Thursday, January 28, 2016

Jadikan hidup lebih baik...

Entahlah... tiba-tiba rasa nak mengetuk-ngetuk keypad laptop pula malam ini. Hmmmphhh...

Mengeluh? Mengeluh?

Sebelum ni idea datang mecurah-curah sampai tak sabar nak siapkan aktiviti mencuci pinggan yang berlambak tu. Dah tu bila di depan lappy ni tiba-tiba blank! Tak tahu nak taip apa... Taip je la apa yang keluar. Sekadar luahan perasaan malam sementara menanti pai yang dibakar masak di dalam oven.

Saya terfikir sesuatu perkara yang terlintas di fikiran.

Setiap dalam diri kita mempunyai perancangan yang maha hebat. Kita dah susun dah bila mahu berkahwin, umur berapa mahu ada anak, umur berapa mahu berhenti beranak. umur berapa mahu bertaubat, umur berapa mahu jadi jutawan....

Akan tetapi pernah ke kita terfikir yang segala-galanya akan berlaku dengan ketentuan Allah. Andai Allah kata jadi maka jadilah ia. Ayat "Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan penentu segala" merupakan ayat cliche bagi kita.... Cuba kita amati ayat itu, selami maksudnya mungkin kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dengan KurniaanNya.

Kita sering menyalahkan Allah dalam bab-bab rezeki. Kita selalu bertanya bilalah Allah mahu beri aku rezeki duit yang banyak? Bila lah Allah mahu beri aku rezeki kekayaan? Pernahkah terfikir apa yang kita dapat, sekecil-kecil rezeki pernahkah kita bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa. Pernahkah kita cuba "MEMBODEK" Allah?

Boss kalau kita bodek mereka happy tak? Mesti boss akan lebih sayang kepada kita jika kita buat apa yang boss suka, dengar cakap boss dan ikut je apa yang disuruh. Begitu juga Allah. Nak dapat perhatian Allah kena bodek cukup-cukup. Bagi dia nampak "inilah hambaku yang selalu mendengar kata dan mengerjakan apa yang disuruh..."

Sekiranya Allah suka dengan kita, apa yang kita mahu Allah akan tunaikan dengan sekejapan sahaja. Asal mintak je dapat, asal mintak je dapat sehingga kita rasa segan dengan Allah SWT...

Wednesday, January 13, 2016

SRJK (C) Tsun Jin 2016

Setahun sudah berlalu maknanya setahun juga Hanif bersekolah di SRJKC TSUN JIN. Tahun ini kita Tahun Kedua. Darjah 2T. Terasa juga pressure di situ. Ini disebabkan oleh faktor di mana saya sudah set di kepala this year no play play...


Akhirnya saya akur, hidup itu memang satu pilihan. Jadi pilihan saya sama ada menjadi surirumah & homebaker atau agen insurans... Setelah berfikir dan berteleku begitu lama akhirnya saya buat pilihan. Lepaskan kerjaya sebagai agen insurans. Kerana hati lebih ke arah homebaker... Alhamdulillah lepas satu beban berat dibahu.

Hidup sebagai seorang surirumah, homebaker dan jadi driver anak bukan senang. Baru seorang anak yang bersekolah. Kalau tiga empat orang tak tau akan jadi apa. Tambah satu kerja pergi ke pejabat pos. Tapi nikmat melihat anak membesar di depan mata membuatkan saya terfikir. Nikmat dan rahmat apakah yang Tuhan telah beri? Syukur Alhamdulillah...


Tahun ini Alhamdulillah anak mama Darjah Dua. Kelas 2T. Dah berpisah dengan kawan tahun lepas. Satu perubahan yang saya lihat kenakalan Hanif berkurangan sedikit... Maknanya anak mama dah besar.
Daripada apa yang diperhatikan mama lihat Hanif dah kurang kenakalannya berbanding dulu. Baju sekolah pun dah kurang kotor... Senang sikit mama mahu sental... Sebelum ini baju macam belacan orang tua-tua kata hinggakan pak jaga pun nak mintak baju special dari Hanif. Pak jaga ni kata Hanif seorang sahaja baju lain dari yang lain. Macam-macam haha...



Tuesday, January 12, 2016

Tahun Baru yang sudah tidak baru

Gila!

Selamat Tahun Baru 2016... Belated!!!

Last update entri terbaru Oktober 2015. Memang kerja gila! Setahun tak update blog. Masa tu memang busy tahap maksima. Ada masa terluang untuk berehat cukup-cukup. Sibuk dengan buat roti untuk booth, bazaar dan lain-lain. Sibuk juga buat brownies.

Pelik... Sugarmello Bakery tapi cuma buat Brownies sahaja kan. Huhuhu... Itulah fokus kami sebenarnya. Nak buat kek lawa-lawa design belum pandai. Tools semua ada. Kau nak tempat letak kek yang boleh pusing-pusing tu? Pun ada! Buat tidak. Dah pergi kelas menghias kek dengan buat bunga guna buttercream. Tapi masih lagi belum pandai. Balik-balik brownies. Balik balik congo bars. Raya je buat biskut... ehe...

Salute dengan orang yang boleh buat macam-macam. Terer...

Bermula Januari macam-macam projek yang ada. Saya berhentikan dulu untuk join booth atau mana-mana bazaar atas sebab-sebab lain. Tahun ini mungkin hanya mahu fokus ke arah lain pula. Mungkin hanya akan join event yang besar sahaja. Mungkin... Akan tetapi tidak termasuk dalam perancangan 2016. 

Kini sudah pertengahan Januari 2016. Projek terbaru masih ongoing dan hampir siap. InsyaAllah minggu depan akan beroperasi... Berdebar juga sebab tidak pernah lagi terlibat dengan projek penting lebih-lebih lagi apabila bersama dengan usahawan-usahawan Muslim yang hebat. Hebat bagi saya bermaksud sudah supply produk ke Tesco, Giant, Carrefour, Mydin dan sebagainya, sudah punya packaging sendiri yang sangat wowww! Masa buat presentation produk tempoh hari pun dah malu-malu segan.

Esok InsyaAllah bermulanya hari baru projek baru. Produk pertama akan dihantar esok. Saya juga akan mengambil beberapa vendor di bawah nama Sugarmello Bakery dan produk tersebut akan diedarkan oleh saya. Untuk batch pertama sudah penuh. InsyaAllah batch kedua akan menyusul.

Tunggu ya ;)


Wednesday, October 14, 2015

Cinta Brownies 101

Assalamualaikum...
Salam Ma'al Hijrah...
Salam Sejahtera...

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru Islam. Semoga Tahun ini akan membawa kepada kita lebih banyak perkara yang baik-baik. Jangan lupa berusaha untuk upgrade ibadat kita. Nak "tackle" bos besar mesti kena pandai bodek betul tak? Jadi bodek Allah dengan membuat suruhannya. Nak bodek mak bapak pun kena dengar dan ikut kata-kata mereka kan. Barulah tak kena marah hehe...

Petang semalam, saya menerjah ke Stesen KTM Bank Negara ke Kiosk Food House By Sister untuk menghantar Brownies. Kakak FHBS ni nama dia Kak Su mesej kata Brownies tinggal 2 pack je lagi.

BROWNIES + NUTELLA + CHOCOLATE RM4.00 PER PACK

Sampai di Stesen KTM Bank Negara hari pun hujan. Hujan dengan selebat-lebatnya. Sementara tunggu hujan berhenti bersembang-sembanglah sebentar dengan Kak Su. Menurut Kak Su brownies memang mendapat sambutan yang baik di sana. Buat permulaan ini saya cuma hantar 16 packs. Kak Su sehari boleh jual dalam 8 hingga ke 10 packs satu hari. Ia merupakan permulaan yang amat baik bagi saya yang baru belajar meletak produk di kiosk ni, Rasa bersemangat juga dengar. Banyak juga komen-komen positif dari pelanggan-pelanggan Stesen KTM Bank Negara. Yang tak tertahan bila ada seorang pelanggan ni kata yang Brownies Sugarmello ni lagi sedap dari Secret Recipe..hahaha... Rasa terharu sangat. Apalah sangat saya ni jika dibandingkan dengan Secret Recipe yang sudah glamour dan dikenali ramai ittew... Tapi tak salah andai Sugarmello menjadi seperti Secret Recipe suatu hari nanti kan kan kan...

Kemudian Kak Su bercerita ada seorang lelaki ni dah tiga hari berturut-turut datang ke kiosk dia untuk membeli brownies. Rupa-rupanya dia hantar "girlfriend" dia ke Stesen tu setiap hari. Tapi sebelum tu dia akan singgah di Kiosk Food House By Sister ni beli brownies. Dia kata "girlfriend saya suka brownies ni kak..." Happy kan dengar. Alhamdulillah bila pelanggan berpuas hati dan suka saya tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan ini. Hanya bakers je yang tahu kot hehe...

Saya pernah terbaca satu post seseorang di Facebook berbunyi begini "tak dapat beri kek murah kita bagi kek sedap... InsyaAllah pelanggan akan rasa happy dengan value yang kita bagi"

Inilah yang saya cuba lakukan. Cuba untuk memberi value kepada pelanggan Sugarmello. 

Tuesday, October 13, 2015

Kempen Menutup Aurat di Facebook

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur masih bernyawa. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita dan segala urusan kita dipermudahkan.

Entri ni fresh! Bukan karang malam tadi...

Hari ini buka wall Facebook tengok ramai sahabat-sahabat positif yang share tentang Kempen Menutup Aurat di Facebook. Saya pun share juga tapi share status sahabat je hehe...

Bagus kempen ni. Ramai-ramai mengajak kita sesama Muslim untuk menutup aurat. Alhamdulillah Allah dah bukakan hati saya untuk menutup aurat beberapa tahun yang lepas dan masih lagi berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sebenarnya kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Mungkin andai hidup kita tak tenang sebelum ini apa kata kita ambil langkah pertama dengan menutup aurat.


Seorang sahabat pernah berkata kepada saya ketika saya berada di dalam dilema mahu bertudung atau tidak. Ayatnya "dosa orang tak pakai tudung lain, dosa orang pakai tudung lain. Katalah selama ni kau buat 6 dosa yang sama setiap hari termasuk tak tutup aurat, bila dah bertudung dah kurang satu dosa betul tak..? " Saya terdiam dalam hati terdetik "betul jugak kan..."

Balik rumah satu malam tu tak boleh nak lelapkan mata. Tanya suami ok ke kalau pakai tudung. Suami memang sangat bersetuju. Malahan dia kata dah lama dia nak suruh tutup aurat. Cuma nanti takut kita tak ikhlas. Biarlah saya sendiri yang rela...

Alhamdulillah Allah beri saya hidayah untuk memakai tudung. Alhamdulillah sehingga kini Allah masih lagi memberi hidayah kepada saya memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim sempurna di mataNya.

Saya bersyukur kerana saya merupakan hamba Allah yang telah diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Andai kita cuba untuk berubah jadi baik kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk memudahkan proses perubahan kita. InsyaAllah...

Apa kata kita bermula dengan ELAK post yang tidak menutup aurat, BERMULA hari ini hingga kiamat, elakkan LIKE dan KOMEN pada gambar yang menunjukkan aurat, COPY PASTE di fesbuk masing-masing, atau buat satu entri khas di blog anda...

#KEMPENMENUTUPAURATDIFACEBOOK

Monday, October 12, 2015

Kenapa perlu ada insurans

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Sebelum ni ada entri yang berkaitan tapi dah lupa letak as label apa huhu...

Minggu lepas, anak buah saya dikejarkan ke KPJ Bukit Mertajam Penang. Pak cik dengan mak dia kalut sebab insurans takaful atas nama ayah dia which is adik saya. Malam sebelum tu hand phone adik saya hilang. Yang kelakarnya hilang lepas dia call saya hahaha... Orang lalai. Sibuk fikir pasal kereta dia hentam orang. Nak pergi balai polis. Lepas call kakak dia ni, dia boleh letak hand phone atas kereta. Lepas tu start kereta terus jalan. Bijak kan. Tak boleh marah kan sesiapa melainkan memarahi diri sendiri atas kebodohan diri ahahaha...

Esoknya tu anak dia masuk hospital disebabkan asma. Terpaksa pak cik dia mesej adik yang bongsu tu.

Prudential punya prosedur kalau kita nak masuk hospital kena tunggu initial GL (gurantee letter) di mana Prudential akan hantar SMS ke nombor telefon agen atau pemegang polisi. Disebabkan saya bukan agen Prudential lagi jadi saya tak dapat mesej tersebut. Jadi saya pun dah kelam kabut nak buat apa sebab nak call customer service mana boleh dah bukan agen kan. Macam mana nak check.

Tanpa membuang masa saya terus call kawan yang masih lagi dengan Prudential. Minta pendapat samada dia boleh tolong atau kena call ex-boss. Dia kata try je call PBTB (Prudential BSN Takaful Berhad) dulu dan inform yang saya ni ex-agen Pru nak check status GL ex-client.

Saya pun terus call HAS. HAS ni hotline yang memang khas untuk kes-kes yang berkaitan dengan admission ke hospital panel. Saya inform telefonis tu yang saya ex agen Prudential then nak check status Initial GL client. Alhamdulillah... Boleh. Rupanya KPJ belum lagi hantar fax ke Prudential berkenaan dengan admission tu. Tapi anak buah den yang comel tu dah masuk wad. Risau gak kalau GL tak approve naya nak kena bayar bil. Alhamdulillah esoknya abang ipar adik saya inform KPJ kata Initial GL dah approve. 4 hari juga tidur di wad kena nebulized. Kesian...

Bila Initial GL dah approve final GL InsyaAllah takkan ada masalah.

Hari adik saya call dan cakap "syukurlah dorang (anak-anak) ada insurans kak... Kalau tak tu nak kena bayar bila RM4000.00 mana aku ada duit..."

Saya kata "kau jangan cancel insurans tu. Bayar je bukannya banyak pun sebulan RM120.00 je. Dua orang RM240.00. Sayang tau. Sekarang ni pun polisi minimum sebulan untuk anak RM150.00...."

"Pasal kakak kau ni agen dulu lah dapat sebulan RM120..." - ok yang ni tipu Hehe

Lepas tu dia kata "aku nak amik jugak lah nanti..."

Dah dengar bil anak beribu dua tiga kali insurans kompeni bayar baru sibuk nak ambik. Akak kau dah tak jadi agen dah.

Abang ipar dia sendiri macam tak percaya bila dengan insurans anak buah dia cover sampai dorang besar. Siap investment lagi. Alhamdulillah...

Sebenarnya... Tak semua orang ada kesedaran begini. Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Nak anak selesa masuk wad. Walaupun masuk hospital tapi tetap dapat tempat selesa. Tapi berapa ramai ibu bapa yang mampu.

Saya dah bukan agen Prudential BSN Takaful dan bakal bukan agen AIA Takaful. Tapi InsyaAllah saya akan menulis entri-entri yang berkaitan dengan Takaful. Bukan tentang apa yang dilindungi oleh syarikat insurans takaful. Tapi apa faedah andai kita punya takaful...

Insurans Takaful umpama kapal. Kapal besar coveragenya besar. Kapal kecik coveragenya kecil. Ambil Takaful ikut kemampuan. Jangan amik plan besar lepas tu tak mampu dah nak bayar sebab masalah kewangan. Satu kita perlu ingat komitmen dengan Insurans Takaful ini merupakan komitmen untuk jangka masa yang lama. Jadi, ambil plan mampu milik dan boleh upgrade untuk masa akan datang...!

Apa itu rezeki?

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Sejak Facebook telah bertukar dari media sosial yang boleh berkongsi apa sahaja ke media yang lebih mementingkan konten berkualiti sungguh sangat rajin saya menulis entri-entri terbaru di blog ini. Kalau tidak lama baru nak update. Tapi sebenarnya saya pun tak pernah post panjang lebar di wall Facebook. Tak ada idea nak karang apa. Kalau blog ada je idea tercurah. Cuma malas nak taip.

Teringat zaman batu Facebook dulu tak boleh nak taip Status melebih 30-40 perkataan. Tension kan. Taip lebih sikit je dah stress sebab keluar pop up kata huruf dah exceed limit... Sadis sungguh. Selepas beberapa ketika ketika makin ramai pengguna Facebook, Mark Zuckerberg and the gang dah ubah setting. Oleh itu sekarang ni korang boleh taip panjang-panjang.

Ok sambung...

Apa itu rezeki? Apa yang dimaksudkan dengan rezeki?

Kita selalu cakap "InsyaAllah ada rezeki Allah bagi", "Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada"..

Tapi bila dengar perkataan rezeki, apa yang terlintas di kota pemikiran anda?

Ada orang mungkin dah tahu dan mungkin ada di kalangan kita tak terfikir pun maksud rezeki tu.

Kalau saya orang tanya dulu maksud rezeki tu apa, saya pun tak tahu nak jawab apa. Soalan senang tapi nak bagi jawapan tu susahnya...!

Sebenarnya, rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan maksud rezeki itu sendiri terlalu luas. Rezeki ialah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah Ta'ala kepada hambanya.

Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan harus menjadi seorang yang kaya harta. Allah SWT hanya membebani manusia dengan berusaha sesuai dengan kemampuan. Dan hasil usaha kita itu di tangan Allah. Allah SWT telah melapangkan dan menyempitkan rezeki seseorang itu mengikut kehendak-Nya.

Kedudukan harta dan kekayaan tidak boleh sejajar atau bahkan lebih tinggi dengan kedudukan iman dan ibadah kepada Allah.

Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang harus diuruskan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata-mata di dunia ini. Namun begitu, Allah memberi kebebasan kepada hambanya yang menggunakan nikmat ini untuk manfaatkan dunia berlandaskan syariah.

Selain itu, kekayaan adalah merupakan salah satu jalan menuju kejayaan.

Ayat 10-12, Surah As-Saff yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Dengan memahami kedua-dua konsep kekayaan dalam Islam ini, maka aspek perancangan kewangan perlulah diberi perhatian. Melaksanakan perancangan kewangan yang baik dan berkesan merupakan suatu Ibadah dengan tujuan menjaga Amanah daripada Allah dan salah satu cara mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana janji Allah yang disebutkan diatas.

Seorang Muslim yang beriman itu adalah baik, tetapi seorang Muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah Allah untuk kemaslahatan(kebaikan) ummah adalah amat disukaiNya.


Sumber: Titastujuh

PROMOSI MELETUP NUTELLA BARS

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Nutella Bars merupakan salah satu produk terbaru Sugarmello. Belum sampai sebulan berada di market duduk bersama Congo Bars dan Brownies kami. Dah ada dua tiga customer yang order. Tapi pelancaran secara rasmi belum lagi dijalankan.


Yang ini saiz 10"x10"
Oleh itu, di hari yang baik ini, bermula hari ini sehingga Jumaat kami ingin membuat PROMOSI Nutella Bars ini.

Dengan saiz 7''x7'' kami tawarkan harga hanya RM33 sahaja. Akan tetapi, andai kata anda beli dua kami akan beri harga paling istimewa iaitu hanya RM55 untuk dua loyang Nutella Bars yang bersaiz 7''x7''. JIMAT RM11!!! Harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk tempahan boleh hubungi 012-293 5578 atau boleh Direct Message kami di Instagram @sugarmello2u atau PM kami di Facebook Page Sugarmello Bakery.

Kiosk di Stesen KTM MidValley 12 Oktober - 16 Oktober 2015

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Selamat bekerja untuk semua. Hari Isnin bukan untuk bermalas-malasan. Ia merupakan hari di mana kita kena letup-letupkan momentum kerja kita. Eceehhh... Cakap macam best je kan. Dulu kerja dengan orang benci nau jumpa Isnin. Malam Ahad tu fobia je nak tidur awal takut Isnin tu ngantuk. Sekarang tak perlu nak paksa, sendiri carik semangat walaupun malam tadi tidur 2 pagi. Still kena bangun pukul 4.30 pagi.


Hari ni Kiosk Food House By Sister ada di Stesen KTM MidValley selama seminggu. Boleh rujuk jadual Sugarmello di sebelah kanan anda. Seperti biasa Brownies Sugarmello sah ada bersama dengan FHBS. Bukan setakat brownies je. Macam-macam ada. Ada opak ubi pedas, hot crunchy, breakfast yang sedap dan juga pudding slurpy yang selalu mendapat sambutan.

Kepada sahabat-sahabat yang berada di kawasan berhampiran atau yang ke Mid Valley naik KTM terutamanya staffs Mid Valley yang ohsem!! Korang mesti singgah. Tak beli pun takpe. Usha je apa yang ada. Singgah ehhh!!!

Sunday, October 11, 2015

Memberi atau tidak memberi

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Semalam saya berjalan-jalan di pasar malam Pandan Jaya mencari makan tak lain dan tak bukan Kepak Ayam Madu yang sedap dan murah. Seperti kebiasaannya kami akan beli RM10 dan kakak tu akan beri satu FREE. Murah kan. Lepas tu beli pula Soto Bihun dan Soto Nasi kegemaran anak-anak. Sekali sekala apa salahnya kan.

Sudah sedia maklum kebanyakan Pasar Malam yang kita kunjungi kita akan jumpa peminta sedekah di kiri kanan gerai-gerai Pasar Malam tersebut. Kadang-kadang hanya dua tiga orang. Adakalanya ramai melebihi 5 orang. Semalam agak ramai kira-kira hampir 10 orang.

Mungkin lumrah dan menjadi satu kebiasaan "orang kita" akan menghulur seringgit dua atau lebih kepada mereka ini. Tidak dinafikan rakyat Malaysia merupakan rakyat yang rajin bersedekah menghulurkan bantuan.

Ada juga yang tidak menghulurkan apa-apa atas sebab-sebab mereka sendiri. Mungkin mereka mahu memberi tapi dipintas perasaan ragu-ragu seperti "betul ke mereka ni susah...?" "sindiket kot..." Bermacam-macam persepsi yang keluar. Jadi, dari mahu meberi langsung tak jadi nak hulur disebabkan persepsi di minda kita.


Seperti kisah semalam saya ternampak seorang lelaki yang duduk meminta sedang mengira-ngira wang RM1 yang dia dapat dengan tidak berhenti. Saya terus tergamam. "banyakkkk..." tedetik hati saya berkata-kata. Tatkala itu bermacam-macam persoalan yang timbul di kotak pemikiran saya. Saya mula memerhatikan fizikal dia... hmmmphh... sihat! Saya mula memerhati sikap dia...hmmmpphh... okey! Dan saya mula mempersoalkan tujuan dia. Kenapa dia minta sedekah ehhh? huhuhu... Dia sihat, muda dalam usia 30-an, badan kuat, boleh bekerja tetapi kenapa memilih untuk meminta-minta? Seandainya beliau memegang kotak tertulis "DERMA IKHLAS UNTUK PEMBINAAN MASJID" mungkin akan lebih meyakinkan walaupun tidak tertera nama masjid tersebut.

Teringat seseorang pernah berkata, "aku kalau nak bagi aku bagi je, tak payah nak fikir. Aku malas nak fikir sindiket ke apa. Biarlah, yang penting aku dah bagi, ikhlas...! Kalau niat kita nak bagi, bagi j la...." Mulai dari itu, hilang terus sangka buruk... Jadi, cepat-cepat saya buang sangkaan buruk itu dari minda.

Maksudnya andai kita mahu memberi, kita beri je. Kita bantu setakat yang mampu. Tak perlu nak fikir yang kita kena tipu ke, dorang dah dapat banyak ke...  Semua itu usah susah payah nak fikir. Allah tahu niat kita. What you give, you will get back and you will get more.

Latih diri kita untuk sentiasa memberi. InsyaAllah Allah akan balas berpuluh kali ganda.