Friday, November 1, 2019

The Danna Langkawi - Edisi Langkawi 2019

FIRST OF ALL, THANK YOU DANNA LANGKAWI FOR YOUR HOSPITALITY.

Entri yang aku tulis memang bersambung dan ada kaitan dengan satu sama lain. Ini disebabkan aku nak asingkan entri mengikut aktiviti. Senang sikit nak review. Senang sikit nak jadi bahan rujukan. Kalau buat satu entri cerita satu Pulau Langkawi alamatnya setiap kali nak bukak blog pun orang dah menyampah.

Okay memandangkan kami dah meredah jam tahap hawau sampai semua orang stress di dalam kereta. Ye lah. Dengan panasnya memang menguji keimanan. Ditambah lagi dengan Event IRONMAN. Berganda ganda stress level. Nak sangat Holiday time festival kannn. Mendapatlah haha. Aku dah mabuk dalam kereta. Mengantuk gila. Tutup mata je lah tahan pening.

Aku tak dapat nak upload banyak gambar dalam ni. Nanti lagging. Nak layan gambar boleh klik kat SINI.

The Welcome:
Sampai je di lobby Hotel The Danna Langkawi, terus ada orang bukakan pintu. Tolong angkat beg. Siap tolong park kan kereta uols. Lepas tu ada "Welcome drinks" dan tiga minit "shoulder massage". Diberi pula "cooling towel" setiap satu seorang. Huuu... Best giler! Rasa segar bugar dapat lap muka dengan tuala sejuk ais batu. Sofa tempat duduk tu pun kalau baring kat situ boleh lelap terus.



Dah check in di kaunter, sementara menunggu bilik siap one of Staff The Danna bawa kami jalan jalan keliling hotel untuk "Quick Tour".



Dah habis "Quick Tour" memandangkan bilik pun masih belum sedia kami ditempatkan dibilik sementara untuk menyegar dan merehatkan diri. Sempat anak anak aku terjun mandi manda dalam "bath tub". Dapat anak anak hantu air macam ni lah. Pantang jumpa tempat yang seakan akan pool. Terus terjun.




Bilik:
Katil yang sangat besar dan empuk. Bilik yang sangat luas. Hiasan yang ringkas. Kemas. Ada kerusi, meja, dua almari besar, WIFI, Safety Box, minibar dan mini sofa. Bilik mandi yang luas. Tab Mandi yang besar. Kali kedua anak anak terjun lagi masuk tab mandi sebab tak dapat mandi pool. Di beranda pun ada satu sofa besar yang mana kalau bosan saja nak layan view alam hijau boleh baring sambil berangan hihi.

Masa tu kami bayar extra untuk budak budak jadi dapat extra bed sorang satu.


Make Up Table & Sinki kiri kanan

Bath Tub



Syokkkk...


Toiletries

Complimentary. Biscotti tu sedap!



The pool:
Nampak macam satu pool tapi sebenarnya ada tiga "Infinity Pool''. Paling dalam 1.7 meter. The largest Infinity Pool in Langkawi. Hanif dan Hadif dua dua pandai berenang takde lah nak mandi manda kat pool budak. Eksyen kan hihi. 

Di tepi kawasan pool pun view cantik. Ada tempat beristirehat yang sangat selesa di bawah payung atau pokok. Toleh kiri kanan pun view kehijauan. Shower Room pun dibuat dinding berbatu boleh feeling mandi air terjun.




Morning view

Morning view

Seronok kan mandi pool. Air tak sejuk.

Morning view


Kedalaman 1.7 meter




The Beach:
Tak sempat nak pergi. Kalau tengok view dari bilik memang cantik. Pasir putih dan bersih.



Servis dan perkhidmatan:
Sangat best. Buat kau rasa special. Memang servis 5 star hotel. Memang patut pun Danna Langkawi memenangi awards;

#1 - Top 25 Hotels in Malaysia
#1 - Top 25 Luxury Hotels in Malaysia
#3 - Top 25 Hotel for Service in Malaysia
#4 - Top 25 Hotels for Romance in Malaysia
#15 - Top 25 Luxury Hotels in Asia

Staff yang sangat efisien, peramah dan mesra pelanggan. Dah memang dorang dilatih begitu kan. Servis mesti tip top. Bila pelanggan happy, pelanggan pun happy nak bagi undi. They deserved it.


Kids and Family Friendly:
Walaupun ramai yang datang sini untuk berbulan madu tetapi hotel ni juga sangat family friendly. Mereka ada menyediakan Kiddy's Club. Ada pelbagai aktiviti yang dijadualkan untuk anak anak yang datang ke sini. Perkhidmatan Babysitter pun ada disediakan dengan caj yang tertentu. Itu korang kena tanya sendiri. Sebab aku lupa nak tanya.


Public Toilet kat Ground Floor pun lawa hihi

The Food:
Kami cuma bersarapan di hotel je. Jadi nak review untuk lunch dan dinner payah lah. Ada banyak menu pilihan untuk sarapan pagi. Tapi kalau nak diikutkan kalau hotel breakfast buffet semuanya lebih kurang sama je. Ada yang hotel 4 star aku pergi punya menu pilihan lagi banyak dari Danna. Kat sini aku cuma makan bubur, muffin, kek, minum susu, oren dan latte. Latte kat sini sedap!

Ada part kelakar. One of the staff offer "Telur Dadar Malaysian Style" which is dia kata "special menu" of the day. Aku dengan kakak ipar aku tahan gelak hihihi. For Malaysian Telur Dadar tu sudah menjadi kebiasaan. Hari hari makan. Tapi kalau untuk foreigner terutamanya pelancong mat saleh dah tentu unik.

Semuanya best kat sini. Cuma isunya adalah harga. Buffet untuk budak je dah RM98.00 seorang. Ice Cream pun mahal. Snickers pun RM12. Boleh demam tengok harga. Ini semua adalah faktor lokasi. Danna Langkawi ni jauh dari town. Menghala ke arah Langkawi Cable Car. Jadi logik lah kalau satu scoop ice cream dia harga Baskin & Robbins.

My Latte !









Pendapat mengenai The Danna Langkawi:
Tempat yang sangat relaks. Agak jauh dari Pekan Kuah. Sunyi. Tapi dekat dengan Oriental Village, Langkawi Cable Car dan Skytrex. Taman Buaya Langkawi pun tak jauh sangat dari sini. Cuma dalam 20 minit. Nak lari dari kesibukan bandar dialu-alukan untuk menginap di sini. Nak dapat layan 5 Star hotel pun boleh datang sini. Nak layan pantai yang cantik, pool yang cantik, bilik yang selesa dengan pemandangan bukit bukau yang cantik pun boleh datang ke sini. Ada 114 buah bilik termasuk Villa dan Suites. Duduk kat Mandarin Oriental pun tak dapat layanan best macam kat Danna. 

Sayang kami cuma dapat tidur semalam di sini. Keesokkan harinya kami Check in di hotel lain pula. Memang tak puas. Sebab tak dapat nak layan keindahan pemandangan dan penginapan selesa di hotel ni lama lama. InsyaAllah we will come back again. 

Beranda, tempat lepak layan pemandangan alam semulajadi

Garden View

Gambar dari website The Danna Langkawi

Gambar dari website The Danna Langkawi. Just beautiful as it is. Sama macam dalam gambar.


Boleh ke website: The Danna Langkawi untuk maklumat lanjut. 

Boleh juga tempah bilik di The Danna Langkawi melalui Agoda, Trivago, Traveloka, Hotels dan Expedia.

Thursday, October 31, 2019

Welcome to Pulau Langkawi - Edisi Langkawi 2019




Jeti Kuala Kedah

Selepas 1 jam 45 minit naik ferry akhirnya kami tiba di Jetty Langkawi. Kali terakhir jejak kaki disini ialah pada tahun 2010. Wow dah hampir 10 tahun tak datang Langkawi. Zaman bekerja tiap tahun datang Langkawi hihi. Suami takyah cakap dia memang pergi tiap tahun atas urusan kerja.

Sempatlah tido satu jam dalam ferry walaupun TV di depan mata pada ketika itu. Lantaklah, mata dah ngantuk sangat.

Dah lah tersilap key in alamat kat Waze jadinya tersalah tempat. Sepatutnya taip Jeti Kuala Kedah. Tapi aku just search Kuala Kedah. Tak pasal pasal kena marah dengan suami hihi. Dalam hati dah lah tak tido semalaman. Lepas tu bukan nak appreciate pun kita teman dia drive tak tido. Salah sikit je kena marah. Sedih tau hahaha.
Dalam Feri, mata dah rabak.

Masa ni dah nak sampai Jeti Langkawi. Cantikkan laut kebiru biruan ni. Subhanallah.





Hadif punyalah excited. Kesian dia. Tak pernah pergi Langkawi. Abang Hanif dah banyak kali pergi. Hadif umur 6 tahun baru dapat merasa jalan jalan kat Langkawi. Abang Hanif satu Langkawi tu aku dah bawak pusing sampai satu pun takde yang tertinggal. Jadi kali ni memang khas datang ke Langkawi nak bawak si kenit mader jalan jalan.

Kempen "Sayangi Sawitku" di sepanjang perjalanan dari Jeti menuju ke pintu masuk utama hihi...

Panas lit lit. Topi tu umur 10 tahun.

Sampai je dah habis sesi bergambar terus pergi isi minyak kereta dan cari kedai makan. Perut dah lapar. Menggigil gigil tapi, pelik aku cuma makan Roti Tisu dengan air kosong je. 😅






Dah sarapan bersiap siap nak ke hotel. Alih alih terperangkap dalam jam disebabkan oleh Event Ironman 2019. Membebel laaa suami mader kat dalam kereta. Siap kata tak bagi notis, takde info, tak plan lah macam macam.

Sebagai seorang yang berfikiran secara rasional dan biasa dengan event event larian macam ni aku pun back up. Bukan nak back up beria. Tapi logik lah event besar macam ni mana ada orang plan sebulan dua.

Kebiasaannya untuk jadual event larian, berbasikal, IRONMAN dan sebagainya semua sudah diatur setahun sebelum pertandingan. Tak percaya cuba korang search event marathon untuk tahun 2020. Aku pun dah dapat senarai jadual larian penuh untuk tahun depan tau.

Yang salahnya kita sebab tidak selidik betul be  tul tarikh tu. Aku kalau orang tolong plan holiday aku tak check pun date tu ada apa, hari apa. Yang aku tau tarikh pergi dan balik. 😂

Melainkan kalau aku yang kena cari hotel sendiri barulah ambik tahu.

Okay berbalik kepada isu sesak di Langkawi.

Adalah lah dua jam baru tiba di hotel. Langkawi ada satu dua jalan je. Kalau satu tutup memamg naya penduduk dengan pelancong Langkawi. Pelancong dan penduduk Langkawi yang terkena jem adalah pelancong yang tersakiti. 😂

Tak boleh tahan. Nak check in. Nak refresh badan. Nak rehat. Lepas tu baru fikir nak naik cable car.

Perjalanan ke Kuala Kedah di malam Deepavali 2019

Dua minggu lepas kakak ipar aku tetiba bagitau yang dia dah book hotel kat Langkawi.

Dah aku siap ada plan nak berhari Deepavali makan makan dirumah kawan pada 27 Oktober 2019, hari Sabtu. Terpaksa cancelled.

Bila aku tanya encik suami, "Tak jam ke...'' Dia jawab takpe. Kita bertolak malam tak pun naik bas.

Time tu aku dah membayangkan yang aku tak tidur. Sebab aku ni ada fobia sikit bila nak drive memalam buta atau kena naik bas ni terutamanya trip yang jauh nak ke Kuala Kedah. Lagipun suami takkan bagi bini dia drive long distance. Dan memang aku takkan drive melainkan tiada pilihan.


Bila tiba waktunya tiket bas pun habis, tiket kapal terbang pun mahal, tiket ETS pun habis. Nak tak nak kena juga drive ke sana.


Bertolak dari KL pukul 10 malam. Lepas BESRAYA patah balik sebab tertinggal IC anak anak. Aku nye kerja lah tu. Tukar beg sampai IC anak pun lupa nak keluarkan. IC diri sendiri je ingat. Nampak sangat macam pentingkan diri je hahaha.


Sepanjang perjalanan menghala ke Utara Hentian dan R&R semuanya penuh. Nak masuk pun sesak. Sudahnya terpaksa juga bernenti kat Hentian sebelum R&R Tapah. Lupa dah nama. Cari toilet dan beli apa apa yang patut.

Memang sah pun yang buat jalan jam bukannya yang sambut Deepavali. Kita Malaysian kan pantang ada cuti panjang. Ada je tempat nak pergi. Balik kampung lah. Cuti cuti Malaysia lah kannn.

Pukul 10.30pm dari KL, tiba di Kuala Kedah pukul 6.00 pagi keesokkan harinya. Ferry pertama bertolak pukul 7.00 pagi. Alhamdulillah sempat!


Aku? Tak tido laaaa... Jadi navigator untuk dua orang driver. So, aku buat konsert dalam kereta. Nyanyi sedap ke tak sedap belakang cerita. Kakak ipar aku siap offer lagi Data dia supaya aku boleh layan IFLIX hahahaha.

Friday, July 12, 2019

TAPAK, Urban Street Dining, Stadium Bola Sepak KL

Kalau dah selalu menulis InsyaAllah idea tu akan datang tak berhenti. Ada orang suka taip simple, pendek dan padat. Ada orang suka taip panjang tapi penggunaan bahasa yang "proper". Macam aku dalam kategori yang suka tulis panjang tapi guna bahasa "netizen". Sebab aku rasa lebih santai. Blog aku pun bukannya blog yang formal dan guna Bahasa Melayu Tinggi. Bishe bishe je. 😂


Semalam, merupakan kali ketiga aku makan kat TAPAK, Urban Street Dining yang berada di kawasan Stadium Bola Sepak, KL. Biasa aku lari je kat depan Stadium Bola Sepak kalau hari hujan.

Menu aku? Opppkos laa Nasi Ayam Kunyit dan Nasi Daging Kunyit Mat Rock. Daging dia tak keras. Lembut dan sedap dikunyah.  😍


Beli siap dengan Teh Tarik ais yang marvellous itu.

Ada banyak makanan yang dijual di situ. Tapi aku tetap nak makan Nasi Mat Rock jugak.



Hadif pulak makan HOTDOG. Dia kata sedappp dengan gaya nada percakapan yang macam nak lagi. Haah aku tak layan. Dah tau dah kalau second round kompom tak habis.

Apa yang menarik perhatian aku selama aku duduk makan. Nasi Ayam Kunyit Mat Rock mendapat sambutan yang meriah. Non stop orang beratur.



Apa yang dapat aku simpulkan di sini. Mat Rock ni memang dah ada nama. Brand dah strong. Jadi kalau pergi mana mana pun orang kenal. Dah tau dah rasa Nasi Ayam Goreng Kunyit macam mana dan Nasi Daging Goreng Kunyit tu macam mana. Tak perlu susah susah nak promote bagai.

Faktor harga pun memainkan peranan. Kalau ikut dari pemerhatian aku dalam banyak banyak Foodtruck kat sini boleh dikatakan Mat Rock ni murah. Nasi Ayam Goreng Kunyit dapat harga dalam RM6. Kalau sekali dengan Teh Tarik Ais (menu baru mereka) baru RM9.

Ingat lagi kedai pertama Mat Rock ni kat Jalan Kampung Pandan. Memula buka kedai lepas tu ada lori satu buat delivery dan kini Mat Rock Nasi Ayam Goreng Kunyit ada di mana mana. 😍


Thursday, July 11, 2019

Decathlon

Ya Allah,

Lenguh tangan sampai ke siku dok menaip satu entri guna Henfon. Jadi disebabkan malam ni nak update lebih dari satu entri aku terpaksa on laptop hihi. Bawak masuk bilik dan taip dalam gelap. 

Sememangnya aku kalau nak buat karangan panjang depan laptop kena berada didalam suasana yang samar samar gelap macam tu hah. Idea datang dalam gelap.

Try boleh dengar ke tidak.
Tak boleh dengar 

Dah pick up Hadif pukul 12 tengahari tadi aku terus ke Decathlon Klang Lama untuk mencari barang barang Hanif. Kena beli "swimming cap" sebab dah koyak. Beli dua untuk stand by takut nanti Sabtu ni tetiba terhilang. Beli laa dua. Beli pula syampu khas untuk swimmer. Yang boleh bersihkan klorin sekali. Dan beli jaket takut sejuk. Selama ni tak beli jaket sebab tak ada keperluan nak beli. Dah bersukan ni wajib lah beli.
Posing dengan Swimming Cap

Tujuan utamanya ke Decathlon untuk cari Goggle dan Swimming Cap Hanif. Yang jumpanya Swimming Cap je tapi Goggle takde hihi. Bukannya tak ada cuma aku yang tak berkenan. Harga dah okay tapi kalau nak compare dengan Brand yang aku beli kat Sports Direct aku rasa lagi berbaloi sebabnya yang aku beli haritu siap ada spare klip. Yang jual di Decathlon ni takde spare klip. Jadi rasa rugi pulak kalau beli harga sama tapi takde extra klip tu. Lain barang semua ada.

Tadi, masa tengah nak pilih jacket untuk Abang Hanif adalah budak ni menyibuk laaa nak pilih baju dia.

 Bila dia nampak harga baju sport tu dalam RM15, RM19, RM8, RM9 dia cakap laa "Mama i want this, RM19 only. Or this one only RM15. Cheap... Very cheap..."🤣

 Lepas tu, bila dia nampak mader tengah pilih jacket dia pun kata nak try. Ikut laa kehendak dia bagi dia try.

So, dia cakap ”mama this jacket is very nice. I like it very much. Adik nak boleh?”

Aku kata "tak boleh. Adik bukan nak pakai pergi mana pun. Nanti dah besar sikit baru beli."

 Dia jawab lagi, "eh adik nak laaa...but berapa harga tu mama...?" Mak jawab, "RM39.00...”

"Isshhh MAHALnyaaa! Kalau macam tu adik tak nak lah. Mama ambik yang ni baru RM19 je..."

 HAHAHAHAHA... Adoiii. Macam mana kau boleh beza RM39 is MAHAL but RM19 / RM15 is CHEAP????

Staff kat situ dengar pun tergelak. 😂

Sama juga bila nak beli swimming cap. Dia boleh beza RM19 tu lebih mahal dari RM15. Bila suruh pilih dia kata kejap adik tengok harga dulu. So dia ambik yang RM15. Dia kata yang ni murah mama. Murah dan best. Adik pakai pun rasa best. 🤣🤣🤣

Aku tengah menahan sakit kepala,
Tapi dia posing tak habis. 😅🤣



Tak tau laa ikut perangai sape. Nampak macam ada aku sipi sipi nih hahaha adehhh. Aku jadi confius sekejap. Aku salah didik ke apa ni?