Saturday, September 5, 2020

HAPPY BIRTHDAY HADIF, AUNTY ZULYANA DAN UNCLE ZURAIN

Hari ni masuk 5 September.

Baru nak terhegeh-hegeh nak update pasal birthday anak hihi.

Bulan ni September Babies ramai. Hujung bulan baru sambut dengan family.



3 hari 2 malam duduk rumah nenek dah cukup bagi anak anak aku happy. Seronok dapat jumpa sepupu dan main sama sama. Ye lah nak balik kampung yang betul kampung tak ada. Jadi balik je lah kampung orang yang jadi kampung kita.

Nak balik rumah nenek pun ambil masa dekat 50 minit drive dari KL. Okaylah. Merasa lah balik kampung dengan bayar tol RM12.00 pergi balik kan.

As long as dorang happy aku okay je. Sorang punya birthday semua dapat potong kek. Kan bagus tu. LOL.

Balik rumah nenek berangkut kita. Siap dengan bahan bahan buat kek butter bagai tu. Kekonon nak buat kek kat rumah nenek. Buat tu tetap buat. Tapi buat satu je Congo Bars.

Kek Green Velvet dah buat dua hari sebelum dan simpan dalam fridge. So tak ada lah kelam kabut nak bersengkang mata kan. Masalahnya kat sini buat kek awal dan masuk dalam freezer buat kek tu jadi kering sikit walaupun dah salut Cream Cheese.



Lagipun rasa tak kena macam Red Velvet Cake. Jadi, kalau korang nak order sila order Red Velvet Cake keyh. Jangan order kek lain. Confirm rasa tu akan lari. Tak sama dengan rasa Red Velvet hihi.

Ni aku buat review kek sendiri hahahahahahaha.

Adik aku dua orang takde dalam gambar sebab dorang ni pemalu. Percayalah. 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...