Thursday, October 31, 2019

Welcome to Pulau Langkawi - Edisi Langkawi 2019




Jeti Kuala Kedah

Selepas 1 jam 45 minit naik ferry akhirnya kami tiba di Jetty Langkawi. Kali terakhir jejak kaki disini ialah pada tahun 2010. Wow dah hampir 10 tahun tak datang Langkawi. Zaman bekerja tiap tahun datang Langkawi hihi. Suami takyah cakap dia memang pergi tiap tahun atas urusan kerja.

Sempatlah tido satu jam dalam ferry walaupun TV di depan mata pada ketika itu. Lantaklah, mata dah ngantuk sangat.

Dah lah tersilap key in alamat kat Waze jadinya tersalah tempat. Sepatutnya taip Jeti Kuala Kedah. Tapi aku just search Kuala Kedah. Tak pasal pasal kena marah dengan suami hihi. Dalam hati dah lah tak tido semalaman. Lepas tu bukan nak appreciate pun kita teman dia drive tak tido. Salah sikit je kena marah. Sedih tau hahaha.
Dalam Feri, mata dah rabak.

Masa ni dah nak sampai Jeti Langkawi. Cantikkan laut kebiru biruan ni. Subhanallah.





Hadif punyalah excited. Kesian dia. Tak pernah pergi Langkawi. Abang Hanif dah banyak kali pergi. Hadif umur 6 tahun baru dapat merasa jalan jalan kat Langkawi. Abang Hanif satu Langkawi tu aku dah bawak pusing sampai satu pun takde yang tertinggal. Jadi kali ni memang khas datang ke Langkawi nak bawak si kenit mader jalan jalan.

Kempen "Sayangi Sawitku" di sepanjang perjalanan dari Jeti menuju ke pintu masuk utama hihi...

Panas lit lit. Topi tu umur 10 tahun.

Sampai je dah habis sesi bergambar terus pergi isi minyak kereta dan cari kedai makan. Perut dah lapar. Menggigil gigil tapi, pelik aku cuma makan Roti Tisu dengan air kosong je. 😅






Dah sarapan bersiap siap nak ke hotel. Alih alih terperangkap dalam jam disebabkan oleh Event Ironman 2019. Membebel laaa suami mader kat dalam kereta. Siap kata tak bagi notis, takde info, tak plan lah macam macam.

Sebagai seorang yang berfikiran secara rasional dan biasa dengan event event larian macam ni aku pun back up. Bukan nak back up beria. Tapi logik lah event besar macam ni mana ada orang plan sebulan dua.

Kebiasaannya untuk jadual event larian, berbasikal, IRONMAN dan sebagainya semua sudah diatur setahun sebelum pertandingan. Tak percaya cuba korang search event marathon untuk tahun 2020. Aku pun dah dapat senarai jadual larian penuh untuk tahun depan tau.

Yang salahnya kita sebab tidak selidik betul be  tul tarikh tu. Aku kalau orang tolong plan holiday aku tak check pun date tu ada apa, hari apa. Yang aku tau tarikh pergi dan balik. 😂

Melainkan kalau aku yang kena cari hotel sendiri barulah ambik tahu.

Okay berbalik kepada isu sesak di Langkawi.

Adalah lah dua jam baru tiba di hotel. Langkawi ada satu dua jalan je. Kalau satu tutup memamg naya penduduk dengan pelancong Langkawi. Pelancong dan penduduk Langkawi yang terkena jem adalah pelancong yang tersakiti. 😂

Tak boleh tahan. Nak check in. Nak refresh badan. Nak rehat. Lepas tu baru fikir nak naik cable car.

Perjalanan ke Kuala Kedah di malam Deepavali 2019

Dua minggu lepas kakak ipar aku tetiba bagitau yang dia dah book hotel kat Langkawi.

Dah aku siap ada plan nak berhari Deepavali makan makan dirumah kawan pada 27 Oktober 2019, hari Sabtu. Terpaksa cancelled.

Bila aku tanya encik suami, "Tak jam ke...'' Dia jawab takpe. Kita bertolak malam tak pun naik bas.

Time tu aku dah membayangkan yang aku tak tidur. Sebab aku ni ada fobia sikit bila nak drive memalam buta atau kena naik bas ni terutamanya trip yang jauh nak ke Kuala Kedah. Lagipun suami takkan bagi bini dia drive long distance. Dan memang aku takkan drive melainkan tiada pilihan.


Bila tiba waktunya tiket bas pun habis, tiket kapal terbang pun mahal, tiket ETS pun habis. Nak tak nak kena juga drive ke sana.


Bertolak dari KL pukul 10 malam. Lepas BESRAYA patah balik sebab tertinggal IC anak anak. Aku nye kerja lah tu. Tukar beg sampai IC anak pun lupa nak keluarkan. IC diri sendiri je ingat. Nampak sangat macam pentingkan diri je hahaha.


Sepanjang perjalanan menghala ke Utara Hentian dan R&R semuanya penuh. Nak masuk pun sesak. Sudahnya terpaksa juga bernenti kat Hentian sebelum R&R Tapah. Lupa dah nama. Cari toilet dan beli apa apa yang patut.

Memang sah pun yang buat jalan jam bukannya yang sambut Deepavali. Kita Malaysian kan pantang ada cuti panjang. Ada je tempat nak pergi. Balik kampung lah. Cuti cuti Malaysia lah kannn.

Pukul 10.30pm dari KL, tiba di Kuala Kedah pukul 6.00 pagi keesokkan harinya. Ferry pertama bertolak pukul 7.00 pagi. Alhamdulillah sempat!


Aku? Tak tido laaaa... Jadi navigator untuk dua orang driver. So, aku buat konsert dalam kereta. Nyanyi sedap ke tak sedap belakang cerita. Kakak ipar aku siap offer lagi Data dia supaya aku boleh layan IFLIX hahahaha.

Friday, July 12, 2019

TAPAK, Urban Street Dining, Stadium Bola Sepak KL

Kalau dah selalu menulis InsyaAllah idea tu akan datang tak berhenti. Ada orang suka taip simple, pendek dan padat. Ada orang suka taip panjang tapi penggunaan bahasa yang "proper". Macam aku dalam kategori yang suka tulis panjang tapi guna bahasa "netizen". Sebab aku rasa lebih santai. Blog aku pun bukannya blog yang formal dan guna Bahasa Melayu Tinggi. Bishe bishe je. 😂


Semalam, merupakan kali ketiga aku makan kat TAPAK, Urban Street Dining yang berada di kawasan Stadium Bola Sepak, KL. Biasa aku lari je kat depan Stadium Bola Sepak kalau hari hujan.

Menu aku? Opppkos laa Nasi Ayam Kunyit dan Nasi Daging Kunyit Mat Rock. Daging dia tak keras. Lembut dan sedap dikunyah.  😍


Beli siap dengan Teh Tarik ais yang marvellous itu.

Ada banyak makanan yang dijual di situ. Tapi aku tetap nak makan Nasi Mat Rock jugak.



Hadif pulak makan HOTDOG. Dia kata sedappp dengan gaya nada percakapan yang macam nak lagi. Haah aku tak layan. Dah tau dah kalau second round kompom tak habis.

Apa yang menarik perhatian aku selama aku duduk makan. Nasi Ayam Kunyit Mat Rock mendapat sambutan yang meriah. Non stop orang beratur.



Apa yang dapat aku simpulkan di sini. Mat Rock ni memang dah ada nama. Brand dah strong. Jadi kalau pergi mana mana pun orang kenal. Dah tau dah rasa Nasi Ayam Goreng Kunyit macam mana dan Nasi Daging Goreng Kunyit tu macam mana. Tak perlu susah susah nak promote bagai.

Faktor harga pun memainkan peranan. Kalau ikut dari pemerhatian aku dalam banyak banyak Foodtruck kat sini boleh dikatakan Mat Rock ni murah. Nasi Ayam Goreng Kunyit dapat harga dalam RM6. Kalau sekali dengan Teh Tarik Ais (menu baru mereka) baru RM9.

Ingat lagi kedai pertama Mat Rock ni kat Jalan Kampung Pandan. Memula buka kedai lepas tu ada lori satu buat delivery dan kini Mat Rock Nasi Ayam Goreng Kunyit ada di mana mana. 😍


Thursday, July 11, 2019

Decathlon

Ya Allah,

Lenguh tangan sampai ke siku dok menaip satu entri guna Henfon. Jadi disebabkan malam ni nak update lebih dari satu entri aku terpaksa on laptop hihi. Bawak masuk bilik dan taip dalam gelap. 

Sememangnya aku kalau nak buat karangan panjang depan laptop kena berada didalam suasana yang samar samar gelap macam tu hah. Idea datang dalam gelap.

Try boleh dengar ke tidak.
Tak boleh dengar 

Dah pick up Hadif pukul 12 tengahari tadi aku terus ke Decathlon Klang Lama untuk mencari barang barang Hanif. Kena beli "swimming cap" sebab dah koyak. Beli dua untuk stand by takut nanti Sabtu ni tetiba terhilang. Beli laa dua. Beli pula syampu khas untuk swimmer. Yang boleh bersihkan klorin sekali. Dan beli jaket takut sejuk. Selama ni tak beli jaket sebab tak ada keperluan nak beli. Dah bersukan ni wajib lah beli.
Posing dengan Swimming Cap

Tujuan utamanya ke Decathlon untuk cari Goggle dan Swimming Cap Hanif. Yang jumpanya Swimming Cap je tapi Goggle takde hihi. Bukannya tak ada cuma aku yang tak berkenan. Harga dah okay tapi kalau nak compare dengan Brand yang aku beli kat Sports Direct aku rasa lagi berbaloi sebabnya yang aku beli haritu siap ada spare klip. Yang jual di Decathlon ni takde spare klip. Jadi rasa rugi pulak kalau beli harga sama tapi takde extra klip tu. Lain barang semua ada.

Tadi, masa tengah nak pilih jacket untuk Abang Hanif adalah budak ni menyibuk laaa nak pilih baju dia.

 Bila dia nampak harga baju sport tu dalam RM15, RM19, RM8, RM9 dia cakap laa "Mama i want this, RM19 only. Or this one only RM15. Cheap... Very cheap..."🤣

 Lepas tu, bila dia nampak mader tengah pilih jacket dia pun kata nak try. Ikut laa kehendak dia bagi dia try.

So, dia cakap ”mama this jacket is very nice. I like it very much. Adik nak boleh?”

Aku kata "tak boleh. Adik bukan nak pakai pergi mana pun. Nanti dah besar sikit baru beli."

 Dia jawab lagi, "eh adik nak laaa...but berapa harga tu mama...?" Mak jawab, "RM39.00...”

"Isshhh MAHALnyaaa! Kalau macam tu adik tak nak lah. Mama ambik yang ni baru RM19 je..."

 HAHAHAHAHA... Adoiii. Macam mana kau boleh beza RM39 is MAHAL but RM19 / RM15 is CHEAP????

Staff kat situ dengar pun tergelak. 😂

Sama juga bila nak beli swimming cap. Dia boleh beza RM19 tu lebih mahal dari RM15. Bila suruh pilih dia kata kejap adik tengok harga dulu. So dia ambik yang RM15. Dia kata yang ni murah mama. Murah dan best. Adik pakai pun rasa best. 🤣🤣🤣

Aku tengah menahan sakit kepala,
Tapi dia posing tak habis. 😅🤣



Tak tau laa ikut perangai sape. Nampak macam ada aku sipi sipi nih hahaha adehhh. Aku jadi confius sekejap. Aku salah didik ke apa ni?


Bukit Dinding lagi...


Tak tau lah.

Dalam banyak banyak bukit yang aku dah naik, Bukit Dinding inilah yang paling kerap aku panjat. Tapi masih dalam kurang dari 10 kali haha.

Alhamdulillah, semalam pagi petang aku bedal bubur ayam semangkuk. Lepas tu makan roti. Dah rasa macam "carbo loading" walaupun sebenarnya acah acah je, tapi bila geng ajak panjat Bukit Dinding dengan rasa konpidennya aku pun on. 😂

Bukti kena tinggal!

Risau oii mula mula nak panjat tu. Lebih lebih lagi 200 meter yang pertama. Boleh menyebabkan tekanan perasaan sebenarnya. Tapi, harini bila aku naik takde lah rasa mengah sangat walaupun hampir dua minggu tak jogging. Mungkin sebab dah biasa lari turun naik bukit kat Taman Tasik Permaisuri jadi tak terasa sangat kepenatan tu.

Apa pun aku tetap kena tinggal wakakaka. Nak mengejar dorang ni Ya Allah. Berlari lari pun tak sampai jugak. Akhirnya, tengah aku jalan lelaju tetiba nampak dorang tunggu aku kat tepi jalan berehat. Itu pun dah 2km punya perjalanan. 

Nampak terjelir lidah tuuu

Tengah mintak nyawa orang curik gambor

Pergi balik adalah dalam 1 jam lebih sikit gitu. Peluh jangan cakaplah. Bercucuran macam air hujan. Boleh sabun terus badan tu. Dah sampai puncak masing masing mintak nyawa. Rehat dalam 20 minit baru kami turun ke bawah.

Muka yeay dah sampai! Tapi penat namatey!

Dengan Amoi Cantik, tapi muka auto blurr hihi

Amoi daa kuwusss!

Melepaskan lelah. Tak larat weyh!

Bukan main posing lagi,
Tau orang snap gambar dia kan. Kau tabah je laaa. 🤣

Naik terkedek kedek macam kekura. Bila turun fuhh lajuuuu. Boleh berlari lari anak. Tak semput pun. Siap gossip lagikk.

Happy turun bukit boleh lari

Aku dah kebulur dah pasal pagi tak sarapan. Terbayang bayang makanan kat Medan Selera Setiawangsa tu. Ikan bakar dengan sambal asam. Sedapnyaaaaa. Puas hati dapat makan. Tapi still, nasi tu tak habis. Tak mampu dah nak telan. Lepas demam usus perut dah mengecil gamaknya.

Kalian layan la gambar lauk pauk kami pagi tadi. Ala ala melantakkan! 😂





Pukul 10 pagi dah makan tengahari. By 11.++ dah sampai rumah. Cargas tak cargas?

Cadangnya tiga kali seminggu nak panjat Dinding. Tak nak panjat bukit lain. Sungguh murni cita cita tiga kali seminggu tu kan. 😂

p/s: Kalian yang nak ikut jomm, sangat sangat dialu alukan. Lepas panjat kita pergi makan. Kan hidup mesti happy tu namanya.


Taklimat ringkas Bakat Karnival Kebangsaan

Kalau diikutkan satu hari nak update sampai 10 entri. Melampau kan. Tapi apakan daya masa begitu terhad. Ditambah pula dengan kerja akaun sendiri yang tertangguh lama. Jadi kena selesaikan semua tu baru boleh fikir nak tulis 10 entri sehari. Nanti entah apa apa aku merapu. 😂

Haihh... Ada banyak sangat plan dalam otak, atas kertas dan bawah kertas haha.

Suasana PRAKL pada pukul 7.20pm

Tentang taklimat Bakat Karnival Kebangsaan Siri 1

Hanif bakal bertanding di Bakat Karnival pada Sabtu hujung minggu ini yang merupakan tournament pertama selepas 7 bulan dia berlatih berenang.

Team Managers

Dan kali pertama jugak aku nak kenal "terms" dalam renang. Pening jugak laa aku baca. Nak memahamkan tu yang pening.

Dah lah Bakat Karnival tu nanti diadakan di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Aku pun tak tau kat mana. Stadium Bukit Jalil aku tau laa. Ni kira redah je nanti. Haha.

Antara "swimmers" yang mengambil bahagian

Apa yang Team Managers cakap masa dalam taklimat tadi aku dapat paham sikit sikit je. Haihhh...tak dapatku bayangkan masa race day tu nanti. Sakit perut aku tau tak. Mader yang tak boleh tidur bila mengenangkan event tu.

Hari hari tanya bila boleh training

Muka mader lebih cuak dari anak

Hari ni pukul 00.10 dah Khamis. Aku yang cuak. Coach dia pesan nak kena beli extra Goggle dengan Swimming Cap. Baru dua hari lepas swimming cap dia meletup. Makin dekat nak event macam-macam. Takde tempat lain la. Decathlon nampaknya esok.

Tuesday, July 9, 2019

Mabuk ubat

Dari pagi kerja aku makan ubat. Kalau tak makan ubat aku makan durian. Hahah...tak ada kerja sangat. Nasi aku makan 5 sudu. Serious selera makan belum terbuka lagi.

Aku dah rasa macam hari yang aku hantar suami pergi admit hospital haritu. Sejuk, badan rasa tak sedap. Mata berpinar. Hidung meleleh dan nafas pun aku rasa panas.

Muka lalok kena ubat 😂

Lepas lunch aku telan lagi ubat selesema kengkonon dapat lah tidur. Nak bagi kering hidung. Nak rehatttt. Sekali pukul 4 petang suami dah ajak ambil kereta di Perodua Keramat. Haduhhh, lemau betul laa aku ghase. Kepala aku pusing, mata ngantuk, hidung berhingus, badan tak sedap buat aku rasa bad mood. Siap cakap lagi kat suami "Awak naik lah Grab..." Tapi sambil cakap tu aku bangun la jugak siap siap. Kesian suami punya pasal. 😂

Syukur on the way ke Keramat je yang jam. Itupun sebab jam di Highway Hulu Klang. Biasa lah tu. Tak jam bukan Highway Ulu Klang namanya. Balik tu Alhamdulillah dalam kurang dari 20 minit dah sampai rumah. Letak je kunci, aku pun apa lagi. Cari katil. Terus membaringkan diri. Menahan rasa pening.

Lepas Maghrib, bedal pulak durian. Laparrr. Tak nak makan nasi. Nak durian jugak. Sambil makan durian sambil pejam mata tahan sakit kepala. Takpe, durian punya pasal tahan dulu hihi.

Isi durian ni sedap terukkk!🤤

Habih tuu, aku pun membaringkan diri lagi sementara tunggu Isyak. Ni baru lepas makan lagi ubat selesema. Dah memang betul kot aku ni dah overdose ubat flu. Harap harap esok bangun tidur sihat walafiat. Tak tahan dah ni. Banyak kerja pending.

Meeting pun asyik postponed (macam cerita bisnes juta juta milliunnn kan ekekeke). Susah hati aku dibuatnya. Padahal kerja sendiri je pun. Siapa yang kerja sendiri tu bila dia sakit mesti dia punya pening tu bertambah tambah.

Aku memang susah nak demam. Tapi kalau dah sakit berlarutan lamanya. Tidur arini pun dah 11 jam. Kalau dah tidur lebih 8 jam itu memang bukan aku lah tuuu. Itu aku yang tak sihat. Aku yang sihat sehari tidur 4-6 jam pun dah cukup. Sesekali je aku balas dendam qadha tidur. Tapi takkan melebih 10 jam ke atas. 

Resepi Nasi Goreng Kampung Ringkas dan Mudah

Tekak aku masih lagi tak boleh terima sesetengah makanan. Tiba tiba aku diserang demam selesema semula. Pukul 3 pagi malam tadi dah terjaga dari tidur terbersin tak berhenti. Frust betul rasa.

Bangun pagi tadi lepas siapkan Hadif pergi sekolah aku telan ubat flu terus sambung balik tidur.

Bangun tidur selesaikan urusan penting, tengahari baru aku Goreng Nasi. 😂

Kalian yang demam tak larat nak masak boleh lah guna resepi aku ni.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah cuma;

√ Bawang Merah (Shallots)
√ Bawang Putih
√ Cili Api
√ Nasi putih sejuk (atau disejukkan)
√ Minyak masak secukupnya

Kalau rajin tambah;

√ Ikan Bilis
√ Sayur Kangkung atau Sawi

Aku tak letak. Tak larat nak potong sayur. Tak sihat kannn.


Cara-cara membuatnya;

1. Buang kulit bawang merah dan bawang putih.

2. Tumbuk bersama Cili Api (tak perlu lumat).

3. Panaskan minyak.

4. Masukkan bahan - bahan yang dah ditumbuk tadi. Masukkan garam. Atau serbuk perasa. (Kalau ada sayur boleh masukkan sayur sekali).

5. Dah kekuningan, masukkan nasi putih sejuk dan kacau. Tak cukup garam boleh tambah kepada yang suka masin.

6. Siap! Senang giler kan. 😂

7. Hidangkan bersama Telur Mata Kerbau. Sedap weyhhh!

Mana cili api???

p/s: Siapa kata masak itu susah? 😂