Thursday, July 11, 2019

Taklimat ringkas Bakat Karnival Kebangsaan

Kalau diikutkan satu hari nak update sampai 10 entri. Melampau kan. Tapi apakan daya masa begitu terhad. Ditambah pula dengan kerja akaun sendiri yang tertangguh lama. Jadi kena selesaikan semua tu baru boleh fikir nak tulis 10 entri sehari. Nanti entah apa apa aku merapu. πŸ˜‚

Haihh... Ada banyak sangat plan dalam otak, atas kertas dan bawah kertas haha.

Suasana PRAKL pada pukul 7.20pm

Tentang taklimat Bakat Karnival Kebangsaan Siri 1

Hanif bakal bertanding di Bakat Karnival pada Sabtu hujung minggu ini yang merupakan tournament pertama selepas 7 bulan dia berlatih berenang.

Team Managers

Dan kali pertama jugak aku nak kenal "terms" dalam renang. Pening jugak laa aku baca. Nak memahamkan tu yang pening.

Dah lah Bakat Karnival tu nanti diadakan di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Aku pun tak tau kat mana. Stadium Bukit Jalil aku tau laa. Ni kira redah je nanti. Haha.

Antara "swimmers" yang mengambil bahagian

Apa yang Team Managers cakap masa dalam taklimat tadi aku dapat paham sikit sikit je. Haihhh...tak dapatku bayangkan masa race day tu nanti. Sakit perut aku tau tak. Mader yang tak boleh tidur bila mengenangkan event tu.

Hari hari tanya bila boleh training

Muka mader lebih cuak dari anak

Hari ni pukul 00.10 dah Khamis. Aku yang cuak. Coach dia pesan nak kena beli extra Goggle dengan Swimming Cap. Baru dua hari lepas swimming cap dia meletup. Makin dekat nak event macam-macam. Takde tempat lain la. Decathlon nampaknya esok.

Tuesday, July 9, 2019

Mabuk ubat

Dari pagi kerja aku makan ubat. Kalau tak makan ubat aku makan durian. Hahah...tak ada kerja sangat. Nasi aku makan 5 sudu. Serious selera makan belum terbuka lagi.

Aku dah rasa macam hari yang aku hantar suami pergi admit hospital haritu. Sejuk, badan rasa tak sedap. Mata berpinar. Hidung meleleh dan nafas pun aku rasa panas.

Muka lalok kena ubat πŸ˜‚

Lepas lunch aku telan lagi ubat selesema kengkonon dapat lah tidur. Nak bagi kering hidung. Nak rehatttt. Sekali pukul 4 petang suami dah ajak ambil kereta di Perodua Keramat. Haduhhh, lemau betul laa aku ghase. Kepala aku pusing, mata ngantuk, hidung berhingus, badan tak sedap buat aku rasa bad mood. Siap cakap lagi kat suami "Awak naik lah Grab..." Tapi sambil cakap tu aku bangun la jugak siap siap. Kesian suami punya pasal. πŸ˜‚

Syukur on the way ke Keramat je yang jam. Itupun sebab jam di Highway Hulu Klang. Biasa lah tu. Tak jam bukan Highway Ulu Klang namanya. Balik tu Alhamdulillah dalam kurang dari 20 minit dah sampai rumah. Letak je kunci, aku pun apa lagi. Cari katil. Terus membaringkan diri. Menahan rasa pening.

Lepas Maghrib, bedal pulak durian. Laparrr. Tak nak makan nasi. Nak durian jugak. Sambil makan durian sambil pejam mata tahan sakit kepala. Takpe, durian punya pasal tahan dulu hihi.

Isi durian ni sedap terukkk!🀀

Habih tuu, aku pun membaringkan diri lagi sementara tunggu Isyak. Ni baru lepas makan lagi ubat selesema. Dah memang betul kot aku ni dah overdose ubat flu. Harap harap esok bangun tidur sihat walafiat. Tak tahan dah ni. Banyak kerja pending.

Meeting pun asyik postponed (macam cerita bisnes juta juta milliunnn kan ekekeke). Susah hati aku dibuatnya. Padahal kerja sendiri je pun. Siapa yang kerja sendiri tu bila dia sakit mesti dia punya pening tu bertambah tambah.

Aku memang susah nak demam. Tapi kalau dah sakit berlarutan lamanya. Tidur arini pun dah 11 jam. Kalau dah tidur lebih 8 jam itu memang bukan aku lah tuuu. Itu aku yang tak sihat. Aku yang sihat sehari tidur 4-6 jam pun dah cukup. Sesekali je aku balas dendam qadha tidur. Tapi takkan melebih 10 jam ke atas. 

Resepi Nasi Goreng Kampung Ringkas dan Mudah

Tekak aku masih lagi tak boleh terima sesetengah makanan. Tiba tiba aku diserang demam selesema semula. Pukul 3 pagi malam tadi dah terjaga dari tidur terbersin tak berhenti. Frust betul rasa.

Bangun pagi tadi lepas siapkan Hadif pergi sekolah aku telan ubat flu terus sambung balik tidur.

Bangun tidur selesaikan urusan penting, tengahari baru aku Goreng Nasi. πŸ˜‚

Kalian yang demam tak larat nak masak boleh lah guna resepi aku ni.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah cuma;

√ Bawang Merah (Shallots)
√ Bawang Putih
√ Cili Api
√ Nasi putih sejuk (atau disejukkan)
√ Minyak masak secukupnya

Kalau rajin tambah;

√ Ikan Bilis
√ Sayur Kangkung atau Sawi

Aku tak letak. Tak larat nak potong sayur. Tak sihat kannn.


Cara-cara membuatnya;

1. Buang kulit bawang merah dan bawang putih.

2. Tumbuk bersama Cili Api (tak perlu lumat).

3. Panaskan minyak.

4. Masukkan bahan - bahan yang dah ditumbuk tadi. Masukkan garam. Atau serbuk perasa. (Kalau ada sayur boleh masukkan sayur sekali).

5. Dah kekuningan, masukkan nasi putih sejuk dan kacau. Tak cukup garam boleh tambah kepada yang suka masin.

6. Siap! Senang giler kan. πŸ˜‚

7. Hidangkan bersama Telur Mata Kerbau. Sedap weyhhh!

Mana cili api???

p/s: Siapa kata masak itu susah? πŸ˜‚

Durian Kampung, Hulu Langat

Masa demam tempoh hari punya laaa meleleh air liur nak makan durian pun kena tahan. Merayu rayu kepada sang suaki pun permintaan tak dilayan. Suami kata demam kan tak payah. Hahaha...sedih!

Durian di Sungai Serai, Hulu Langat

 Jadi, hari ni selepas meneman Encik Suami mengambil kereta terus balik ikut jalan Hulu Langat. Sambil elak jam saja saja tengok durian. Mana tau kot kot ada yang murah. Dapat 1kg RM5 keeee kannn.

Durian di Sungai Serai, Hulu Langat

Musang King

Sampai di Sungai Serai nampak satu khemah dengan durian melambak. Kebanyakkannya durian kampung. Sekilo RM15-RM20. Kalau durian Musang King harga dalam lingkungan RM27 sekilo. Aku memang tak minat sangat Musang King. Aku hantu doyan kampung. πŸ˜‚

Tapi kalau dah takde tu aku bedal lah jugak. Cuma tak mampulaa nak makan banyak. Cepat muak. Kalau durian kampung tuuu 5 biji pun aku boleh makan sorang cuma kena makan rilek rilek laa. Layan feel durian tu baru lahhhh boleh habis. Ini kalau kau makan macam kena kejar dengan anjing memang takkan habiss laaa. Gelojoh dan tamak namanya tu.

Durian Kampung 1kg/RM12

Berbalik kepada kisah durian tadi, aku tak beli laa kat area Sungai Serai tu. Kami masuk lagi ke dalam Hulu Langat tu sampai depan jalan nak masuk IKBN ternampak gerai kecil tepi jalan. Berhenti situ tanya berapa sekilo. Mak cik tu kata RM12. Boleh lah kami suami isteri makan dua biji durian kampung.  Aku tengah rushing nak pergi meeting ni. Sempat lagi makan doyan hahaha. Sedaaappp weyhhhh!!

Tengah basuh tangan siap siap nak masuk kereta tetiba ada satu kereta Wira parking kat depan gerai dan tempat kami makan durian. Rupanya pakcik ni owner durian juga. Dia tanya tokey gerai tu nak durian ke tak tapi tokey tu tak jawab. Buat dek je. Apalagi laki aku teruslah approach pak cik tu. Rupanya Ustaz hahaha.

Durian kampung beli terus dari orang kampung. Tuan punya dusun.




Suami aku deal harga RM9/kg dengan dia terus dia jual kepada kami semua durian dalam but kereta dia. Adalah dalam 31kg semuanya. Ambik kau. Mandi durian terus laki aku kasi. πŸ˜‚



Cantikkannisi durian kampung ni

Alhamdulillah, syukur dapat durian baru jatuh dari pokok. Kecik pun kecik yang penting durian kampung. Dari pagi sampai ke malam kerja aku makan durian. Rezeki. Bukan senang nak dapat. Ini kira first time kami beli durian secara terus dari orang kampung Hulu Langat.

Sunday, July 7, 2019

Makan makan di rumah ibunda dan adik beradik

Hampir seminggu aku demam. Tak lalu makan. Semua makanan yang aku beli tak lalu nak masuk tekak. Aku cuma hidup bersarapan dengan Air Milo cicah Biskut Cream Cracker Hup Seng dan kemudian minum Peel Fresh sikit sikit serta makan coklat.


Tiba-tiba semalam teringat kat adik adik aku. Nak makan ayam bakar tapi dorang yang kena masak. Ayam bakar kat kedai sah lah tak sedap. Nak sedap kena buat sendiri. Dan adik adik aku memang terer bab BBQ dan masak masak ni. Walaupun mereka lelaki. πŸ˜‚


Jadi, apa aku buat hari ni, aku beli ayam bawak balik ke Klang minta mereka masakkan. Aku cuma landing santai baring atas sofa. Ye lah kakak baru nak baik demam. Mana boleh buat kerja. Hahahahaha...ambik kesempatan betul.


Alhamdulillah, seperti selalunya memang tak mengecewakan. Ayam bakar tu memang kena kat tekak. Walaupun cuma ratah dua kepak ayam je dah rasa puas. Rasa tu memang ngam. Lepas tu, buat pula kopi putih campur dengan Milo acah acah Neslo. Yang penting tak manis.


Tambah lagi adik aku buat "Fruit Cocktail". Penuh perut aku.


Bila sakit tak sembuh tu je ubat dia. Balik jumpa mak, jumpa adik beradik. Kalau mak tak dapat masak pun tak kisah. Adik adik pun boleh masak. Makan hasil air tangan mak dan adik adik adalah terapi. Tak percaya boleh cuba. Mujarabbbb!

Cumanya, sayang, tak sempat nak buat rawatan bekam tadi.

Saturday, July 6, 2019

Jamuan Hari Raya Bersama IBSC 05th July 2019,

My future swimmers, InsyaAllah

Tak sah kalau tak buat jamuan dengan IBSC ni. Haritu Jamuan Tahun Baru Cina. Kira yang ni jamuan kedua aku dan family join semenjak Hanif join IBSC kat PRAKL ni.

Orang kuat IBSC, Cik Zura dengan Nancy.

Dah plan lama kan. Jadi walaupun demam baru kebah aku gagahkan diri buat Congo Bars. Datang meramaikan majlis. Tiada apa yang penting dari Majlis yang melibatkan anak anak. Kalau boleh satu peristiwa pun aku tak nak terlepas dalam episod hidup anak anak. Over punya mak kan hihi.


Majlis bermula pukul 7pm. Makanan sedap sedap belaka. Ada satay, ada kambing golek, ada rendang, nasi impit, lemang kuih muih dan macam macam lagi.


Walaupun ramai kawan kawan berbangsa Cina tapi mereka tetap sporting. Siap bawak menu potluck yang best best untuk kita makan bersama. 😍

Sambil sambil makan dapatlah bercerita tentang anak masing - masing. Ada yang dah sampai National Level. Ada yang dah tahap expert. Anak aku Muhammad Hanif tu boleh dikira dalam kategori newbie lagi. Panjang lagi perjalanan dia dalam bidang suka renang ni. Aku tak paksa. Dia sendiri yang pilih sukan ni. Dia minat. Aku sebagai ibu cuma bagi moral support. Buat apa yang patut. Kena berkorban sikitlah. Bangun awal hantar training, lepas habis sekolah kena hantar training. Itu je lah kerja tambahan setiap hari. Yang penting dia suka.

Aku dah dapatlah sikit sikit "penampakkan" hasil dari perbincangan semalam. Hahahah. Even papa dia yang selama ni tak berapa nak yakin pun semalam dah yakin yang anak dia memang suka sukan macam ni. Kena la redha kan. πŸ˜‚

Muka menahan rasa nak demam balik :D

Balik semalam aku langsung tak boleh tidur. Dah rasa macam nak demam balik. Berembun punya pasal. Dua jam je dapat tidur. Pagi pagi dah kena bangun awal hantar Hanif pergi training.




Bila demam berjemaah

Minggu ini merupakan minggu demam satu keluarga. πŸ˜‚


Orang yang pertama kena adalah Man Of The House hahaha. Suami sendiri. Sampai admit hospital kawan tu Ahad lepas 30 Jun 2019.

Aku pada ketika tu dah ada tanda tanda awal nak demam. Mata berair, hidung meleleh, kepala sakit dan badan pun rasa sejuk. Bila makan ubat pun tak lut dah tau dah yang bakal nak demam. Tapi takpe hantar orang sakit masuk hospital dulu.

5 jam duduk menunggu kat hospital dah cukup buat aku rasa menggigil. Macam duduk dalam ais. Minum milo panas secawan pun takde effect kepanasan badan hahaha.

Ini dah pewai :D

Dah balik, malam tu jugak aku rasa tak boleh bangun. Badan pun panas.

Esoknya masih gagahkan diri pergi mesyuarat penting. Hantar anak pergi sekolah. Tapi masuk tengahari badan dah lembik. Kepala dah rasa berat. Mata pun rasa panas. Nak makan pun tak lalu. Lepas ambik Hanif aku singgah Kedai Nasi Ayam Berempah suruh dia sendiri pergi beli nasi sambil sementara itu aku membaringkan diri dalam kereta.

Masa ni dah tak larat duduk kat bangku sambil tunggu abang bawak surat kebenaran balik awal.



Sampai di rumah, aku cakap "Abang Hanif tolong jaga adik, tolong bagi adik makan, tolong jangan bagi adik nangis. Mandi dulu, nanti dah makan jangan lupa cuci pinggan. Mama nak rehat, nak tidur dulu nanti petang baru kita pergi melawat papa kat hospital. Jangan lupa, tolong jangan gaduh dengan adik..." Hahahaha, sakit sakit pun panjang pesanan aku. Mak mak gitu lah.

Alhamdulillah, aku dapat tidur sebentar dengan tenang. Sungguh petang tu aku tak boleh bangun sampai nak kena merangkak cari Panadol dalam fridge. Adehhh. Nak tak nak terpaksa. Dah papa pesan suruh bawak barang. Kesian pulak orang kat sepital tunggu kita sekali kita tak datang. Sekali lagi aku gagahkan diri drive pergi beli McD bagai bawak pergi hospital. πŸ˜‚

Sampai kat hospital aku yang tidur kat sebelah. Tak larat punya pasal. Cukup time balik.



Balik dari hospital terus kerah anak anak aku tidur. Memang tak larat lah nak layan drama. Dah makan kenyang kan. Balik tidur. Lagi teruk demam aku malam tu sampai tahap menangis nangis sebab rasa kepala macam nak meletup.

Dah lama aku tak kena demam teruk sejak dari 15 tahun lepas. Siap masuk hospital lagi. Itu pasal kena Denggi. Itulah demam yang paling teruk aku pernah rasa. Seteruk demam aku baru baru ini, lagi teruk demam masa aku kena denggi. Sampai nak minum air pun tak mampu. At least sekarang ni aku masih lagi boleh bergantung hidup dengan air Peel Fresh, Milo dengan Biskut Hup Seng sebagai menu harian.

Dua hari admit hospital, papa dah mintak discaj dengan doktor. Demam aku makin teruk dan aku makin tak larat nak jalan dan drive. Kesian papa. Kalau ikutkan 5 hari kena tahan. Tapi doktor tu pun baik so dia kata okay cuma sambung makan ubat kat rumah je.

Syukur papa dah discaj, aku pun balik apa lagi. Terbaring terus tak bangun. Suhu terus naik sampai 40°c. Tak pasal pasal aku kena paksa pakai KoolFever letak kat kepala. Aduh. Lawak betul laki aku.

First time aku pakai KoolFever tu. Baru aku rasa Ya Allah sakit rupanya pakai KoolFever tu bila demam panas dengan pakej sakit kepala. Dah lah sejuk. Rasa macam ada benda sedut otak kau keluar. Ekekekeke. Apa punya analogi kan hahaha. Tapi itulah aku rasa. Macam nak tanggalkan pun ada. Tapi aku tahan je lah denyut denyut kepala tu sampai tertidur. Bayangkan menitik nitik airmata aku menahan perit KoolFever tu. Dalam 2 jam macam baru aku terbangun pegang KoolFever tu dah nipis dah. Aku cakap kat suami tak nak dah pakai KoolFever tu sakit. Dia sengih sengih je tengok muka aku. Baiklah aku makan ubat. Sekurang kurangnya nak telan tu tak rasa sakit.

Muka stress tunggu giliran kat klinik  :D

Gara gara KoolFever tu demam aku tak tinggi sangat dah. Esok pagi tu bangun aku makan ubat dan selepas tengahari baru aku dapat pergi jumpa doktor. Sebeban ubat aku dapat. Baik doktor tu bagi aku ubat banyak banyak. Takdelah aku nak melawat dia lagi.

Ngam ngam hari ke enam hari Jumaat ni Alhamdulillah demam pun dah takde. Selesema pun dah kurang. Cuma tinggal batuk dan kahak je. Badan masih lemah. Nak buat kerja pun terkedek kedek lembab macam siput. Inikan pula nak jogging. Hmm. Simpan je lah hasrat "suci" tu dulu.

Bukan dapat hadiah pun kan kan kan. :D :D :D

#AYATPENYEDAPHATI


Saturday, June 29, 2019

TAJAAN UNTUK STUDIO SEDAR MALAYSIA HANYA RM10 SEORANG



Aku agak jarang update entri tentang SEDAR Malaysia. Dah tak update blog kan. :D

Alhamdulillah dah hampir setahun NGO SEDAR Malaysia beroperasi dan Alhamdulillah SEDAR Malaysia masih mampu bertahan walaupun tidak ditaja oleh mana mana individu atau parti politik.

Setelah hampir setahun,  kini ada insan yang baik hati memberi tumpang pejabat yang kosong untuk dijadikan sebagai pejabat rasmi SEDAR Malaysia. Sebelum ini, beroperasi sepenuhnya dari boot kereta hahahah... Kesian sungguh.

Walaupun SEDAR ada Rancangan Live seperti Sembang SEDAR dan Bicara SEDAR yang ditayangkan secara LIVE di Page Facebook Rasmi Nothing to Hide Media, dengan adanya pejabat baru ini InsyaAllah akan ada banyak lagi perancangan yang bakal dibuat. 

"Alhamdulillah, syukur, Ini adalah tajaan pertama untuk studio mini kami. Secara terus terang pagi tadi semasa kami berbincang pasal kos studio yang memang kena ada, kami tahu kami tidak dapat menanggung kos ini.
Bila bercakap pasal dana untuk menggerakkan SEDAR Malaysia datang dari ahli ahli kami, rakan-rakan SEDAR Malaysia dan jualan t-shirt dan stik. Dan er. Dan kami tahu dengan segala perancangan kempen, kami memerlukan Dana yang banyak. Walaupun pada awalnya tadi kami segan untuk meminta penajaan dari rakan-rakan, kami telah diingatkan oleh seorang rakan bahawa untuk masa terdekat ini banyak lagi kos yang kami kena keluarkan dari poket sendiri.

Jadi dengan rendah diri kami minta bantuan penajaan. Dan kami tidak sangka rakan-rakan kami, Followers kami sudah mula bertanya apa situasi dan apa yang boleh dibantu. Nak menitis air mata kami bila sudah ada yang mula bank in kan tajaan. Terima kasih saudari H yang pecahkan telur tajaan.

Terima kasih dari seorang abang dari Pagoh yang berkali-kali membantu kami. Dan awal-awal lagi kami ucapkan terima kasih kepada semua. Studio ini sangat penting. Jika anda perasan Kerajaan 48% ini sedang giat menjalankan kempen propaganda dan kempen propaganda ini perlu dibendung sebelum menjadi parah.

Itulah tanggungjawab SEDAR Malaysia.

Semoga segalanya dipermudahkan. Salam Perjuangan''

Mengadu Domba

Setiap kali nak update entri terbaru mesti kata eh eh dah lama tak update blog ni kan hahaha. Haih, tak nak dah kata gitu. Dah memang blog ni bersawang. Sekarang agak berkelapangan dan ada idea boleh lah buat entri terbaru.


Dua tiga hari ini aku dihujani dengan pelbagai cerita cerita yang tak sedap didengar. Membuatkan aku terfikir fikir. Kalau ikut aku punya perkiraan itu adalah mengadu domba. Dan dari dulu aku memang tak suka peel mengadu domba. Terutamanya yang boleh membuatkan perselisihan faham serta permusuhan.

Mengikut dari link Darul Kautsar, orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada seseorang yang lainnya dengan tujuan menyebabkan permusuhan diantara mereka.

Hukum mengadu domba ini adalah HARAM.

Ececeh, tetiba jadi Ustazah tak bertauliah pulak malam ni hihihi.

Awalnya, apa motif si pengadu domba ini? Apa perasaan mereka apabila menceritakan perihal orang lain kepada yang lain???

Kalau diikutkan mengadu domba ini bukan sahaja boleh menyebabkan permusuhan. Ia juga termasuk membuka rahsia seseorang itu dengan  ucapan, tulisan, isyarat ataupun yang lain. Hakikatnya mengadu domba itu adalah membuka rahsia dan aib orang lain.



Seseorang menulis surat kepada Shahib bin `Ubbad yang isinya menyarankan kepada beliau supaya mengambil harta anak yatim, kerana anak itu memiliki harta yang banyak. Kemudian Shahib membalas surat itu, “Namimah (mengadu domba) itu buruk sekalipun benar, oang yang mati itu semoga Allah merahmatinya, anak yatim itu semoga Allah mencukupinya, harta itu semoga Allah mengembangkannya, dan orang yang ingin menguasai harta itu semoga Allah melaknatnya.”

Hasan al-Bashri berkata, “Barangsiapa menyampaikan suatu cerita kepada anda, maka ketahuilah bahawa dia pun akan menyampaikan cerita anda kepada orang lain. Ini adalah seperti kata pepatah: ‘Orang yang bercerita kepada anda, akan bercerita tentang anda’ kerana itu, hati-hatilah terhadapnya!”

Ibnu Mubarak berkata, “Anak haram tidak dapat menyimpan cerita”

Kenyataan ini menunjukkan bahawa setiap orang yang tidak dapat menyimpan cerita dan berjalan sambil mengadu domba adalah anak haram. Ini berdasarkan pada firman Allah, “Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.” (Al-Qalam: 13)

“Zanim” dalam ayat di atas adalah anak haram (anak zina).

Ada ulama berkata, “Barangsiapa memberitahu mu tentang aib saudaramu, maka sesungguhnya dia juga mencelamu.”

Seseorang datang menemui `Ali bin Husein, lalu berkata, “Si fulan telah mencacimu dan mengatakan tentang dirimu begini begitu”. Beliau menjawab, “Mari kita pergi menemuinya!” Maka pergilah `Ali bersama orang itu. Orang itu menyangka `Ali akan membela dirinya. Setelah sampai di tempat orang yang dituju, `Ali berkata, “Wahai saudaraku, seandainya apa yang engkau katakan tentang diriku itu benar, semoga Allah mengampuniku; dan seandainya tidak benar semoga Allah mengampunimu!”

Sehubungan dengan firman Allah, “(Dan begitu pula dengan) pembawa kayu bakar”. (Al-Lahab: 4), dikatakan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah isteri Abu Lahab. Dia suka mengadu domba. Tindakan adu domba itu disamakan dengan kayu bakar kerana ianya menjadi sebab timbulnya permusuhan, sebagaimana kayu bakar menjadi sebab menyalanya api.

Dikatakan pula bahawa kelakuan orang yang mengadu domba itu lebih berbahaya dari pada perbuatan syaitan. Syaitan hanya membisikkan rasa was-was, sedangkan pengadu domba itu berhadapan langsung.

p/s: Tidak ada satu perkara yang baik pun tentang si pengadu domba ini. Semoga kita dijauhkan dari perkara perkara yang tidak baik sebegini.

Friday, June 28, 2019

Jadilah Wanita Hati Sekeras Captain Marvel


I always keep everything to myself.
.
Dalam bisnes, i won't burden my husband bagitau dia ohh hari ni ai takde sales. NEVERRRRR. Hari ni ai jumpa customer macam ni. Ada orang hutang 4k tak bayar. Bla bla bla. Tak percaya kalau korang jumpa tanyalah dia ahahaha.
.
Alhamdulillah, I manage to handle it all by myself tak kira masalah setinggi gunung Everest. It's my business. So I am the one yang make all the decisions. Kenapa nak minta orang lain buat keputusan untuk kau?
.
Aku tak mengadu domba.
Aku tak menyusahkan mak bapak aku.
Aku tak menyusahkan adik beradik aku.
Jauh sekali nak susahkan suami sendiri.
The hell lah aku tak peduli apa orang nak kata tentang aku.
That is how I survive.
That is how aku hidup kat dalam dunia.
.
Ada masa aku down giler giler. Rasa kecewa, nak menangis, nak menjerit semua ada. Tapi kalau kau asyik berendam hati dan perasaan sampai bila nak bangun???
.
Orang boleh cerita gelak gelak kat media sosial ni.
Orang boleh cerita benda benda best kat media sosial ni.
.
Tapi kalian takkan tahu apa yang telah mereka korbankan. Kalian takkan tahu bila mereka menangis. Update status best kat media sosial tapi hati sedang menangis.
Setakat cakap cakap orang. Bagi aku itu picisan. Anggap je suara tu suara sampah ditepi jalanan. Sebab tu aku boleh cool sepanjang masa.
.
Aku kalau nak baik dengan orang sangat senang. Tapi once ai dah tarik ''hand brake" pepandai lah. Mader bukan jenis yang suka cakap sana sini sound orang sesuka hati. Ai tak suka ai diam. Undur diri perlahan lahan.
.
To women out there, sudah sudah lah mengadu domba tentang nasib diri dan nasib orang lain. Cukup lahhh. CUKUPPPPPPPP. Fokus dengan kehidupan diri, fokus dengan apa yang patut kau buat. Jangan sibuk hal orang lain. Jangan jaga tepi orang lain. Jauhkan diri dari gosip hidup dan gosip bisnes yang tidak mendatangkan faedah.
.
Nak belajar jadi sado macam power langeshh boleh. Tapi kena tahan telinga.
InsyaAllah, kita tidak akan punya masa untuk sakit kepala.
.
Siti Zulaikha Olivia,
Wanita Hati Captain Marvel.
p/s: biar pakai selipar tapi hati sado πŸ˜