Saturday, June 29, 2019

Mengadu Domba

Setiap kali nak update entri terbaru mesti kata eh eh dah lama tak update blog ni kan hahaha. Haih, tak nak dah kata gitu. Dah memang blog ni bersawang. Sekarang agak berkelapangan dan ada idea boleh lah buat entri terbaru.


Dua tiga hari ini aku dihujani dengan pelbagai cerita cerita yang tak sedap didengar. Membuatkan aku terfikir fikir. Kalau ikut aku punya perkiraan itu adalah mengadu domba. Dan dari dulu aku memang tak suka peel mengadu domba. Terutamanya yang boleh membuatkan perselisihan faham serta permusuhan.

Mengikut dari link Darul Kautsar, orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada seseorang yang lainnya dengan tujuan menyebabkan permusuhan diantara mereka.

Hukum mengadu domba ini adalah HARAM.

Ececeh, tetiba jadi Ustazah tak bertauliah pulak malam ni hihihi.

Awalnya, apa motif si pengadu domba ini? Apa perasaan mereka apabila menceritakan perihal orang lain kepada yang lain???

Kalau diikutkan mengadu domba ini bukan sahaja boleh menyebabkan permusuhan. Ia juga termasuk membuka rahsia seseorang itu dengan  ucapan, tulisan, isyarat ataupun yang lain. Hakikatnya mengadu domba itu adalah membuka rahsia dan aib orang lain.



Seseorang menulis surat kepada Shahib bin `Ubbad yang isinya menyarankan kepada beliau supaya mengambil harta anak yatim, kerana anak itu memiliki harta yang banyak. Kemudian Shahib membalas surat itu, “Namimah (mengadu domba) itu buruk sekalipun benar, oang yang mati itu semoga Allah merahmatinya, anak yatim itu semoga Allah mencukupinya, harta itu semoga Allah mengembangkannya, dan orang yang ingin menguasai harta itu semoga Allah melaknatnya.”

Hasan al-Bashri berkata, “Barangsiapa menyampaikan suatu cerita kepada anda, maka ketahuilah bahawa dia pun akan menyampaikan cerita anda kepada orang lain. Ini adalah seperti kata pepatah: ‘Orang yang bercerita kepada anda, akan bercerita tentang anda’ kerana itu, hati-hatilah terhadapnya!”

Ibnu Mubarak berkata, “Anak haram tidak dapat menyimpan cerita”

Kenyataan ini menunjukkan bahawa setiap orang yang tidak dapat menyimpan cerita dan berjalan sambil mengadu domba adalah anak haram. Ini berdasarkan pada firman Allah, “Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.” (Al-Qalam: 13)

“Zanim” dalam ayat di atas adalah anak haram (anak zina).

Ada ulama berkata, “Barangsiapa memberitahu mu tentang aib saudaramu, maka sesungguhnya dia juga mencelamu.”

Seseorang datang menemui `Ali bin Husein, lalu berkata, “Si fulan telah mencacimu dan mengatakan tentang dirimu begini begitu”. Beliau menjawab, “Mari kita pergi menemuinya!” Maka pergilah `Ali bersama orang itu. Orang itu menyangka `Ali akan membela dirinya. Setelah sampai di tempat orang yang dituju, `Ali berkata, “Wahai saudaraku, seandainya apa yang engkau katakan tentang diriku itu benar, semoga Allah mengampuniku; dan seandainya tidak benar semoga Allah mengampunimu!”

Sehubungan dengan firman Allah, “(Dan begitu pula dengan) pembawa kayu bakar”. (Al-Lahab: 4), dikatakan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah isteri Abu Lahab. Dia suka mengadu domba. Tindakan adu domba itu disamakan dengan kayu bakar kerana ianya menjadi sebab timbulnya permusuhan, sebagaimana kayu bakar menjadi sebab menyalanya api.

Dikatakan pula bahawa kelakuan orang yang mengadu domba itu lebih berbahaya dari pada perbuatan syaitan. Syaitan hanya membisikkan rasa was-was, sedangkan pengadu domba itu berhadapan langsung.

p/s: Tidak ada satu perkara yang baik pun tentang si pengadu domba ini. Semoga kita dijauhkan dari perkara perkara yang tidak baik sebegini.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...