Aku agak jarang update entri tentang SEDAR Malaysia. Dah tak update blog kan. :D
Alhamdulillah dah hampir setahun NGO SEDAR Malaysia beroperasi dan Alhamdulillah SEDAR Malaysia masih mampu bertahan walaupun tidak ditaja oleh mana mana individu atau parti politik.
Setelah hampir setahun, kini ada insan yang baik hati memberi tumpang pejabat yang kosong untuk dijadikan sebagai pejabat rasmi SEDAR Malaysia. Sebelum ini, beroperasi sepenuhnya dari boot kereta hahahah... Kesian sungguh.
Walaupun SEDAR ada Rancangan Live seperti Sembang SEDAR dan Bicara SEDAR yang ditayangkan secara LIVE di Page Facebook Rasmi Nothing to Hide Media, dengan adanya pejabat baru ini InsyaAllah akan ada banyak lagi perancangan yang bakal dibuat.
"Alhamdulillah, syukur, Ini adalah tajaan pertama untuk studio mini kami. Secara terus terang pagi tadi semasa kami berbincang pasal kos studio yang memang kena ada, kami tahu kami tidak dapat menanggung kos ini.
Bila bercakap pasal dana untuk menggerakkan SEDAR Malaysia datang dari ahli ahli kami, rakan-rakan SEDAR Malaysia dan jualan t-shirt dan stik. Dan er. Dan kami tahu dengan segala perancangan kempen, kami memerlukan Dana yang banyak. Walaupun pada awalnya tadi kami segan untuk meminta penajaan dari rakan-rakan, kami telah diingatkan oleh seorang rakan bahawa untuk masa terdekat ini banyak lagi kos yang kami kena keluarkan dari poket sendiri.
Jadi dengan rendah diri kami minta bantuan penajaan. Dan kami tidak sangka rakan-rakan kami, Followers kami sudah mula bertanya apa situasi dan apa yang boleh dibantu. Nak menitis air mata kami bila sudah ada yang mula bank in kan tajaan. Terima kasih saudari H yang pecahkan telur tajaan.
Terima kasih dari seorang abang dari Pagoh yang berkali-kali membantu kami. Dan awal-awal lagi kami ucapkan terima kasih kepada semua. Studio ini sangat penting. Jika anda perasan Kerajaan 48% ini sedang giat menjalankan kempen propaganda dan kempen propaganda ini perlu dibendung sebelum menjadi parah.
Itulah tanggungjawab SEDAR Malaysia.
Semoga segalanya dipermudahkan. Salam Perjuangan''
No comments:
Post a Comment