Thursday, November 27, 2025
Kertas SPM Sejarah 2025 yang melegakan hati
Tuesday, November 25, 2025
Selamat menduduki Perperiksaan Bertulis kepada Calon SPM Tahun 2025
Hari ini 25 November 2025,
Selamat menduduki Perperiksaan Bertulis kepada semua anak² calon SPM Tahun 2025 termasuk anak aku.
Semoga segala usaha selama ini diberkati, dipermudahkan, diberi ketenangan dan dapat keputusan yang cemerlang. Ameen.
Ada calon yang habis awal 4 Disember. Anak aku kertas terakhir dia adalah pada 22 Disember 2025.
Dia memang tak tenang. ๐
Hari² tanya macam mana kalau apa yang dia "study" selama ni tak keluar? Aku cakap just belajar je. InsyaAllah usaha tak akan mengkhianati kita. Paling penting jangan over confident.
Usaha aku untuk support dia, ialah membawa anak aku study di Perpustakaan Negara setiap minggu kecuali kalau ada hal pada hujung minggu tu. Tapi bulan ni dia request kat aku nak study kat office sebab dia kata kat library ramai orang. Aku ikut je la.
Aku nampak bagaimana dia buat revision jadi, apa sahaja keputusan yang dia akan dapat nanti aku redha. Masa belajar dan membebel pun dah habis. Kita tunggu sahajalah keputusannya nanti.
๐ธ Perpustakaan Negara, 2025
Monday, September 22, 2025
Hadif dengan drama dia, terlambat bangun, tak pergi ke sekolah
As usual aku set jam pukul 5.45 pagi, kali kedua aku set alarm 6.00 pagi.
Pukul 6 pagi aku bangun, pergi ke bilik anak-anak bujang aku bangunkan Hadif. Dia kata okay. Aku pun keluar baring di sofa sebab dah mengantuk sangat. Malam tadi aku tidur tak berapa nak lena. Tambah dah makan piriton dua biji sebelum tidur so aku lalok haha.
Rupanya, dia tak bangun. Aku tersedar 6.30 pagi dia masih lagi berada diatas katil. Aku jerit panggil baru dia bangun menggelupur.
Pukul 6.55am dia kata dah siap. Aku memang tak boleh nak hantar dia sebab time itulah waktu jalan sesak. Aku minta dia tolong papa dia hantar. Tapi papa dia pun tak nak hantar.
Papa dia kata, "Malam tadi papa dah suruh tidur awal kan. Tapi tak nak dengar, kan pagi ni dah lambat bangun."
Sudahnya, tak bersekolah ler dia hari ni.
Memang pisang la kan duduk kat rumah tanpa apa-apa aktiviti. Tak senang duduk. Kawan-kawan dia di sekolah bergembira, dia terpaksa tinggal dirumah. Mahunya tak stress? Pengajaran buat diri dia sendiri papa dia kata.
Jadinya, malam ni dia dah tidur awal. Takut tak boleh nak bangun esok hahaha.
Tuesday, September 9, 2025
Kedai Mamak & Anak-Anak: Cerita Dapur Nombor Dua
Setiap orang mesti ada satu kedai makan ‘favourite’ yang rasa macam rumah kedua. Untuk aku, kedai mamak kat hujung taman tu bukan sekadar tempat isi perut, itu dah jadi dapur nombor dua kami sekeluarga.
Aku dah tak payah fikir panjang bila nak beli nasi bungkus untuk anak-anak. Setiap kali sampai, aku cuma cakap:
“Boss, saya mau bungkus nasi dua kasi anak.”
Itu je. Tak perlu detail lauk. Tak perlu tunjuk-tunjuk. Tak ada sesi soal siasat. Mereka dah faham sangat. Dan yang paling penting tak pernah ambil kesempatan.
Setiap bungkus nasi anak aku akan dibungkus berasingan. Takkan sekali pun mereka campur dalam satu plastik.
Sambil hulur nasi, boss kedai akan senyum dan kata:
“Okayy kakaaaa, ini plastik itu kecik (Hadif) punya, ini plastik satu busar (Hanif) punya…”
Dalam hati aku tersentuh mereka hafal order anak aku!
Hadif punya nasi: ayam goreng, nasi putih, serdak tepung goreng, dan kuah kari kambing.
Hanif pula: ayam goreng, nasi putih, bawang goreng dan kuah campur.
Setiap kali, ayam mesti yang paling besar. Kuah tak pernah kedekut siap lebih dari cukup. Nasi pun memang banyak. Sebab tu anak-anak aku suka sangat makan kat sini. Kadang sampai licin pinggan!
Dan satu lagi harga tak mahal macam kedai lain. Anak-anak aku siap pernah cakap:
“Nasi campur mahal lah...”
Tak payah tunggu mereka merungut, aku pun dah setia dengan kedai mamak ni. Sedap, murah, ikhlas, dan penuh kenangan kecil yang buat hati rasa syukur.
Penutup: Layanan terhadap pelanggan penting
Kadang-kadang, kasih sayang tak perlu datang dari orang yang rapat saja. Ia boleh datang dari mamak kat kedai, yang setiap hari berikan layanan jujur dan ikhlas.
Terima kasih, boss mamak. Anak-anak pun sayang tempat ni macam rumah sendiri. Cuma kena bayar je la hihihi
Larian Pagi ke Wad Hospital
Malam tadi, aku tidur awal—belum pun pukul 10 malam mata dah terlelap. Rasa macam tak biasa pula, sebab biasanya mata ni susah nak lelap awal. Tapi itulah, mungkin badan penat sangat.
Sebelum tidur, aku sempat dengar suami aku cakap yang kakak ipar nak ke hospital. Tapi aku tak tanya lebih, sebab mata pun dah berat sangat. Dalam kepala fikir, “Oklah, nanti pagi-pagi boleh tengok update.” Tak sangka, rupanya dia terus admit masuk wad malam tu.
Lepas Subuh, aku keluar berlari macam biasa. Dah selesai, terus balik rumah, mandi, bersiap, dan on the spot panggil Grab ke hospital. Kakak ipar aku masuk wad malam tadi dalam keadaan tak berapa stabil, jadi nurse tak benarkan dia turun ambil barang. Takut dia terpengsan katanya.
Barang-barang dia—beg baju, bantal, charger semua—masih elok tersimpan dalam kereta. Jadi, aku datang tolong hantarkan. Takkan nak biar dia tanpa barang keperluan. Dalam hati kata, "Kesian pula, masuk wad sorang-sorang macam tu."
Sampai-sampai dekat hospital, aku pun tarik beg kakak ipar—jenis beg tarik yang gaya ala-ala pelajar Akademi Fantasia tu, siap dengan bantal peluk dan semuanya. Tiba-tiba pak guard tanya,
“Masuk hospital ke?”
Aku pandang dia sambil senyum—mekap on point, baju elok, muka ceria—dalam hati, “Eh, saya nampak tak sihat ke?” ๐ Tapi takpelah, mungkin dia cuma nak bantu.
Masa tu aku teringat balik zaman aku sendiri pernah ‘check-in’ hospital. Kena denggi. Sedih tak payah cerita. Rasa macam dunia ni sunyi gila. Duduk sorang dalam wad, dengan badan lemah dan mental pun down. Memang pengalaman tu buat aku lebih faham perasaan orang yang kena admit hospital tanpa ditemani sesiapa.
Sebab tu pagi ni aku cepat-cepat datang. Tak nak bagi kakak ipar rasa sunyi macam aku pernah rasa dulu. Bukan seronok pun tidur hospital. Huhu.
Monday, September 8, 2025
Kenapa aku suka bawa Hanif pergi perpustakaan?
| *Lokasi Tingkat 3, Perpustakaan Negara Malaysia. Jenuh naik tangga. Sebab tu bila dah naik kami tak turun dah.๐คฃ |
Pagi, bangun awal. Makan dulu (kalau aku dah masak) atau makan kat kedai. Tak pun bila sampai library dah dapat meja kita akan turun makan kat kafe barulah mula study. Jadi, masa untuk belajar tu tak terganggu.
Kalau dirumah, sekejap adik panggil, sekejap adik ajak dia bercerita, sekejap adik tanya soalan macam-macam. Bila dia tak respon adik dia merajuk terus mengadu. Nanti dia juga kena tegur dengan papa atau dengan aku terus mood nak study tu akan hilang. Tak termasuk kena angkat baju la, papa panggil laa etc. Nanti perkara yang dia sepatutnya dah faham dia akan jadi tak faham sebab terganggu.
Lebih baik kita keluar. Pakai baju cantik². Smart. Then lepak perpustakaan. Itu dinamakan "enclothed cognition". Otak kita akan dapat signal dan baca sebagai "oh dah sedia untuk belajar" dan automatik otak akan jadi lebih fokus.
Wednesday, August 27, 2025
UEC vs SPM: Berbaloi Ke Hantar Anak ke Sekolah Swasta Cina?
![]() |
| Masa daftarkan Hanif masuk Darjah 1 (2015) |
Masa tu aku yakin, CHS ni memang laluan terbaik untuk dia. Tapi akhirnya, aku tak jadi hantar. Dan bila Hanif dah Tingkatan 5 sekarang, aku mula rasa sedikit menyesal.
Kelebihan Chinese High School (CHS)
Ramai ibu bapa mungkin tertanya-tanya, apa yang istimewanya CHS ni? Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku, ada beberapa sebab kenapa sekolah ni patut dipertimbangkan.
Di CHS, pelajar akan ambil Unified Examination Certificate (UEC). Untuk peringkat menengah atas (Senior Middle Level), silibus dia memang setanding dengan STPM atau A-Level, bukannya SPM.
Contohnya, subjek Matematik dan Sains di UEC lebih mendalam – ada topik yang biasa pelajar jumpa di universiti, tapi di CHS mereka dah belajar lebih awal.
Bahasa pengantar utama ialah Mandarin, tapi English dan Bahasa Melayu tetap subjek wajib. Hasilnya, ramai graduan CHS fasih dalam tiga bahasa sekaligus – kelebihan besar untuk kerjaya masa depan.
Jadual di CHS biasanya panjang – hingga pukul 4 atau 5 petang. Homework banyak, standard akademik ketat, dan pelajar dibiasakan dengan workload tinggi. Secara tak langsung, mereka dilatih untuk tahan lasak dalam pembelajaran. Kokurikulum pun sangat aktif.
Berbanding sekolah swasta lain, yuran CHS jauh lebih berpatutan. Jadi, nilai yang diperoleh sebenarnya sangat berbaloi.
Walaupun banyak kelebihan, aku mula ragu selepas berbincang dengan cikgu tusyen Hanif. Adik-beradik dia sendiri sekolah di CHS, dan dia kata memang mencabar. Sampai ada yang hampir nak give up.
Tambah pula, pelajar CHS biasanya ambil dua exam sekali gus – UEC dan SPM. Aku mula risau Hanif tak mampu adapt dengan tekanan akademik tu. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk tidak hantar.
Rasa Menyesal Bila Anak Dah Tingkatan 5
Sekarang bila Hanif dah Tingkatan 5, rasa menyesal pula. Aku yakin sebenarnya dia mampu lulus UEC kalau dari awal aku berani teruskan pilihan tu. ๐
Nasihat Untuk Ibu Bapa
Kalau anak-anak anda belajar di SRJKC, dan Mandarin mereka dah bagus, aku sarankan teruskan je ke Chinese High School.
- Kalau tak lulus UEC, masih ada SPM
- Kalau tak lulus SPM, masih ada UEC
Cuma satu syarat penting, kena betul-betul sedia dari segi Mandarin. Jangan risau kalau karangan panjang Mandarin lemah pada awalnya, sebab cikgu-cikgu di CHS biasanya sangat membantu, malah ada kelas tambahan (extra class) untuk pelajar.
****UEC memang tak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk masuk universiti awam (IPTA). Jadi kalau pelajar hanya ada UEC tanpa SPM, mereka tak boleh terus masuk IPTA.
- Nak masuk IPTA, guna keputusan SPM.
- Nak masuk IPTS (swasta Malaysia) atau universiti luar negara, boleh guna UEC (diiktiraf sangat meluas di luar).
Kalau kata Hanif lulus UEC tapi nak masuk UKM, tetap kena guna SPM.
Tapi, Kalau Hanif nak ke universiti di Taiwan, Singapura, UK, Australia, dll boleh terus guna UEC (tak perlu SPM).
Untuk Anak Kedua, Hadif
Cuma untuk anak kedua aku, Hadif, aku tak bercadang nak hantar ke CHS. Mandarin dia tak sekuat abang dia. Abang dia pun tahap biasa-biasa je, bayangkan Hadif pula macam mana. Aku takut nanti hari-hari balik rumah menangis sebab homework yang banyak. ๐
![]() |
| Hanif Darjah 6 (SRJKC Tsun Jin, KL) |
Kesimpulan
Setiap anak ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Sebagai ibu bapa, kita kena realistik dengan kemampuan anak sebelum pilih sekolah yang sesuai.
Chinese High School memang banyak kelebihannya, silibus UEC yang mencabar, peluang menguasai tiga bahasa, dan budaya belajar yang disiplin. Tapi ia juga datang dengan cabaran tersendiri.
Kalau anak memang ada asas Mandarin yang baik, aku akan kata jangan ragu untuk teruskan. Tapi kalau tahap bahasa tu lemah, mungkin lebih baik cari laluan lain yang lebih sesuai.
Akhirnya, yang paling penting bukanlah nama sekolah, tapi bagaimana anak boleh berkembang dan bahagia dalam proses belajar. ๐
Perancangan aku untuk Hanif selepas SPM ialah, aku akan masukkan dia ke dalam Kelas Mandarin untuk dia sambung belajar Mandarin semula.
Dan setakat ini aku tak pernah menyesal hantar anak-anak aku ke SRJKC. Kalau diberi pilihan sekali lagi pun aku tetap akan hantar anak-anak aku ke SRJKC.
Saturday, August 23, 2025
Demam tapi sanggup pergi sekolah semata-mata sebab sukan
Pagi ni aku bangun pegang kepala dia masih panas. Aku tak ada gerak pun dia bangun. Pukul 6.50 pagi dia datang kat aku kata, "Mama, adik punya demam dah okay boleh tak adik nak pergi sekolah..." Hari ini ada sukan.
Aku kata adik kan demam lagi. Nak pergi sekolah jugak ke. Dia angguk². Aku terus suruh dia siap.
Dia kata balik pukul 12pm. Tup tup pukul 10.30 pagi dia muncul depan pintu. Ayah kawan dia yang hantar balik.
Punyalah penuh semangat kesukanan walaupun demam. Berbaloilah dalam keadaan masih demam dapat medal.
Dua² anak aku ikut gen keturunan mak depa. Kuat berlari dari kecik. Bapak dorang je main bola. ๐
![]() |
| Team Hadif |
![]() |
| Kawan baik sama kelas Darjah 6 nama Fawwaz |
Sunday, August 17, 2025
Zaman Anak-Anak Kita, Zaman AI, Tapi Jangan Leka
Sebagai mak, aku sendiri pun bila nak bantu anak buat tugasan sekolah, sediakan soalan ulangkaji atau latihan, semuanya mudah. Tak perlu lagi keluarkan duit banyak semata-mata nak beli buku. Tapi dalam mudah tu, aku selalu ingatkan — jangan percaya 100% dengan AI. AI ni cuma alat untuk mudahkan kerja kita, bukan untuk dijadikan tempat bergantung sepenuhnya.
Bagi yang tak mampu beli buku rujukan, teknologi boleh jadi penyelamat. Cukup ada telefon pintar, walaupun versi biasa-biasa saja, itu pun dah boleh jadi alat bantu belajar. Cuma kita kena ajar anak-anak guna telefon untuk tujuan yang betul — bukan sekadar main game online.
Masa anak aku, Hanif, mula masuk Tingkatan 1, aku masih beli semua buku rujukan. Tapi bab soalan latihan agak susah — kena cari sendiri dan susun sendiri. Masuk Tingkatan 4 pun sama. Tapi bila dah masuk Tingkatan 5, alhamdulillah, semuanya jadi lebih mudah dengan bantuan teknologi. Tak perlu dah bersengkang mata nak cari soalan-soalan exam. Banyak bahan ulangkaji boleh dapat online, tinggal nak guna saja.
Kita sebagai mak ayah, walaupun mungkin buta teknologi, kena berusaha belajar. Jangan sesekali cakap “tak tahu”. Kita kena cuba jadi lebih pandai dari anak-anak kita dalam guna teknologi, supaya kita boleh pandu mereka ke arah yang betul. Dengan ilmu yang ada, kita bantu mereka manfaatkan teknologi — bukan terperangkap dalamnya.
Monday, July 14, 2025
Hadif pilih dan buang kutu beras
Friday, July 11, 2025
Hadif pula yang demam
Wednesday, July 9, 2025
Tak sihat lain macam kali ni
![]() |
| Tak tahu nak makan apa, telur setengah masak je la |
Friday, July 4, 2025
Temujanji untuk cabut gigi, tapi tak jadi
Monday, June 30, 2025
Serah diri ke Klinik Pergigian Universiti Malaya (PPUM)
Tuesday, June 17, 2025
Promosi Bulan Jun 2025, Teh Moringa Dari Malaya
TEH MORINGA DARI MALAYA dalah Teh yang berkualiti tinggi yang dihasilkan dari 100% ๐ซ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐ tempatan. Bukan dari Indonesia atau India. Jadi, ianya lebih segar dan bila kita minum khasiatnya masih banyak.
Antara mereka yang suka minum ๐ป๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐ ini ialah mereka yang ada kencing manis, darah tinggi, darah rendah, tiga serangkai, masalah kulit, gout, badan lesu, sukar buang air besar, buah pinggang, gerd, kolestrol dan lain-lain.
Ibu yang menyusu dan hamil juga suka minum ๐ป๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐ kerana zat tambahan yang bagus untuk mereka.
Baca artikel berkaitan: Produk paling laku di Shopee Tahun 2024
Hanya minum sehari satu uncang sahaja pun sudah mencukupi. Rendam sahaja dalam air panas satu cawan. Bila warna air sudah kekuningan boleh terus minum. Satu paket mengandungi 30 uncang teh, cukup untuk sebulan.
Monday, June 16, 2025
Produk paling laku di Shopee Tahun 2024
Shopee dilancarkan pada tahun 2015 sebelum berkembang ke negara-negara lain termasuk Malaysia dan Asia Tenggara. Disebabkan akses yang mudah dan mesra pengguna Shopee telah menjadi tempat yang ideal untuk membeli dan menjual pelbagai jenis produk. Semua kita boleh cari dan beli di Shopee.
![]() |
| Shopee Malaysia |
- Barangan isi rumah
- Produk Kecantikan & Penjagaan Diri
- Produk Elektronik
- Pakaian & Fesyen
- Kesihatan & Kesejahteraan
- Barangan Runcit
Sunday, June 15, 2025
Expressionz Leisure Suites KLCC
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Semalam, Pergi Kedai Kim Kee Nasi Ayam Hailam kat Ampang Jaya. Dinner dengan kawan kawan. Lama tak jumpa kan. Ya Allah, betul betul gen...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...






















.png)






