Pagi-pagi bangun dengan rasa excited nak tengok gerhana. Buat aiskrim pun terlajak lambat sikit.
Cukup time 8.30 pagi je kami dua beranak (encik Hadif) keluar la berdiri di luar kawasan rumah. Keluar je tengok redupnya, tapi di satu sudut lain terangnya. Kami berdua berjalan hingga ke tempat yang boleh tengok cahaya matahari secara terus.
|
tak mandi pun terpaksa tengok |
Mak Cik depan meniaga tanya pergi mana. Cakap kat dia nak tengok gerhana hihi... Sebenarnya yang teruja nak tengok kata Taman Angsana Hilir ni kami dua beranak je. Ok tolak Hadif kira saya sorang je lah. Dia ikut je mak dia...
|
sempat la kita selfie untuk hari gerhana |
Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah Maha Kuasa. Melihat matahari ditutupi oleh bulan. Dan ini hanya terjadi 33 tahun sekali. Terpaksa guna kaca mata hitam. Kalau tak guna shades tak boleh nampak bentuk sabit tu sebab cuacanya terang benderang.
|
yang ni sekitar pukul 8.30 pagi. terang lain macam kan... |
Semua gambar gerhana di atas saya ambil guna shades. Kalau tidak tak dapat sebab terang sangat. Ada yang tengok dengan cara pantulan. Guna kertas atau filem atau air dalam besen. Syukur alhamdulillah... Masa kecik-kecik dulu teringin nak tengok gerhana. Sebab tak boleh imagine bagaimana rupanya...
Agak lama juga, kami dua beranak berdiri macam patung di situ... Bila lagi nak tengok kalau bukan sekarang. Mungkin anak-anak akan dapat peluang tapi mungkinkah saya hidup lagi 33 tahun?
|
ini ibu mertuaku umur 78 tahun, dia kata selama hidup tak pernah tengok gerhana bulan ke gerhana matahari... jadi menantu yang ohsem ni beri beliau peluang menghayati gerhana matahari hehe... |
p/s: nanti kita cerita bagaimana terjadinya gerhana matahari ya... semalam ada banyak gambar dari group whatsapp aktiviti semasa gerhana. kreatif betul dorang ni kan...
No comments:
Post a Comment