Wednesday, October 14, 2015

Cinta Brownies 101

Assalamualaikum...
Salam Ma'al Hijrah...
Salam Sejahtera...

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru Islam. Semoga Tahun ini akan membawa kepada kita lebih banyak perkara yang baik-baik. Jangan lupa berusaha untuk upgrade ibadat kita. Nak "tackle" bos besar mesti kena pandai bodek betul tak? Jadi bodek Allah dengan membuat suruhannya. Nak bodek mak bapak pun kena dengar dan ikut kata-kata mereka kan. Barulah tak kena marah hehe...

Petang semalam, saya menerjah ke Stesen KTM Bank Negara ke Kiosk Food House By Sister untuk menghantar Brownies. Kakak FHBS ni nama dia Kak Su mesej kata Brownies tinggal 2 pack je lagi.

BROWNIES + NUTELLA + CHOCOLATE RM4.00 PER PACK

Sampai di Stesen KTM Bank Negara hari pun hujan. Hujan dengan selebat-lebatnya. Sementara tunggu hujan berhenti bersembang-sembanglah sebentar dengan Kak Su. Menurut Kak Su brownies memang mendapat sambutan yang baik di sana. Buat permulaan ini saya cuma hantar 16 packs. Kak Su sehari boleh jual dalam 8 hingga ke 10 packs satu hari. Ia merupakan permulaan yang amat baik bagi saya yang baru belajar meletak produk di kiosk ni, Rasa bersemangat juga dengar. Banyak juga komen-komen positif dari pelanggan-pelanggan Stesen KTM Bank Negara. Yang tak tertahan bila ada seorang pelanggan ni kata yang Brownies Sugarmello ni lagi sedap dari Secret Recipe..hahaha... Rasa terharu sangat. Apalah sangat saya ni jika dibandingkan dengan Secret Recipe yang sudah glamour dan dikenali ramai ittew... Tapi tak salah andai Sugarmello menjadi seperti Secret Recipe suatu hari nanti kan kan kan...

Kemudian Kak Su bercerita ada seorang lelaki ni dah tiga hari berturut-turut datang ke kiosk dia untuk membeli brownies. Rupa-rupanya dia hantar "girlfriend" dia ke Stesen tu setiap hari. Tapi sebelum tu dia akan singgah di Kiosk Food House By Sister ni beli brownies. Dia kata "girlfriend saya suka brownies ni kak..." Happy kan dengar. Alhamdulillah bila pelanggan berpuas hati dan suka saya tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan ini. Hanya bakers je yang tahu kot hehe...

Saya pernah terbaca satu post seseorang di Facebook berbunyi begini "tak dapat beri kek murah kita bagi kek sedap... InsyaAllah pelanggan akan rasa happy dengan value yang kita bagi"

Inilah yang saya cuba lakukan. Cuba untuk memberi value kepada pelanggan Sugarmello. 

Tuesday, October 13, 2015

Kempen Menutup Aurat di Facebook

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur masih bernyawa. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita dan segala urusan kita dipermudahkan.

Entri ni fresh! Bukan karang malam tadi...

Hari ini buka wall Facebook tengok ramai sahabat-sahabat positif yang share tentang Kempen Menutup Aurat di Facebook. Saya pun share juga tapi share status sahabat je hehe...

Bagus kempen ni. Ramai-ramai mengajak kita sesama Muslim untuk menutup aurat. Alhamdulillah Allah dah bukakan hati saya untuk menutup aurat beberapa tahun yang lepas dan masih lagi berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sebenarnya kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Mungkin andai hidup kita tak tenang sebelum ini apa kata kita ambil langkah pertama dengan menutup aurat.


Seorang sahabat pernah berkata kepada saya ketika saya berada di dalam dilema mahu bertudung atau tidak. Ayatnya "dosa orang tak pakai tudung lain, dosa orang pakai tudung lain. Katalah selama ni kau buat 6 dosa yang sama setiap hari termasuk tak tutup aurat, bila dah bertudung dah kurang satu dosa betul tak..? " Saya terdiam dalam hati terdetik "betul jugak kan..."

Balik rumah satu malam tu tak boleh nak lelapkan mata. Tanya suami ok ke kalau pakai tudung. Suami memang sangat bersetuju. Malahan dia kata dah lama dia nak suruh tutup aurat. Cuma nanti takut kita tak ikhlas. Biarlah saya sendiri yang rela...

Alhamdulillah Allah beri saya hidayah untuk memakai tudung. Alhamdulillah sehingga kini Allah masih lagi memberi hidayah kepada saya memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim sempurna di mataNya.

Saya bersyukur kerana saya merupakan hamba Allah yang telah diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Andai kita cuba untuk berubah jadi baik kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk memudahkan proses perubahan kita. InsyaAllah...

Apa kata kita bermula dengan ELAK post yang tidak menutup aurat, BERMULA hari ini hingga kiamat, elakkan LIKE dan KOMEN pada gambar yang menunjukkan aurat, COPY PASTE di fesbuk masing-masing, atau buat satu entri khas di blog anda...

#KEMPENMENUTUPAURATDIFACEBOOK

Monday, October 12, 2015

Kenapa perlu ada insurans

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Sebelum ni ada entri yang berkaitan tapi dah lupa letak as label apa huhu...

Minggu lepas, anak buah saya dikejarkan ke KPJ Bukit Mertajam Penang. Pak cik dengan mak dia kalut sebab insurans takaful atas nama ayah dia which is adik saya. Malam sebelum tu hand phone adik saya hilang. Yang kelakarnya hilang lepas dia call saya hahaha... Orang lalai. Sibuk fikir pasal kereta dia hentam orang. Nak pergi balai polis. Lepas call kakak dia ni, dia boleh letak hand phone atas kereta. Lepas tu start kereta terus jalan. Bijak kan. Tak boleh marah kan sesiapa melainkan memarahi diri sendiri atas kebodohan diri ahahaha...

Esoknya tu anak dia masuk hospital disebabkan asma. Terpaksa pak cik dia mesej adik yang bongsu tu.

Prudential punya prosedur kalau kita nak masuk hospital kena tunggu initial GL (gurantee letter) di mana Prudential akan hantar SMS ke nombor telefon agen atau pemegang polisi. Disebabkan saya bukan agen Prudential lagi jadi saya tak dapat mesej tersebut. Jadi saya pun dah kelam kabut nak buat apa sebab nak call customer service mana boleh dah bukan agen kan. Macam mana nak check.

Tanpa membuang masa saya terus call kawan yang masih lagi dengan Prudential. Minta pendapat samada dia boleh tolong atau kena call ex-boss. Dia kata try je call PBTB (Prudential BSN Takaful Berhad) dulu dan inform yang saya ni ex-agen Pru nak check status GL ex-client.

Saya pun terus call HAS. HAS ni hotline yang memang khas untuk kes-kes yang berkaitan dengan admission ke hospital panel. Saya inform telefonis tu yang saya ex agen Prudential then nak check status Initial GL client. Alhamdulillah... Boleh. Rupanya KPJ belum lagi hantar fax ke Prudential berkenaan dengan admission tu. Tapi anak buah den yang comel tu dah masuk wad. Risau gak kalau GL tak approve naya nak kena bayar bil. Alhamdulillah esoknya abang ipar adik saya inform KPJ kata Initial GL dah approve. 4 hari juga tidur di wad kena nebulized. Kesian...

Bila Initial GL dah approve final GL InsyaAllah takkan ada masalah.

Hari adik saya call dan cakap "syukurlah dorang (anak-anak) ada insurans kak... Kalau tak tu nak kena bayar bila RM4000.00 mana aku ada duit..."

Saya kata "kau jangan cancel insurans tu. Bayar je bukannya banyak pun sebulan RM120.00 je. Dua orang RM240.00. Sayang tau. Sekarang ni pun polisi minimum sebulan untuk anak RM150.00...."

"Pasal kakak kau ni agen dulu lah dapat sebulan RM120..." - ok yang ni tipu Hehe

Lepas tu dia kata "aku nak amik jugak lah nanti..."

Dah dengar bil anak beribu dua tiga kali insurans kompeni bayar baru sibuk nak ambik. Akak kau dah tak jadi agen dah.

Abang ipar dia sendiri macam tak percaya bila dengan insurans anak buah dia cover sampai dorang besar. Siap investment lagi. Alhamdulillah...

Sebenarnya... Tak semua orang ada kesedaran begini. Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Nak anak selesa masuk wad. Walaupun masuk hospital tapi tetap dapat tempat selesa. Tapi berapa ramai ibu bapa yang mampu.

Saya dah bukan agen Prudential BSN Takaful dan bakal bukan agen AIA Takaful. Tapi InsyaAllah saya akan menulis entri-entri yang berkaitan dengan Takaful. Bukan tentang apa yang dilindungi oleh syarikat insurans takaful. Tapi apa faedah andai kita punya takaful...

Insurans Takaful umpama kapal. Kapal besar coveragenya besar. Kapal kecik coveragenya kecil. Ambil Takaful ikut kemampuan. Jangan amik plan besar lepas tu tak mampu dah nak bayar sebab masalah kewangan. Satu kita perlu ingat komitmen dengan Insurans Takaful ini merupakan komitmen untuk jangka masa yang lama. Jadi, ambil plan mampu milik dan boleh upgrade untuk masa akan datang...!

Apa itu rezeki?

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Sejak Facebook telah bertukar dari media sosial yang boleh berkongsi apa sahaja ke media yang lebih mementingkan konten berkualiti sungguh sangat rajin saya menulis entri-entri terbaru di blog ini. Kalau tidak lama baru nak update. Tapi sebenarnya saya pun tak pernah post panjang lebar di wall Facebook. Tak ada idea nak karang apa. Kalau blog ada je idea tercurah. Cuma malas nak taip.

Teringat zaman batu Facebook dulu tak boleh nak taip Status melebih 30-40 perkataan. Tension kan. Taip lebih sikit je dah stress sebab keluar pop up kata huruf dah exceed limit... Sadis sungguh. Selepas beberapa ketika ketika makin ramai pengguna Facebook, Mark Zuckerberg and the gang dah ubah setting. Oleh itu sekarang ni korang boleh taip panjang-panjang.

Ok sambung...

Apa itu rezeki? Apa yang dimaksudkan dengan rezeki?

Kita selalu cakap "InsyaAllah ada rezeki Allah bagi", "Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada"..

Tapi bila dengar perkataan rezeki, apa yang terlintas di kota pemikiran anda?

Ada orang mungkin dah tahu dan mungkin ada di kalangan kita tak terfikir pun maksud rezeki tu.

Kalau saya orang tanya dulu maksud rezeki tu apa, saya pun tak tahu nak jawab apa. Soalan senang tapi nak bagi jawapan tu susahnya...!

Sebenarnya, rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan maksud rezeki itu sendiri terlalu luas. Rezeki ialah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah Ta'ala kepada hambanya.

Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan harus menjadi seorang yang kaya harta. Allah SWT hanya membebani manusia dengan berusaha sesuai dengan kemampuan. Dan hasil usaha kita itu di tangan Allah. Allah SWT telah melapangkan dan menyempitkan rezeki seseorang itu mengikut kehendak-Nya.

Kedudukan harta dan kekayaan tidak boleh sejajar atau bahkan lebih tinggi dengan kedudukan iman dan ibadah kepada Allah.

Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang harus diuruskan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata-mata di dunia ini. Namun begitu, Allah memberi kebebasan kepada hambanya yang menggunakan nikmat ini untuk manfaatkan dunia berlandaskan syariah.

Selain itu, kekayaan adalah merupakan salah satu jalan menuju kejayaan.

Ayat 10-12, Surah As-Saff yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Dengan memahami kedua-dua konsep kekayaan dalam Islam ini, maka aspek perancangan kewangan perlulah diberi perhatian. Melaksanakan perancangan kewangan yang baik dan berkesan merupakan suatu Ibadah dengan tujuan menjaga Amanah daripada Allah dan salah satu cara mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana janji Allah yang disebutkan diatas.

Seorang Muslim yang beriman itu adalah baik, tetapi seorang Muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah Allah untuk kemaslahatan(kebaikan) ummah adalah amat disukaiNya.


Sumber: Titastujuh

PROMOSI MELETUP NUTELLA BARS

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Nutella Bars merupakan salah satu produk terbaru Sugarmello. Belum sampai sebulan berada di market duduk bersama Congo Bars dan Brownies kami. Dah ada dua tiga customer yang order. Tapi pelancaran secara rasmi belum lagi dijalankan.


Yang ini saiz 10"x10"
Oleh itu, di hari yang baik ini, bermula hari ini sehingga Jumaat kami ingin membuat PROMOSI Nutella Bars ini.

Dengan saiz 7''x7'' kami tawarkan harga hanya RM33 sahaja. Akan tetapi, andai kata anda beli dua kami akan beri harga paling istimewa iaitu hanya RM55 untuk dua loyang Nutella Bars yang bersaiz 7''x7''. JIMAT RM11!!! Harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk tempahan boleh hubungi 012-293 5578 atau boleh Direct Message kami di Instagram @sugarmello2u atau PM kami di Facebook Page Sugarmello Bakery.

Kiosk di Stesen KTM MidValley 12 Oktober - 16 Oktober 2015

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Selamat bekerja untuk semua. Hari Isnin bukan untuk bermalas-malasan. Ia merupakan hari di mana kita kena letup-letupkan momentum kerja kita. Eceehhh... Cakap macam best je kan. Dulu kerja dengan orang benci nau jumpa Isnin. Malam Ahad tu fobia je nak tidur awal takut Isnin tu ngantuk. Sekarang tak perlu nak paksa, sendiri carik semangat walaupun malam tadi tidur 2 pagi. Still kena bangun pukul 4.30 pagi.


Hari ni Kiosk Food House By Sister ada di Stesen KTM MidValley selama seminggu. Boleh rujuk jadual Sugarmello di sebelah kanan anda. Seperti biasa Brownies Sugarmello sah ada bersama dengan FHBS. Bukan setakat brownies je. Macam-macam ada. Ada opak ubi pedas, hot crunchy, breakfast yang sedap dan juga pudding slurpy yang selalu mendapat sambutan.

Kepada sahabat-sahabat yang berada di kawasan berhampiran atau yang ke Mid Valley naik KTM terutamanya staffs Mid Valley yang ohsem!! Korang mesti singgah. Tak beli pun takpe. Usha je apa yang ada. Singgah ehhh!!!

Sunday, October 11, 2015

Memberi atau tidak memberi

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Semalam saya berjalan-jalan di pasar malam Pandan Jaya mencari makan tak lain dan tak bukan Kepak Ayam Madu yang sedap dan murah. Seperti kebiasaannya kami akan beli RM10 dan kakak tu akan beri satu FREE. Murah kan. Lepas tu beli pula Soto Bihun dan Soto Nasi kegemaran anak-anak. Sekali sekala apa salahnya kan.

Sudah sedia maklum kebanyakan Pasar Malam yang kita kunjungi kita akan jumpa peminta sedekah di kiri kanan gerai-gerai Pasar Malam tersebut. Kadang-kadang hanya dua tiga orang. Adakalanya ramai melebihi 5 orang. Semalam agak ramai kira-kira hampir 10 orang.

Mungkin lumrah dan menjadi satu kebiasaan "orang kita" akan menghulur seringgit dua atau lebih kepada mereka ini. Tidak dinafikan rakyat Malaysia merupakan rakyat yang rajin bersedekah menghulurkan bantuan.

Ada juga yang tidak menghulurkan apa-apa atas sebab-sebab mereka sendiri. Mungkin mereka mahu memberi tapi dipintas perasaan ragu-ragu seperti "betul ke mereka ni susah...?" "sindiket kot..." Bermacam-macam persepsi yang keluar. Jadi, dari mahu meberi langsung tak jadi nak hulur disebabkan persepsi di minda kita.


Seperti kisah semalam saya ternampak seorang lelaki yang duduk meminta sedang mengira-ngira wang RM1 yang dia dapat dengan tidak berhenti. Saya terus tergamam. "banyakkkk..." tedetik hati saya berkata-kata. Tatkala itu bermacam-macam persoalan yang timbul di kotak pemikiran saya. Saya mula memerhatikan fizikal dia... hmmmphh... sihat! Saya mula memerhati sikap dia...hmmmpphh... okey! Dan saya mula mempersoalkan tujuan dia. Kenapa dia minta sedekah ehhh? huhuhu... Dia sihat, muda dalam usia 30-an, badan kuat, boleh bekerja tetapi kenapa memilih untuk meminta-minta? Seandainya beliau memegang kotak tertulis "DERMA IKHLAS UNTUK PEMBINAAN MASJID" mungkin akan lebih meyakinkan walaupun tidak tertera nama masjid tersebut.

Teringat seseorang pernah berkata, "aku kalau nak bagi aku bagi je, tak payah nak fikir. Aku malas nak fikir sindiket ke apa. Biarlah, yang penting aku dah bagi, ikhlas...! Kalau niat kita nak bagi, bagi j la...." Mulai dari itu, hilang terus sangka buruk... Jadi, cepat-cepat saya buang sangkaan buruk itu dari minda.

Maksudnya andai kita mahu memberi, kita beri je. Kita bantu setakat yang mampu. Tak perlu nak fikir yang kita kena tipu ke, dorang dah dapat banyak ke...  Semua itu usah susah payah nak fikir. Allah tahu niat kita. What you give, you will get back and you will get more.

Latih diri kita untuk sentiasa memberi. InsyaAllah Allah akan balas berpuluh kali ganda.

Friday, October 9, 2015

Brownies dan Congo Bars Snack Pack

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Salam Jumaat...

Jumaat memang merupakan hari yang baik. Lagi-lagi esoknya Sabtu. Kanak-kanak Ribena pun Happy sebab tak sekolah. Ibunda-ibunda lagi gembira sebab tak perlu bangun awal untuk memasak bento. Boleh la tidur lepas solat Subuh. Eh..eh.. Jangan tidur selepas subuh ya. Pagi-pagi pintu rezeki terbuka luas. Jangan tutup pintu rezeki anda hanya dengan tidur. Kalau Subuh anda pukul 2.30 pagi macam kat Oversea itu boleh dimaafkan lagi.

Berbalik kepada tajuk entri di atas kini, kami Sugarmello Bakery sedang dalam proses memperkenalkan produk-produk kami kepada orang ramai. Jadi, dengan itu kami join booth as a vendor.

Buat masa sekarang kami join Food House by Sister sebab owner FHBS ni join booth merata. Setiap minggu akan bertukar lokasi. Bagi saya ia merupakan satu marketing. Pemasaran atau yang lebih biasa kita sebut MARKETING bermaksud "bagi orang tahu". Faham ke faham? Ertinya kita kena kenalkan produk kita kepada pelanggan atau masyarakat. Kalau kita tak "bagi orang tahu" bagaimana kita nak jual produk kita? Betul tak?

Hari ini dah berakhir booth di KTM Bank Negara. Minggu depan pula lokasi lain. Tapi masih di dalam KL. Dah macam KL Tour pula.

Bila dah join booth tak boleh jual satu loyang. Paling banyak dalam poket bakal pelanggan pun mungkin RM10-RM50. Bila ada bazaar atau event mesti banyak banyak barang yang mahu dibeli. Nak beli satu barang RM50 mungkin bukan dalam senarai. Kalau boleh RM10 tu at least dapat dua atau tiga barang.

Dannnnn....
Snack Pack RM3.50 - RM4.00

Kami keluarkan brownies dan congo bars versi "Snack Pack" di mana ia berharga dalam lingkungan RM3.50- RM4.00. Beli satu RM4.00. Beli 2-3 boleh dapat harga RM7.00. Ok kan? Mampu beli tak?

Dalam perniagaan bukan hanya tentang untung semata-mata. Kita kena ingat tujuan kita berniaga. Adakah kerana untung atau ingin memberi manfaat kepada pelanggan. Nombor satu kita harus fikir tentang pelanggan. Peraturan nombor dua pula merujuk kepada peraturan nombor satu heheh...

Siapalah Sugarmello Bakery andai tiada pelanggan yang membeli. Dengan zaman ekonomi merundum kita harus fikir bagaimana mahu produk kita boleh sampai kepada end user dengan harga yang berpatutan!

p/s: cepat dan laju taip entri kali ni, macam zaman dulu-dulu sebab adanya idea yang mencurah-curah =)


Thursday, October 8, 2015

Anak kawan yang happy!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Haritu pergi melepak di rumah Cik Nana. Kebetulan dia tak ke kedai. Hanif pulak tak sekolah sebab jerebu. Samalah dengan anak-anak Cik Nana ni pun. Dah lama budak-budak ni tak berjumpa. Weekdays sekolah. Weekends pulak mak ayah sibuk bawak beraktiviti dan jalan-jalan. Jadi bila masa nak jumpa. Mak-mak je yang selalu jumpa haha...

Dah setel masak pasta terus pergi rumah dia. Dia pun order Mix Fudge Brownies dengan Congo Bars ni. Budak-budak dah lama tak berjumpa memang la macam anak terkurung lepas sangkar. Terkinja sana sini. Tahan je lah telinga. Bingit!
Berselerakan tengok dia makan, yang sedang menaip ni pun lapar tengok

Anak Cik Nana yang nombor tiga ni umur sebaya dengan Encik Hanif. Sama-sama Darjah Satu. Suka sangat makan Congo Bars! Order satu box. Half Brownies (18pcs), Half Congo Bars (18pcs). Yang Congo Bars dia makan sorang! Ini mak dia yang cakap huhu... Hebat bff si Hanif ni!

Mak dia kata licin huhu... 

Tak lama lagi mak dia order lagi la tu hee... Congo Bars memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Tapi Hanif tak makan sangat. Dah muak agaknya. Tapi Encik Hadif suka!

Kepada yang mahu membuat tempahan bolehlah jenguk Instagram @sugarmello2u atau Facebook Sugarmello Bakery. Terima Kasih!!!

Tuesday, October 6, 2015

Video pendek jadi gambar profil di Facebook




FACEBOOK dari segi kronologi sejarah telah dimulakan pada 4 Febuari 2004 dan semenjak dari tarikh tersebut, laman sosial paling popular di dunia itu sudah berumur 11 tahun.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah dilakukan pada laman sosial berkenaan, sama ada dari segi pengenalan fungsi tertentu sehinggalah kepada perubahan antaramuka.

Terkini, bermula pada hari ini 1 Oktober 2015, Facebook mengumumkan kemas kini pada halaman profil pengguna yang lebih memfokuskan kepada paparan mudah-alih.

Melalui kemas kini yang diperkatakan, pihak pentadbir Facebook memfokuskan kepada tiga perkara dalam memudahkan lagi pengguna untuk mengekspresi keadaan diri mereka.

Fungsi pertama yang dibawakan oleh Facebook pada tetapan baharu ini adalah penggunaan gambar berbentuk video pendek (sekitar 7 saat) sebagai gambar profil pengguna.


Ia sekaligus membolehkan anda hadir dengan gambar yang lebih kreatif dan secara tidak langsung menonjolkan diri anda berbanding penggunaan gambar biasa dalam format pegun. 

 Di samping itu, Facebook juga kini membolehkan anda menambah gambar profil sementara seperti khusus sempena hari Raya dan menetapkan bilangan hari ia digunakan sebelum kembali kepada gambar profil asal. 

Kemaskini baharu untuk profil ini turut membawakan rekaan yang baharu, di samping lebih kawalan berkenaan apakah informasi yang boleh dilihat oleh orang lain. Facebook telah mula memperkenalkan kemaskini ini kepada segelintir kecil pengguna di UK dan Amerika Syarikat, dan dijangka memperkenalkan ia secara meluas dalam masa beberapa bulan lagi.

p/s: tengah fikir bagaimana mahu merakam video yang cun!

Monday, October 5, 2015

Feedback Customers Sugarmello Bakery

Assalamualaikum...

Kalau dah free sampai dua tiga entri Cik Siti buat satu hari. Lepas tu senyap dua tiga minggu kan hehe... Biasalah tu. Dulu hari-hari boleh taip duduk lama-lama. Sekarang ni nak duduk depan lappy pun kena perang dulu dengan si kenit. Baru dapat chan... Kalau tak dia nak berkepit je walaupun dah dua tahun.

Minggu lepas, Sugarmello Bakery dapat banyakkkk feedback positif dari pelanggan. Feedback Brownies dan Congo Bars lah... Happy tau bila orang suka apa kita buat. Kira apa yang mereka laburkan itu orang kata adil dengan apa yang mereka dapat. Alhamdulillah... Ada jugak feedback sebelum ni tapikan kena cari dulu scroll whatsapp. 







Sebenarnya saya jenis tak kisah tak nak post komen-komen positif pelanggan di dalam Instagram, Facebook atau Blog. Sebab macam mengganggu pemandangan mata huhu... Orang nak tengok gambar kek tapi nak fokus tak boleh sebab ada gambar bertulis mengganggu. Rupanya cara saya kurang betul kerana ia merupakan salah satu cara kita marketkan produk kita. Bila ramai pelanggan bagi feedback positif pelanggan-pelanggan yang baru yang nampak akan lebih yakin. Oleh itu saya mula post sikit-sikit komen-komen positif dari pelanggan kami. Alhamdulillah...








CHOCK - A - BLOCK Bazaar, Lim Kok Wing Kolej

Assalamualaikum...

Seperti biasa, kesibukan melanda. Nak upload aktiviti setiap hari pun tak boleh. Apatah lagi nak upload gambar produk lepas tu nak karang panjang-panjang. Syukur hari ini ada free sikit. Boleh berjimba di blog kak long kawasan.

Sebenarya nak bagi tahu bermula hari ini 5 September 2015 hingga 9 September 2015 ada bazaar di Lim Kok Wing Kolej. Bazaar ini bertempat di Courtyard 3. Ada macam-macam makanan yang sedap-sedap dijual kat sana. Pergi lah terjah...

Spaghetti Meatballs...

Sugarmello Bakery pun ada di sana tapi bukan Brownies atau Congo Bars. Kami datangkan Spaghetti Meatballs Bolognese dan Spaghetti Carbonara untuk anda semua. Kami akan bawa Brownies dan Congo Bars berjumpa dengan anda semua InsyaAllah dalam perancangan. Selama ini kami jual online sahaja.


Yang nak rasa Spaghetti dari Sugarmello Kitchen boleh pergi terus ke Lim Kok Wing. Kami tak jual online dan deliver kepada anda-anda semua. Kami punya lunch box hanya untuk Event atau Seminar sahaja dengan minimum 30 pack. Jadi anda kena follow update dari kami untuk event seterusnya...

Boleh Follow  Instagram kami : @sugarmello2u atau
Follow : @foodhousebysister

Jumpa di Lim Kok Wing =)

Wednesday, September 23, 2015

Cuti jalan-jalan Kuantan

7 pagi tepat dah bertolak ke Kuantan. Baju pun packing pagi tadi. Bukan banyak sangat nak bawak. Cuma untuk satu malam je. Initial plan bertolak semalam dan tidur di rumah kawan pak Iqbal. Tapi last minute kawan tu ada emergency kena balik kampung.
Pandai Teluk Cempedak
Jumpa biawak di Pantai Teluk Cempedak
Posing laa...
Sementara tunggu mama beli chocotop
Teluk Cempedak

Pukul 11 pagi dah sampai Kuantan. Singgah di Teluk Cempedak. Jalan-jalan, pusing-pusing. Banyak tempat dah pegi jadi kita jalan untuk habis kan masa je. Cukup time makan kat Mustafa Cendol. Cendol dia sedapppp! Terasa santan tu melekat kat tekak huhu... Papa makan rojak, Hanif makan Maggi goreng, nenek makan mee goreng dan tuan punya blog ni order Kuew Teow goreng mamak. Bab makanan panas saya bagi average. Biasa-biasa. Rasa kuew teow goereng Pelita Nasi Kandar lagi sedap kot heheh... Tapi cendol memang sedap!
Cendol biasa, Cendol Jagung, Cendol kacang
Kuew Teow Goreng Mamak. Tak pedas!
Manusia kecik makan cendol
Dah tu kita terus ke Pekan nak check-in Hotel Ancasa Royale. Papa kata Hotel ni baru jadi tak ramai sangat orang. Best jugak. Dapat bilik besar. Masuk je budak-budak menjerit happy terus bukak langsir tengok pool. Anak village people kan. Biasalah... Itu normal...

Pilih katil masing-masing lepas tu tunggu nak snap gambar
Pemandangan Sungai Pahang dari bilik
Pemandangan dari pool
Tepat 5.30ptg bawak budak-budak ni mandi pool. Heaven dorang ni. Yang besar kalau tak dipanggil langsung tak naik. Sampai malam pun xpe. Hadif pulak fobia tetiba lepas kes terapung tenggelam di rumah kawan tempoh hari. Jadi penakut. Jerit-jerit kata jatuh. Sudahnya duduk tepi main air. Memang mood tak baik. Nak bawak main kat playground pun tak nak. Nak dukung je. Patahlah pinggang. Sudahnya kita dua beranak naik atas lepak bilik huhu...

Friday, September 11, 2015

Berniaga makanan basah

Buat produk (masak sendiri) dan jual.

Beli dari orang lain dan jual.

Bila kita masak sendiri dan jual kita yakin makanan jualan kita ok sebab kita tahu pukul berapa kita masak dan berapa lama makanan tersebut boleh bertahan.

Bila kita beli/tempah dari orang lain dan jual kita pun perlu yakin jual makanan tersebut. Yakin macam mana? Yakin dengan makan makanan tu dan tahu berapa lama makanan tu boleh bertahan. PENTING!!!!

Berniaga nasi + lauk + sayur agak selamat kerana risiko untuk basi tu kurang. Tapi tengok lauk dan sayur apa. Asing kan.

Berniaga mknn seperti bihun/mee goreng jangka hayat mknn tu mmg tak lama. Paling lama setengah hari...

Kalau kita jual mee/bihun goreng untuk tengahari sah la tukang masak tu masak pagi ye dak. Jadi jangan simpan sampai petang... Klu ada baki nak simpan sampai petang tu boleh tapi awak makan lah mee/bihun tuuu dulu. Paling tidak pun bukak bekas bau sikit2. Sangat senang detect mee/bihun basi.

Nak jual makanan yang ringan2 saya cadangkan jual spaghetti. Ringkas. Mudah. Tak cepat basi. Dengan syarat kuah asing.

Meniaga makanan bukan setakat nak untung tapi berniaga sebab kita nak mengenyangkan mereka yang lapar. Kesian bila tengah kelaparan amik mknn skali mknn basi huhu... Kes naya klu customer datang mengamuk.

"Mcm mna ko tak tau mknn tu basi???" Kuar soalan cepu emas. Tak ke naya.

Saya pernah beli mknn dr orang dan jual. Setiap satu jam saya bukak bekas makanan tu bau takut basi hahaha... Bila basi customer akan datang marah kat kita sebab kita yang jual. Kira produk kita jugak kan.

Takkan kita nak cakap "kak bukan sy yang masak, nasi ni saya beli dari orang, sy cuma tolong jual je...."

Kang ada yang makan kasut nanti heheh....

Oklah...alhamdulillah rezeki yg Allah bagi untuk hari kedua IMKK Sept 2015 di PGRM hari ni. Sampai tak cukup tangan. Dengan anak meragam. Nak snap gambar ke n selfie pun tak sempat! Cedok2 nasik, cedok lauk sambil berdukung ahaha...saborrr saborrr.... Esok bawak piriton terus!

Sunday, September 6, 2015

Fungsi Emoticons Dalam WhatsApp Untuk Perniagaan Anda

Kita selalu berbalas mesej dengan customer dalam WhatsApp. Kadang2 apa yang kita taip dan send orang susah nak tafsir. Bahasa yang kita guna straight forward. Tambahan kalau pada masa yang sama kita dapat banyak mesej pertanyaan dari customer. Jadi kita jawab dengan pendek. Bila jawab pendek orang mungkin terdetik dalam hati kata kita tak ikhlas. Betul betul?

Itulah fungsi emoticons. Kalau keyboard henfon anda tak ada fungsi emoticon sila install. Sangat penting terutamanya apabila berurusan dengan pelanggan. Keutamaan kepada peniaga online.

Salah satu contoh soalan pelanggan:
"Salam yang ni berapa rm?"

Jawapan 1:
"Wslm, rm50"

Jawapan 2:
"Wslm, rm50☺"

Yang mana satu jawapan yang buat pelanggan anda selesa? Yang buat anda rasa baik dan sopannya seller ni walaupun real life dia tak beberapa nak sopan sangat ahahaha... Dah tentu lah Jawapan 2 kan.

Ingat, pelanggan membeli kerana emosi :)

Saturday, September 5, 2015

Business Plan

Business plan ialah Perancangan Perniagaan. Jarang orang sebut perancangan perniagaan. Sebab panjang mungkin. Sebut 'bisnes plan' kan mudah tu. Pendek dan padat.

>>>>Apa yang kita faham tentang Business Plan atau Perancangan Perniagaan<<<<

Rancangan perniagaan adalah merupakan paperwork yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci. Selalu kita cakap 'ala niaga kecik kecik je side income...'

Kenapa business plan ni penting?

1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.

4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

5.Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Di Bawah ialah Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan PerniagaanNama perniagaan/projekTujuan rancangan perniagaanNama syarikat, alamat dan lain-lainNama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

- Pengenalan & Ringkasan
- EksekutifTujuan Rancangan
- Perniagaan/kertas kerja
- Latarbelakang perniagaan
- Latarbelakang ahli kongsi
- Kedudukan Projek
- Objektif Projek
- Rancangan Pentadbiran
- Rancangan Operasi
- Rancangan Pemasaran
- Rancangan Kewangan
- Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Apa yang saya belajar sekecil-kecil bisnes mesti kena ada bisnes plan. Bisnes plan ini kita rasa macam untuk orang tapi sebenarnya untuk bisnes kita sendiri di mana kita boleh buat rujukan pada bila-bila masa. Oleh itu tiada istilah tak tahu nak buat apa sebab dalam bisnes plan semua ada.

Saya ada bisnes plan tapi ditulis dalam buku nota. Adakah itu dipanggil bisnes plan? Ahaha... Kena buat secara professional. Kalau tak professional maknanya tak serious!

Thursday, September 3, 2015

Si Gusi Bengkak

Dah masuk 5 hari gusi si anak buang Muhammad Hadif membengkak. Alhamdulillah hari ni surut sikit oleh kerana dah makan antibiotic malam semalam. Lepas tu makan petang agak banyak. Selepas makan boleh lompat- lompat happy atas katil. Kira sihat dah tu.

Ahad lepas dah pergi Zoo Melaka. Letih memujuk anak bujang kecik. Pagi pagi naik Tram dah menangis cakap "atitttt...atittt...(sakit)" Bila ditanya kat mana sakit tak pulak menjawab. 2 tahun kot. Tinggi betul expectation mama ye dik!! Mengenangkan dia umur dua tahun dan mengenangkan itu Zoo lah ahkak bertabah. Kalau tidak memang jadi hijau dah.

Syukurlah Hadif suka haiwan. Tak lah dia asyik mintak nak dukung je. Kira senang sikit nak pujuk. Mula-mula nak dapat tune tu memang susah. Umpan aiskrim la. Bila angin tak baik mintak dukung. Terasa letih lepas tu sakit pinggang. Sampai satu tahap tu angkat bendera putih. Papa pula take over dukung dia sampai balik.

Esoknya tengok masih membengkak lagi. Dah risau takut gigi berlubang. Berus gigi pun tak nak. Sakit katanya... Pipi bengkak sebelah. Makan pun tak berselera. Kesian. Mama yang stress sebabnya takleh kena tinggal sikit. Menangis macam kena dera...

Malam tu pergi after hour clinic HKL tapi HKL kata pegi klinik gigi terdekat. Pergi klinik meraung raung nangis. Dah kena tunggu lama sebab kebanyakannya yang datang tu semua buat temujanji. Kanak-kanak setiap Jumaat. Tapi, kalau emergency boleh datang terus. Dia merengek-rengek kat klinik gigi tu adehhh rasa geram tu hanya Allah je yang tahu. Tak boleh tahan terus pegi kaunter tanya adik tu lama lagi ke sebab anak gusi dah bengkak pastu asyik merengek je. Dia pun nampak Hadif menangis nangis. Alhamdulillah nurse tu ok. Walaupun dalam hati rasa tensi tunggu lama tapi tetap bercakap dengan nurse dengan sopan. Jangan marah marah. Kesian dorang pun kerja. Lagipun orang lain pun tunggu lama.

Kat dalam bilik doktor je dah jerit-jerit. Meronta-ronta tak suka doktor check mulut dia haah... Meraung tak ingat! Then doktor tu kata gigi geraham dia ada lubang tapi nak tampal ke cabut tak boleh buat kat klinik. Kena pergi Hospital. Pasalnya Hadif kena bius ditidurkan dulu baru doktor boleh buat kerja nak tampal or cabut. Doktor check gigi je dah macam orang meroyan. Kalau kena buat smua kat klinil saya rasa satu hari pun tak siap. Terus saya minta dorang set kan appointment untuk pegi hospital dan cop tempat. Dapat lah tarikh 14/09/2015 (birthday mama ni). Ada masa untuk surutkan bengkak gusi dia.

Kalau dulu menghitung hari untuk abang Hanif. Sekarang menghitung hari untuk adik. Semoga segalanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri! =)

Wednesday, September 2, 2015

Idea untuk packaging

Kalau nak diikutkan dah dua tiga bulan memikirkan tentang packaging ni. Apa packaging yang sesuai untuk Brownies Sugarmello ni. Ye lah... Nak pasarkan produk dengan lebih meluas kena tukar packaging yg sedia ada kepada packaging yang lebih professional. Ini kerana kami mahu menerjah masuk ke market Petronas pula. Bukan petronas klcc. Ini kedai Mesra Petronas.

Siang tadi dah berbincang dengan sahabat saya yang merupakan salah seorang supplier di kedai kedai Mesra. Akak ni letak bahulu je kat sana. Kalau korang biasa tengok bahulu Yaqeen. Haah... Owner dia tu sahabat bisnes saya sehingga kini. Nanti di entri lain saya cerita kisah akak bahulu ni okay.

Berbalik kepada topik, nak letak barang di Kedai Mesra memang banyak prosedurnya. Nak letak secara haram pun boleh kalau anda kenal atau bff dengan Tokey kedai Mesra tu. Jadi lebih senang kalau apply kat Petronas Dagangan dapat barcode dan terus boleh letak kat situ. Salah satu prosedur yang penting ialah packaging. Tak nak nye derr terima produk setakat sticker yang biasa ala-ala colorful. Yang tu for saja saja boleh la.

Product labelling mesti complete. Menepati kehendak dan syarat-syarat yang tertera. Bila dengar penerangan akak ni tadi memang hmmm... Banyak kerja kena buat. Dan kena tunggu dalam tempoh 6 bulan baru dapat. Tapi, bila dah dapat tu dia kata InsyaAllah ok. Cuma tak boleh letak stock banyak-banyak sebab mereka ni tak suka simpan stock.

Saya dengar dengan teliti apa yang diterangkan oleh akak Yaqeen ni. Nama dia Kak Nor sebenarnya he he... Dia explain ringkas cepat dan padat. Semua perkara penting dia beritahu. Tak de nak melalut-lalut. Dia kata pertama sekali kena buat packaging kena tukar. Lepas tu jangan letak harga mahal sangat. Yang penting barang kita keluar dan ada transaksi jual beli. Jangan pula rugi. Jadi kos tu kena kira betul-betul.

Langkah pertama, tukar packaging!

Blogging blogger blog

Sekejap muncul sekejap hilang. Sekejap tulis entri sekejap tak. Kepenatan hamba ini. Maklumlah, banyak perkara yang perlu diselesaikan setiap hari. Bila malam baru taip dua ayat je dah lelap. Macam mana tu kan.

Nak jadi blogger aktif kena update blog setiap hari. Kena rajin blog walking. Tinggalkan komen. Follow orang lain. Inilah yang saya rajin buat dulu bila mula-mula berjinak dengan dunia blogging. Bila dah mula bisnes anak pun dah masuk dua tak dan nak bukak blog sampailah bersawang.

Respect dengan orang yang boleh tulis entri terbaru setiap hari. Saya ada banyak idea nak tulis cuma masa tak berkesempatan. Jadi blog ini jadi diari aktiviti bisnes dan tempat saya simpan kebanyakan nota bisnes yang saya dapat.
Terpulang kepada apa tujuan kita berblogging. Buat masa sekarang inilah satu-satunya blog yang saya ada. Yang lain semua dah delete. Semua kerana kekangan masa huhu...

Kepada blogger baru. Jangan putus asa. Terus kan konsisten update blog anda ya!

Thursday, August 27, 2015

HIPERINFLASI

Merupakan tempoh inflasi yang sangat pantas. Boleh menyebabkan nilai mata wang sesebuah negara hampir tidak bernilai. Sekarang ekonomi dunia sudah berada di dalam zaman kemelesetan sehingga 2032 (ramalan kapitalis)

Bagi yang bekerja demi wang dan percaya skim simpanan wang, hiperinflasi dapat menyebabkan hidup musnah.

Pada zaman kegawatan mereka yang menghasilkan produk yang diperlukan bagi bertahan seperti tempat perlindungan, pinjaman wang dan minyak kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Harga dan caj servis boleh dinaikkan oleh si pengeluar atau si pemberi servis.

Pada zaman sekarang, para penyimpan wang, pesara, dan pekerja berpendapatan tetap antara golongan yang mengali kerugian besar. Manakala bagi mereka yang menyediakan makanan, minyak, tempat perlindungan, yang menyimpan emas, perak dan berlian berbanding 'cash' juga antara golongan yang mendapat keuntungan besar.

"Sesiapa yang tidak tahu kesilapan sejarah, Ia ditakdirkan mengulangi kesilapan yang sama" - Sir Edmond Burke

Sunday, August 23, 2015

Penyakit Virus tak kira wanita dan kanak-kanak

Hai... Tora datang lagi...

Demam dan selesema Tora yang datang. One thing yang paling tak suka apabila kena selesema ni ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, mata berair dan hidung yang meleleh-leleh. Bersin tak apa lagi. Untuk kelegaan emosi.

Sedari pagi semalam tak sedap hidung dan menjelang petang suara terus sengau. Bukan teruk pun. Tak sumbat mana hidung ni. Kepala berat. Dah begini bersantai je lah. Update Instagram, carik idea baru untuk brownies dan congo bars. Bukan baring saja. Otak pun jalan jugak. Cuma kerja lipat kain je tak buat.

Berjanji nak potong kain untuk kurta Encik Suami. Hmmm... Tak dapat la. Seksa. Huh...banyak sangat alasannya. Lepas tu tengah malam begini entah bagaimana boleh layan cerita "Fear Files" kat Zee TV. Cerita yang ala-ala cerita hantu. Ok tak seram sebab volume TV slow kikikih...

Yang pelik, bila tak sihat time itulah idea datang mencurah curah macam air terjun. Satu hari ni kejap pegang buku, kejap pegang laptop kejap pegang henfon. Bila ngadap buku nak tulis idea tak reti pulak tulis. Bila depan lappy lagi blank. Sudahnya dok usha usha gambar buat notes dalam henfon je la. Sebab tu suami kata "awak ni henfon 24jam je..." Hahaha... Ayat sadis. Dia ingat bini dia ni kerja berlegar-legar kat WhatsApp je kot sepanjang hari. Tak tau tengah perah otak fikir nak maju kan bisnes. Buktinya ni, demam selesema pakej migraine.

Ohhh... Henfon saya ofis bergerak saya, kamus dan kitab saya. Semua benda ada dalam ni. Zaman berteknologi ni semua pakat simpan maklumat dalam henfon je. Nota, meeting, resipi, business plan, marketing plan etc semua sumbat kat si kecik ni. Kalau hilang boleh giler sekejap tau dak...

Saturday, August 22, 2015

Sharing dari Dr. Azizan Osman di Speaker's Session masa Program BAHTERA 2015

Ini yang dapat saya share dari Speaker's Session DAO tempoh hari. Saya salin sampai habis. Pasalnya Tuan Hadif baik boleh habiskan masa 1jam dalam session ni. Surprise!!! Tapi yang ni ada geng yang pass dalam group WhatsApp. Saya just tambah sikit-sikit.

Sharing dari Dr Azizan Osman
------------------------------------------------

Benda paling susah adalah utk mengubah manusia.

Pakej kejayaan adalah kepayahan

How big is your tolerance to handle problem

Be a leader

To success, Cari Japan

Up to you to decide

SBB org tak berjaya:
- ALASAN (mencipta alasan)

Reticular Activating System (RAS)
- The moment Kita focus sesuatu, yg lain TAK in dapat dilihat.
- Focus Minda akn bwk apa yg Kita nak

SUCCESS FACTOR:
- keinginan yg tinggi
- mentaliti yg positif

SUCCESS FORMULA:

1. Desire - kena bakar diri Kita setiap hari utk kekalkn momentum. Smpai jadi auto.

2. Be tough - jgn senang Sgt main viola. Kena reject sikit sedih 40 hari. Benda yg pasti adalah rejection. Kena tougher dari rejection. Rejection yang paling besar adalah Rejection Minda.

3. Clear Target - do some research.

4. Leverage on technology- guna technology utk buat bisnes.

5. Build A team- Cari org yg terbaik, full with excitement.

6. Timing is everything - jgn buang masa, start dulu, buat kecik2, biar gagal diperingkat awal.

7. Mesti faham tentang Turnover/ finance - kena tahu duit keluar masuk

8. Tenacity- (persistent) Usahawan yang bejaya buat bodoh je dengan kesusahan. If you Want something, You get it. Manjadda, wajjadda...

9. Tracking - Tracking sales, tracking progress. Kena tahu dimana kita berada. Chart your progress. Raikan your progress. Small success lead to bigger success

10. Be transparent - kena ckp dgn team kalau ada apa yang mereka buat tak betul. So that they are willing to sync and swim together.

11. Kuasi minda dengan kuasai bisnes
Marketing, sales, operation, finance and hr administration

12. Keep growing keep learning
Brenti bljr akn buat mati pucuk.
Bisnes upgraded bila saya upgrade.
Training penting - Keep growning - keep learning.

Nak bisnes kena ada M.E.S.T.I
======================
1. Mentor
2. Elmu- belajar dgn penuh emosi
3. Strategy- Spend time dgn org yg berjaya
4. Tindakan- kuasa tindakan luar bIasa
5. Impian- inshaAllah krn Dia memudahkn

13. Fokus kpd result. Jgn layan benda yang tak sepatutnya... Jangan layan benda negatif.

Friday, August 21, 2015

BAHTERA : Bumipreneurs Of Tomorrow



Habis sudah Zon Teroka BAHTERA 2015 yang telah belangsung selama dua hari iaitu bermula 19 - 20 Ogos.

Crowd tak ramai sangat macam Karnival KL Raya Fest heheh sebab ini merupakan kali pertama diadakan. Yang datang merupakan usahawan-usahawan dan bakal-bakal usahawan. Muda-muda lagi dah minat nak buat bisnes. Andai 25 tahun dahulu ada program macam ni dah lama saya jadi usahawanita. Mungkin sekarang dah jadi jutawan hahahaha....AMIN...

Bakal Usahawan

Ok... berbalik kepada BAHTERA 2015. Sebenarnya sangat banyak pendedahan yang diberikan untuk dua hari ini. Tak sempat nak hadam semua ilmu sebab banyak sangat dan kebanyakannya program/kelas dimulakan serentak. Jadi kena pilih mengikut "WHAT do your business need the most" or "What knowledge do you need the most".Ada banyak bilik semuanya topik yang berlainan. Semuanya boleh buat kita buka mata dunia bisnes sebenar. Apa yang perlu dilakukan. Apa yang tak patut dilakukan.

Anak "village people" macam ni lah....
Awak masuk je dah rasa macam orang bodoh tak tahu apa-apa. Pening. Terlalu banyak sangat input. Jadi balik pun letih. Pergi bukan bukannya seorang. Haruslah pergi dengan hero kecilku Muhammad Hadif birthday boy! Kebetulan hari yang sama mulanya BAHTERA ni birthdate dia...

Apa yang best?

Cuba tengok jadual kat bawah ni:



Ini semua program yang ada selama dua hari ini.

Jadual untuk Speaker Zone tak dapat nak upload disebabkan tak clear. Maaf ya. Tapi semua speaker best-best. Antaranya Dr Azizan Osman, Irfan Khairi, Ustaz Don dan ramai lagi. Saya cuma dapat dengar full DAO punya talk sahaja. Hari kedua sempat dengan Irfan Khairi dalam 20 minit je lepas tu Encik Hadif dah buat perangai kacau orang. Jadi kena keluar pasal muka orang kiri kanan dah masam huhu... Cukup masa balik ambik abang Hanif balik sekolah pulak.
Masa DAO nye session nak umpan supaya duduk diam ajak selfie

tengoklah buat apa dia ingat playground agaknya

Jadi saya banyak habiskan masa bertanya untuk Program untuk Usahawan. Pasal HALAL, pasal pinjaman. Perancangan syarikat dan macam macam lagi.

Takut ni...

Sempat tadi masuk Hall 3 dan Hall 4. Just jalan-jalan pusing tengok produk orang. Hadif pun dah mengamuk nak dukung je.. Banyak produk bumiputera yang kita tak tahu. Mungkin sebab tak masuk Hypermarket. Bukan senang nak masuk hypermarket ini. Tadi pun ada tentang macam mana nak pasarkan produk ke Hypermarket.

Agak terkilan sebenarnya sebab banyak kelas tak dapat masuk. Tapi bersyukur juga dapat pergi. Alhamdulillah walaupun tak sepenuh hari. Ada juga perkara yang saya tak tahu selama ini saya dah tahu.

InsyaAllah semoga tahun depan BAHTERA 2016 pula akan menyusul. Nanti boleh pergi lagi. Saya baru menapak di dunia bisnes sepenuhnya. Masih lagi mentah. Masih lagi belajar. Banyak lagi cabaran yang harus ditempuh.

Terima Kasih BAHTERA atas peluang ini.

Monday, August 17, 2015

Dua hari lagi...

Dua hari lagi hari lahir anak bujang yang kedua Muhammad Hadif. Rasa cepat je masa berlalu. Dah dua tahun jadi Breastfeeding Mom menyusukan dia. Dah nak dua tahun ni macam-macam ku umpan supaya dia tak carik nenen lagi. Tapi semuanya tak jalan huhu... Susah jugak nak"wean-off" bujang ni. Terlebih manja dari abang dia Muhammad Hanif.

Dah pandai selfie sekarang, pantang tengok muka dalam handphone

Seminggu lebih dok fikir nak buat kek apa untuk dia haha... Pening. Sebenarnya dia tak faham pun. Mak dia yang lebih-lebih nak buat kek lawa. Bila tanya papa, papa cakap buat Red Velvet Cake. Itu sahlah papa dia yang nak makan kan.

Hari ni pagi pagi buta dah bukak laptop tengok deco kek mana yang lawa. Bukan pandai sangat nak buat deco tapi saja saja seronok. Deco yang selalu buat memang simple. Sangat simple. Kalau kat Secret Recipe RV Cake RM120. Kalau buat sendiri boleh jimat duit. Bukan berkira. Tapi kalau boleh buat sendiri tu buat apa nak buang duit beli kan hehe... 5 sen tu besar tayar lori tau!


Thursday, August 13, 2015

"Berniaga biar kecil asal berhasil"

Kita selalu dengar ayat ini: “Berniaga biar kecil, asal berhasil”. 

Tapi sedarkah kita, betapa hebat nasihat ini? Lihat contoh bisnes yang dimulakan dengan modal RM100. Item kos RM5, harga jual RM7 dan untung RM2. Produk yang senang jual sebab murah dan sentiasa ada permintaan.

Item apa yang begini? Ada, saya yakin ada kerana saya nampak depan mata sendiri seorang cikpuan bermula begini. Ini adalah realiti sebenar ‘biar kecil asal berhasil':

Modal pusingan pertama: RM100, Stok 20 unit. Sold out, cash RM140, untung RM40. Pusing balik semua modal untuk pusingan kedua. 

Modal pusingan kedua: RM140, stok 28 unit. Sold out, cash RM196, untung RM56. Pusing balik modal. 

Modal pusingan ketiga: RM195 (-RM 1, masuk tabung bisnes), stok 39 unit. Sold out, cash RM273 (total tabung: +RM1). untung RM78. Ulang. 

Modal pusingan keempat: RM270 (-RM 3, masuk tabung), stok 54 unit. Sold out, cash RM378 (total tabung: +RM4). untung RM108. 

Modal pusingan kelima: RM375 (-RM3), stok 75 unit. Sold out, cash RM525 (+RM7). untung RM150. Ulang. 

Modal pusingan keenam: RM525, stok 105 unit. Sold out, cash RM735 (+RM7). Untung RM210. 

Modal pusingan ketujuh: RM735, stok 147 unit. Sold out, cash RM1029 (+RM7), untung RM 294. Ulang.

Modal pusingan kelapan: RM1025 (-RM4), stok 205 unit. Sold out, cash RM1435 (+RM11), untung RM410. 

Ulang Modal pusingan kesembilan: RM1435, stok 287 unit. Sold out, cash RM 2009 (+RM11), untung RM574. Ulang. 

Modal pusingan kesepuluh: RM2005 (-RM4), stok 401 unit. Sold out, cash RM 2807 (+RM15), untung RM802. 

Ulang. Modal pusingan kesebelas: RM2805 (-RM2), stok 561 unit. 550 unit sold, cash RM 3850 (+RM17), untung RM 1045. Carry forward stok: 61 unit. 

Modal pusingan ke dua belas: RM 3860, stok baru: 772 + 61 unit stok lama = 833 unit. 620 unit sold, cash RM 4340, untung RM 480.



Apa yang tuan-tuan nampak? Realitinya, ia lebih kompleks daripada ini.Realitinya, modal RM100, dalam pusingan ke dua belas ia menjadi modal RM3860.

Realitinya, untung RM40, paling maksimum RM1045 dan akhirnya RM480. Bisnes bukan selamanya untung. Realitinya, bukan boleh kaya raya dalam setahun pertama, bukan juga ketiga.

Realitinya, masih belum boleh gajikan diri sendiri dan juga orang lain.

Realitinya, beliau ini sudah ada customer tetap yang mampu menggerakkan sehingga 620 unit stok sebulan pada harga RM7 setiap satu unit.

Daripada itu sebagai tapak, banyak lagi perkara lain yang boleh diperbaiki, untuk mendapatkan hasil yang lebih lagi. Realitinya, semua di atas bermula dengan RM100.

Kredit: Majalah Niaga

Bagaimana anda memulakan hari anda?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaya!

Bak kata orang putih, "how you start your day is how you start everything..."

Kalau anda mulakan hari anda dengan keceriaan maka cerialah anda.

Kalau anda mulakan hari anda dengan stress, kesedihan, kecelaruan maka bercelarulah hari anda. Nanti ada je yang tak kena. Ada je masalah yang timbul. Ada je halangan.

Bagaimana mahu memulakan hari kita dengan baik?

Bangun Awal


Tidur awal di waktu malam supaya boleh bangun awal di waktu pagi. Waktu terbaik ialah selepas Isyak iaitu pada pukul 9.00 - 9.30 malam. InsyaAllah anda akan terbangun dalam 2 pagi macam tu. Tak perlu set jam pun. Paling lambat pun anda akan tersedar 2.30 pagi. Selepas tu memang takkan tidur sampai siang. Pada ketika ini satu jam tidur bersamaan dengan 3 jam tidur. Kalau anda sibuk dengan urusan anak-anak seperti saya anak balik tusyen pada pukul 9 malam. Jadi untuk malam yang ada tusyen itu saya akan tidur paling lambat 10.30 malam. Esoknya akan terbangun pada pukul 4 atau 4.30 pagi.

Bila bangun awal cuba hidupkan awal malam kita. Buat solat sunat seperti Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Istikharah, Solat Hajat dan lain-lain.

Menunaikan solat dua rakaat pada waktu malam ialah satu persediaan untuk menghadapi kesunyian di dalam kubur kelak. 

Sabda Rasul junjungan mulia: "Tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di dalam kubur" 


Sembahyang malam hebat kesannya kerana ia membekalkan potensi dan daya juang yang tinggi dalam jiwa orang mukmin. 


Benarlah firman Allah S.W.T: " Sesungguhnya jiwa ( orang ) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya "


Al-Muzzammil - 6




Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan.

Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.
"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." 

Al-Furqan – 64 


 "Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar." Al-Dzaariyat – 17,18

Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:

Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit

Jadi, banyak kebaikan bangun awal ni selain kita akan lebih bersedia untuk menghadapi tugasan harian kita.

Mari kita praktis dari sekarang.

Yang dah buat tahniah!

Yang belum cuba-cuba untuk buat. InsyaAllah banyak manfaatnya.

Mulakan hari kita dengan perkara yang best best. InsyaAllah banyak perkara yang best best akan datang dalam hidup.

Sunday, August 9, 2015

Kenapa SEGAN nak letak harga?

1. Tak yakin sejauh mana “benefit” produk untuk pelanggan.

2. Takut mahal/murah sangat.

3. Kurang membuat kajian terhadap harga yang diletakkan oleh pesaing lain yg menjual produk yang sama.

4. Terasa diri masih baru jika dibandingkan dgn mereka yang dah lama/pakar dalam bidang tersebut.

5. Terasa diri tiada kredibiliti utk meletakkan harga yang mahal.

6. Nanti takde orang nak beli.

7. Orang melayu kita ni selalunya suka bende yang murah.

8. Kalau letak harga mahal sikit, sure ada orang kutuk.

#irfankhairi

Sunday, August 2, 2015

Najib Razak dan Masyarakat Dunia

Artikel Seorang Pelajar Malaysia di Turki, saudara Thaqib Shaker.

Mari kita baca dan fikirkan sejenak. Adik ini mempunyai pendangan yg cukup baik.

----
NAJIB RAZAK DAN MASYARAKAT DUNIA

1. *Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah penyokong atau pengangung Najib Razak sebaliknya saya hanya sekadar berkongsikan pandangan sebahagian rakan-rakan asing saya yang datang daripada pelbagai negara terhadap Negara tercinta, Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak. Bersetuju atau tidak terpulang pada penilitian masing-masing. Di samping kita bercakap tentang kekurangannya, ayuh kita lihat sejenak tentang kebaikannya".

2. Setiap pandangan dan kesimpulan rakyat Malaysia terhadap mana-mana Pemimpin Malaysia itu 'tidak mewakili' sikap dan kesimpulan masyarakat dunia. Rakyat Malaysia menghukum seseorang Pemimpin sebagai seorang yang jahat atau baik, tidak adil atau adil dan tidak amanah atau amanah berdasarkan kepada apa yang mereka lihat dan menghukum terhadap apa yang berlaku di dalam negara seperti masalah kegagalan menguruskan ekonomi, terjebak dengan kes rasuah dan sebagainya.

3. Kita perlu tahu bahawa masyarakat dari negara luar melihat seseorang Pemimpin itu berdasarkan 'polisi dasar luarnya', bantuan kemanusiaan yang diberikannya, dan juga reputasi kerajaan di bawah pengendaliannya.

4. Sebagai contoh, sebahagian rakyat Malaysia dilihat begitu mengangung dan mengangkat Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai hero dan khalifah umat Islam. Apa sahaja kenyataannya atau setiap perbuatannya akan dipandang benar, tepat dan disanjung. Tetapi jangan terkejut, sekiranya anda di Turki, anda akan mendengar banyak kritikan, tohmahan juga penentangan oleh rakyat Turki itu sendiri terhadap Pemimpin mereka dengan berasalan tidak jujur, mendiskriminasi dan lain-lain.

5. Berbalik kepada Malaysia, kita akui bahawa masyarakat dunia khususnya dunia Islam mulai melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat maju, aman makmur dan berani adalah di era Tun Dr. Mahathir. Tidak perlu lagi untuk saya menceritakan lebih mendalam tentang jasa dan pandangan masyarakat Islam terhadap Tun, semua telah sedia maklum.

6. Sebenarnya terdapat banyak rakan-rakan yang menyoal saya tentang pandangan masyarakat dunia terhadap Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak.

7. Jika kita menyoal rakyat Malaysia itu sendiri, saya pasti kebanyakannya tidak akan bersetuju dan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya disebabkan perkara tertentu.

8. Seperti yang saya telah nyatakan, pandangan rakyat Malaysia tidak mewakili pandangan masyarakat dunia, oleh itu saya bawakan sedikit beberapa pandangan mereka terhadap Malaysia di era Najib Razak. Diingatkan sekali lagi, bahawa ini berdasarkan perbincangan, perdebatan dan sebagainya sewaktu saya di Turki.

9. Contoh:

a) Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang sangat berdiplomasi dan tidak beremosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah, contoh yang paling terbaik ialah kejayaan Malaysia membawa keluar mayat dan kotak hitam MH17 dari wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine.

Seperti yang dimaklumkan oleh banyak akhbar bahawa, Najib mengadakan rundingan terus dengan ketua pemberontak, Alexander Borodai untuk diberi akses ke lokasi nahas, membawa pulang mayat mangsa dan mendapatkan kotak hitam, Sekiranya kita lihat laporan di dalam The New York Times mereka menyatakan bahawa usaha Najib ‘memberi tekanan kepada negara-negara yang jauh lebih berkuasa yang gagal mencapainya'.

Lihat pula cara negara barat dan Amerika Syarikat dalam mendapatkan kotak hitam, mereka mengancam keras untuk menyerang kumpulan pemberontak tersebut, tetapi Malaysia dengan mudah berjaya kerana sikap diplomasi yang tinggi. Salah seorang rakan dari negara Skandinavia ada mengatakan "memang malu sebenarya Amerika dan Eropah sebab mereka jauh lebih kuat, selalunya kalau mereka mengecam keras, semua tunduk patuh, tapi bukan dalam kes ni. tiba-tiba pula Malaysia yang sekecil itu dengan tenang boleh dapatkan, ternyata diplomasi itu lebih baik dan secara tidak langsungnya Pemimpin kamu itu mengajar dunia tentang 'bagaimana cara berdiplomasi'".

b) Korea Utara merupakan sebuah negara Komunis yang tertutup dan tidak disenangi banyak pihak, seperti yang anda sedia maklum, Malaysia yang terkenal dengan sikap friendly polisinya tidak pernah berminat untuk mempunyai musuh, di dalam kes Korea Utara ini, ketika di era Tun. Mahathir lagi dikatakan terdapat 20 buah kereta Proton dihadiahkan kepada Korea Utara di atas dasar menghormati negara kelas.

Balasannya, pada tahun 2011, di bawah kepimpinan Najib Razak, rakyat Malaysia boleh melawat Korea Utara tanpa visa selama 30 hari. Ketika itu hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh melawati Korea Utara tanpa Visa, sekali lagi HANYA MALAYSIA, tidak negara lain (kini Singapura juga boleh melawati Utara tanpa Visa).

10. Sewaktu di dalam kelas Perhubungan Antarabangsa, topik yang dibincangkan ketika itu ialah tentang konflik Korea Selatan dan Utara, seperti biasalah, yang Utaranya pasti akan dikutuk dan dikecam teruk sebagai sebuah negara yang tertutup dan tidak bertamadun, Guru saya mengatakan "tidak ada satu negara pun boleh masuk mudah ke Korea Utara, semuanya perlukan visa, nak dapatkan visa pun belum tentu mudah".

11. Sebelum sempat saya menjawab, rakan Turki saya, Yagiz Sarman mencelah "Eh tapi orang Malaysia boleh masuk ke Korea Utara tanpa Visa selama sebulan". Memang terkejut si gurunya, terus diGooglenya dan memang benar apa yang dikatakan, maka saya pun ambillah sedikit peluang menjelaskan tentang semangat diplomasi Malaysia yang tinggi.

12. Saya merupakan salah seorang penulis di akhbar bulanan Universiti, saya pernah menulis tentang Korea Selatan dan Korea Utara (saya akan kongsikan nanti). Di dalamnya saya ada 'mengajar' dunia supaya mencontohi Malaysia dan dua hari selepasnya, seorang guru dari Itali berjumpa dengan saya menyatakan ketidaksetujuannya dengan artikel tersebut, katanya Malaysia sangat memalukan sebab mempunyai hubungan baik dengan negara tertutup, berfahaman komunis bahkan pula dalam masa masyarakat dunia mengecam mereka, Malaysia pula ingin berbaik-baik".

13. Jawab saya mudah "Jangan samakan kami dengan mana-mana negara yang bersikap keras dengan mereka, setiap negara ada caranya tersendiri, kami tidak perlu sentiasa mengikut majoriti kerana majoriti bukan penanda kebenaran, dan seperkara lagi, Malaysia bukan negara 'mafia' tuan. Malaysia menggunakan saluran diplomasi untuk menyatakan ketidaksetujuan, apa gunanya kalau ada saluran yang baik tetapi tidak ingin digunakan. Memang saya yakinlah bahawa dunia wajib ikut cara Malaysia".

14. Masih ingat lagi peristiwa Israel menyerang genting Gaza? Malaysia seperti biasa akan mengecam serangan tersebut dan Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

15. Waktu itu Gaza diserang bertubi-tubi oleh Zionist, Turki pula seperti biasa dengan dongeng-dongeng mereka untuk menyerang Israel, kenyataan Erdogan ketika itu sangat tegas dan mengancam tetapi untuk pengetahuan anda semua, rakyat Palestin lebih melihat kenyataan Najib Razak sebagai relevan dan neutral, dalam artikel saya sebelum ini juga, saya ada nyatakan yang rakyat Palestin sudah putus harapan dengan sikap lakonan pemimpin dunia Islam kononnya untuk menyerang Israel, tetapi Malaysia pula bersikap jujur dengan kemampuan yang mereka ada dan tidak pernah pula mereka mendengar mana-mana Pemimpin Malaysia mengatakan "Malaysia akan menyerang Israel", sebaliknya sekadar memberi bantuan kewangan dan bantuan kemanusiannya yang lain.

16. Kemuncaknya, keberanian Najib Razak memasuki wilayah Gaza sehingga mendapat kecaman dari Presiden Palestin sendiri, Mahmud Abbas. Untuk pengetahuan anda juga, Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat Wilayah Gaza dan kedua selepas bekas Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil pada tahun 2011 (seperti yang dinyatakan rakan Gaza). Dan untuk memasuk wilayah Gaza bukan mudah, perlu masuk dari Mesir dan sewaktu itu, diplomasi sangat diperlukan untuk berbincang dengan Pemerintah Mesir.

17. Saya bertanyakan rakan-rakan Gaza tentang isu ini, meraka mengatakan "sekalipun Malaysia jauh beribu batu, tapi masih boleh melawat kami di sini, bahkan memulakan lawatan di Gaza bukannya di West Bank, ini satu penghormatan yang sangat tinggi buat kami".

18. Inilah antara yang saya dapat kongsikan tentang pandangan sebahagian masyarakat dunia di era Najib Razak, perlu saya ingatkan bahawa kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengetahui masalah yang berlaku di dalam negara seperti masalah GST, masalah kejatuhan Ringgit Malaysia, masalah ekonomi, kenaikan harga minyak dan sebagainya kerana tetap mereka akan mengatakan "sekurang-kurangnya Pemimpin anda bantu kami, itulah yang lebih penting untuk kami".

19. Terima kasih, sekiranya anda pandangan atau komen bolehlah kongsi.

Sumber:https://www.facebook.com/118477968200684/photos/a.157205717661242.31540.118477968200684/893261737388966/