marah dan garang, akan ada juga cikgu yang pilih kasih, akan ada juga cikgu tak suka budak tu, dia akan target je murid tu. Aku cakap "just be ready". Cikgu pun manusia biasa.

Kalau dapat cikgu yang baik sangat, yang selalu faham dengan anak-anak murid kira rezeki lah tu.

Tapi aku terfikir juga. Kenapa sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu kenapa kena guna perkataan "poyo". Bukan ke harus memartabatkan Bahasa Melayu hahahaha. 

Ingat cuti dua hari, rupanya sehari


Minggu lepas masa dalam group kelas aku ingatkan Isnin dan hari ini (Selasa) cuti ganti Thaipusam. Confident je aku cakap kat Hadif minggu lepas, "Minggu depan adik cuti Monday and Tuesday". Dia pun seronoklah.

Sampailah malam tadi bila papa dia suruh sediakan baju sekolah apa semua barulah aku cuba check balik. Memanglah aku yang salah "tafsir" mesej guru kelas dia hahaha.

Aku cakap, "Sorrylah adik, mama yang silap. Mama salah baca mesej." 😅

Monyok je muka member semalam sebab nak kena sekolah hari ni. Kalau sekolah rendah dulu boleh je nak pontengkan. Bila sekolah menengah aku dah kata tak boleh nak ponteng sesuka hati tanpa sebab. 

Sekolah Menengah ni pun payah juga untuk dia sebab dia tak berapa faham Bahasa Melayu. Jadi, aku taknak dia tak hadir tanpa sebab munasabah. 

Tapi, bila pagi tadi dia bangun aku tengok okay je mood dia. Kiranya okaylah nak pergi sekolah.

Siapakah Jeffrey Epstein - jutawan penjenayah seks?


Sejak dari Sabtu lepas, memang kecoh satu dunia tentang Jeffrey Edward Epstein. Sebelum ini, memang dah kecoh terutamanya bila Puff Diddy ditangkap tahun lepas. Tapi kali ini bertambah kontroversi apabila Jabatan Kehakiman America Syarikat (DOJ) telah melepaskan lebih 3 juta halaman dokumen berkaitan dengan kes Jeffrey Epstein. 

Kita akan tinggalkan dulu cerita diatas ni. Sekarang kita fokus dulu asal usul Jeffrey Epstein. Aku pun nak jadikan cerita ini sebagai satu rujukan yang aku nak kumpul dan baca semula akan datang.
 
Pengenalan
Jeffrey Epstein bukan sekadar nama biasa dalam berita jenayah antarabangsa. Dia adalah seorang jutawan kewangan yang hidup mewah tetapi akhirnya didedahkan terlibat dalam jaringan gelap eksploitasi seks terhadap gadis bawah umur yang melibatkan golongan elit global. (human trafficking)

Untuk memahami skandal Epstein sepenuhnya, kita perlu menelusuri latar belakang hidup dia yang penuh dengan kekaburan dan kemisterian. 

Mark Epstein

Latar Belakang
Jeffrey Edward Epstein dilahirkan pada 20 Januari 1953 di Brooklyn, New York, dalam keluarga kelas menengah Yahudi. Bapanya, Seymour Epstein, bekerja di Taman Rekreasi Bandar New York, dan ibunya, Pauline, adalah seorang suri rumah. Epstein mempunyai adik lelaki, Mark Epstein, yang masih hidup sehingga hari ini. 

Semasa kecil, Epstein dikenali sebagai seorang yang pintar tetapi pendiam. Dia belajar di Lafayette High School sebelum menyambung pengajian di Cooper Union College, tetapi tidak habis. Kemudian, dia memasuki Courant Institute of Mathematical Sciences di Universiti New York tetapi sekali lagi tidak memperoleh ijazah. 

Permulaan Kerjaya dalam Dunia Kewangan Kerjaya
Epstein bermula sebagai guru Matematik dan Fizik di Dalton School, sebuah sekolah elit di Manhattan, pada tahun 1970-an. Di sinilah dia bertemu dengan Alan Greenberg, CEO Bear Stearns (syarikat pelaburan besar pada masa itu), yang merupakan ibu bapa kepada salah seorang student dia. Greenberg kemudiannya menawarkan Epstein pekerjaan di Bear Stearns. Di Bear Stearns, Epstein bermula sebagai peniaga bon junior, tetapi cepat naik pangkat kerana kebolehannya dalam matematik dan kewangan.

Pada tahun 1981, J. Epstein meninggalkan Bear Stearns dan menubuhkan syarikatnya sendiri, J. Epstein & Co., yang menguruskan aset untuk klien berpendapatan tinggi (high profile client). 

Sumber Kekayaan
Selepas tubuhkan syarikat dia sendiri, di sinilah banyak misteri bermula. Epstein mendakwa dia menguruskan wang untuk orang super kaya dengan nilai aset melebihi USD1 bilion, tetapi senarai kliennya tidak pernah didedahkan sepenuhnya. 

Antara nama yang disebut-sebut termasuk: Leslie Wexner, pengasas syarikat The Limited (Victoria's Secret). Wexner memberikan Epstein kuasa penuh ke atas aset dan kewangannya, malah memindahkan hartanah mewah di New York kepada Epstein. Ahli keluarga kerajaan di Timur Tengah. Tokoh korporat dan bankir antarabangsa. 

Tetapi, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bagaimana Epstein benar-benar menghasilkan kekayaan, menyebabkan spekulasi bahawa dia mungkin terlibat dalam pengubahan wang haram, pemerasan, atau perkhidmatan perisikan.

Gaya Hidup 
Epstein menggunakan kekayaannya untuk membina jaringan sosial dengan tokoh berpangkat tinggi: Rumah mewah di New York (rumah bandar terbesar di Manhattan), Palm Beach, New Mexico, dan sebuah pulau persendirian di Kepulauan Virgin AS. Jet peribadi (Boeing 727) digelar "Lolita Express". Helikopter dan kereta mewah. 

Dia rapat dengan Bill Clinton, Donald Trump, Prince Andrew, dan ramai lagi tokoh berpengaruh dalam politik, akademik, dan hiburan. 

Rekod Jenayah Seksual
Epstein mula mempunyai rekod jenayah seksual seawal tahun 2000-an: Pada 2005, Polis Palm Beach mula menyiasat Epstein selepas ada ibu bapa mendakwa anak perempuan bawah umur mereka dibawa ke rumah Epstein untuk "memberi servis mengurut" yang berakhir dengan aktiviti seksual.

Kemudian, siasatan mendedahkan lebih 40 gadis bawah umur menjadi mangsa, ada yang serendah 14 tahun. Tapi sebenarnya umur 12 tahun pun ada.

Pada 2008, Epstein membuat perjanjian pendakwaan (plea deal) yang sangat kontroversi dengan Alexander Acosta (United States Attorney) ketika itu. Epstein hanya mengaku bersalah atas dua tuduhan prostitusi bawah umur dan dihukum 13 bulan penjara dengan kebenaran keluar penjara 12 jam sehari untuk bekerja.

Penyiasatan Semula Kes & Kematian Epstein
Selepas laporan investigasi Miami Herald, kes Epstein dibuka semula. Dia ditangkap dan didakwa dengan pengedaran seks kanak-kanak. Tapi, pada 10 Ogos 2019, Epstein ditemui mati dalam sel penjaranya di New York. 

Kematiannya dikatakan secara rasmi sebagai bunuh diri, tetapi banyak teori konspirasi timbul memandangkan camera penjara "rosak". Penjaga pula sedang tidur. Jadi, sangat mencurigakan.😏  

Epstein mempunyai hubungan dengan agensi perisikan. Dia sebelum ini menunjukkan tanda cedera leher. 

Warisan Gelap Epstein Kes Epstein mendedahkan bahawa sistem keadilan yang berpihak kepada orang kaya dan berkuasa yang boleh mendapat layanan istimewa. 

Jeffrey Epstein mempunyai jaringan eksploitasi global di mana mangsa dari seluruh dunia, termasuk Eropah dan Amerika Selatan. Dokumen rahsia yang masih terbongkar  seperti "Epstein Files" 2024 telah mendedahkan lebih banyak nama. 

Pendedahan kes ini masih berterusan, dan dunia terus menunggu untuk melihat berapa banyak lagi rahsia gelap yang akan terungkap. 

Yang terbaru, pihak berkuasa menganggarkan terdapat lebih 5.2 juta hingga 6 juta dokumen secara keseluruhan termasuklah imej dan video yang sedang disemak dan dilepaskan secara berperingkat.

Skandal Jeffrey Epstein digelar "skandal terbesar yang pernah berlaku" dengan skala jenayahnya, kekayaan melampau, kuasa global, rasuah sistemik, dan eksploitasi golongan lemah. Ia sebuah kisah yang melibatkan presiden, putera raja, billionaire, dan selebriti, sambil mendedahkan bagaimana keadilan boleh dimanipulasi di belakang tabir. Kalau kita baca memang gila dorang ni. Bukan manusia dah aku rasa.

Bersambung....