Tuesday, January 20, 2026

"Saya buka kedai makan je bang" - Khairul Aming


"Saya buka kedai makan je bang, mohon jangan letak expectation macam saya organize concert kat Bukit Jalil..." ‎ 

Rembayung boleh handle 200pax tapi yang berebut nak book 50,000 orang, termasuklah tuan punya belog ni hahahaha. Sis pun kena sidai.

‎Stadium Bukit Jalil boleh masuk 90,000 orang. Khairul Aming tu baru buka restoran dua minggu. Booking tiket konsert pun boleh crash. 

Kita lupakan tiket konsert. Nak book slot untuk imigresen guna app imigresen QMS tu pun setiap hari jam. Pukul 5.30 pagi dah mula menekan². 

Aku meniaga kat UTC Keramat dulu, setiap hari aku dengar keluhan orang yang datang imigresen. Ada yang kata lepas dua tiga hari baru dapat slot haha. ‎ ‎Betul KA kata, susah nak jadi Khairul Aming ni.


Sebenarnya, perkara macam ni adalah normal, cuma tak normal untuk Khairul Aming je. Sebab ramai orang expect Khairul Aming to be a perfectionist. Padahal lupa Khairul Aming pun manusia biasa.

Bagusnya, Khairul Aming ni, tak kira apa orang komen dan tegur semua dia ambil positif. Maintain professional walaupun stress.

Lambat juga cita-cita dia hahaha...

Kalau mengikut track record Sambal Nyet,
memang kena battle setiap masa.😅



Monday, January 19, 2026

Kena sidai dua jam di Klinik Kesihatan?

Slip MC Hadif haritu

‎Pada aku pergi klinik kesihatan kena tunggu dua jam tu kira cepat la tu. Dah tu, sepatutnya kena tunggu berapa lama? 1 jam? Setengah jam? Baru rasa cepat? ‎

‎Nak pergi KK ni kena bawak nama baru Sabariah. ‎ 

Mungkin masa tu tengah sakit teruk jadi 2 jam tu agak lama. Tak boleh nak salahkan mereka. Tapi, orang kita ni beratur demi makanan viral lebih 5 jam pun okay. Sebab sihat. ‎ ‎

Aku ni dari anak² aku lepas lahir sampailah besar memang kalau demam ke apa aku akan bawa pergi KK kecuali kalau betul² emergency baru aku pergi klinik swasta. ‎ 

‎Masa anak² aku baby aku selalu pergi klinik "after hour" di HKL. Masa tu klinik after hour masih lagi di bangunan Ortopedik tak jauh dari Wad Kayu tu. Berdepan dengan Masjid. Doktor ramai, patient pun ramai. Waktu menunggu lebih kurang 2-3 jam. Tak pernah ada masalah bagi aku kalau tunggu setakat dua jam tu. Rekod aku pernah tunggu sampai 4 jam tapi kita faham sebab patient ramai. 

Di wad kecemasan tunggu anak aku dapat katil wad sampai 18 jam pun pernah sebab takde katil. Bukan anak aku sorang je sakit. Call private hospital terdekat pun penuh. Bertabah je lah duduk kat emergency. At least doktor monitor setiap masa. ‎

‎Baru saja hari Khamis minggu lepas aku pergi Klinik Kesihatan. Appointment pukul 10.30. Siap kena beratur untuk scan, ambik nombor, check suhu badan, ambik darah. Jumpa doktor dua kali. ‎ ‎

By 12.00pm dah siap dan dah ambik ubat di Farmasi. ‎ ‎Kira 1 jam 30 minit. Okaylah, aku sampai klinik pukul 10.15am. So aku up jadi 1 jam 45 minit.  ‎
Klinik kesihatan ni ada masa doktor tak ramai. Ada yang cuti ada juga MC. Ingat doktor ni robot ke? Ada masa kalau doktor KK 2-3 orang macam klinik kawasan rumah aku pun still kena tunggu 2 jam sebab ramai patient. Ingat kau sorang je yang sakit? Ada masa doktor ni nak check seorang patient pun ambil masa yang lama. Lagi² kalau orang tua. Ada patient kena buat test darah etc, kena jumpa doktor dua kali. ‎ ‎

Laju selepas 12.15pm pasal patient pun dah kurang. Dan tak ada orang akan datang sebab alang². Dorang tahu time rehat pukul 1pm. Waktu high peak klinik kesihatan ialah dari pukul 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. ‎ ‎

Kalau sakit sangat dah tak tahan pergi je kaunter beritahu dengan nurse atau pembantu kesihatan yang kau dah tak larat sangat nak pengsan, sesak nafas, jatuh pengsan depan bilik doktor mesti dorang akan bantu. ‎ 

Sebenarnya dalam keadaan kita sakit pun kita kena juga cuba berfikiran rasional. Lagi² kalau pergi KK. Kita sakit, ada orang lain pun sakit sama macam kita juga. Kita menunggu, ada orang lain pun menunggu macam kita juga.

Saturday, January 17, 2026

Hari kedua demam, bawa pergi klinik

15 Januari 2025, Khamis

Aku bawak Hadif pergi klinik sebab demam. Mula demam hari Selasa haritu. Balik sekolah terus lembik. Rabu aku takde bawak dia pergi klinik sebab ingat demam sehari je. Tapi, hari Khamis tak juga okay terpaksalah kena bawa pergi ke klinik.

Check suhu badan, time ni okay pulak suhu dia

Minggu pertama persekolahan dah demam. Risau sebab dua bulan lepas dia demam. Bulan lepas dia demam kena beguk. Ini tak sampai sebulan demam lagi. Doktor suruh check darah.  Alhamdulillah okay. Doktor kata mungkin disebabkan oleh virus. Dapat cuti sakit dua hari. Hari Khamis dan Hari Jumaat. Kira panjanglah cuti dia minggu pertama sekolah. 😅


Tunggu ubat kat farmasi

Kalau flashback masa dia masih baby dulu mahu dia meraung-raung menangis setiap kali ambik darah. Dari dalam perut kita pergi klinik yang sama. Dulu Klinik Ibu dan Anak. Sekarang klinik ni dah ditukar kepada Klinik Kesihatan. Klinik Ibu dan Anak ditukar ke bangunan baru bersebelahan sahaja. Ditukar selepas Covid-19.

Ye lah, Kampung Pandan Dalam mana ada Klinik Kesihatan. Dulu kalau tak pergi Klinik Kesihatan Desa Pandan aku akan pergi Klinik Ampang. Kadang-kadang aku ke Klinik Kuala Lumpur.

Wednesday, January 14, 2026

Jangan jadikan murid sebagai sasaran ego dewasa

Ada sekolah, contoh sekolah anak aku sebelum ni walaupun Sekolah Cina orang dok kecam, tapi boleh dikatakan cikgu²nya bertanggungjawab. 

Anak sakit terus mereka akan call dan inform parents. Anak aku haritu luka dikening sebab jatuh main dengan kawan pun cikgu terus telefon minta parents datang. Terus security check cctv nak tengok apa yang sebenarnya terjadi. 


Aku cakap dengan cikgu takpe. Sebab anak aku dengan kawan² dia bergurau main tolak². Bukan salah sesiapa pun. Syukur masa tu ada ambil insurans dengan sekolah jadi rawatan klinik boleh claim.

Kalau demam pun ibu bapa akan dimaklumkan segera. Sebab itu pentingnya komunikasi antara guru dengan ibu bapa murid. 

Semalam anak aku tak sihat. Dia demam dan nak muntah. Tertidur dalam kelas sebab tak larat. Kalau kat sekolah lama cikgu mesti dah call dan suruh ambik anak bawa balik. 

Seorang Cikgu ni (pengganti guru kelas sebab guru kelas cuti bersalin) kata kat anak aku suruh ambil buku. Anak aku jawab tak perlu ambil buku teks sebab nanti nak kena pindah sekolah. 

Isnin haritu, masa dia nak ambil buku dia cerita Guru Besar ada tanya nak tukar sekolah kan. Anak aku jawab, "ya". Jadi, guru besar kata tak perlu ambil buku teks dulu. Kalau kata tak jadi tukar sekolah nanti baru datang ambik buku teks. 

Berbalik kepada seorang cikgu ni, aku tak tahulah cikgu ni ada masalah attitude ke apa dia cakap, "Kang aku lempang kau sekali nanti, dah lah tidur dalam kelas aku...!"

Macam mana aku tahu? Sebab aku baca whatsapp anak aku kepada kawan dia. Dan aku tanyalah. Sebelum tu dia dah beritahu papa dia. Barulah anak aku cerita.

Aku tanya Hanif siapa cikgu tu. Hanif pun buka cerita, "ala mama cikgu lelaki yang Hanif cakap kuat meroyan tu..." 🤣

Dan suami aku pernah nampak ya cikgu ni baling beg pelajar. Suami aku kata cikgu ni macam ada masalah mental. Hanif dulu selalu jugak la bercerita pasal sorang cikgu ni. 

Cuma satulah, cikgu ni tak buat kat Hanif perangai merentan dia. Kita ni buat macam kau tak ganggu anak aku, aku tak sentuh dan kacau kau. Tapi hari ni dia nak buat perangai mental kat Hadif. 

Kau tak tanya pun kenapa budak tu lembik dan tertidur kat kelas alih² kau sound gitu. Memang aku sangat² tak berpuas hati. Tak tahu kat mana aku luah rasa sakit hati. Tulis kat facebook nanti viral jadi aku membebel kat sini je lah hahaha. 
Aku percaya tak semua cikgu berperangai begitu. Sama juga dengan cikgu nak tunjuk tegas sebab nak takut²kan murid. 

Tapi aku juga percaya sebagai cikgu kau pun takde hak nak buat perangai mental kau kepada murid. Aku percaya juga bila cikgu ni berani buat kepada ramai murid maksudnya tak pernah lagi ada ibu bapa yang bersuara tentang isu ni. 

Kau nak buat perangai begitu. Pergi buat kat anak sendiri. Ada cara untuk mendidik tapi apa yang cikgu ni buat kat Hadif pada aku just nak tunjuk attitude "a piece of shit" dia. 

Jadi esok Khamis, 15 January 2026, tak sabar aku nak pergi Orientasi. Aku nak juga tengok muka cikgu tu macam mana. Aku nak perati je. 

Tuesday, January 13, 2026

Hari pertama sekolah tahun 2026, Tingkatan 1

12 Januari 2025, Isnin.

Hari pertama sekolah masuk Tingkatan Satu. 

Papa busy seharian ulang alik sekolah 
dan ke PPD dari pagi sampai petang. 
Habis masa kat PPD je 5 jam. 


Aku kena pastikan semua siap, bawak 
dorang pergi makan, hantar ke sekolah 
kemudian hantar abang Hanif pergi kerja.
 
Lunch dulu

My H1H2

Masa sebelum sampai sekolah macam² dia tanya. Dewan besar tak 
macam Tsun Jin. Nanti nak duduk macam mana. 
Aku cakap dewan perhimpunan takde aircond. Tapi ada kipas besar. 
Tak panas sebab open air. Ada dewan yang ada aircond tapi tak besar. 
Jangan bandingkan dengan Tsun Jin. Jauh sangat beza. 😅


Bila balik sekolah, ditanya macam mana hari pertama. 
Dia kata okay je. 

Lepas tu dia kata air dia murahlah la mama..seringgit haha. 
Sekolah lama air paling murah dua ringgit. 

Dah ada kawan dah.

Masih malu, bukannya nampak
mak dia pun hmmm...


Esok dia kata menu kat kantin special ada pasta, ada chicken chop, 
burger so kena bawak duit lebih sikit.   


Muka balik sekolah haha

Ada masa 5-7 tahun lagi fasa persekolahan kalau masuk Form 6. 
Lepas tu mesti aku kesunyian. Sekarang pun dah rasa sunyi huhu.

Nombor giliran papa kat PPD yang ke 693

Aku sertakan sekali pemandangan dari Sekolah Datok Lokman. 
Orang kagum tengok Menara TRX, Menara KLCC, Menara PNB118, 
anak² yang sekolah kat sini setiap hari tengok mereka tak hairan pun. 😅

Aku je yang sibuk ambik gambar. 
Parents lain pun tak kisah hahaha.

Tapi serius cantik. 

Mana yang bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki, Sekolah Maluri, 
Sekolah Datok Lokman, Sekolah Taylors, Sekolah SRJKC Tsun Jin 
boleh nampak view ni setiap hari. 

Sunday, January 11, 2026

Dari seorang anak yang manja, kini dah jadi remaja

Daripada berdukung macam ni manja dari baby, sampailah membesar jadi 
remaja dibawah.Masa masih berdukung tu umur dia 4 tahun. 
Badan dah la gebu. Macam nak patah pinggang aku. Nak juga minta dukung. 
Kalau tak berdukung, takde gambar raya lah kita berdua huhu. 

Lately ni aku pun rasa confius hahaha. 


Memang tak terasa dia membesar. Ada masa rasa macam dia kecik lagi.
Tapi dah habis sekolah. 
Rasa macam eh eh semalam je beranakkan dia. 
Tup tup, esok dah mula kerja part time. 
Haihh, dah besar dah anak aku sorang ni. Rasa terharu, sedih,
gembira semua perasaan tu bercampur baur.


Tinggal laa lagi sorang handbag kesayangan aku diatas yang masih bergaduh dengan aku setiap masa. 
Lagi 3-4 tahun dia pun akan jadi macam abang dia. Malas nak ikut aku ke sana sini. 😅

Saturday, January 10, 2026

Aktiviti memasak Ayam Masak Merah bulan puasa


23 March 2025, 

Aktiviti memasak untuk Rumah Al-Hadid masa bulan Ramadhan 2025 tahun lepas.
Menu ialah Ayam Masak Merah.



Tak tahu mungkin salah cili kering ayam masak merah ni pedas nak mati hahaha. Staf supermarket kata cili yang dorang beli tak pedas. Macam-macam cara kita dah guna untuk kurangkan sambal masak merah cili ni. Itu pun tetap pedas menyengat sampai aku pun tak tahan.



Ye ke cili kering ini tak pedas?

Dah la kita nak hantar ke Rumah Anak-anak OKU, Al-Hadid kan. Aduhh. Rasa bersalah sangat waktu tu. Tapi dah petang. Nak tukar menu pun tak boleh. Nak beli pun takkan sempat, jadi kita cuma letak sambal cili itu sedikit sahaja.

Boleh nampak betapa merah cilinya huhu


Selepas kita hantar tu kita follow up juga tanya, boleh ke anak-anak Rumah Al-Hadid makan. Tuan rumah kata boleh. Tak ada pun mereka nak mengadu lebih-lebih. Sebab itu, bila isu berkaitan dengan Al-Hadid tular beberapa bulan lepas aku tak percaya. 

Sebab kita dah beberapa kali berurusan dengan mereka. Jadi, bila ada beberapa perkara yang tersebar kita rasa pelik. Satu perkara yang kita kena sematkan di dalam hati ini ialah jangan mudah kecil hati ke, sentap dan terasa bagai. Tak perlu rasa "entitled". Perlu dihargai. Nak dihargai, nama mahu dijulang baik tolong orang kaya je atau tak payah buat kerja kebajikan.

Masak rendang daging untuk Hari Raya Aidilfitri 2025


Entahlah, bila nak delete gambar, susun semula album barulah terhegeh-hegeh upload masuk dalam blog. 

Dah mana lagi aku nak simpan? 😅

Nak juga selitkan cerita aku masak rendang daging satu kawah besar yang aku pun tak ingat berapa kilogram. Sebenarnya, aku masak dengan Ili. Yang tukang potong bawang dan bahan² lain tu semua geng² ofis. 

Yang paling awesomenya ialah rendang daging aku menjadi sangat. Tak ada hangit tau. 

Biasa kalau masak banyak mesti akan ada kekurangan sana sini. Tapi Alhamdulillah, rendang daging masak dengan elok.

Antara kenangan manis untuk bulan puasa 2025. Berjaya memasak rendang sekawab besar dengan perfect hehehe. Lambat sangat tunggu orang puji. 

Ini semua adalah usaha gigih kami bulan puasa untuk Projek Komuniti Kita. 😘

Friday, January 9, 2026

Imbas kembali kenapa aku suka berblog dulu

Throwback moreh gambar Ramadhan 2025 dengan suami somewhere in Bangsar hehe..

Aku ingat lagi aku mula menulis blog pada tahun 2009. Masa tu tengah fikir kat mana lah aku nak simpan memori dengan anak bila mereka dah besar. Apa kenangan aku dengan anak-anak nanti. Umur dah makin menua hehe.

Ramai blogger famous ketika itu. Kita ni biasa-biasa. Menulis untuk hobi suka-suka. Dari berblog aku kenal blog redmummy, cik epal, hanis zalikha, maria elena, ben ashaari, beautiful nara dan banyak lagi.

Semakin berkembang teknologi bila dah mula ada Facebook dan Instagram dah kurang orang menulis di blog. Aku dulu lebih banyak habiskan masa di Instagram. Sama juga seperti blogger yang popular ni macam cik epal etc mereka fokus di Instagram.

Bila dah mula berniaga dan belajar personal branding, barulah aku banyak bersosial media di Facebook. Sampailah bila Instagram peribadi aku kena delete, blog dot com aku tak boleh renew, aku terus fokus di Facebook. Merajuk.😒

Mau tak merajuk. Stress semua ada sebab trafik masuk ke blog masa tu tengah menaik. Sakit hati. So aku stop berblog. Cuma bila dah biasa menulis rasa akan janggal la kalau tak update blog. Jadi, aku tulis lah entri dengan niat untuk buang sawang.

Lama - kelamaan, seperti biasa teruskan hidup sampai dua tahun aku tak update blog langsung atas sebab masa tu sibuk. Memang tengah sibuk. Sibuk meniaga, Sibuk anak-anak sekolah. Sibuk dengan hal keluarga. Mak mertua aku meninggal, ayah kandung aku meninggal. Semuanya aku tak update di sini,

Tapi sekarang bila naik satu persatu memori di Facebook, rasa menyesal pula aku tak tulis semuanya. Kalau aku tulis semua kisah penting dalam kehidupan aku, mesti aku sendiri pun seronok membacanya hahaha. 

Dan segala aktiviti yang aku buat, isu-isu politik dan sosial serta isu Kepentingan Awam semuanya aku akan tulis di blog aku lagi satu: szoofficial.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2026

Waktu makan di Rembayung 1 jam 45 minit tidak cukup?



Banyak betul perdebatan tentang Rembayung ini ye. Aku pun macam pelik juga. Betul Khairul Aming cakap. Susah nak jadi seorang yang bernama Khairul Aming. 

Terbaru isu tentang waktu makan pula. Waktu makan kat Rembayung 1 jam 45 minit tu kira okaylah. Takkan nak lepak makan sampai 4 jam di situ. 

Sama macam kalau kita pergi BBQ Town, Sukiya, Shabuyaki waktu makan ditetapkan 1 jam 50 minit. Lebih dari itu kena bayar. Dan pekerja restoran tersebut akan ingatkan kita lagi 10 minit sebelum waktu makan tamat. Tidak ada siapa pun nak jadikan waktu makan ini sebagai suatu isu besar.

Dah kenyang blah je la. Apa masalahnya.

Nak lepak, chill dan bergosip pergi sambung mengopi atau mengeteh tempat lain. Aku selalu buat begini lebih-lebih lagi jika makan lepak dengan kawan-kawan. Memang 1 jam 45 minit tu tak cukup. Pergi cafe sambung lagi 4 jam hehehe. Aku bercakap melalui pengalaman.

Dan aku pun akan letak syarat deposit sebagai komitmen sebab masyarakat kita ni ada sikap yang suka² cancel. Deposit RM10 itu sangat memadai. Andai kata Khairul Aming nak untung baik dia letak deposit RM50 satu kepala. Betul tak?

KA buat sistem tempahan macam ni untuk memudahkan semua pihak. Kau dah sibuk "battle", dapat tempat lepas tu tak datang. Tak payah menyusahkan diri sendiri buang masa buat tempahan.

Tempat yang kau tempah tu adalah lebih baik bagi peluang kepada orang lain.