Wednesday, September 9, 2020

KEM BINA INSAN MASA SEKOLAH


KEM ZAMAN SEKOLAH Terjumpa sijil sijil lama dalam fail. Sebab cari transkrip. So tetengah malam ni nak mengimbau kisah silam masa sekolah. 

 Dalam banyak banyak Kem yang mader masuk masa sekolah, KEM INSAN WAWASAN ni yang paling mencabar. Bertempat di Sungai Bangat Lawas. 

 Aku pun dah lupa ada wakil dari setiap kelas ke apa mader tak ingat. Yang pasti dari sekolah I masa tu 3 orang. Masa ni laaa ya Allah aku rasa macam baiklah mati dari kena dera kaw kaw dengan fasilitator. Walaupun memang lah biasa melasak duduk kampung angkat padi, beras, kayu, air etc, berjemur bawah panas, pergi sawah padi, training berlari merentas desa dalam hutan, macam power, tapii kem yang ni memang tak boleh tahan. Ketahanan fizikal dan mental masa ni telah ditekan ke tahap maksimum. Aku balik dari Kem ni terus demam 3 hari. Sampai rumah aku nangis beria sebab kepenatan. 

Itulah sekali seumur hidup. πŸ˜‚ 

 Hari pertama sampai dah kena teruk teruk. Kena bawak telur sorang sebijik. Tak boleh tinggal okay. Kalau telur tu pecah siaplahh kena denda teruk. Tak kira apa aktiviti telur tu tak boleh tinggal. Mesti bawak! Tak bawak kompom kena!!! 

 Nama je Sungai. Aku pun ingat sungai tapiiiiii, sebenarnyaa, kita orang kena berkhemah kat tepi pantai.

 Korang boleh tengok gambar pantai kat bawah tu. Haah kami berkhemah di kawasan yang lapang tepi pantai ittew dengan penuh keyakinan okeyh. πŸ˜‚ 

 Bayangkan lahhhh macam mana keadaannya bila siang. Panas nak mampos! Malam pun sejuk nak mati! πŸ˜­πŸ˜‚ 


 Cabaran yang paling aku tak boleh lupa bila kena angkat batang pokok besar tu 6 orang. Dari laut ke pantai. Adalah jarak dia. Jauh jugak. Masa pergi tu ada juga kena buat halangan tapi aku tak ingat halangan apa yang sampai semua orang lembik tak larat nak angkat batang kayu besar tu. Dah lahhh berat. Asal jatuh je kena start dari mula. 


 Bayang kann ehh, bayangkan aku nangis kat situ sebab dah penat sangat dengan panas nak tengahari tu pukul 11 pagi. Sampai merayu kat fasi tu dia buat tak heran. Memang azab. Dah lah bila sampai kita orang kena buat tekan tubi lagi sebab macam tak nak habiskan task tu, serious aku nangis nangis sambil tekan tubi tu. 🀣 

 Dalam hati aku cakap menyesal aku setuju dengar cakap cikgu. Kalau tahu macam ni mampus tak nak pergi. Tapi mader sempat sekolah kat sini 6 bulan je lepas tu terus pindah sekolah kat Kapar, Klang. Initially kira ai orang Selangor laah. Sebab tempat pertama menetap bila sampai tanah Semenanjung adalah Selangor. 😝 

 Tahap penat dan stress dia masa kem ni sampai tak lalu nak makan. Sedih punya pasal. πŸ˜… 

 Peristiwa paling sadis dan paling kelakar aku rasa ialah ingat lagi masa tu malam last berkhemah kat tepi pantai. Hujan lebat macam ribut taufan. Habisss khemah kita orang terbang. Baju dalam beg semua basah. Yang lawaknya khemah besar yang tempat berhimpun tu dah terangkat angkat nak terbang. Bila tengok macam tu kitaorang pun ramai ramai bergayut kat kaki khemah. Terasa laaa berayun. Dah lah badan ala ala tiang telepon je memasing. Sama kurus dengan besi khemah tu. 🀣 

 Aduh, sepanjang malam tu mader tidur dalam keadaan basah lencun. Nak ganti baju takde satu pun baju kering. Selimut pun basah. Khemah dah terbang dan rosak. Aku pun tak ingat aku tidur mana masa tu. Sama ada tumpang khemah orang atau tidur kat kerusi. 

 Bila balik tu, sedih laa sebab nak berpisah. Biasalah kan. Sedih lagi sebab asyik kena raging je. Tak sabar nak balik hihihi. Tak cerita masuk hutan lagi. Dengan tak berlampuu huuuu. Jangan tanya laa. Macam nak meletup jantung. Takut ular. πŸ˜‚ 

 Kalau budak budak sekarang pergi kem kena macam tu mak boleh rasa lah beratus ratus surat saman akan sampai bila dah seminggu habis kem. πŸ˜…πŸ€£ #throwback 

 ***gambar pantai ehsan dari uncle google

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...