Ada masa kita sangat kecewa. Kecewa dengan keluarga, kecewa dengan anak, kecewa dengan suami atau isteri. Tak pun kecewa dengan diri sendiri.
Tiba-tiba je rasa menyesal kenapa aku pilih laluan hidup yang sekarang. Tiba tiba je rasa tak patut sangat aku berhenti kerja. Jaga anak kat rumah. Takde gaji, takde pendapatan tetap. Takde duit nak bayar hutang itu ini. Rasa tak berguna sebab tak boleh contribute.
Ada pulak yang rasa menyesal. Sebab tak dapat nak tengok anak anak membesar sebab terlalu sibuk dengan kerja. Punya masa yang terhad untuk keluarga.
Ada yang tidak habis habis dengan masalah kerja dan keluarga
Ya, takde siapa yang nak tolong kita bila kita dalam masalah dan kesusahan. Paling kuat pun hanya yang mampu mendengar kita mengadu. Nak mengadu pun tak boleh nak mengadu semua perkara.
Dah buat macam macam tapi tetap juga tak selesai.
Kadang-kadang tak semestinya bila ada masalah terus nak selesaikan time tu jugak. Memang akan perlukan masa. Tapi apa yang penting bagaimana sikap kita dalam menangani masalah dan keserabutan yang melanda. Adakah kita terbawa-bawa dengan masalah yang dihadapi atau bertindak secara positif especially masalah emosi kita sendiri.
Antara cara - cara untuk sentiasa positif ialah:
1. Anggap ia dugaan dari Allah
Kembali kepada Allah. Mintak pertolongan dengan Allah supaya mudahkan urusan kita. Minta supaya segala masalah kita boleh ditangani dengan tenang dan sabar dan menganggap itu adalah ujian dari Allah yang mahu kita kembali dan mengadu kepadanya. Mana tahu selama ni kita alpa dengan keseronokan serta kesenangan dunia.
2. Elakkan mengadu kepada orang lain.
Orang lain tidak akan mampu menyelesaikan masalah kita. Begitu juga yang sebaliknya. Mengadu kepada Allah. Kerana Allah Maha Mengetahui. Ingat, bila mengadu kepada manusia apa yang kita dapat? Dapat dosa satu. Dan belum tentu lagi orang lain tu menyimpan rahsia masalah kita.
3. Tanya diri sendiri
Tanya diri sendiri bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jangan tanya kenapa aku diduga begini. Jangan asyik rasa diri kita selalu jadi mangsa. Jangan salahkan orang atas masalah yang menimpa kita. We are fighter!!! Ya, memang bukan senang. Tapi InsyaAllah mesti boleh. Jangan tanya kenapa aku ni gemuk. Tapi fikir macam mana nak turunkan berat badan supaya sihat cantik dan letops hihihi.
4. Bersihkan hati
Selalu bersangka baik. Penyakit yang paling susah nak ubat ialah penyakit hati. Contoh penyakit hati ialah sombong, berlagak, takbur, cemburu tak bertempat, dengki, dan berdendam. Jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Jangan rasa sakit hati atas kejayaan orang lain. Tapi ambil cerita dari kejayaan orang lain tu kita ikut. Buat jadi contoh. Jadikan idola. Ini asal berjaya sikit mula lah dengki.
Kesimpulannya, sentiasa bertenang bila dihadapi masalah. Apa pun kita juga yang harus selesaikan masalah tersebut. Berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Sekian,
Teima Kasih daun keladi sebab sudi singgah ke blog ni. ehingga kita berjumpa lagi di entri seterusnya. TAMAT.
No comments:
Post a Comment