Friday, February 10, 2017

Kelas Membuat Biskut Yang Pertama ! 19 Februari 2017, Ahad

Berikutan dari posting Kelas Memasak Yang Pertama tahun ini pada 18 Februari 2017, akan di adakan pula Kelas Membuat Biskut yang Pertama bagi tahun 2017 ini.

Doa-doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Takpe student datang sorang aje pun kami akan ajar je nanti hehehe...

Okay untuk Kelas Cookies pula akan diajar 3 resepi sekali. Sebelum itu nak bagitahu kelas akan bermula pada pukul 10am sehingga 2pm atau sehingga habis. Biskut yang dah siap dibuat tu semua boleh bawak balik yaaa. Jadi balik nanti boleh makan biskut buatan sendiri.


Antara 3 jenis resepi pada hari tersebut ialah:

1. Belgian Cookies

Merupakan cookie yang paling fofular di kalangan peminat peminat chocolate chips. Ini kerana ia sangat sedap. Tak kira boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Berebut rebut orang nak belajar cookie ni tau. Ada yang nak belajar online ada yang nak belajar offline. Resepi dan tips membuat Belgian Cookies ini akan diberi. Nak buat sendiri boleh tapi bereksperimen lah. Pertama kali buat belum tentu jadi punya. Bercakap melalui pengalaman sendiri hehe...

2. Makmur Sedingin Salju

Ini lagi satu biskut yang HOT. Permintaannya sangat tinggi terutamanya di musim Hari Raya. Ada yang panggil Biskut Putri Salju. Ada pula yang memanggilnya Biskut Mor. Realitinya berapa ramai yang betul betul terer buat biskut ni? Saya sendiri belajar buat biskut Makmur dengan mak. Macam-macam kena adjust lebihkan atau kurangkan sana sini. Adunan pertama yang saya buat semuanya masuk tong sampah. Ini kira belajar hentam kromo je. Itu sebabnya penting untuk kita belajar depan-depan supaya senang. InsyaAllah akan kurang buat silap kan. 

3. Crunchy Cornflakes

Seperti juga biskut makmur Crunchy Cornflakes ini biskut seasonal orang kata. Crunchy Cornflakes ni sedap, crunchy dan boleh membuatkan kita ketagih. Dah makan satu nak dua, dah makan dua nak tiga... sudahnya habis satu bekas. Setiap gigitan tu memang fuh kerangupan yang mengujakan hehe...over pulekkk kan hahah... But seriously biskut ni memang sedap.

Dannnn, untuk ketiga-tiga resepi biskut diatas hanya RM150 seorang, maksimum 6 orang. Deposit RM100 untuk pendaftaran dan booking slot.

Lagi satu ! Setiap resepi yang diajar tidak akan diajar untuk kelas yang berikutnya. Mungkin kita akan rotate juga tapi selepas 3 atau 6 bulan mungkin lah. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda merebut peluang ini.

Selain itu kita juga akan share

- Bagaimana nak buat costing dengan betul
- Bagaimana nak menjual dengan betul
- Bagaimana untuk mempromosi dengan betul
- Bagaimana menjual di media sosial
- Bagaimana menjual secara offline

Cukup tak?

Tak cukup tak apa. Sediakan soalan-soalan yang ingin ditanya dan boleh tanya terus kepada tenaga pengajar okay.

Jumpa anda pada 19 Februari 2017 ini ya ! 




Thursday, February 9, 2017

Kelas Memasak yang pertama ! 18 Feb 2017, Sabtu

Selama ini saya tidak aktif untuk update entri entri terbaru rentetan dari masa yang agak terhad. Sayalah driver sayalah tukang masak sayalah baker sayalah marketer sayalah runner dan macam macam. Pendek kata semua kerja berkuli saya buat hihi... Jadi bila dah malam kena update Facebook, Instagram dan sebagainya. Untuk blog baru nak fikir idea untuk ayat pertama dah lelap...

Kini dengan bersemangat waja (tak tahu semangat waja ni boleh tahan berapa lama) saya akan cuba update setiap aktiviti bakeri saya di dalam blog ini. Saya memang tidak mempunyai masa yang cukup untuk handle lebih dari satu blog. Memang ada blog khas untuk Sugarmello Bakery dulu, kini saya tutup blog tersebut buat sementara waktu demi untuk menjaga kualiti ecececehhhh...kononya lah haha...

Okayyy ! Back to the topik. Kelas pertama yang akan dianjurkan oleh Bake And Cook Studio. Ehh... Apa Bake And Studio? Tak apa. Nanti kita cerita di entri lain berkenaan dengan Bake and Cook Studio. Kali ni saya nak cerita sedikit tentang kelas yang bakal diadakan minggu hadapan.


Kelas yang pertama diadakan pada 18 Februari 2017 merupakan kelas memasak yang digabungkan dengan kelas dessert. Ada empat jenis resepi yang akan diajarkan pada hari tersebut:-

Resepi 1: Open Faced Grill Chicken Cordon Bleu

Merupakan antara menu di restoran-restoran di US di awal tahun 1960. Ia dikenali sebagai salah satu menu yang trendy dan kebiasaannya hanya akan dihidangkan di restoran kelas atasann gituuu... Manakala di Malaysia ia cuma dihidangkan di hotel hotel bertaraf 5 bintang !

Resepi 2: Mushroom Soup

Alah mushroom soup aje kita pun boleh buat ! Helo helo mushroom soup ni bukan mushroom soup instant yang dalam paket dijual di pasaraya pasaraya fofular okey. Yang ni pun mushroom soup tahap hotel 5 bintang punya !

Resepi 3: Rossie Mango Cheesecake

Antara dessert yang makin hot, makin dikenali dan paling ramai peminat. Dah pernah rasa mango cheesecake? Sedappppp sangatttt ok ! Tak pernah rasa inilah masa terbaik untuk datang belajar dan rasa air tangan sendiri kerana Rossie Mango Cheesecake ini merupakan dessert 5 bintang yang paling banyak permintaannya.

Resepi 4: Pannacota

Hidangan dessert yang berasal dari Itali. Ada yang mengenali Pannacota ini sebagai Susu Inggeris sebab bentuk fizikal hidangan yang ala ala susu. Ia merupakan hidangan yang sangat popular di US sekitar tahun 1990-an.


Jadi, empat hidangan yang bertaraf 5 bintang hanya untuk RM300.00 sahaja. Deposit RM100 untuk book slot sebab kelas ini hanya untuk 6 orang sahaja.

"Selain dari 4 resepi di atas apa lagi yang saya dapat kak.."

Okayyy...

Sambil belajar tenaga pengajar akan berkongsi serba sedikit tentang

- Bagaimana nak buat costing dengan betul
- Bagaimana nak menjual dengan betul
- Bagaimana untuk mempromosi dengan betul
- Bagaimana menjual di media sosial
- Bagaimana menjual secara offline

Cukup tak?

Tak cukup tak apa. Sediakan soalan-soalan yang ingin ditanya dan boleh tanya terus kepada tenaga pengajar okay.

Jumpa anda pada 18 Februari 2017 ini ya ! 

Potty Training untuk Muhammad Hadif

Selepas cuti panjang Chinese New Year bulan lepas bermulalah misi untuk potty train Hadif. Kalau ikutkan papa dia memang dari tahun lepas lagi suruh potty training. Akan tetapi mama dia ni malas hihi...

Sebenar bagi saya untuk umur 3 tahun seperti Hadif memang tak ready untuk mula potty training. Tambahan pulak belum lagi pandai bercakap sepenuhnya. Pelat tak hilang. Kita cakap pun dia faham tapi untuk nak memberitahu mama i wanna pee tak pandai lagi ketika itu.

Ada je yang mula potty training seawal dua tahun. Yang ni memang saya tabik sebab saya tidak punya kesabaran yang cukup tinggi untuk mengelap kencing mengemop lantai dan membasuh kain haha..



Jadi baik mulakan potty training lambat sikit asalkan emosi mama dia ni terjaga. Kang nanti tak lama dapat darah tinggi. 

Berbalik kepada proses potty training Hadif. Saya mulakan sehari sebelum hari persekolahan selepas cuti Tahun Baru Cina. Kira waktu itu mental dan fizikal saya dah ready untuk menghadapi dugaan potty training Hadif. Umur Hadif pula tahun ini dah 4 tahun walaupun lahir Ogos. Alhamdulillah selepas saya hantar ke nursery sebulan dah makin pandai bercakap so memang bolehh sangat dah nak mula potty training.

Untuk pertama kalinya selepas mandi pagi saya pesan kat Hadif begini "Adik today you no need to wear pampers okay, if you wanna pee just tell mama... "mama adik nak pee..."" Dia angguk angguk then kata, "okay mama..."

Selepas 1 jam sedang bermain-main dia bangun terus cakap "mama adik pee...adik pee...adik peee'' padahal mama dia dah terleka masa tu *ngeee*

Kelam kabut sebab ngatkan dia dah terkucil. Rupa-rupanya dia nak terkencing haha... terus pergi toilet minta buka seluar. Dah buka seluar masuk toilet terus mencangkung dan shi shi...

Masa tu Happynya rasa hati. Sekali aje ajar dan pandai. Hanif dulu potty training berjalan selama 3 hari pertama tu memang lah setiap satu jam paksa dia ke toilet. Kalau tidak memang banjir laaa lantai hall. Adik dia satu hari dah pandai. Serius terkejut mak. 

Tidur siang pun tak pakai pampers tawww ;)

Esoknya saya hantar ke nursery dan bagitau babysitter Hadif dah tak pakai pampers. Balik petang surprisingly babysitter dia kata Hadif pandai bagitau nak pee. Ambik petang tu pun tak pakai pampers.

Masuk hari ini kira 8 hari dah pampersless di siang hari. Malam sebelum tidur pakai lah pampers. Mama dia tido mati kang banjir satu tilam. Satu hal pulak nak jemur nanti kan kan kan...

Keseluruhannya (ayat sastera) tidak ada dugaan "besar" dalam potty training Hadif cuma, setiap kali dia rasa nak "poop" dia akan request "mama adik nak cheypers (pampers)". Terpaksa lah bagi pakai. Kalau tak nanti dia terberrrr dalam seluar lagi naya. Dah terkena dahhhhh...sebab tu serikk dan tak akan pisang berbuah dua kali hahahaha...

p/s: Ibu ibu yang nak potty train anak jangan rasa resah anak tak pandai lagi. Beri masa. Bagi mereka faham. Pada pendapat saya umur yang paling sesuai untuk memulakan potty training ialah pada anak-anak berusia 3-4 tahun. Sebab pada umur ni mereka sudah agak faham sedikit tentang kebersihan kotor dan sebagainya. Kalau anda sangat yakin tak salah ajar anak bermula umur dua tahun.

All the best mommies... 

Saturday, December 10, 2016

Entri Bersawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai hehehe...bertemu kembali kita...

Bersawang-sawang blog. Hampir setahun tak update.

Ni kira update untuk cukupkan kuota aje hahah... Sibuk sangat kan sampai nak berblog pun dah tak ada masa. Sibuk ke buat buat sibuk?

Ni kira dapat buat entri maknanya baru pegang lap top. Macam mana orang yang sibuk boleh update setiap hari eh?

Nampak sangat saya ni tak reti uruskan masa ke?

Tanam Azam baru bermula Tahun 2017 nak aktif berblogging. Harap-harap boleh dipercayai azam ni.

Sebelum terlupa, saya nak wish semua Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru. Tak lama je lagi. 3 minggu dah buka sekolah. Anak pun dah masuk Darjah 3. Semakin tua dah kita ni kan kan kan...

Wednesday, March 16, 2016

Damailah Mohamad Syafiq Muharram, Anak Syurga... Al-Fatihah

Al-Fatihah buat adik Mohamad Syafiq Muharram bin Mohd Fadhil, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi hari ini. Adik Shafiq yang menghidap Leukimia Relapsed telah memulakan rawatan di Paediatrik HKL pada 8 Julai 2015. Pergi dalam usia muda 1 tahun 3 bulan. Semoga ibunya Aisyah serta keluarga diberi kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi ujian ini..."

Puan Lyn - HKL KIDS
(Gambar dari Facebook)

Saya pun dapat tahu dari group Whatsapp. Kawan-kawan print screen. Bila ternampak gambar tu tanpa disedari airmata mengalir deras.

Teringat telatah adik Syafiq semasa sambutan Hari Kanser 2016 pada bulan Februari lepas. Sungguh riang ria. Berlari ke sana ke mari. Ibu dia kata "Syafiqqqq... Jangan Lari..." 

Lama juga termenung mengenangkan anak kecil ini. Wajah ibu nya Aisyah dan bapanya silih berganti. 

Ya Allah...sungguh hebat dugaanMu kepada mereka ini. Dan sungguh mengagumkan mereka diberi kekuatan yang lagi MAHA HEBAT untuk menghadapi dugaan yang Engkau berikan. 

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga suara ibu Syafiq memberitahu "Kami dah nak balik dah... doktor kata treatment dah habis. Tak ada ubat dah. Nak balik bawak berubat cara tradisional pulak..."

Rupanya selepas dari  Hari Kanser itu Syafiq dah dua kali masuk wad akibat demam. Dan kali ini anak kecil ini dah berada di Wad KK3 selama seminggu...

Adik Mohamad Syafiq Muharram
(Gambar dari Facebook KIBSAAWADKK3)

Dari semalam lagi dia dah tidak bermaya, hanya mampu tersenyum... dan pagi tadi adik Syafiq pergi untuk selama-lamanya pun dalam keadaan senyum...

Terbayang-bayang juga wajah doktor-doktor yang merawat anak-anak KK3, mesti mereka pun bersedih atas pemergian anak-anak kanser di sana termasuk adik Syafiq... Syukur Alhamdulillah saya pernah ditemukan dengan pejuang kecil ini... 

Semoga rohnya dicucuri rahmat... Damailah kini... anak syurga...


Thursday, March 10, 2016

GERHANA MATAHARI, 9 MAC 2016

Pagi-pagi bangun dengan rasa excited nak tengok gerhana. Buat aiskrim pun terlajak lambat sikit.

Cukup time 8.30 pagi je kami dua beranak (encik Hadif) keluar la berdiri di luar kawasan rumah. Keluar je tengok redupnya, tapi di satu sudut lain terangnya. Kami berdua berjalan hingga ke tempat yang boleh tengok cahaya matahari secara terus. 

tak mandi pun terpaksa tengok

Mak Cik depan meniaga tanya pergi mana. Cakap kat dia nak tengok gerhana hihi... Sebenarnya yang teruja nak tengok kata Taman Angsana Hilir ni kami dua beranak je. Ok tolak Hadif kira saya sorang je lah. Dia ikut je mak dia...

sempat la kita selfie untuk hari gerhana

Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah Maha Kuasa. Melihat matahari ditutupi oleh bulan. Dan ini hanya terjadi 33 tahun sekali. Terpaksa guna kaca mata hitam. Kalau tak guna shades tak boleh nampak bentuk sabit tu sebab cuacanya terang benderang. 

yang ni sekitar pukul 8.30 pagi. terang lain macam kan...




Semua gambar gerhana di atas saya ambil guna shades. Kalau tidak tak dapat sebab terang sangat. Ada yang tengok dengan cara pantulan. Guna kertas atau filem atau air dalam besen. Syukur alhamdulillah... Masa kecik-kecik dulu teringin nak tengok gerhana. Sebab tak boleh imagine bagaimana rupanya... 

Agak lama juga, kami dua beranak berdiri macam patung di situ... Bila lagi nak tengok kalau bukan sekarang. Mungkin anak-anak akan dapat peluang tapi mungkinkah saya hidup lagi 33 tahun?

ini ibu mertuaku umur 78 tahun, dia kata selama hidup tak pernah tengok gerhana bulan ke gerhana matahari... jadi menantu yang ohsem ni beri beliau peluang menghayati gerhana matahari hehe... 

p/s: nanti kita cerita bagaimana terjadinya gerhana matahari ya... semalam ada banyak gambar dari group whatsapp aktiviti semasa gerhana. kreatif betul dorang ni kan...

Tuesday, March 8, 2016

5 Cara Mudah Kurangkan Kalori

1. Makan roti bakar bersama jem atau madu tanpa mentega. Kita berjaya kurangkan sebanyak 180 kalori semasa sarapan pagi.

2. Ambil coklat untuk kanak-kanak (20gm) berbanding coklat biasa (49gm). Dah boleh kurangkan 130 kalori dan 7g lemak.

3. Taburkan hanya satu sudu teh keju Parmesan berbanding satu sudu besar ke atas pasta dah boleh jimat 50 kalori.

4. Nikmati sayuran kukus bersama sajian lain di waktu malam berbanding kentang panggang bersama mentega. Di sini, kita boleh mengelak 300 kalori.

5. Segelas kecil wain (125ml) lebih baik daripada segelas besar wain (250ml) dah jimat 100 kalori

Sumber: Rapi DIET

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!!


Hari ini 8th March 2016 merupakan Hari Wanita Sedunia. Masing-masing ucap selamat hari wanita kepada kawan-kawan wanita masing-masing.

Tak salah pun nak celebrate Hari Wanita, Pergi lepak lepak, makan makan, borak borak dan menikmati "me time" bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak.

Wanita pun banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan baik politik, sosial dan ekonomi di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak.

If the women cry in silence, there is something can't speak by words, but only change it by tears. Happy international women's day

Happy international women's day! beautiful woman because of the clarity of the face, sweet woman as beautiful smile, beautiful women for physical beauty, great women because unwavering faith. 

This world is better place because of the presence of women. No matter what their roles is, they add meaning in our existence, they bring love to our life. Thanks woman. Happy Women's day 2016.

Happy women's day. The history of all the times, and of today especially, teaches that women will forgotten if they forget to think about themselves. 

You can do almost everything, you put your mind to, you can swim in the deepest ocean and climb the high peak. You are beautiful, strong and compassionate. You are much more than words could I say! today is yours, as any other days. Happy women's day

Rujukan: DiSINI

Ais krim Satu Malaysia

Pagi yang ceria. Awal update entri hari ni. Encik Hadif masih lagi berdengkur dalam bilik. Melayan mimpi la tu. Tak lama lagi bangun dah merengek-rengek request susu...

Encik Hanif pun bersemangat nak bangun. Alhamdulillah anak bujang ni kurang simptom merempan di waktu pagi. Kalau dia merempan mak dia akan merempan 10 kali ganda haha... Ada berani?

Oklah, pagi-pagi begini sebenarnya nak sambung projek Ais Krim Satu Malaysia yang akan dijual pada event HOT AIR BALLOON hujung minggu ni di Putrajaya, 11 hingga 13 March 2016. Kira 3 hari. Semalam dah buat aiskrim viral Sumi jelly tu. Hari ini nak buat asam boi pulak. Esok bolehlah buat choki-choki.

Rupa choki choki yang berharga RM1.50 di Hero Supermarket

Nak tau, buat ais krim Satu Malaysia choki-choki ni mahal tau huhu... Satu paket Choki-Choki tu je dah RM1.50. Ada 5 batang dalam tu. Kira kos choki-choki je dah 30 sen. Memang padan harga jual RM1.00 sebatang. Takkan nak letak choki-choki tu separuh kan huhu... Kita nak buat ais krim sedap. Bila ada kelapangan masa boleh lah buat. Lagi pun nak sediakan bahan-bahan pun mudah. Boleh buat stok untuk seminggu pastu jual kat anak-anak taman ni. Sungguh murni cita-cita aku kan...

Ada sesiapa yang pergi ke HOT AIR BALLOON 2016 akan datang ni di Putrajaya? Kalau ada jangan lupa singgah booth nombor 58, Booth Food House By Sister. Ada banyak makanan dan air yang akan dijual di sana. InsyaAllah pasti sedap...

Di lain entri kita cerita tentang HOT AIR BALLOON pula ya... =)

Monday, March 7, 2016

Isnin bukan Monday Blues

Hari ini Encik Hanif bangun awal. Biasalah Isnin ada PJ dah tentu excited nak bersukan. Kesian, sebulan tak dapat bersukan sebab cuti hari Isnin je dah dua minggu berturut-turut. Lepas tu demam. Eh... tiga minggu laa... Jadi hari ni walaupun letih dia gigih juga membangunkan diri. Request maggi goreng untuk bekal dengan hot dog. Ok! Kejap je buat siap... Mak bukan rajin berbento-bento. Pernah semangat sekali bawak balik tunggang langgang. Mana yang hilang tu hilang. Hmmphh...memang ke laut la mood berbento. Dia pesan lagi, tak payah buat cantik-canti maaaa...hihi...

Gambar ni masa Darjah Satu, Jumpa kawan dia Mark sama-sama kelas tadika, satu kelas

Sejak akhir-akhir ini dia rajin bercerita tentang aktiviti sekolah dia. Kadang-kadang dia cerita kawan-kawan dia yang kena marah dan rotan dengan cikgu. Mak dia tak tanya orang lain, terus jerkah soalan Hanif?? Kena rotan tak...?" Dia jawab "takkk..." 

Semanjangnya tak... Tapi bila jumpa kawan-kawan dia kata dia kuat kacau orang *facepalm*

Macam mana nak marah...

Marah, buat jugak... Marah, buat jugak adesss...

Yang penting sekarang dah rajin salin nota kat "whiteboard". 

Dulu, bukan main malas lagi... Tapi mak kasi peluang sebab darjah satu kan... Sekarang tak salin nota je aku pergi paksa dia naik kelas dia tingkat dua tu dan salin nota. Walaupun ada cikgu ka, orang lain ka yang guna kelas dia. "Mama, don't care!" haaah aku cakap kat dia. Dah masuk hari ke-empat dia serik dah. Jadi salin siap-siap. Sebelum balik check dulu buku nota. Kawan-kawan dia pun pelik apa ke hal mak dia macam polis check buku anak sebelum balik hahaha...

Masa tu tau dah dalam pemikiran mereka "nasib baik dia bukan mak aku...!"

Alhamdulillah sekarang perangai dah elok sikit. Nakal pun dah kurang. Nak marah pun tak sampai hati dah bila tengok muka sedih. Jadi cara nak ajar dia guna teknik "cakap serupa bikin"

Bila mama kata tak boleh, maksudnya tak boleh. Tak ada nak tawar menawar seperti sebelum ni. Jangan nak ngelat lari dari buat apa yang disuruh.

Si kenit tu pun dah pandai kalau kena marah, muka muncung lepas tu tundukkan kepala, tangan di perut dua-dua huhu...